Sunday, February 25, 2018

Siapa Sangka...


22/2/2018 @ 6:28pm

Entah macammana, petang Khamis ini aku terkenangkan penulis buku yang pernah aku bacai kisah pengalaman perjalanan kehidupannya, 'Dari Kodiang ke Jalan Riong', bernama Tajudin Saman. Semasa memula membaca back in 2004, lebih tepat lagi pada 09/09/2004 meminjam membacanya dari Perpustam, aku tengah mendapatkan input dalam menghasilkan sendiri akan kisah yang melingkari kehidupan aku. Segala buku yang bergenre 'autobiography' akan aku pinjam dari Perpustam untuk mendapatkan idea. Tergerakpun pasal semalam ketika intai 'nightline', kisah beliau mendapat liputan bermuslihat oleh tv3 bilamana 'penguasa' berkunjungan berziarah sambil menyumbang. Mungkin aku sahaja yang terlepas pandang akan insan yang menjadi perhatian dimata kerajaan ini, lebih-lebih lagi aku yang tiada kaitan rapat dengannya. Segala sesuatu digerakkan oleh 'tangan tangan ghaib' menurut firasat kita. Terlihat dikaca tv, computer meragam dan lepas minum petang hanya penyebab untuk aku mencoret lintasan idea yang tetiba datang. 

Desktop aku tetiba meragam bila 'on-kan'. Terpampang discreen, 'Bootmgr is compressed. Press Ctrl+Alt+Del to restart'. Ikutilah arahan yang tertera tanpa banyak soal. Maklumlah kita yang tidak mahir sangat pasal komputer. Namun setiap kali dilakukan, ia berbalik balik seperti tergambarkan. Kena tunggu anak balik dari kerja nampak gayanya. Pandai guna tapi tidak pandai selenggara. Aku yang konon nak tunjuk pandai cubalah nak compressed, nak released memory di Drive 'C' pagi tadi, tapi lain pulak yang jadi. Biarlah yang expert memperbetulinya. Untung juga ada technician computer dalam rumah.

Amacam nie... berbalik-balik


Petang Khamis ni lepas Asar, disamping pekena pisang goreng nangka dengan karipap yang dibuat orang rumah sementelahan computer pula down, aku dibuai kenangan akan saudara Tajudin yang baru baru ini dilaporkan diserang angin ahmar. Stroke, cakap omputihnya. Aktiviti petang aku bila bercuti selain membaca autobiography; masih lagi 'Time Present, Time Past... a memoir...Bill Bradley' aku selang selikan dengan mencoret di digital journal. Letih membaca, aku menulis. Letih menulis, aku melunjurkan kaki sambil mata tertumpu ke screen internet tv layankan cerita cerita retro 80an, action movie selalunya juga filem koboi ikut mood. Astropun sudah jarang tengok dengan cerita yang kerap diulang-ulang.

Membacanya ditahun 2004


Recall balik kisah malang yang menimpa dirinya, aku intailah kembali video tentang penderitaan yang dialaminya sepertimana yang dilaporkan pada penghujung January 2018. Amat tidak terdugakan, sepatutnya dan kebiasaan yang terlihatkan adalah kita akan menghabiskan masa persaraan bersantai mengenang kisah-kisah lampau mengamit kerinduan tapi dirinya bergelut bertarung dengan penyakit pada sisa usia yang berbaki. Pastinya dirinya sendiri tidak menduga begini yang dihadapi. Anak kampung yang bercita besar mengejar impian sehinggakan jawatan polis yang disandangnya dilepaskan bersebabkan kuatnya keinginan mencapai 'sesuatu' dalam hidupnya. Bagi kita pula yang biasa biasa ini, bekerja di sektor kerajaan adalah satu 'rezeki'. Apa tidaknya selain bergaji tetap dengan segala macam imbuhan dari semasa ke semasa yang diterima juga berpencen sehingga hembusan nafas terakhir. Bermaksud dapur senantiasa 'berasap' walaupun tidak berkhidmat lagi. Abang aku yang tamat jawatan polisnya berpangkat 'koperal' walaupun kenaikan pangkat ke 'sarjan' diterimanya ketika hujung persaraan mungkin simpati dari pihak atasan dan memang rezekinya tetap mendapat pencen sarjan disamping penghargaan kerajaan, menerima lebih dari RM80K sebagai duit gratuity. Menolak 'tuah', itulah tanggapan kita.

Ironinya, 'perjalanan' dari Kodiang ke Jalan Riongnya tidak berpatah balik tapi terus berkampong di Presinct 9, Putra Jaya mungkin sebagai satu status simbol kejayaan dari kegigihan mengharungi kepayahan cabaran tanpa mengenal erti serik dan putus asa. Bukanlah aku hendak memandai-mandai tapi kebiasaannya dari banyak banyak buku bergenre 'autobiograhy' ini, penulisnya akan mengenangkan kampong halaman yang telah lama ditinggalkan. Ada penulis akan memasukkan 'harapan' agar kampung halamannya yang semestinya telah berubah menjadi nostalgia tidak ternilaikan akan tempat yang satu ketika dahulu diinjaki. Bagi yang punyai pertalian yang sukar dimengertikan oleh orang lain, kampong kelahiran dan disitulah zaman kanak-kanaknya akan dikenanginya dengan memulangkan sesuatu ke tempat asal kelahiran sebagai mensyukuri berpeluang berbakti. 

Jarang pula kita merasakan apa yang dihadapi kini adalah cerminan tingkah laku kita sebelum ini, semasa muda bertenaga, semasa tengah ligat bekerja dengan segala pancaroba yang kerapnya kita tidak berapa hendak sedar untuk memikirkan dahulu akan segala tindak tanduk yang diperbuatkan. Malah tiadanya masa terluang walau sedikitpun untuk kita merenungi. Harungi sahaja apa yang didepani dan ditangani biar salah biar betul kerana jika lewat bertindak akan hilanglah 'peluang' yang terhidang. Falsafah hidup memasing. Tepuk dada tanya selera.

Sessi mengimbas kenangan during 'retired' age nampak gayanya terlepas dek takdir yang menentukan segala-galanya. Ada kebaikan dan tentulah ada 'rahmah' disebalik keadaan yang terjadi kini. Kita tidak mampu meneka dengan pasti. Terpulanglah buat individu sendiri menafsirkan.






No comments: