Coretan peribadi tentang apa yang berlaku dilingkungan (Berpandukan pengalaman/pengamatan serta pengetahuan yang sedikit cuma)
Friday, January 24, 2020
Menjelang Raya @ 2020
Thursday, January 16, 2020
Faham dan pemahaman
Chapter (2) sūrat l-baqarah (The Cow)
30. Wa iz qaala rabbuka lil malaaa'ikati innee jaa'ilun fil ardi khaleefatan qaalooo ataj'alu feehaa mai yufsidu feehaa wa yasfikud dimaaa'a wa nahnu nusabbihu bihamdika wa nuqaddisu laka qaala inneee a'lamu maa laa ta'lamoon
Berpandukan kepada pengalaman semasa mengaji dengan Atok Deraman, belajar pasal bab sembahyang dengan harus mengingatkan niat serta bacaan didalam sembahyang dalam bahasa arab ni perlu dicatatkan dalam huruf roman. Romanised kata omputih. At that time, tiada pendedahan akan Arabic dan belajar mengaji sepertimana yang aku nukilkan dalam catatan terdahulu, mengikut sebutan bacaan setiap patah perkataan arab Atok Deraman dan menghafalinya selepas sesi mengaji. The closer the pronouncing the better. Kemudian baru boleh beralih dari ayah yang dibaca kepada ayah yang baru. Begitulah hari demi hari sehinggalah khatam 'mengaji' beberapa kali.
Transliterasi sedemikian dengan sukukata yang dibunyikan hampir menyamai dengan bahasa Arab memerlukan daya kemahiran yang tinggi. Bukan calang calang orang boleh melakukannya. Even orang yang mahir serta fasih berbahasa arab mungkin juga akan menghadirkan kekeliruan bukan kepada dirinya tapi kepada pendengarnya. Diusia aku kini memang jelas nampak kesukaran memahamkan bahasa arab semasa diera kanak kanak dahulu. Bagi orang tua, menyerahkan anak belajar mengaji maka terlepaslah tanggungjawab dalam bab agama agaknya pada era 70an dahulu. Diketika itu ucapan salam jarang jarang dituturkan oleh orang kebanyakan. Mungkin aku sedikit 'bias' dalam hal ini kerana masih bebudak lagi tapi yang sering sampai ke cuping telinga ini adalah 'Hawau kau, lama tak nampak...', 'Hoi musibat...baru muncul, mana menghilang' dan tiada pula malah hampir jarang jarang sekali untuk aku mendengari akan opening remarks 'Assalamu Alaikum...' yang rasanya seperti belum kejap membudaya dalam masyarakat. Mungkin dikalangan mereka yang 'alim' dan golongan kaki masjid telah sedia maklum mempraktikkan ucapan salam. Namun sekitar 80an baru nampak ketaranya dengan diri inipun telah meningkat dewasa.
Ucapan salam ditahun tahun 80an sehinggalah kini menjadi lingua franca kepada penutur bahasa melayu yakni orang melayu selaku orang islam. Malahan orang cina yang sering berinteraksi dengan orang melayu tanpa segan silu dan tanpa kekok turut menuturkan ucapan salam ini. Mungkin setelah tahu maknanya maka pada pandangan mereka, 'apalah salahnya mengucapkan salam sedangkan ia bermaksud baik bukannya pula menghina ataupun menyatakan sesuatu yang buruk. Kekadang kita pula yang rasa dipermainkan diperlekehkan oleh orang cina yang sedaya upaya cuba hendak 'pleased' menunjukkan kemesraan keakraban dalam bermasyarakat.
Apa yang lebih mengharukan lagi adalah bilamana ucapan doa oleh imam di mimbar selepas selesai membacakan teks khutbah jumaat kekadang tanpa pemahaman yang jitu mungkin yang mendengarnya memaksudkan lain. Tidak selesa disebabkan tidak memahami maknanya mungkin akan menghilangkan terus rasa ingin tahu makna setiap patah sebutan arab yang dilafazkan. Makanya amat perlu bagi setiap indivivu itu sendiri punyai keyakinan yang tinggi serta kesanggupan untuk belajar dalam mengetahuinya secara terus maknanya demi memudahkan pemahaman dan mempraktikkan didalam kehidupan seharian.
Bagi menguji diri, aku cuba cubalah hendak memahamkan ayat ke-30, surah al-baqarah ini directly. Ayat ini adalah dailog antara malaikat dengan Allaw swt yang mana cuba mempertikaikan keujudan 'khalifah' di bumi. Lalu berbangga dan self-proclaimed dengan diri sendiri akan tahap ketaatan mereka tapi ditempelak oleh Allah swt. Kalau ikut mind-set melayu atau kerangka pemikiran melayu, bila menyebut kata-kerja(قال)-'kala', kita maknakan 'diwaktu' tapi dalam bahasa arab ianya bermaksud 'said'(الفعل الماضي) atau telah berkata. Bunyi sebutan seakan akan sama tetapi berlainan maksudnya dalam bahasa arab. Makanya perlu set-kan minda, yang kita dalam 'dunia penutur bahasa arab' dan pastinya memudahkan cara memahami secara langsung. Bukan mudah sebenarnya namun andai istiqamah dan benar benar mahukan, percayalah usaha kita akan dipermudahkan olehNya.
Dalam konteks ayat ini, harus cekap mengetahui penuturnya. Jelas dinyatakan ianya adalah '(ربك)' yang kita semua fahami, 'tuhan-kamu'. Dalam nahu arab pula ianya adalah berbentuk - الءضافة - gabungan dua perkataan kata-nama. Ini dinamai pelaku atau 'doer' dan dalam konteks ayat ini penuturnya adalah Allah swt. Tidak terhenti setakat ini, kita perlu tahu akan dengan siapa pula ditujukan. Jelas ianya 'malaikat'. Apakah pula butir perkara yang diberitahu oleh Allah swt kepada malaikat. Tiada jalan pintas melainkan harus fahami makna setiap patah perkataan arab yang mungkin kebanyakan kita mampu menuturnya penuh fasih. Amat perlu mengetahui akan susun atur ayat yang dibacai agar pemahaman menjadi lancar yang mana akan menghadirkan 'khusyuk' mengetahui setiap apa yang dilafazkan. Apa yang lebih penting lagi akan mampu mengingati setiap ayat, mempraktikkan dalam kehidupan dan terdaya termampu berkeyakinan menyampaikan pula kepada masyarakat setempat dengan izinanNya - biznillah.
Analoginya, malasnya serta menjauhi kepada membaca buku kepada anak anak berpunca dari banyak faktor. Kemungkinan yang paling hampir adalah kesukaran untuk membaca. Tidak didedahkan kepada teknik membaca yang betul, tiadanya usaha pihak tertentu membantu mengenal pasti mereka yang payah dalam pembelajaran serta empunya diri punyai tahap keyakinan yang rendah. Saling kait mengait. Putaran 'ganas' akan menjadi lebih besar bilamana ibubapa yang 'buta' huruf, buta al-quran tidak mampu berbuat sesuatu mengatasinya.
Kini setelah semakin menuju ke garisan penamat semacam perlahan pula tindakan aku memahirkan diri akan bahasa arab ini. Bermatlamat bertujuan memudahkan pemahaman al-quran serta pertuturan dengan mereka yang fasih berbahasa arab, tertinggal jauh dibelakang dan tentu sahaja aku mencemburui mereka yang ada pendidikan formal semasa zaman kanak kanak dan celik al-quran celik agama. Segala sesuatu dirasakan begitu 'handy' bilamana melihatkan ustaz yang seusia malah yang lebih muda dari aku memberi tazkirah via you-tube.
Apapun tiada perlu menoleh kebelakang lagi tapi bergerak pantas kehadapan. Kalaupun tidak setandingan dengan mereka tapi setidak tidaknya kitapun harus mengetahui yang asas dalam bab agama agar tidak terpesong dan tidak perlulah mengupas mentafsir seperti para cendikiawan agama bertaraf 'world'. Begitupun, untuk mantapkan lagi pengetahuan, kita perlu mampu membaca kitab tafsir yang dikarang oleh para agamawan ilmuan dalam bahasa arab kalau boleh. Kini makin ramai penerbit buku berlumba lumba menterjemahkan ke bahasa melayu untuk faedah mereka yang masih tidak mampu memahami bahasa arab.
Sunday, January 12, 2020
Wawasan 2020 dan perlunya senantiasa berawas...
01 JANUARY 2020, 17:19
Hari ini adalah hari pertama bersamaan hari Rabu. Setelah sekian lamanya digembar gemburkan sejak awal digagaskan konsep Wawasan 2020 sekitar 80an dulu oleh PM 'kitar semula' yang kini naik 'tahta' setelah PRU ke 14, aku kembali cuba mengimbau kenapa dan mengapa dan adakah benar benar mencapai aspirasi yang didambakan.
Sebelum menghuraikannya lebih lanjut, andai berkesempatan atau mungkin dilain ketika, pasti akan mengulasnya nanti. Apapun, hari ini aku terpaksa hadir sesi pendaftaran kedua-dua anak lelaki aku keasrama memasing. Yang second last ke MRSM sebagai pelajar senior. Manakala yang bongsunya pula memasuki tingkatan 1 sebagai pelajar junior di MHS. Antara kedua-duanya aku amat risaukan kemampuan anak bongsu aku. Berseorangan diasrama buat pertama kalinya tentu sahaja merisaukan diri ini. Pengalaman baru tinggal berjauhan dari keluarga yang bakal dilaluinya nanti diharapkan mampu mendewasakan dirinya. Kematangan selari dengan peningkatan usia mencabar dan perlu dicabar dalam kondisi yang berstruktur menentukan sejauhmana kemampuan dirinya untuk berdikari. Cepat lambatnya untuk dia menyesuaikan diri akan membuatkan dirinya lebih berkeyakinan menghadapi rencam kehidupan yang pelbagai. Disiplin diri, jati diri serta kegigihan mengharungi setiap cabaran akan membuatkan dirinya cepat matang.
Di dewan Optimist |
Kalangan 'rancangan khas' |
Sebaik mendaftarkan dirinya di MHS pada 17/12/2019 setelah mencetak surat tawaran dari kementerian dibawah 'Rancangan Khas' dengan membawanya sekali melihat sekitar kawasan sekolah sepertimana yang dilihatnya ketika menempatkan abangnya 5 tahun dahulu juga dibawah 'Rancangan Khas', aura bersekolah berasrama seperti melekat pada dirinya. Awal lagi beg beroda Abangnya masa memasuki Politeknik dahulu telah dipenuhkan dengan keperluan sekolah. Bersemangat bersungguh walaupun permohonan untuk ke MRSM juga ke Mozac gagal walau boleh membuat rayuan. Berdasarkan kepada slip keputusan yang sederhana sahaja pencapaiannya walaupun mendapat gred A untuk Matematik dan Sains, peluang lebih dibuka kepada yang mendapat straights A. Pihak yang berkenaan tentulah ada kriteria pemilihannya yang tersendiri. Mungkin juga, mungkinlah, ada tangan tangan ghaib yang mencaturkan setiap keputusan pelajar UPSR 2019 ikut kesesuaian dan memastikan setiap pelajar berpeluang menempatkan diri di sekolah yang mampu menjana daya intelektual ke tahap yang lebih baik kalaupun tidak berjaya ketahap yang memuaskan. Salah betulnya pihak kementerian berfikir dan merangka strategi yang dirasakan baik atau punyai 'udang disebalik mee' menjadi tanggunggan pihak kementerian.
Terbaik...kedua tertua di Malaysia |
Harus optimis |
Masa abangnya ber-PT3 |
Tentulah sebagai pihak yang memohon, rasa kecewa tidak terpilih dan impian yang didambakan berkecai tanpa belumpun melangkah mencuba, perasaan marah dan geram akan dizahirkan. Begitupun, takdir yang ditimpakan perlulah pasrah menerimanya. Pastinya ada hikmah yang sengaja 'disembunyikan' untuk setiap insan yang diujiNya. Aku sebagai ayah tentulah turut bersimpati. Sekadar mampu menasihatkan dirinya agar terus berusaha dengan lebih gigih lagi. Lupakan sahaja liku-liku yang telah dilalui. Hadapi dengan penuh bersemangat beriltizam agar kejayaan lebih cemerlang mampu digapai.
Go for it...Ahmad Yaseer. Ayah senantiasa mendoakan kejayaan Yas. Jangan takut. Hadapi dengan berani. Ayah akan senantiasa memantau membantu mana yang termampu.
Insya-Allah, no pain no gain.
Saturday, January 11, 2020
Menerawang
Sering sangat pula setiap kali aku menyelak membaca serta membuat latihtubi akan bahasa Arab, my inner-self sama sibuk mahu mengulas memperkatakan. Bukanlah bermaksud pandai atau memandai-mandai tapi rasa seperti ada yang tidak kena pada kehidupan ini bilamana dan selagi mana kita dalam bermasyarakat masih gagal menghayati seharus dan sepatutnya akan kandungan isi al-quran didalam memacu memandu kehidupan di alam yang sedia maklum 'fana' ini.
Gangguan 'halus' yang sering mendatangi diri untuk membuat komen peribadi makin menjadi jadi pula walaupun aku cuba menahannya. Aku kerap juga membuat catatan mengenai 'social interest' yang lebih kepada sekadar meluahkan rasa hati keatas sesuatu yang kelihatan terkeluar dari norma norma kehidupan biasa. Keganjilan yang terpandang dan menjadi kepelikan difikiran membuatkan aku cuba mencari punca asbab sehingga terjadinya sepertimana yang terlihatkan, dikhabarkan orang mahupun dari pembacaan yang mudah dicapai kini.
Apapun luahan rasa dan kebimbangan yang mungkin terbit dari peristiwa yang berlaku itu pada masa mendatang hanya 'confined' pada journal aku sahaja. Aku tidak mengharapkan orang lain untuk sudi membaca, mahupun 'reader' di media sosial untuk turut berkongsi kerungsingan yang aku jangkakan mungkin berlaku berdasarkan pengalaman diri sendiri. Tidak memberi keuntunganpun kepada orang lain namun setidak-tidaknya menjadi pengajaran buat diri sendiri dalam mengharungi sisa sisa kehidupan di maya pada ini. Minat menulis yang seakan begitu 'handy' disebabkan telah terlalu biasa melakukannya sejak tamat alam persekolahan lagi bukanlah sesuatu yang membebankan. Selalunya terus menulis dulunya dan kini pula terus sahaja menaip(tekan keyboard) digital lagi dalam pelbagai platform yang aku selesa menggunakan.
Hairan aku melihat menyaksikan kisah kisah yang dilaporkan oleh pelbagai media dengan apa yang dibacai dan yang aku fahami dari pembacaan Al-Quran yang seharusnya sebaik sahaja akil baligh sudah mengkhataminya. Bak kat orang putih, it's better late than never. Fahamkah apa yang dibaca dan mengapa pula tindak tanduk yang dilakukan sehingga cepat tersebarnya perlakuan yang bercanggah boleh terjadi. Sukar dimengertikan kalau sekali imbas diamati. Amat memerlukan penelitian yang penuh dan fokus. Bukan semua orang punyai daya pemikiran yang bersamaan. Masing masing ada kelebihan dan kekurangan. Dari perbezaan inilah timbul dinamiknya perhubungan pertalian kebergantungan sesama kita. Yang mengerti memahami harus menyampaikan manakala yang kekurangan harus berusaha mencari. Selagi mana proses perimbangan ini berlaku dan berkembang secara positif maka amat diyakini ketamadunan manusia akan berada selari dengan tuntutan Al-Quran. Andai sebaliknya pula yang berlaku dan nyata kini terjadi terang terangan lagi, parahlah kita dan letihlah menghadapi segala yang bakal dihadapi nanti sesuai dengan proses penuaan diri. Diperingkat kanak kanak perlu perbetulkan perbaiki. Begitu jugalah diperingkat remaja/dewasa perlu mengharungi proses yang sama juga dan ketikanya diusia lanjut masih perlu lagi mengulanginya sedangkan segala sesuatu yang bakal diharungi oleh umat sehingga saat kematian telahpun dimaklumi bilamana terlengkapkan 1400 tahun yang lampau.
Semalam diberitakan kisah seorang suami yang menyimbahi isterinya dengan air panas hanyalah disebabkan makanan yang dihidanginya mengandungi semut. Banyak faktor yang menyumbang kearah terjadinya peristiwa hitam yang menimpa mangsa. Melulu memberi pandangan mungkin akan berbalik kepada diri kita sendiri.
Tepuk dahi aku bila membaca berita dari Sabah ni yang mengutip kisah yang berlaku di Jawa Barat, Indonesia bagi mensensasikan 'Sabah Post', Mengamuk tak tentu pasal. Ada isyarat sebenarnya yang hendak dimaklumkan dan perlu semua kita fahami seharusnya.
Apapun sejujurnya, insiden ini perlu dijadikan iktibar untuk self-correction agar kejadian serupa ini tidak terjadi lagi dimasa mendatang atau untuk selama lamanya.