Friday, February 9, 2018

Jumaatku diluar khariah.

Masjid Saidina Ali, Bukit Katil

Hari ini aku berjumaat di Masjid Saidina Ali, Bukit Katil. Ini merupakan jumaat pertama aku untuk 2018 didirikan diluar khariah dan telahpun beberapa minggu sejak awal tahun hanyalah di Masjid Raudhatu Al-Jannah.

Masa hendak memulakan coretan ini sebelum menyambung perjalanan ketempat kerja barulah terperasan yang Jumaat ini aku beruniform sedangkan telah beberapa kali sebelum ini aku in 'full dress' yakni berkain pelikat dan berbaju melayu dan cuma sekali sahaja berkurta. Memang mudah sekarang ini buat mereka yang minat mencoret sesuatu. Terlintas teringat sahaja boleh terus nyatakannya di aplikasi pilihan. Tersedia ada diphone adalah Google Keep. Selalunya bila dirumah, selesa dengan Evernote dan Dairo terpasang di HP Slater tablet. A bit rushing jugalah kali ini. Lengah masa dirumah dengan orang rumah menyuruh menjamah makanan setelah membersihkan diri beruniform selepas lewat sampai kerumah dari berurusan dibandar hampir ke 12:00 tengahari.

Aku bukan hendak merasakan diri ini bagus sangatlah apatah lagi menganggap sempurna tapi masa didalam kereta ketika mengemaskan diri beruniform, menyarung stokin, memakai kasut serta menyisir rambut yang tak berapa nak ada, aku terkenangkan bacaan ayat al-quran yang di-recite oleh imam sembahyang jumaat seketika tadi. Seringkalinya aku cuba memaksa diri bilamana berjumaat, aku mengandai juga menganggapkan diri ini sebagai insan yang paling rendah sekali ranking penilaianNya dari ratusan umat Muhammad yang hadir berjumaat bersama. Malah insan yang tiada apa-apa kelebihan dan selalu sahaja terasa diri ini berada, always 'at the wrong place and at the wrong time' dan bak ibarat kata, 'adapun tidak menambah, ketiadaanpun tidak mengurangkan', terasa ada sesuatu seperti tidak kena. Adanya distortion diantara pihak yang menyampai dengan pihak yang mendengar. Yang menyampaikan sudah tentulah 'membaca' apa yang diarahkan. Samada dirasakan senada sahaja bunyinya, tegas bicara suaranya mahupun pantas atau longlai patah sebutannya, namun yang pasti sampai juga keakhir teks bacaan. Faham tidaknya, tahu ke tidak maksud tidak dihiraukan sangat.Yang mendengarnya pula dikalangan makmum yang pelbagai peringkat usia, pelbagai latarbelakang pendidikan dan 'upbringing' juga pelbagai aksi yang aku terlihatkan setiap kali imam berkhutbah amat mengkecamukkan fikiran. Ada yang tunduk setunduk-tunduknya mungkin khusyuk mendengar atau lena mendengar. Ada juga yang 'resah' semacam, sekejap bersila rapat, sekejap memangku lutut sekejap menyendeng badan sambil kedua belah tangan menongkat badan mungkin kelenguhan kaki kesan dari lamanya bersila, amat menganggu konsentrasi terutamanya aku.

Namun setiap kali melangkah keluar dari masjid apabila sekalian makmum bertaburan meneruskan aktiviti harian masing-masing, bermacam-macam 'pertembungan' idealistiknya bacaan khutbah yang disampaikan saban minggu dengan apa yang hakikatnya didepan mata yang terlihatkan dan juga 'pandangan' yang dihadapkan menerusi pelbagai media sosial.

Teks khutbah Jumaat yang disampaikan menjadi kelaziman untuk aku membacanya terlebih dahulu sebelum imam berkhutbah. Sebelum berpergian, waktu 12:00 ke 1:00pm, aku akan luangkan masa membaca teks yang aku muat-turunkan dari website - Portal Masjid Negeri Melaka pada awal setiap bulan. Malangnya buat minggu ini aku terlepas membacanya pula.

Rujuk dan baca khutbah 9.2.2018 - berlumba lumba mengerjakan kebaikan.

Intipati khutbah kali ini yang menyeru mengajak seluruh jemaah bersegera membuat amal kebaikan selagi nyawa dikandung badan dirasakan dapat dihadamkan dengan sempurna sepenuhnya. Harap-harap begitulah hendaknya. Ketentuan Allah swt, tiada siapa yang mampu menjangkakan. Memahami khutbah yang dibaca suatu hal manakala mengaplikasi yang didengar dan masing-masing fahamkan adalah satu hal yang berbeza. Selalunya yang dimahukan dan yang dibuat amat ketara berbeza.
Apapun terserahlah kepada diri masing-masing melaksanakan segala sesuatu sepertimana yang telah tertakdirkan buat setiap insan.

Bayangkanlah semua yang kemungkinannya 'khusyuk' mendengar bacaan imam bersembahyang Jumaat, moga-moga diterima sembahyang kita itu serta dapat kiranya menerima 'amaran' yang dibaca oleh imam, menyentuh hati dan meresap kedalam jiwa para jemaah. Ironinya, selepas selesai solat, reramai turun keperkarangan pintu masuk sebelah bawah meneguk air minuman sejuk sumbangan penderma budiman berupa satu barrel besar air berkabonat terpampang logo 'Mc Donald' tersedia dimeja batu. Pastinya, lega rasa makmum yang berkesempatan meneguk air sejuk lepas menunaikan sembahyang tadinya.

I'm in doubt sebenarnya. Tekun mendengar belum tentu lagi para jemaah bersedia bertindak seiringan teks yang disampaikan dimana menuntut kepatuhan dan juga ayat al-quran yang dipilih khas untuk  diperdengarkan dalam rakaat pertama dan kedua. Andailah mengejut sahaja diadakan kajiselidik keatas setiap orang yang hadir berjamaah, apakah 'dapatan' dari kajian kefahaman dan pemahaman akan meleraikan persoalan yang berligar difikiran sekian lama. Kalau kita faham apa yang disampaikan serta ayat al-quran yang diangkat untuk pendengaran semua maka tidaklah tersasar jauh setiap tindakan kita seharian sejak puluhan tahun hidup diatas muka bumi ini.

Tidak kesahlah kalau kita gagal mengikuti menghayati teks khutbah yang dibacakan. Tiap apa yang dtulis dikarang untuk pendengaran umum mungkin ada element kelemahan diri penulis dalam hasratnya menasihati seluruh jemaah. Tapi adalah tidak patut sama sekali ayat al-quran yang dibacakan kali ini gagal juga dimengertikan. Amat malanglah buat yang hadir berjemaah tapi tidak berupaya memahamkan setiap firman Allah swt termasuklah diri aku juga. Kebiasaannya, diketiga-tiga masjid saban minggu yang aku hadiri berjumaat baik ianya Masjid Raudahtu Al-Jannah, mahupun Masjid Saidina Ali juga Masjid Syed Ahmad Shabudin, Bukit Beruang, imam akan perdengarkan seluruhan surah Al-'Ala dirakaat pertama dan surah Al-Ghasiyah dirakaat kedua. Kekadang saban minggu dan adakalanya tiga minggu berturut-turut kehadiran aku di masjid berlainan akan dibacakan kedua-dua surah ini. Hinggakan aku mudah menghafalinya dan lancar membacanya. Comprehension reading. Baca bukan setakat membaca tapi baca beserta pemahaman. Namun buat jumaat kali ini ada kelainan yang mendorong memaksa aku mencoretnya sebagai renungan. Selesai surah Al-Fatiha, terus sahaja imam membaca ayat ke 37 surah An-Naba' berupa pernyataan yang semua kita harus akui;

رَبِّ السَّموَانِ وَالأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا الرَّحْمنِ لاَ يَمْلِكُوْنَ مِنْهُ خِطَابًا .....


Tapi yang lebih menyentap adalah ketika ayat terakhir dibacakan iaitu bilamana mereka yang kufur meluahkan kekesalan akibat dari 'not heed the advice' ketika didunia dan terlewat tersedar bila segala perbuatan dihadapkan didepan mata.


إِنَّا أَنذَرْنَاكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَابًا - 78:40

SAHIH INTERNATIONAL


Indeed, We have warned you of a near punishment on the Day when a man will observe what his hands have put forth and the disbeliever will say, "Oh, I wish that I were dust!"

Apapun setiap kita telah tersurat jalur perjalanan kehidupan dari awal hingga keakhirnya nanti. Bukankah kita yang waras fikiran menginginkan kebaikan didunia apatah lagi diakhirat sana nanti. Namun setiap apa yang ditentukan olehNya pastinya kita tidak mampu menepisnya malah harus terima setiap ujian dengan penuh kesabaran. Tatkala dikurniakan 'pemberian' pula harus menzahirkan nikmat dariNya dengan penuh kesyukuran. Bercakap memang senang, tersangatlah mudah. Tapi insan yang mengalami sendiri ujian dariNya mungkin tidak tertanggung penderitaan sepertimana terlihatkan oleh mata kita. Bak kata pepatah lama kita, 'Berat mana mata memandang, berat lagilah bahu yang memikulnya.' Kalau kita meneliti lebih mendalam lagi pastilah setiap cabaran ujian yang dihadapkan amatlah bersesuaian dan mampu disahut seadanya kerana hanya Dialah Yang Maha Mengetahui sesuatu dan segalanya.

Kita biasa mendengar dan kerap juga menyebut, 'taufik dan hidayah'. Apa itu taufik dan apa pula pengertian hidayah. Mana mungkin dapat menghayati setiap apa yang dibaca dan didengari akan kalam Allah ini andai kita tidak berapa nak familiar dengan istilah Arab, lebih lebih lagi bagi kita dirantau sebelah sini yang terang-terang non-Arab. Nampak gayanya kena lebih lipat lagi usaha memahami bahasa Arab, tatabahasanya, lenggok gaya pengucapan dan konteks penggunaan perkataan dalam pelbagai situasi. Taufik ini dimaksudkan petunjuk yang disertai pemberian kemahuan dan kesanggupan untuk berbuat sesuatu yang membawa kepada keselamatan dan kebahgiaan dunia akhirat. Kita tida mampu memberi taufik, malahan manusia tiada apa-apa kekuasaan walaupun sedikit untuk memberi taufik. Ianya semata-mata hak exclusive Allah swt. Kita juga tidaklah seistimewa Baginda Rasullullah tapi pernahkah kita membaca 'sirah' Rasullullah tentang tidak berhasilnya usaha nabi kita Muhammad saw mengislamkan pakciknya Abu Talib sehinggakan Allah swt mengatakan kepada nabi kita...(Surah Al-Qasas 28:56)

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ - 28:56

SAHIH INTERNATIONAL

Indeed, [O Muhammad], you do not guide whom you like, but Allah guides whom He wills. And He is most knowing of the [rightly] guided.

Kemudiannya untuk rakaat kedua, imam muda kita terus mulai membacakan ayat ke 17 Surah Al-Ghaasyiyah sehingga ke penghujung ayat terakhir iaitu ayat ke 26. Selalunya dan biasa didengari adalah... 'Hal Ataaka Hadiitsul Ghaasyiyah...' tapi for this time around, 'Afalaa Yanzhuruuna...'. Bagi yang faham dan familiar mendengarnya... tetiba kita ditanyai, 'Afalaa..' bermaksud, 'Tidakkah..'

Sememangnya bersungguh betul buat Jumaat kali ini akan pasukan yang menyediakan teks khutbah ingin menyalurkan idea pemikiran bersama mereka kepada jemaah seluruh Melaka. Pemilihan ayat al-quran untuk diperdengarkan juga adalah rentetan dari intipati khutbah yang disampaikan. Pun begitu, penerimaan setiap insan yang menghadiri dan bagaimana reaksi mereka selepas keluar dari masjid boleh dinilaikan keberkesanan. Hanya diri sendirilah yang perlu bertindak sewajarnya.

Merungsingkan fikiran memikirkan kenapa, mengapa dan apa kesudahan bukanlah satu kesalahan tapi amat nyatalah hal ini buat mereka yang normal dan suka melihat dan mahu memikirkan setiap kejadian alam.





No comments: