20 AUGUST 2023, 12:16
Terkenangkan
Ahad ini, setelah mulai bekerja selepas lebih sebulan berehat, bekerja pula pada sebelah petang, aku ambil masa terluang untuk mengulang akan kelas 'harfiah' yasin. Hujan sederhana lebat pagi ini. Bila selesai mengulang, teringin pula hendak membuat catatan. Ilmu kalau tidak dicungkil digali maka barang tentulah tidak akan ketahuan. Mungkin berpanjangan malah sehingga tamat 'riwayat' inipun tidak ketahuan langsung. Hal ini bergantungan kepada diri memasing. Diberi hidayah mahupun tidak, ianya bergantung kepada kecenderungan memasing. Jika diri lebih kepada sesuatu yang melekakan maka hati dan perasaan akan didorong kearah tersebut. Andaikata tendency kearah kebaikan lagi bermanfaat maka tentu sekali akan berhasil mendapatkan apa yang 'longing' dihajati itu.
Berbalik pada diri, sebenarnya aku telah lama menaruh rasa cemburu kepada mereka yang mahir berpengetahuan dalam bahasa arab. Bukan sekadar terpegun akan kefasihan bertutur mereka tapi amat menghormati juga menghargai kemampuan memahami akan apa yang dituturkan mereka lebih lebih lagilah akan erti pembacaan al quran. Mampu menterjemahkan, mampu menghuraikan makna satu per satu perkataan arab yang dibaca. Lebih mengujakan bilamana mampu menerangkan 'peristiwa' yang diturunkan oleh Allah swt melalui Jibrail as kepada Nabi Muhammad saw berpandukan pengetahuan yang diperolehi hasil pembacaan kitab serta 'kuliah' dari pengajian dalam bidang yang dituntut mereka.
Akhirnya, saat itu hadir juga. Aku mulai mengikuti pengajian Arab Aula. Ketika mulai mengikutinya terdetik juga akan betapa lewatnya untuk diri mengikuti kelas. Namun memandangkan kelas ini dikhususkan kepada 'warga' pencen. Kaedah pembelajaran dan module pengajaran yang berdikit dikit amat sesuai kepada diri. Walaupun pada awal macam janggal sahaja tapi akuilah yang akulah yang harus menyesuaikan diri dalam usaha untuk mengejar akan 'hal' yang amat jauh tertinggal.
Ambil 'off' seketika untuk menukilkan sesuatu. Dalam masa tengah 'revise' mengenai kata sendi dan lebih khusus akan 'wau - و ' sumpah atau swearing 'و ' dari kelas harfiah yasin yang telah sebulan lebih mengikutinya. Dinyatakan terdapat beberapa ciri yang perlu peka bila membaca. Ciri utamanya ialah huruf 'و' ini adalah dipermulaan duduknya. Sifatnya yang tidak bercantum dengan perkataan lain sedangkan huruf tunggal ini membawa maksud 'dan' dalam BM atau 'and' in English. Tapi dalam nahu arab pula ianya mesti dirapatkan dengan huruf perkataan berikutnya.
Bagi yang tidak mengetahui, please do take note, dan aku mulai mengetahuinya maka harus peka akan kehadirannya dalam pembacaan bagi mengelakkan salah pemahaman. Dari apa yang diterangkan oleh Ustadz semasa berinteraksi berdepan mahupun menonton di online oleh pengajar/tutor berbeza yang berwibawa, semuanya sependapat yang huruf 'و' ini mesti berdampingan dengan perkataan berikutnya. Tak kisahlah samada ianya adalah katanama, katakerja, malah kata perintah pun. Penting untuk lebih fokus. Kalau difikirkan balik, kalau tidak ketahuinya mana mungkin akan faham akan apa yang dibaca. Main langgar sahaja. Main sebut sahaja. Tentu sahaja ke 'laut' jadinya.
Menariknya kedapatan banyak perkataan arab ini bilamana dibunyikan akan kedengaran seperti bahasa melayu tapi uniknya punyai maksud yang berbeza. Bagi kita orang melayu yang tidak didedahkan akan merasakan dan punyai persepsi lain pula. Inilah yang aku rasakan dizaman 'ber-takbir' dari rumah ke rumah dulu. Bagi yang mengetahui makna keseluruhan ucapan takbir pastinya amat beruntung. Faham serta hayatinya serta applykan disepanjang hayat hidup didunia ini. Bertuah mereka.
Aku pula agak kehairanan jugalah akan sebutan 'ولو' yang transliterasinya berbunyi 'wa-lau'. Setiap kali pak Seman boyau sampai ke 'ولو كره الكاقرون', aku stuck seketika. Kata bebudak sekarang, 'tak boleh nak move on'. Masa itu tidak sampailah hendak selidiki maknanya. Sekadar mengikut menyebutnya dan selesai meng-ameenkan doa ringkas pak Seman Boyau, tuan rumah akan agih agihkan duit. Tidak banyak mana ketika itu, kebiasaannya 20 sen, kekadang 50 sen dan tuan rumah yang agak berada pula adakalanya akan 'sedekah-kan' RM1.00. Kenangan zaman itu lebih lebih lagi malam raya memang tidak akan dilupakan.
Teks Takbir Raya...taken for granted dulunya |
Kini bukanlah hendak katakan...'with flying colours' tapi aku maklum akan makna pengucapan keseluruhan 'takbir' yang saban tahun didengari dan diucapkan berjamaah. Analisa perkataan demi perkataan keatas apa yang dibaca berdasarkan jenis perkataan dan pattern setiap perkataan yang dipelajari perlu aku apply demi memahamkan makna 'sebenar' apa yang disebutkan.
Practice makes perfect. Simpulan ini tentu sahaja ada kebenarannya. Mudah dan menyelesakan bila mulai tahu akan apa yang dilafazkan. Kesan positif tentulah akan membuatkan kita lebih berkeyakinan untuk 'explore' lebih mendalam lagi.
Harapnya semuga segala usaha aku ini diredhaiNya.
No comments:
Post a Comment