22 APRIL 2024, 23:46
Sakit hati melihatnya
Awal pagi tadi selesai menurunkan anak bongsu diperkarangan sekolahnya, semacam routine pula, aku akan berpatah kembali ke 'markas'. Laluan jalan panjang yang sekadar sekilo lebih sedikit dari bulatan Bukit Cina bukanlah asing bagi diri ini. Stretch lurus punyai banyak kenangan. Sejak aku dilahirkan, tiada jalan pintas yang benar benar lebih pendek untuk ke Alai. Inilah jalan utama sebelum tahun 90-an dimana kedapatan jaringan jalan baru yang kian berselirat. Siapnya Lebuh AMJ iaitu jalan baru merentasi negeri Melaka dari Sg Rambai di selatan ke Simpang Empat, Alor Gajah di utara telah merubah aliran trafik sampaikan laluan lama ke bandar Melaka via Semabok menjadi sepi.
Namun disebabkan selari dengan pertambahan penduduk dan dengan banyaknya taman perumahan baru yang pesat dibangun dimajukan maka perlahan lahan laluan lama ini mulai kembali sibuk. Hendak melepasi Banda Kaba diawal pagipun agak berhati hati. Pasar Bukit Cina yang lebih didominasi oleh kaum cina makin memperlahankan aliran trafik untuk ke bulatan bukit cina. Parkir dan keluar ikut suka serta amalan double parking lebih memburukkan situasi diawal pagi. Ditambahi pula oleh cina yang veteran menjamu sarapan difood court di celah bangunan lama berhampiran Gurdwara Sahib kaum Sikh. Seksaan selepas melepasi bulatan bukit cina ini mulai menyelesakan dari kesesakan awal pagi.
Gurdwara...macam temple la |
Jarang sekali aku berjaya memandu melepasi persimpangan Semabok-Jalan Panjang. Tiada maknanya 'smooth driving'. Memang aku harus berhenti dilampu isyarat ini. Terpaksalah ikutkan pergerakan aliran trafik saban pagi setiap hari bersekolah sampai siapnya motorsikal 'suzuki' dibaiki. Sampai satu peringkat, kebosanan akan hadir. Lakukan perkara yang sama berulangkali dan banyaknya masa sebagai orang yang tidak bekerja kena lakukan yang tidak terfikirkan oleh aku sebelum ini. Memang banyak perkara yang hendak aku kerjakan lepas tidak terikat berkerja 'makan gaji'.
Sempoi dipagi hari |
Sebelum 'bebas' dari penjara 'maya' dek hambatan kerja sehinggalah genap 60, pelbagai hal yang hendak aku buat. Macamlah punyai banyak masa untuk lakukan segala yang dihajati. Dahulu, tidak sempat , tidak kecukupan masa menjadi 'penegah' untuk laksanakan yang aku minat dan sukai. Bila sampai detik dan ketikanya, ada pula halangan. Bukan satu tapi macam macam hal. Kita tidak akan tahu 'apa' yang bakal terjadi. Impian yang sekian lama aku pendamkan mungkin tiada yang tercapai. Perlu aku terima hakikat.
Terkemut kemut bergerak perlahan lahan menghampiri lampu berisyarat di Simpang Empat Semabok ni, akupun menoleh noleh kekiri kekanan. Tiada apa yang 'luarbiasa' dipandangan. Tetiba lepas melepasi kawasan 'perkuburan Islam' di Jalan Panjang berjiran dengan Shell, trafik terhenti. Kejap mata aku memandang SUV Toyota Cross warna putih di pump station 'kerang' ni. Berseluar pendek pakai t-shirt round-neck sedang memegang nozzle pump di kenderaannya itu. Hebat orang ini. Respect aku akan orang yang lebih muda dari aku ini walau tidak sebangsa kerana 'nasib' baik yang sedang dia nikmati sekarang. Ibarat ular menyusur akar, mana mungkin akan hilang bisanya. Biarpun sudah menjadi suatu kebiasaan bagi pemandu di negara kita ini dan telah diwartakan oleh kerajaan beberapa tahun lalu dalam usaha membendung kebanjiran 'pump-attentant' warga asing dengan mengalakkan pemandu mengisi minyak ke kereta sendiri. Tapi berdirinya dia disisi SUV-nya itu aku anggapkan suatu kejayaan. Pepagi lagi telah berada diluar rumah mengisi minyak. Dressing bukannya hendak berebut ke tempat kerja tapi nampak santai macam hendak pergi bersenam. Tentu sahaja 'business' diurusi oleh staff yang digajikan. Cuma perlu pantau perjalanan perniagaan senantiasa. Apa 'barang' hendak masuk office pepagi.
Menyelinap kepangkal hati aku. Orang yang berjaya memiliki sesuatu pastinya ada ciri ciri yang tiada kedapatan pada mereka yang gagal. Upbringing dan berada didalam lingkaran mereka yang berjaya dan saling bantu membantu dan dengan adanya 'magic' touch membolehkan dia berada di next level dalam strata komuniti mereka. Pastinya ada something special mendorongnya untuk cemerlang. Your are so lucky...my friend.
Aku sedar dalam dunia ini tidak semua antara kita yang 'smooth' sailing. Pelbagai cabaran dan dugaan akan diterima disepanjang kehidupan hayat memasing. Takdir yang mendatangi diri perlulah disantuni sebagus mungkin.
Zaini...it's okay. Teruskan perjalanan kehidupan ikut apa yang di-destine-kan upon you.
No comments:
Post a Comment