Sunday, August 13, 2023

Menungan Ahad 2

13 AUGUST 2023, 18:31

Renungan Ahad 2

Teringat aku akan kejadian petang Khamis semasa dihaluan balik dari kelas Harfiah Yasin aku. Seperti biasa laluan balik aku andailah tiada apa apa perancangan adalah mengikuti laluan yang sama ke destinasi. So pada hari itu iaitu on 03/08/2023, setibanya aku ke persimpangan berlampu isyarat ke Pengkalan Batu(susur ke Infineon) lalulintas agak perlahan. Ingatkan ada kemalangan dalam masa 4:30pm ketika itu. Takkanlah pula di jalan lurus 4 lorong ber-divider boleh terjadinya kemalangan dan lagi pula masa pekerja swasta keluar kerja biasanya dalam lingkungan 5:00pm. Menjadi kebiasaan untuk kita beranggapan adanya kemalangan bilamana pergerakkan kenderaan tetiba menjadi perlahan. Lebih meyakinkan andai terhenti jem 'melekat' seketika. 

Kejadian yang terjadi beberapa meter dihadapan tapi terlindungnya pandangan maka sebab utamanya tentulah 'kemalangan' yang menyekat laluan cepat sahaja terfikirkan. Bila mulai perlahan bergerak menghampiri, barulah diketahui akan sebab musababnya. Bila jelas dipandangan dan faham akan apa yang terlihatkan, barulah mengerti sebabnya. Crane yang disewa oleh pihak yang dipertanggungjawabkan melintang dilorong 'memotong' sedang melaksanakan tugasan memasang 'bendera' Malaysia. Baru teringat, 31 Ogos bakal menjelang tiba. Kerja kerja dekorasi oleh pihak MBMB selaku pihak yang mengawal selia kawasan dalam tadbiran mereka bertungkus lumus laksanakan arahan. Kerja mereka, biarlah mereka lakukan dalam menceriakan sambutan kemerdekaan untuk tahun ini.

Kita yang tiada kena mengena ini, hanyalah sekadar melihat lihat dan mengintai intai dari dalam kereta akan kerja kerja pemasangan bendera dan lelampu yang rasanya perlu disiapkan mengikut jadual. Apa yang menarik perhatian aku untuk diulas adalah kesungguhan salah seorang pekerja mengawal pergerakkan lalulintas yang mulai sesak ketika itu. Jelas dan amat jelas dipandangan mata. Mengibarkan bendera 'merah' ditangan dilaluan sebelah agar pemandu berhati hati memandu melepasi lokasi tempat rakan rakan mereka sedang berkerja. Penting dalam menghindari kemungkinan terjadinya kejadian yang tidak diingin dari berlaku. Biasanya dalam gurauan di whatsapps, malam ini 'bendera 'merah' pula, lebih lebih menggiat sesama rakan grup pada malam jumaat.

Aku 'scan' akan dirinya yang dalam jangkaan aku berusia pertengahan 30an ni. Pastinya telah bekeluarga dan kalau 'benih 'baik dah punyai anak. Rasanya masih kecil dan tengah kuat makan dalam proses membesar mereka. Kekadang dan terdetik rasa malu pada diri. Mungkin not a big issue tapi pasti akan terdetik rasa sedemikian. Berbalik pada diri aku sendiri, konsep yang aku pegang, orang mencuripun tiada rasa malu melakukan kerja kerja yang tidak bermoral sedangkan kita bekerja 'halal' menanggung keluarga tentulah tiadanya istilah malu dan biarkan perkataan 'malu' ini tersimpan kemas dalam dictionary sahaja. Similarly, aku mengharapkan kesungguhan bekerja yang ditunjukkan ini tidaklah sekadar untuk dipandang orang tapi berterusan dan gigih bekerja dalam menjalani tugasan seharian membesarkan keluarga barunya itu yang ianya adalah suatu ibadah.

Lakukan seperti diarahkan

Mulia memudahkan pergerakan



Aku mengharapkan yang dirinya ini akan senantiasa sihat dan dipermudahkan setiap urusan kehidupannya oleh Allah swt. Ameen.

No comments: