Sepertimana yang aku rasai dan alami hari ini berbanding dengan tahun sebelum sebelumnya, nyata banyak bezanya. Ingat lagi memohon cuti pada tahun baru Nasrani ini, pernah menjadi polemik. Ketika itu aku pairing dengan Theresa, perempuan India asalnya dan akan tetap seorang India yang 'convert' ke Kristian mahukan juga ambil cuti pada hari yang sama. Beralasan, tradisi keagamaan. Pengurusan akur pula. Sedangkan aku perlu menghantar pulang si Ucee ke kampusnya di Pasir Gudang. Awalnya dahulu, pihak pengurusan membenarkan hanya seorang sahaja yang boleh bercuti beralasan keagamaan. Tapi akhirnya akur dengan kewajaran yang aku berikan walaupun agak keberatan meluluskan. Argument yang aku ketengahkan, kalau begitu, every year-lah dia dapat 'privilege' tanpa dipertikaikan untuk bercuti pada 01/01 setiap tahun. Aku nail-kan dengan alasan inilah pertama kalinya dan hal ini tidak dapat dielakkan kerana 'nobody' yang boleh memandu menghantarnya pulang ke kampus. After all, its only first time and never be repeated in future.
Hari ini, tiada isu lagi. Mak Itam itu telah ditukarkan ke department yang lain disebabkan masalah kesihatan. Sebagai penghormatan buat diri yang akan menamati kerjaya peruncitan ini dan mungkin juga 'kebetulan' disebabkan tiada hari lain untuk 'park' cuti maka aku diberi tanpa dipohon akan cuti pada 'public holiday' hari ini. Kebetulan yang tidak dirancang atau tentu sekali dengan yakinnya yang hal ini adalah ketentuan dariNya.
Bagi budak dan mereka yang masih muda juga segelintir yang tidak ambil kesah, kehadiran tahun baru samada Kristian ke, Cina ke atau India ke dan begitu jugalah untuk kaum kaum yang lain waima tahun baru Islam sekalipun, tanggapan mereka hanyalah perubahan hari sahaja. Macam biasa, no big deals. Tidak perlu hendak diheboh dikecohkan. Namun tidak bagi mereka yang menginjaki usia ke 60-an. Mungkinlah ada dikalangan mereka dari golongan berusia 60-an merasakan diri masih bertenaga dan perasan muda. Tindakan mereka ini agak janggal diperhatikan dan terkeluar dari kebiasaan. Antaranya berpakaian bergaya seolah muda belia, cergas beriadah dan sampailah ke peringkat extremenya iaitu bernikah dengan anak dara beralasan kalau sudah jodohnya.
Kita sebenarnya dilekakan dengan 'sandiwara' dunia. Beruntung kepada mereka yang cepat sedar dan semakin hanyut buat mereka yang terpana terpesona. Diberi kesihatan yang baik dengan kemewahan yang diusahakan bukanlah bermakna ianya tiket untuk kekal berpanjangan dalam gaya kehidupan yang selama ini telah dilalui. Akan sampai kepada suatu ketika dan masanya, segala yang dimiliki itu akan tertanggal menuruti fitrahnya. Tiada yang kekal buat selamanya. Tapi kebanyakkan kita malah mungkin majoritinya mahukan ianya kekal dimiliki selama yang dimahukan. Normal-lah bagi manusia yang sifatnya tidak akan pernah puas.
Melihat kedalam diri, aku sedar dan teramat perlu untuk aku mencari membawa pulang bekalan ke akhirat nanti. Takut dan malu untuk berdepan dengan sang pencipta dalam keadaan tidak memiliki apa apa. Pastinya akan aku beri fokus yang lebih di sisa masa yang berbaki ini. Ujian yang dihadapi oleh sesama kita tidaklah bersamaan. Tidak perlu kira hairankan. Masing masing ada set ujian mereka sendiri. Tidak berbaloipun untuk membanding banding. Tiada sesiapapun yang mahu tahu dan setiap masa itu akan berubah mengikut ketentuanNya.
Persiapkanlah diri. Moga segala usaha aku akan dipermudahkan. Ameen.
No comments:
Post a Comment