Pertama kali menyusurinya pada 22/05/2016 bersamaan hari Ahad. Sejak kemasukkan Yusree ke MRSM Terendak dihari pendaftaran pada 15/02/2016 dan hampir setiap minggu mengunjunginya, nama pantai puteri asyik disebut-sebut. Kalau tidak sianak, mamanya pula yang menyebut.
Masa menjengah menziarah Ucee dimaktab, laluan baliknya biasanya aku akan alternate-kan antara AMJ dengan laluan lama. Jika bercuti, selalunya akan menyusuri jalan lama sambil mengimbau laluan yang pernah aku lewati ketika bujangan dahulu. Pandangan masing-masing pastinyalah berbeza. Walaupun sekereta berpergian, sudut pandang serta kenangan yang diimbaukan oleh 'fizikal' bangunan serta tempat yang terlihatkan kini punyai nilai sentimentalnya yang tersendiri. Masing-masing punyai versi masing-masing. Andai aku bertugas petang pula atau ada urusan lainnya maka laluan baru AMJ menjadi pilihan. Masa perjalanan lebih singkat dengan laluan lurusnya.
Diawal April yang lalu, kakak dan adik ipar dengan keluarga masing-masing telah berkelah di Pantai Puteri' setelah beberapa kali tergendala. Kesempatan bersama seolah mengadakan 'family gathering' dengan sekeluarga keluar berkelah tanpa aku. Mamanya mengambil kesempatan bila along bercuti Ahad untuk menjadi 'pilot' ke pantai. Balaik sahaja kerumah, macam-macam ceritalah dimaklumkan. Tentulah seronok bila berkumpul bersama sambil makan-makan dipantai dengan dimeriahkan lagi dengan anak masing-masing. Itu baru melibatkan 3 keluarga. Andai 12 keluarga dengan purata 4 anak setiap keluarga yang berkumpul, tentulah gamat suasana. Mahu riuh rendah jadinya.
Makanya setiap kali melewati laluan lama dan menyampaikan simpang ke pantai puteri, setiap kali itulah, meera dan kekadang yaseer memaklumkan jalan yang dilalui mereka dahulu kepantai.
Aku buat-buat terrkejut sahaja, 'Oooh... ye ke? sambil bergerak melepasi simpang masuk ke pantai puteri menuju Klebang. Namun pada kesempatan Ahad ini dimana aku bercuti serta selesai Asarku berjamaah di Masjid As-Syuhada di Terendak Camp, harapan mereka untuk melihat pemandangan diwaktu petang akan suasana pantai tidak aku hampakan. Meera mengeluh merunggut di seat belakang, 'Penat aje ikut... tak dapat tengok pantai.' Mama dia pula memujuk merayu, 'Ala... bang, ikutkan aje mahunya...'. Aku buat selamba sahaja sehinggalah sampai ke trafik light dipersimpangan ke Bukit Rambai.
Rasa bersalah pula mendatangi diri. Menghampakan harapan orang amat tidak digalakkan. Sebaik bergerak melepasi lampu isyarat, aku bertanyakan laluan lain ke pantai kepada orang rumah. Segeralah dia menunjukkan dengan penuh yakin akan laluan pintas ke pantai. Laluan yang baru pertama kali aku jejaki setelah umur melepasi 50. Lorong kecil ini menemukan aku dengan Sekolah Cina 'Poh lan' tersergam indah didalam perkampungan melayu. Malah pintu utamanya betul-betul bertentangan dengan rumah melayu dengan berjarakkan cuma selebar lorong yang tiada berbahu jalan. Masih bersangka baik, walaupun aku cuak juga sambil menanyai lagi, 'Betul ke... jalan ni.' Orang rumah masih meyakini yang laluan ini akan menemukan pantai. Bila menyampai jalan bersimpang, diapun tidak pasti mana arah yang patut diambil. Kekiri ke atau ke kanan. 'Ragu-ragu... anda boleh pulang', tetiba sahaja terkenangkan pantun dua kerat terpampang megah dipintu memasuki Sg. Udang Camp. Orang rumah sudah mula pakai tunjuk sahaja. Aku pula seperti sudah kena main, ikutkan sahaja. Nampaknya kita telah jauh tersesat bila laluan dicelah-clah pokok getah berakhir diperkarangan rumah orang. Kita hendak pergi mana sebenarnya sambil mengingatkan orang rumah seraya berpatah keluar. Macammana ni... co-pilot. Maklumat jalanpun tidak tepat ini. Dia terdiam tergamam. Kita sudah sesatlah ni sambil tertawa kecil. Aku ambil keputusan berpatah balik kejalan besar menuju ke simpang masuk ke pantai puteri.
Sebaik sahaja membelok kiri susur masuk ke Pantai Puteri, masing-masing mulalah bercerita seronoknya berkelah pertengahan April lalu. Aku tidak menghiraukan cakapan pengalaman yang tidak melibatkan aku. Malah aku sendiri tenggelam dalam kenangan yang pernah aku lihat dan dengari ketika diawal 80an dahulu. Masa itu sekitar pertengahan tahun 1980an, isu pengambilan tanah orang kampong oleh kerajaan negeri mula memuncak. Tidak pernah terdengar sebelum itu akan ke-mengamukkan orang melaka berdemontrasi meluahkan rasa ketidakpuasan hati. Hujung pangkal isu tidaklah aku maklum sangat tapi perkara yang utama dan lebih dekat dengan mereka yang terlibat adalah mengenai pengambilan tanah yang turun menurun diwarisi akan diambilalih oleh kerajaan negeri Melaka. Mana tidak mengamuknya. Siapa- siapa sahaja pasti terkesan punya.
Siapa pula yang suka berubah kehidupan yang selama ini sebati dijalani dan tiba-tiba diarahkan pula untuk mengosongkan tanah pusaka. Ketika itu lepas tamat bersekolah serta masih tercangak-cangak akan arahtuju yang harus diambil serta punyai banyak ruang masa membuatkan aku longkah sahaja hendak melihat kesan dari demonstrasi yang terjadi. Seminggu selepas peristiwa berlaku, aku dengan sepupu yang punyai kawan dikampung tanah merah itu diajak melihat sekitar pantai yang menjadi isu. Menunggang motor kesana. Ditunjukkan oleh rakan sekolah sepupu aku akan tempat berlakunya 'rusuhan' atau luahan perasaan ketidakpuasan hati orang kampung dia. Bagi kami yang datang mendengar hanyalah sekadar bersimpati dan tidak lebih dari itu. Dari kejauhan terlihatlah deburan ombak menghampiri ketengah hari itu menghempas keatas batu-batu besar yang bertaburan dipantainya. Betapapun cekalnya batuan merah granite menahan terjahan ombak selama ini dan berzaman berlalu maka akan sampai ketikanya nanti yang tidak berapa lama lagi akan tidak terdayanya lagi menahan terjahan ombak yang makin mengila bilamana akan tetap dibangunkan walaupun mendapat bantahan. Suara-suara kecil yang tidak diumpamakan amat mengecewakan penduduk setempat. Hakikat harus diterima juga. Pembangunan yang didatangkan kononnya bakal memberi peluang rezeki kepada penduduk setempat. Janji yang dihamburkan serta pampasan yang akan diterima tidak memberi ruang untuk mereka menolak walaupun mereka sedar keburukannya adalah lebih dari manfaat yang dijanjikan.

Itu dahulu dan menjadi kenangan. Setelah Petronas Penapisan(Melaka) Sdn Bhd yang tarikh di-incorporated-kan pada 19/09/1987, dan berbangga dengan pencapaiannya kini aku lewati. Itupun setelah lebih 20 tahun berlalu. Macam-macam ada. Jauh bezanya dari dahulu. Cumanya limpahan rezeki dari ujudnya kompleks oil refinery ini tidak ketara sangat kepada penduduk setempat. Masih ada lagi orang kampung melanggai udang. Banyak bot-bot nelayan bersidai di tepi pantai yang tidak terjaga kebersihannya. Pendekkata aktiviti penduduk tidak banyak berubah walaupun berdiri dengan megahnya kompleks penapisan berhampiran. Beberapa foto yang aku ambil sekadar untuk dijadikan kenangan setelah lebih 20 tahun peristiwa ini berlaku.
Dari kejauhan... dilokasi berdepan jalan ke Kg. Pantai Rombang |
Lebih jelas lagi... didepan Rumah anak yatim Sultan Salahuddin |
No comments:
Post a Comment