Sunday, August 6, 2023

Berbalik

 05/08/2023 09:18 


Tiada sesiapapun menjangkakan akan perkara yang pernah berlaku suatu ketika dahulu kini mendatangi diri. Sememangnya setiap detik yang kita lalui dan setiap mukabumi yang kita injaki tidak diketahui hujungnya. Hanyalah masa yang menentukan lambat cepat datangnya. Setiap apa yang berlaku dahulu, kini dan yang berkemungkinan dimasa mendatang adalah perkara yang diluar bidang kuasa kita untuk ianya terjadi. Apa yang pasti ianya sesuatu yang tidak berbaloi untuk meramal hal yang diluar kawalan kita.


Walaupun begitu, kita telah dibekalkan dengan panduan yang perlu diikuti serta dipatuhi penuh teliti tanpa sebarang keraguan. Kandungannya merentas melingkungi ruang masa setiap insan yang hidup di mukabumi ini. Al-quran, didalamnya, terhimpun segala kisah yang telah terjadi juga akan perkara dikemudiannya masa dan dialam seterusnya. Haruslah saling mengingati serta mentauladani agar perjalanan kehidupan kita berhemah lagi terarah. Kehadiran kita ini bukanlah suka suka. Ada misi yang perlu dilaksanakan.


Pagi ini bilamana membaca kisah masyarakat yang berlaku dan kini amat senang untuk diketahui serta dimengertikan menyebabkan aku terpanggil untuk mencoret sesuatu sekadar renungan. Biarpun coretan ini tidak mungkin merombak keadaan semasa tapi ianya menjadi ingatan dan panduan agar kesilapan tidak berulang lagi. Tetiba aku teringatkan kata kata, 'Mc Gyver' yang popular di tahun 80an dahulu ketikanya masih bersekolah yang mampu membuat 'something' from bare-hand dari lingkungan. Betul, betullah tu, ianya hanyalah cerita dan lakonan tapi berjaya dihidupkan berpandukan 'ilmu' paling basic menghasilkan sesuatu yang praktikal. Antara yang terkesan adalah, what goes around will come around dan every action has a reaction. Si Mc Gyver ni atau nama sebenarnya Richard Dean Anderson banyak menuturkan theory fizik dalam cerita semi-penyiasatan lakonannya. Mungkin dia sendiri tidak berapa tahu akan konsep fizik yang disebutnya atau terfikirkan untuk mengetahuinya. Apa hendak dihiraukan. Lebih dipentingkan lakonannya dibayar sewajarnya.

             Altimet dari PH akan ditentang calon PN dari PAS di DUN Lembah Jaya

Pertembungan yang bakal terjadi ini akan menyaksikan sejauhmanakah 'kebenaran' dipertahankan. Adakah 'Hoi ya Hoi' yang di-ratibkan dahulu membawa laba lagi atau sebaliknya bala pula yang datang. Rujuklah hasrat yang dimetrikan di satu lawan satu.


Sejak seminggu lalu bahkan sebelum sebermulanya hari penamaan calon(12/08/2023) untuk PRN ke-15 buat 6 negeri 'pembangkang' yang sengaja ditangguhkan, lagu ini kerap aku dengari dan lihat di 'wall' aku, kata bebudak sekarang di-fyp yakni 'for your page'. Di Tik Tok paling banyak. 'Hoi Hoi Ya Hoi' kerap muncul. Seolah berkait dengan rencam kisah politik semasa. Seingat akulah, kalau tidak silap, lagu ni dari filem P. Ramlee, 'Ali Baba Bujang Lapok'. Bila di-parody-kan dan disebarluaskan pula, ianya menjadi persendaan kepada orang orang politik. Tidak tahu pula siapakah gerangan yang mengubah mengadaptasikan senikata yang semacam 'kena' pula. 


Hasil pencarian di internet, Altimet, seorang rapper Melayu yang popular, adalah orangnya yang bertanggungjawab 'sepenuhnya'. Kemudian pula baru diketahui yang beliau ini juga adalah ahli PKR. Sumbangan kerjatangannya menjadi senjata tambahan dalam mencalar pedihkan lagi parti sebelah yang sesama bertanding pada PRU ke-15 pada tahun lalu. Tidak sampai setahunpun ianya digunapakai malah tidak tersangkakan berkesan menumbangkan parti yang 'claim' parti keramat orang melayu. Apa yang menyedihkan kejatuhan seusai lebih 60 tahun berkuasa kukuh adalah kalangan orang melayu sendiri. Kedengaran ditelinga, bisikan Mc Gyver, every action has a reaction'.

                                                         Video penuh - Full HD

Sebaik turun sahaja dari pentas lepas diperkenalkan oleh petugas SPN secara rasmi maka tidak lengahlah para pemberita yang telah ditugaskan oleh 'majikan' memasing mendapatkan 'scoop' berita untuk akhbar mereka. Samada sudah diagak atau tidak menduga, pertanyaan 'direct' pasal lagu 'Hoi Ya Hoi' membuatkan bakal 'YB' terkial menjawab. Selagi boleh ditepis maka ditepislah. Namun sebagai orang baru yang hendak menceburkan diri dalam kancah politik ini dan pertama kalinya pula masuk bertanding maka kenalah juga menjawabnya. Walaupun jawapan innocence beralasnya agak tersasar, diraut wajahnya seolah ditampar hebat tanpa dapat mengelak sempurna.

                                                          Tergamam...asal berjawab dah.      


Kekadang bilamana situasi yang dihadapi tidak memihak, kita sering mengikut jejak langkah mereka yang sealiran supaya tampak hebat bergaya. Walaupun orang yang dijadikan panduan itu tidak elok untuk diikuti dan diri pun tahu hakikat sebenarnya. Kemanakah dicampakkan maruah diri. Kita jarang berani untuk 'speak-up' kebenaran dan kerap berselindung dengan kepetahan bercakap. Tidak takutkah bilamana yang dikata lain tapi dibuatnya lain. Bukankah itu antara ciri ciri orang yang munafik atau 'hypocrite'. Tidak pastilah tapi semua kita relatifnya saban minggu malam jumaat akan membaca surah 'Yasin' yang sepanjang 83 ayat itu. Mana mungkin boleh terlepas dari 'pemahaman dan penakulan' kita untuk ambil ikhtibar panduan akan ayat 36:65

ٱلْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰٓ أَفْوَٰهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَآ أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ ٦٥

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

(Yaa Siin 36:65) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark

Siapa sangka dan siapa menduga dan disebabkan tidak ambil kisah untuk berhemah bertanggungjawab memertabatkan bangsa boleh tersungkur terjelepuk tidak bermaya. Diburukkan lagi ianya bukanlah diperlakukan sedemikian oleh bangsa lain tapi oleh anak bangsanya sendiri. Namun tidak sampai setahunpun lagu yang memberi 'kekuatan' pada parti dukungannya, tetiba lagu yang sama juga menjadi 'kegemaran' ramai mengarahkan kepada partinya kembali. Bukannya oleh mereka yang mempopularkan dahulu tapi oleh lawannya pula. Sekali lagi, si Mc Gyver, memekapkan kedua telapak tangannya mencorong terus ketelinga aku, 'what goes around will come around'. 


Bila ditemubual oleh pemberita kepada salah seorang calon yang bertanding untuk N20 Lembah Jaya, Selangor wajahnya seiras Altimet. Barulah diketahui calon ini bernama Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad adalah orang yang sama. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana nantinya dia mulai berkempen untuk memenangi pengundi setempat. 'Against All Odds' bak kata Phil Collins pun akan menentukan nasibnya. Bagaimana rasanya memperlekeh mempersendakan orang lain dan kurang dari setahun sahaja diri pula mungkin akan diperlekehkan. Andailah pengundi di Lembah Jaya ini bersikap terbuka dan 'move on' dengan apa yang pernah dia ada 'sumbangan' menjatuhkan parti keramat, rasanya dia berpeluang. Tapi andai menebalnya rasa ingin balas dendam maka kedudukannya ibarat telor dihujung tanduk.


Beginilah hukum 'karma' yang dipertunjukkan. Balasan atas segala yang pernah dilakukan adakalanya tidak perlu menunggui terlalu lama. Budak budak sekarang pandai menggelarnya...Allah bayar 'cash'. 


Apapun, kita tunggulah bersama akan keputusan rasmi pada malam 12/08/2023 nanti. Jangan lupa standby-kan 'super ring' dalam 5 bungkus. 


No comments: