Seolah menjadi tradisi pula, setiap kali menjelang ulang tahun kelahiran akan aku mencoret sesuatu untuk dikenangkan kemudian nanti. Kali ini, seminit sebelum melangkah ke 02 February, aku telah berada dihadapan komputer buruk aku ini. Standby untuk memulakan. Sebaik sahaja detik bertukar 12:00, aku memulainya. Tanpa draf , tanpa apa-apa persediaan aku terus menekan keyboard key. Free flow kata orang.
Ditahap ini walau cuba untuk mengelak tapi tetap sahaja ianya mendatangi diri. Membandingkan kelebihan orang dengan kekurangan diri semacam suatu kemestian pula lebih-lebih lagilah menghampiri usia persaraan. Banyak perkara yang dulunya dibuat saban hari dan juga event yang perlu dihadiri seolah telah jauh ditinggalkan pergi. No turning back. Bergerak terus kehadapan meninggalkan kenangan pahit manis yang pernah dilalui.
Hasrat mendokumenkan perjalanan kehidupan masih kemas dipegang. Hanya kesempatan masa dan ruang waktu menjadi tanda tanya. Bila lagi hendak memulakan. Persoalan ini hanya dibiarkan kepada 'takdir' yang menentukan.
Masing-masing kita ada cerita yang tersendiri. Begitu jugalah dengan aku. Biarpun pada pandangan orang, memandang sebelah matapun mungkin tidak sanggup namun inilah realiti kehidupan aku. Aku berbangga dan tentu sekali mensyukuri nikmat pemberianNya. Peduli apa dengan pandangan orang lain.
Menempuh ranjau kehidupan kesekian lamanya bukanlah satu option tapi ianya adalah kemestian yang menjadi lumrah kehidupan. Semua orang harus dan perlu menghadapinya. Cumanya, bagaimana dan macammana seseorang itu cuba mencorakkan dan dicorakkan oleh 'takdir' Ilahi atau ketetapan ketentuan dariNya membuatkan keseluruhan kehidupan ini menghasilkan kepelbagaian.
Beruntunglah kepada mereka yang seperti nampak mudah sahaja perjalanan hidupnya yang kita saksikan berandaian diketika ini. Tidak ketahuan suka duka yang memasing lalui bukanlah bermakna dirinya lebih baik bernasib baik atau kesedihan memanjang tidak pula bermaksud kedukaan kemurungan tapi itulah kehidupan.
Setiap detik perjalanan adalah rentetan peristiwa dan persoalan yang harus dilalui serta dihadapi dengan sebaik mungkin. Membiarkan detik berlalu begitu-begitu sahaja tiada pula satu kesalahan tapi memang merugikan diri sendiri. Kesempatan yang dihadirkan olehNya tidak dimanfaatkan sebaik mungkin dek kelemahan mentafsir seseorang.
Harapan aku pula dihari-hari mendatang ini akan aku pergunakan sebaik mungkin menuruti serapat dan sesempurna seperti Junjungan Besar kita, Muhammad S.A.W. yang menjadi ikutan setiap insani.
Moga aku diberi kesempatan olehNya.
No comments:
Post a Comment