2024-04-29 14:12:56Perkemaskan sahsiah diri, by zaini.aliSyawal 1445H tinggal beberapa hari lagi. Mungkin bagi mereka yang
masih dalam usia aktif bekerja, penangan sambutan Syawal memang amat
ditunggu-tunggu. Aku tidak salahkan mereka. Maklumlah masih muda dan kuat
bertenaga tambahan pula punyai sumber kewangan yang kukuh.
Apapun, aku dahulu telah melalui dan mengalaminya. Biarpun pengalaman
antara kita tidak bersamaan, pola yang diharungi adalah sama. Ada sedikit
berbeza dalam timeline kehidupan yang ditempuhi. Adakala 'gumbira' dahulu
kemudian merasai kedukaan dan 'turbulence' yang hebat. Sedangkan ada
dikalangan kita yang diuji diketika mudanya terlebih dahulu dan atasi
harunginya sehinggalah berjaya bermakmur hidup dipenghujung usia. Pelbagai
corak kehidupan yang dilalui. Terpulanglah kepada 'fate' dan destiny memasing.
Aku sekarang ini berada di final stage kehidupan. Dalam cycle kehidupan yang
dilalui dan dialami teruji and being 'battered', pengalaman yang dirasai tidak
mungkin dilupai begitu sahaja.
Betul, pengalamanlah yang mengiringi kedewasan. Tiada siapa mampu
menyangkalnya. Andai ada juga yang menafikan hakikat ini, tidak tahulah aku,
species atau jenis apakah orang yang melepasi setiap kitaran kehidupan tapi tiada
sikit ikhtibarpun yang dia dapat. A free online diary - https://www.my-diary.org/ |
No comments:
Post a Comment