Sering sangat pula setiap kali aku menyelak membaca serta membuat latihtubi akan bahasa Arab, my inner-self sama sibuk mahu mengulas memperkatakan. Bukanlah bermaksud pandai atau memandai-mandai tapi rasa seperti ada yang tidak kena pada kehidupan ini bilamana dan selagi mana kita dalam bermasyarakat masih gagal menghayati seharus dan sepatutnya akan kandungan isi al-quran didalam memacu memandu kehidupan di alam yang sedia maklum 'fana' ini.
Gangguan 'halus' yang sering mendatangi diri untuk membuat komen peribadi makin menjadi jadi pula walaupun aku cuba menahannya. Aku kerap juga membuat catatan mengenai 'social interest' yang lebih kepada sekadar meluahkan rasa hati keatas sesuatu yang kelihatan terkeluar dari norma norma kehidupan biasa. Keganjilan yang terpandang dan menjadi kepelikan difikiran membuatkan aku cuba mencari punca asbab sehingga terjadinya sepertimana yang terlihatkan, dikhabarkan orang mahupun dari pembacaan yang mudah dicapai kini.
Apapun luahan rasa dan kebimbangan yang mungkin terbit dari peristiwa yang berlaku itu pada masa mendatang hanya 'confined' pada journal aku sahaja. Aku tidak mengharapkan orang lain untuk sudi membaca, mahupun 'reader' di media sosial untuk turut berkongsi kerungsingan yang aku jangkakan mungkin berlaku berdasarkan pengalaman diri sendiri. Tidak memberi keuntunganpun kepada orang lain namun setidak-tidaknya menjadi pengajaran buat diri sendiri dalam mengharungi sisa sisa kehidupan di maya pada ini. Minat menulis yang seakan begitu 'handy' disebabkan telah terlalu biasa melakukannya sejak tamat alam persekolahan lagi bukanlah sesuatu yang membebankan. Selalunya terus menulis dulunya dan kini pula terus sahaja menaip(tekan keyboard) digital lagi dalam pelbagai platform yang aku selesa menggunakan.
Hairan aku melihat menyaksikan kisah kisah yang dilaporkan oleh pelbagai media dengan apa yang dibacai dan yang aku fahami dari pembacaan Al-Quran yang seharusnya sebaik sahaja akil baligh sudah mengkhataminya. Bak kat orang putih, it's better late than never. Fahamkah apa yang dibaca dan mengapa pula tindak tanduk yang dilakukan sehingga cepat tersebarnya perlakuan yang bercanggah boleh terjadi. Sukar dimengertikan kalau sekali imbas diamati. Amat memerlukan penelitian yang penuh dan fokus. Bukan semua orang punyai daya pemikiran yang bersamaan. Masing masing ada kelebihan dan kekurangan. Dari perbezaan inilah timbul dinamiknya perhubungan pertalian kebergantungan sesama kita. Yang mengerti memahami harus menyampaikan manakala yang kekurangan harus berusaha mencari. Selagi mana proses perimbangan ini berlaku dan berkembang secara positif maka amat diyakini ketamadunan manusia akan berada selari dengan tuntutan Al-Quran. Andai sebaliknya pula yang berlaku dan nyata kini terjadi terang terangan lagi, parahlah kita dan letihlah menghadapi segala yang bakal dihadapi nanti sesuai dengan proses penuaan diri. Diperingkat kanak kanak perlu perbetulkan perbaiki. Begitu jugalah diperingkat remaja/dewasa perlu mengharungi proses yang sama juga dan ketikanya diusia lanjut masih perlu lagi mengulanginya sedangkan segala sesuatu yang bakal diharungi oleh umat sehingga saat kematian telahpun dimaklumi bilamana terlengkapkan 1400 tahun yang lampau.
Semalam diberitakan kisah seorang suami yang menyimbahi isterinya dengan air panas hanyalah disebabkan makanan yang dihidanginya mengandungi semut. Banyak faktor yang menyumbang kearah terjadinya peristiwa hitam yang menimpa mangsa. Melulu memberi pandangan mungkin akan berbalik kepada diri kita sendiri.
Tepuk dahi aku bila membaca berita dari Sabah ni yang mengutip kisah yang berlaku di Jawa Barat, Indonesia bagi mensensasikan 'Sabah Post', Mengamuk tak tentu pasal. Ada isyarat sebenarnya yang hendak dimaklumkan dan perlu semua kita fahami seharusnya.
Apapun sejujurnya, insiden ini perlu dijadikan iktibar untuk self-correction agar kejadian serupa ini tidak terjadi lagi dimasa mendatang atau untuk selama lamanya.
No comments:
Post a Comment