02 JUNE 2016, 20:28
Sesampai dipasar pagi ini, aku menurunkan orang rumah serta pengiring-pengiring di entrance sebelah belakang. Cuti sekolah sejak Jumaat lalu, 27/05/2016, dan berterusan sehingga 12/06/2016 serta orang rumah pula yang pecah berita ke pasar hari ini pada Selasa menyebabkan ramailah yang hendak mengikut. Tambahan pula, anak buah yang sebaya Meera datang bercuti sempena cuti penggal ini dari Temerloh teringin melihat suasana pasar di Melaka setelah diprovoke sikakak untuk mengikut. Sebenarnya sikakak ni ada sahaja agenda yang dirancangnya. Apa yang pasti, bahagian akhirlah yang ditunggu-tungguinya. Breakfast di restoran yang mungkin baginya sesuatu yang happening. Apa tidaknya, menu sarapan pagi pelbagai jenis mengikut citarasa. Kalau berhenti di AMJ, order sahaja masakan goreng samada nasi mahupun mee. Andai tidak menepati selera, tersedia pula lontong, nasi lemak ataupun roti canai dan juga capati. Paling sengkekpun kuih muih yang pastinya membuka selera untuk dijamah jika masih kenyang lagi. Andai singgah di Duyung pula lagilah banyak kiosk tersedia menyediakan pelbagai sarapan pagi. Hendak rojak mee... ada. Nak cuba mee rebus lagilah menyelerakan. Lontong, bakso, goreng-goreng mee dan nasi juga tersedia. Kalau nak berat lagi, nasi ayam sedia menanti. Nasi lemak serta roti canai yang merupakan menu popular juga senang didapati dimana- mana kedai makan khasnya di Melaka. Makanya bila berkesempatan pastilah diikutnya mak dan ayah ke pasar.
Maklumlah Ahad ini kita akan 'memegang' puasa. Biasanya kalau berhenti di tangga masuk belakang ini adalah dengan hasrat mendapatkan 'daging batang pinang'. Selepas reramai turun dan berdedai masuk, aku pula mencari tempat parkir di side entrance. Menyusur seoranganlah aku di bahagian menjual buah-buahan. Sememang dan sudah macam tradisi pula, setiap kali menjelang berpuasa persiapan menyambut dan meraikannya diperlihatkan. Apapun, dalam konteks penyediaan makanan dan juadah dirasakan lebih ketara dari yang bersifat kerohanian. Lebih dulukan makan pakai dari amal ibadah dibulan puasa. Mungkin telah lama membudaya dikalangan kita dan lebih ketara lagilah pada yang kurang dalam bab keagamaan. Bila ditegur bagi kurang 'alim' ini takut cepat benarnya melenting tidak tentu pasal. Biarlah yang lebih maklum dan ber-authority menyedarkan. Bagi kita, mana yang terdaya dan lebih-lebih lagi yang dibawah tanggunggan dinasihatilah dan diperingatilah agar amalan dibulan mulia dan penuh keredhaan ini diberkati olehNya.
Apapun, melihatkan insan yang didatangkan dari 'luar negara' untuk melakukan kerja-kerja 3D yang sering terucapkan dan dimaksudkan 'Dirty, Dangerous and Difficult' oleh mereka yang berkepentingan amat menguris perasaan. Sudut pandangan antara sesama kita pastinya jarang sekali bersamaan. Kemasukan pekerja asing yang pada tanggapan kita boleh dilakukan oleh warga tempatan mungkin mampu menyeret kepada polemik yang tidak berkesudahan. Namun rezeki yang dihadirkan membuatkan kita tertanya-tanya. Kemurahan rezeki dari Allah s.w.t. tidak terfikir dan terjangkakan. Bagaimana kita melihat dan menghargai pengurniaan 'rezeki' adalah lebih dipandang disisinya. Teringat lagi masa didewan makan untuk Asrama Delima 3 & 4. Berbual-bual ketika makan tengahhari memperkatakan antara rezeki murah dan rezeki mahal secara santai. Ada mamat budak ACCA, kalau tidak silaplah, 2 biji pisang melintang didalam tray makanan yang dipegangnya duduk bersebelahan. Yang mengenali mulalah mengutuk, ' Wah... murah rezeki dia...'. Yang lain pula mulalah berderai ketawanya. Dibalas pula mamat yang kena kutuk ni, 'Itu le... kau orang. Rezeki kau orang semuanya mahal-mahal.' sambil dia pula yang ketawa besar.
Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Kalau tidak dipecahkan ruyong masakan dapat sagunya. Berakit-rakit kehulu dan berenang-renang ketepian... dan malah banyak lagi kata-kata ransangan orang dulu-dulu dan mungkin yang akan muncul berversi baru yang segalanya terbit dari pengalaman. Biarpun begitu semangat tidak mengenal erti perit dan jemu pastinya akan menghasilkan sesuatu yang tidak pernah terjangkakan. Rezeki jika Allah hendak beri pada seseorang tidak kira bila harinya, atau dimana tempatnya dan pada bila usianya. Bersyukur dan berterimakasihlah kepada yang memberi.
Sesampai dipasar pagi ini, aku menurunkan orang rumah serta pengiring-pengiring di entrance sebelah belakang. Cuti sekolah sejak Jumaat lalu, 27/05/2016, dan berterusan sehingga 12/06/2016 serta orang rumah pula yang pecah berita ke pasar hari ini pada Selasa menyebabkan ramailah yang hendak mengikut. Tambahan pula, anak buah yang sebaya Meera datang bercuti sempena cuti penggal ini dari Temerloh teringin melihat suasana pasar di Melaka setelah diprovoke sikakak untuk mengikut. Sebenarnya sikakak ni ada sahaja agenda yang dirancangnya. Apa yang pasti, bahagian akhirlah yang ditunggu-tungguinya. Breakfast di restoran yang mungkin baginya sesuatu yang happening. Apa tidaknya, menu sarapan pagi pelbagai jenis mengikut citarasa. Kalau berhenti di AMJ, order sahaja masakan goreng samada nasi mahupun mee. Andai tidak menepati selera, tersedia pula lontong, nasi lemak ataupun roti canai dan juga capati. Paling sengkekpun kuih muih yang pastinya membuka selera untuk dijamah jika masih kenyang lagi. Andai singgah di Duyung pula lagilah banyak kiosk tersedia menyediakan pelbagai sarapan pagi. Hendak rojak mee... ada. Nak cuba mee rebus lagilah menyelerakan. Lontong, bakso, goreng-goreng mee dan nasi juga tersedia. Kalau nak berat lagi, nasi ayam sedia menanti. Nasi lemak serta roti canai yang merupakan menu popular juga senang didapati dimana- mana kedai makan khasnya di Melaka. Makanya bila berkesempatan pastilah diikutnya mak dan ayah ke pasar.
Sedang tekun mengelap lantai |
Apakah yang difikirkan... |
Selesai tugasan... bergerak ke tugasan seterusnya |
No comments:
Post a Comment