09 JUNE 2016, 22:50
Alhamdulillah, selesai sudah bertarawikh buat kali kelima malam ni. Banyak kelainan yang diperlihatkan dan diperhatikan oleh aku. Sebelum memasuki Ramadhan, aku semacam telah ikrar impliedly untuk tidak aktif berblog tapi sukar pula rasanya. Puncanya makin hendak menjarak makin kuat dan banyak pula input untuk diperkatakan. Banyaknya cerita yang melintasi fikiran untuk diabadi yang semuanya amat mengkaiti diri. Keterlibatan secara langsung mahupun yang tidak langsung mungkin akan juga mewarnai kehidupan pembaca.
Seperti biasa, aku ke masjid seminit dua sebelum azan Isyak dikumandangkan. Malah kerap juga keluar dari rumah ketika azan sedang dikumandangkan. Hari ini adalah kali ketiga aku bertarawikh untuk hari kelima berpuasa esok(Jumaat bersamaan 10/06/2016). Malam pertama dan kedua bertarawikh aku berkesempatan memandangkan aku bertugas di shif pagi. Ahad, untuk minggu itu aku bershif pagi. Manakala, Isnin, dilanjutkan bershif pagi kerana ada promosi di Central Court yang perlu diselia. Malam ketiga dan keempat tidak berkesempatan memandangkan aku bertugas sebelah petang.
Kereta pelbagai model telah berlambak diperkarangan masjid. Bila sudah tiba lewat, aku terpaksalah mencari ruang untuk aku menyempil mana yang boleh. Berjayalah aku menyelit dibelakang Honda ditepi bangunan rumah kedai ditaman yang betul-betul bersebelahan Masjid Raudahtu Al-Jannah. Berjalanlah sedikit pantas ke Masjid. Biasanya aku kesebelah kiri ketempat wudhuk tapi untuk malam ini kesebelah kanan pula. Selepas membasahkan kaki takut terpalit habuk semasa bergerak keluar, aku bergegas menaiki tingkat 1 ke ruang solat utama. Berdiri dimuka pintu belakang menunggu. Hendak sembahyang sunat 'بعد' isyak, rasanya tidak sempat. Ketika hendak mengenakan butang baju melayu yang sengaja tidak dikancingkan, jiran setaman memberi salam. Aziz namanya, bekerja kilang, manakala bininya Norazah bertugas di MBMB. Spontan bersalaman. Beberapa ketika kemudian, aku membuat opening remarks, mungkin ada masa lagi untuk berbual memandangkan bilal belum bersuara menyeru @ iqamat. 'Abang yang tua ke...' sambil merujuk anaknya yang berdiri disisinya. 'Ooh... bukan. Ini nombor tiga. Yang tua ada di UMP Pahang. Dah tahun akhir sikakak.' Tersenyum bersama cuba mengujudkan kemesraan berjiran memandangkan lama jugalah tidak berteguran. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugasan. Kesempatan berada dimajlis yang sama sebolehnya tidak mahu dilepaskan begitu sahaja.
Sebelum itu semasa mendaki tangga masjid, mungkin telah tertakdirkan, insan yang hanya masa ramadhan cuma terserempak sedang memapah tangga dihadapan. Melengahkan pergerakan. Bila terlihatkannya cepat pula teringatkan Ramadhan setahun yang lalu. Ketika bersebelahan bertarawikh, tangan kanannya ditarik diampu oleh tangan kirinya selepas bertakbiratul-ikram. Ketika turun bersujud pula terasa kepayahan dipandangan. Tangan kirinya yang normal terlebih dahulu menongkat lantai dan diikuti oleh tangan kanan yang seolah-olah syarat sahaja menahan lantai. Masa duduk antara dua sujud pula, aksi semasa bertakbiratul-ikram diperlihatkan dengan tangan kirinya memaut meletakkan tangan kanannya dipeha. Menguris perasaan dan menginsafkan. Terpukul aku dengan insan berpayahan ini. Usianya dipenglihatan mungkin sekitar awal 30an. Mild stroke sebelah kanan tidak sedikitpun menggugah semangatnya untuk hadir berjamaah tarawikh. Apapun kehadiran bertarawikhnya untuk tahun ini seolah memperli aku. Secara halusnya menggesa aku untuk segera hadir kemasjid dan mengingatkan agar jangan gagal berjamaah.
Begitupun, berbeza sungguh kehadiran makmum berbanding dengan malam pertama dan kedua. Keramaian ketara berkurangan. Kemana pergi, kemana menghilang bukanlah aku yang perlu risaukan. Bukankah tetamu Allah dipilih olehNya. Sesiapa juapun tidak dilarang dihalang untuk ke masjid. Malah setiap orang yang telah dewasa dan mengaku pula 'muslim' selayaknyalah berkunjungan kemasjid. Namun hakikatnya, bukan semuanya berkesempatan. Terpilih dan dipilih merupakan satu anugerah dariNya. Bukan mudah mendapatkan privilege. Hanya yang mengikut adab dan aturan seharusnyalah yang diberi hidayah. Walaupun yang duduknya bersebelahan masjid belum tentu lagi senantiasa berjamaah dimasjid apatah lagi yang berjarak kalau bukan dipilih. Isyak berjamaahku di shaf ke 5 iaitu paling akhir yang memang aku sengajakan. Sehabis memberi salam, terlihat 2 shaf dibelakang yang membentuk ketika sedang bersembahyang. Maknanya ada yang lebih lambat dan terhegeh-hegeh lagi dari diri ini untuk berjamaah. Aku kekal dikedudukkan aku.
Sebaik memulai solat tarawikh, aku melangkah pula ke shaf ke 4. Kekal dishaf ke 4 ini sehinggalah habis 8 rakaat pertama. Phenomena yang saban tahun terjadi berulang lagi. Ramailah makmum berbondong bondong meninggalkan shaf. Bukan sahaja budak-budak muda malah yang sebaya dan sedikit senior dari aku juga turut bergerak keluar. Tetiba sahaja aku berdiri dishaf ke 2 untuk 12 rakaat seterusnya menyampaikan ke rakaat ke 20. Akhirnya aku dibaris paling depan bersama hardcore Masjid Bukit Katil yang nama rasminya Raudahtul Jannah. Berada dikalangan veteran yang rata-ratanya 60an ke 70an agak sedikit terkesan juga. Aku menyelit diantara Cikgu Saiful yang baru pulang dari hajinya musim lalu(1436H) disebelah kiri dan seorang AJK Masjid yang notable jugalah disebelah kanan aku. Hendak tergelakpun ada tapi harus serius bila bergandingan bersebelahan, lebih-lebih lagilah dishaf paling depan. Memerhatikan kelainan dari kebiasaan amat menganggu tumpuan. Ajk yang besar tinggi orangnya, mungkin cukup dan berlebihan rezekinya, punyai suara yang halus dan bersujud dengan tangan kedua-duanya seolah patung singa yang menjaga Piramid Firaun lagaknya. Sepatutnya hanya tapak tangan yang melekap kelantai dan siku berkedudukan 45 darjah tapi dia pula berlainan. Tapak tangan sehingga siku melekap kejap kelantai seolah-olah kucing sedang duduk terleku. Manakala insan disebelah kiri aku pula lain pula aksinya. Haji Saiful, asal bangsanya Cina dan berkahwin sesama guru yang lama sudah aku mengenalinya ketika Along di darjah satu ketika itu tahun 2001 di SK Permatang Duyung. Sehabis imam melafazkan surah al-fatiha serta serentak meng-amin-kan, dengan aksi geleng kepalanya sambil melafazkan kembali surah al-fatiha yang agak sedikit kuat seolah menghilangkan fokus aku juga. Entahlah, kenapa aku dihidangkan dengan situasi sebegini. Layan sahajalah. Mungkin ada isyarat yang harus aku respond. Semacam menyuruh membuat checklist akan the do's and don't tentang perkara mengenai sembahyang untuk refresh kembali.
Apapun, yang paling mengesankan adalah tazkirah pendek yang disampaikan oleh Ust. Zaharudin sebagai anchor imam mengemudi sembahyang tarawikh musim ini. Mungkin bagi setengah orang, cara dia memberi tazkirah rasanya agak kasar tapi mungkin itulah style dia menyampaikan yang tidak terbiasa bagi kebanyakkan makmum di Bukit Katil. Kali ini dia menegur cara makmum mengamin-kan. Dari sudut pandang dan pendengarannya, 'aamiin' jamaah tidak cukup kuat dan terasa lemah bunyinya. Diceritakan juga kenapa di Mesir yang diketahuinya akan imam-imam disana yang sanggup dan mampu berdiri berjam-jam lamanya membaca ayat-ayat al-quran didalam sembahyang. Rahsianya adalah dengan makmum mengaminkan dengan penuh semangat dan dengan kekuatan 'aamiin' para makmumlah memungkinkan para imamnya lebih bersemangat membacakan lebih panjang lagi akan ayat-ayat al-quran. Indirectly, dia cuba 'psycho' makmum untuk lebih mantapkan suara bila meng-aamiin-kan Fatiha yang dibacakan.
Dalam dia bertazkirah ini, term yang janggal dan tidak sepatutnya dihamburkan diulanginya beberapa kali sehinggakan banyak makmum yang bertelinga nipis mengeleng-gelengkan kepala. 'Kepala bapak dia' dan 'mazhab gila babi' menjadi 'lingo' dari cerita pendek yang disampaikannya. Advancenya ust zaharuddin ini bila dia membuat komen akan video yang tengah viral. Menurutnya, video dari indon yang melaporkan kejanggalan mengerjakan ibadah tarawikh 20 rakaat dan witir 3 rakaat cuma mengambil masa sekadar 7 minit sahaja. Aku cuma mengetahui dan menyaksikannya sendiri video yang dipost oleh rakan segrup bila pulang dari tarawikh. 'Oh ini video yang dimaksudkan' bisikku sendirian. Diulasnya video yang dilihatnya itu menurut perspektif agama sambil menarik perhatian serta tumpuan makmum akan jauhnya tersasar dari mazhab ikutan kita. Maklumat yang cuba diketengahkan berdasarkan kisah-kisah terkini yang mudah diikuti lebih berkesan buat pemahaman dan diamalkan.
Video yang diperbualkannya setelah diviralkan oleh netizen
Cara dia menyampaikan tazkirahnya amat aggressive. Even pada malam pertama lagi dia sudah 'test' makmum di bukit katil. Dia menyeru agar semua dapat memahami bahasa arab agar tidak terasa letih bersolat bila kita tidak memahami akan apa yang dilafazkan oleh imam. Bila memahami maka akan datangnya seronok beribadat. Amat related dengan usaha yang aku lakukan tapi tidak cukup mantap dan harus istiqamah. Dimaklumkan juga pada malam pertama lagi yang pihak mereka ada mewar-warkan kelas bahasa arab serta tahfiz buat golongan dewasa di 3 cawangan madrasah yang dikendalikan mereka. Satu Melaka dipasang banner memaklumkan.
|
Dipersimpangan ke Masjid Negeri |
|
Kekiri... ke Taman Seri Duyung |
|
Simpang Bkt Duyung Bkt Baru ... kalau terus... ke Alai kita. |
Moga usaha kearah kebaikan akan mendapat sambutan dan diredhaiNya.
,ان شاء الله
No comments:
Post a Comment