01 JANUARY 2020, 17:19
Hari ini adalah hari pertama bersamaan hari Rabu. Setelah sekian lamanya digembar gemburkan sejak awal digagaskan konsep Wawasan 2020 sekitar 80an dulu oleh PM 'kitar semula' yang kini naik 'tahta' setelah PRU ke 14, aku kembali cuba mengimbau kenapa dan mengapa dan adakah benar benar mencapai aspirasi yang didambakan.
Sebelum menghuraikannya lebih lanjut, andai berkesempatan atau mungkin dilain ketika, pasti akan mengulasnya nanti. Apapun, hari ini aku terpaksa hadir sesi pendaftaran kedua-dua anak lelaki aku keasrama memasing. Yang second last ke MRSM sebagai pelajar senior. Manakala yang bongsunya pula memasuki tingkatan 1 sebagai pelajar junior di MHS. Antara kedua-duanya aku amat risaukan kemampuan anak bongsu aku. Berseorangan diasrama buat pertama kalinya tentu sahaja merisaukan diri ini. Pengalaman baru tinggal berjauhan dari keluarga yang bakal dilaluinya nanti diharapkan mampu mendewasakan dirinya. Kematangan selari dengan peningkatan usia mencabar dan perlu dicabar dalam kondisi yang berstruktur menentukan sejauhmana kemampuan dirinya untuk berdikari. Cepat lambatnya untuk dia menyesuaikan diri akan membuatkan dirinya lebih berkeyakinan menghadapi rencam kehidupan yang pelbagai. Disiplin diri, jati diri serta kegigihan mengharungi setiap cabaran akan membuatkan dirinya cepat matang.
|
Di dewan Optimist |
|
Kalangan 'rancangan khas' |
Sebaik mendaftarkan dirinya di MHS pada 17/12/2019 setelah mencetak surat tawaran dari kementerian dibawah 'Rancangan Khas' dengan membawanya sekali melihat sekitar kawasan sekolah sepertimana yang dilihatnya ketika menempatkan abangnya 5 tahun dahulu juga dibawah 'Rancangan Khas', aura bersekolah berasrama seperti melekat pada dirinya. Awal lagi beg beroda Abangnya masa memasuki Politeknik dahulu telah dipenuhkan dengan keperluan sekolah. Bersemangat bersungguh walaupun permohonan untuk ke MRSM juga ke Mozac gagal walau boleh membuat rayuan. Berdasarkan kepada slip keputusan yang sederhana sahaja pencapaiannya walaupun mendapat gred A untuk Matematik dan Sains, peluang lebih dibuka kepada yang mendapat straights A. Pihak yang berkenaan tentulah ada kriteria pemilihannya yang tersendiri. Mungkin juga, mungkinlah, ada tangan tangan ghaib yang mencaturkan setiap keputusan pelajar UPSR 2019 ikut kesesuaian dan memastikan setiap pelajar berpeluang menempatkan diri di sekolah yang mampu menjana daya intelektual ke tahap yang lebih baik kalaupun tidak berjaya ketahap yang memuaskan. Salah betulnya pihak kementerian berfikir dan merangka strategi yang dirasakan baik atau punyai 'udang disebalik mee' menjadi tanggunggan pihak kementerian.
|
Terbaik...kedua tertua di Malaysia |
|
Harus optimis |
|
Masa abangnya ber-PT3 |
Tentulah sebagai pihak yang memohon, rasa kecewa tidak terpilih dan impian yang didambakan berkecai tanpa belumpun melangkah mencuba, perasaan marah dan geram akan dizahirkan. Begitupun, takdir yang ditimpakan perlulah pasrah menerimanya. Pastinya ada hikmah yang sengaja 'disembunyikan' untuk setiap insan yang diujiNya. Aku sebagai ayah tentulah turut bersimpati. Sekadar mampu menasihatkan dirinya agar terus berusaha dengan lebih gigih lagi. Lupakan sahaja liku-liku yang telah dilalui. Hadapi dengan penuh bersemangat beriltizam agar kejayaan lebih cemerlang mampu digapai.
Go for it...Ahmad Yaseer. Ayah senantiasa mendoakan kejayaan Yas. Jangan takut. Hadapi dengan berani. Ayah akan senantiasa memantau membantu mana yang termampu.
Insya-Allah, no pain no gain.
No comments:
Post a Comment