28 APRIL 2016, 12:28
Masa akan terus bergerak dan sentiasa bergerak. Manakala kita pula harus memastikan yang diri senantiasa seiring dan selari dengannya. Andai kita terleka yang bermakna mensia-siakan masa dimana mengikut sudut pandang orang yang maklum bermaksud 'berharga' itu maka kita-kitalah yang ditinggalkan waktu. Untuk menghambat kembali masa yang tertinggal, ibarat mengejar sesuatu yang tidak ada. Beruntunglah buat mereka yang selama ini memanfaatkan masa yang dia ada. Kenangan yang terhimpun dikala usia tuanya nanti pastinya akan membuatkan diri merasa puas dan lega menurut perspektif masing-masing. Apapun segalanya berkemungkinan dan dimungkinkan oleh faktor-faktor yang kita sendiripun tidak mengetahuinya yang tetiba sahaja terpaksa dihadapi yang kita namainya sebagai 'takdir'. Sampaikan dinyanyikan orang, 'Takdir yang menentukan pertemuan yang tak disangka..., takdir juga yang menentukan perpisahan...'. Apakah kita sekadar mengakuinya sahaja tapi masih gagal untuk lebih proaktif to the fullest meniti hari-hari yang mendatang. KeredhaanNyalah yang perlu dipohonkan moga kita sampai kepenghujung usia mengikut aturan yang standard dan tidak lari dari S.O.P. 1400 tahun diturunkanNya.
Tak lengah lagi sesampai sahaja dirumah setelah menyempurnakan urusan buat pagi ini serta sempat lagi berhenti sekejap di kedai depan membeli barangan yang dipesan orang rumah, aku mencapai tablet sambil bersilang kaki disofa mencoretkan nukilan ini. Entah macammana dugaan dan cabaran yang dihadapi pagi ini membuatkan diri ini longkah sahaja menukilkan sesuatu yang berputar ligat dan berserabut pula difikiran. Memikirkan sejenak akan apa yang dialami sejak keluar rumah berurusan dan kembali semula kerumah hanya dalam kurang dari 2 jam ini merupakan sesuatu yang tidak terjangkakan dan tidak pernah diri ini mengalaminya. Biarlah, apapun orang lain agakkan kerana semua orang tidak mungkin menghadapi situasi yang serupa. Even keberadaan ditempat kejadian yang sama, sudut pandangan masing-masing kerap tidak bersamaan malah tindakbalas yang dipilih juga mungkin jauh berlainan dan kadangkala bertentangan. Terperasan pula aku akan mudahnya aku menukilkan sesuatu tanpa berpanduan dan sekadar mengikut gerak hati sahaja. Tiada rasa terbeban dan macam mudah sahaja walaupun entah apa-apa yang aku merapukan. Mungkinkah terlalu kerap menulis/menaip membolehkan idea dengan pergerakan jari di keyboard selari tiada bermasalah. Skil yang dipupuk kesekian lamanya menjelmakan keserasian yang hanya diri ini sahajalah yang merasai. Kekadang 2 atau 3 coretan yang berbeza topik berjalan serentak. Ada yang bersifat umum. Ada juga yang terlalu peribadi dan pastilah tidak dikongsikan di media sosial. Nukilan peribadi yang sekadar mendokumenkan pemerhatian dan pandangan peribadi sebagai ole-ole untuk dijadikan renungan didalam meniti kehidupan ini. Mungkin juga disatu hari nanti sebagai memento kenangan keberadaan didunia setelah ketiadaan aku.
Hasrat hati yang tidak dapat ditahan-tahankan ini memaksa aku memfokuskan tumpuan mencatat apa yang dialami seketika tadi, masih segar diingatan dan cuba sedayanya untuk tidak kelupaan setiap moment yang dilalui. Peristiwa yang berharga buat diri untuk direnungi dan menjadi tatapan dikemudian hari.
2202 adalah nombor yang tertera pada kertas yang keluar dari Q system iaitu mesin nombor giliran di JPJ. Tercegat aku seketika melihatkan ramainya orang mendahului aku sedang duduk dihadapan counter. Tetiba aku disapa oleh pegawai yang berada dikaunter pertanyaan mungkin setelah melihat aku seolah-olah terpinga tidak tahu hendak buat apa sedangkan aku telah menghampiri mesin nombor giliran. ' Nak renew roadtax...' kata aku bila sipegawai bertugas bertanya sambil menyuruh aku menekan butang 'biru'. Tertera dikertas, nombor anda : 2202 dan nombor yang menunggu pula ialah 1551. Memandangkan sudah sampai dan sudahpun mendapatkan nombor giliran, mahu tidak mahu teruskan sahaja. Kalaulah aku tahu rasanya baiklah ke pejabat pos. Cepat siapnya walaupun terpaksa hulur RM2.00 sebagai bayaran perkhidmatan. Maka carilah kerusi yang kosong menunggu giliran dipanggil. Lepaklah aku bertemankan smartphone mengintai coretan terkini penulis blog yang telah aku setkan diblogger dashboard. Terdapatnya beberapa post yang belum aku view yang mungkin baru sekejap tadi diuploadkan. Lekalah aku membacanya dari sekadar menanti kosong akan giliran dipanggil untuk berurusan. Sambil-sambil tu menjeling juga kearah screen yang rasanya lambat benar bergerak walaupun kaunter yang beroperasi ternyata banyak. Mungkinkah 'runner' yang melengahkan masa dengan mengeluarkan segala dokumen dari bag yang disandang mereka. Memang banyak golongan ini berkeliaran mendapatkan khidmat kaunter. Orang perseorangan yang cuma hendak perbaharui cukai jalan masing-masing terpaksalah menunggu lama kekadang lebih lama dari yang disangkakan. Berurusan sekadar kurang dari 3 minit sahaja ikut kelazimannya. Bagaimanapun seorang runner dari pemerhatian memerlukan hampir ke10 minit urusan kaunternya. Itu baru seorang dan kalau ramai maka lagi lambatlah giliran. Terperasan pula satu grup perempuan duduk dibarisan depan dari tiga barisan kerusi yang disediakan boleh berselfie/wefie lagi. Sebelumnya mereka berbual-bual walaupun tidak ketahuan butir cakapan tapi kuatlah juga suara mereka. Siap posing lagi dan berbagai angle ditangkapnya gambar seolah-olah tiada sesiapa disekeliling memerhati. Entahlah, mungkin cuba menghilangkan rasa bosan menunggu agaknya. Plan aku yang menganggarkan cuma beberapa minit sahaja diperlukan berurusan di JPJ ini telah mengambil lebih masa dari dijangkakan. Semasa nombor menghampiri tiba melihatlah aku diskrin, suara digital menyebutkan nombor 2201 mengarahkan ke kaunter 6. Sekonyong itu jugalah sekawan wanita pertengahan usia awal 30an reramailah bangun. 'Oooo...' panjang keluhnya aku. Tak sangka pula giliran mereka sebelum aku rupanya.
Bila nombor aku dipanggil bersegeralah aku ke kaunter no. 3. Tidak lengah lagilah aku keluarkan kad lesen memandu, cover note insurance, geran kereta dan serahkan bersama-sama dengan nombor giliran ditangan yang hampir lusuh digenggam. 'Hendak renew berapa tahun?' tanya pegawai kaunter 3. Aku tergamam. 'Berapa tahun....' aku menyoalnya pula, bukan seolah-olah tapi memang tidak fahami pertanyaannya itu. Dia menjelaskan maksud pertanyaan samada hendak renew 'lesen memandu' setahun ke tiga tahun terus. Aku maklumkan pula yang aku hendak 'renew roadtax'. Dia tersalah sangka dan aku pula tersalah bagi dokumen. Pihak dia pula bila diserahkan lesen memandu seharusnyalah hendak perbaharui lesen memandu. Mungkin sudah terbiasa dan automatik mind dia bermaksudkan begitu. Bila aku tanyai 'berapa tahun' dalam nada keliru, barulah dia teliti kembali kad lesen memandu aku. 'Ooo tahun depan baru expired...'maklumnya kembali. Dia serahkan kembali lesen memandu aku itu dan segera mencapai RM20.00 yang aku hulurkan untuk dia memproses mengeluarkan roadtax. Silap aku juga. Urusan perbaharui cukai jalan cuma perlukan cover note dan geran kereta sahaja. Makanya bila aku lampirkan sesekali dengan lesen memandu, mungkin dia maksudkan untuk perbaharui lesen memandu dan cukai jalan juga.
Selesai sahaja berurusan di JPJ, tidak lengah lagilah aku bergegas kekereta. Destinasi seterusnya adalah ke bank dan selepas itu mengisi minyak. Akhir sekali sebelum sampai rumah, Maggi 'Secukup Rasa' mesti ditangan. Lama jugalah aku di JPJ bila melihatkan cetakan pembayaran di geran. 11:04:32AM tertera di resit rasmi. Kurang lebih 3 minit sahaja sampailah aku ke Maybank di bangunan yang sesama menempatkan King's Hotel dan bertentangan dengan Pantai. Apa tidak lajunya, selepas buat 'U Turn' dipersimpangan JPJ berdesup mencacak perginya Kanchil, pasal sudah beyond 'budget' time. Malangnya sesampai sahaja kelihatannya tiada ruang untuk parking. Bersusun kereta dibahu jalan berdepan Petronas. Makin jauh, semakin jauh aku bergerak menyampaikan susur keluar ke jalan utama barulah ada ruang kosong betul-betul dibuju keluar. Macam bahaya sahaja dan harap-harap tiadalah apa yang berlaku. Lenguh jugalah menapak kearah Maybank. Dari kejauhan kelihatanlah ramai orang berdiri diluar bank. 'Apa hal ni...' terpacul sahaja pertanyaan tanpa memerlukan jawapan. Bila sudah dekat barulah diketahui, pihak security yang dilantik Maybank sedang 'service' ATM. Proses menambahkan wang di ATM dan mengambil wang/cek di CDM sedang berlangsung. Perrggghhh... kena tunggu lagilah. Aku luahkan rasa tergamam aku ini difacebook, straight away. Sekejapan sahaja 'dunia' mengetahui status aku ketika itu.
Menanti dari minit ke minit membuatkan lebih banyak perkara seolah terhenti. Penantian sememangnya suatu penyiksaan mengikut pertimbangan masing-masing. Walaupun aku memberi sedikit masa lagi untuk segalanya berakhir tapi tekanan makin mencengkam pula. Akhirnya aku akur dan mengalah walau tempoh masa yang aku berikan belum sampai lagi. Pasal tidak boleh tunggu lama lagilah membuatkan aku melangkah pula ke Petronas. Melangkah masuklah aku ke CIMB ATM didalam Petronas. Aku sudah tidak kesahkan berbayar RM1.06 untuk charge yang dikenakan. Sekali lagi terpaksa menunggu. Auntie India lingkungan 60an sedang berurusan. Bukan main lama lagi membelek transaksi slipnya tanpa berganjak pergi. Hendak menegur tidak sampai hati pula. Veteranlah katakan. Kemudian diteruskan ke transaksi keduanya. Sudahlah mesin ATM CIMB ini terlalu slow dan orang yang berurusan pula berhati-hati maka makin panas pula hati ini. Ingatkan 2 rupanya 3 transaksi dijalankan oleh auntie ini. Berpandukan senarai account number yang dilihatnya di kertas ditangan, mungkinkah dia sedang melakukan aktiviti bulannya menghantar 'duit' kat anaknya ataupun melunasi hutang piutang yang akan 'due' penghujung bulan. Aku sekadar mengagak sahaja. Pantas sahaja aku melakukan transaksi pengeluaran sebaik sahaja dia beredar pergi. Mengeluarkan sekadar diperlukan sahaja. Maklumlah lebih banyak dikeluarkan, lebih cepatlah dihabiskan. Macam-macamlah yang hendak dibeli kalau tidak dirancang. Orang makan gaji, bukankah habis bulan habislah gajinya. Kalau hendak kecukupan harus pandailah merancang perbelanjaan tempoh sebulan gajian. Terteralah dislip pengeluaran, 11:44:00AM.
Panjang langkahan kekereta untuk misi mengisi minyak pula. Jarum meter sudah menjunam jatuh. Semasa melangkah sempat lagi menoleh kearah Maybank. Kelihatanlah Van 'Safeguard' masih disitu dan orang yang berdiri diluar bank makin ramai. Maknanya proses masih belum selesai. Memandangkan kedudukan aku parking kereta sudah kedepan sangat dari Stesen Petronas, aku terus sahaja meleleh masuk ke Caltex. Tanpa menengok-nengok aku memberhentikan 'kesayanganku' ini di pam yang paling depan sekali. Terpandanglah memo bertulis tangan menyatakan kehabisan minyak di ke-empat empat pam berdekatan. Tepuk dahi aku. Seketika kemudian meluru keluar pula pump attendant dari sebelah kiri mengarahkan aku ke pam paling hujung disebelah dalam. Melurut sahaja mengikut arahannya. Hendak buat macammana. Minyak memang sudah 'kering' dan memangpun hendak fill-up balik. Ikutkan ajelah arahan budak itu. Hendak berpatah ke Petronas rasanya tidak patut pula. Semasa membuat pembayaran, bertanyakan tokay cum cashier. Alasan yang diberi minyak on the way. Belum sampai lagi. Sedang budak pump attendant membantu mengisi minyak, bagusnya no self-service, aku bertanya memandangkan usianya masih muda. 'Hadi... belajar lagi ke... ? opening remarks aku memulakan perbualan. Terpampang jelas name tagnya didada membolehkan aku address-nya bukan dengan pro-Noun(kata-ganti), adik ke atau mamat ke. Dia cuma gelengkan kepala dan macam segan-segan hendak converse dengan aku. Kata orang, terkilas ikan di air, sudah diketahui jantan betinanya. Dalam perbualan singkat aku dengan adik Hadi ini, cara cakapnya ada sedikit masalah. Lambat respond dan seolah hadapi kesukaran bercakap. Tanyakan juga kerja yang ke berapa. Tapi dia tak berapa nak ingat. Inilah kehidupan. Rezeki seseorang tidak siapa mampu menjangkakan datangnya. Tokay stesen minyak ini 'Tay Brothers'. Tempat dia mencari makan. Even kita sendiripun belum tentu kekal mencari rezeki ditempat yang sekarang dan selama ini kita bekerja. Hanya Dialah yang Maha Mengetahui. Tetiba terlintas difikiran akan komen selari aku ketika memasuki kereta bergerak kedestinasi seterusnya manakala adik Hadi ini pula terlihat dari dalam kereta melangkah longlai ke motornya bertenggek menanti pelanggan selepas aku.
Kemudiannya menyusur perlahan keluar dari Caltex mengikut laluan rentas ke Bukit Katil via Taman Ciptaco. Tiada banyak kenderaan dilaluan ini yang menghampiri 12 tengahhari. Merentasi taman perumahan dengan banyaknya 'hump' tidak menyukarkan pemanduan kerana kita telah biasa melalui dan sering menggunakan jalan pintas ini. Sudah boleh diagakkan bila hendak slowdown dan bila pula hendak menekan minyak. Serentak itu juga posisi gear cepat ditukarkan agar pemanduan smooth. Halangan yang nampak mudah sahaja kita hadapinya tapi halangan yang tetiba dijelmakan dan tidak semena-mena harus dihadapi pastinya kita menghadapi kesukaran mengatasinya andai tidak berilmu dan berpengetahuan. Kesabaran benar-benar 'on-test'. Dalam pemanduan pulang kerumah seperti mendapat ilham pula, seolah-olah perilaku aku dipertunjukkan buat renungan sendiri. Malu rasanya.
Stopover terakhir adalah 'Kedai Depan' di Taman mendapatkan Maggie Secukup Rasa yang beberapa kali lupa hendak membelinya walaupun diingatkan oleh orang rumah. Malah sebelum keluar rumah telah diingatkan agar jangan lupa lagi. Betullah, bila kerap diingat-ingatkan kebarangkalian untuk lupa makin berkurangan. Every moment sejak keluar sampailah ke moment di stesen minyak, 'Secukup Rasa' seolah telah diregistered dikotak fikiran. Sebaik keluar dari kereta hendak menyeberang ke kedai, laungan 'salam' kedengaran. Berhelmet bermotor berhenti sambil senyum-senyum. Cepat aku menjawab salamnya sambil cuba mengecam wajah yang terpancar senyuman berserkop helmet ini. 'Wan' teriak aku dan dia mengangguk spontan. Cepat sahaja capai tangannya bersalaman cara 'rockers' siap gesel ibu jari lagi, ala-ala adegan dalam cerita P. Ramlee ketika hendak bernikah. Some sort like 'gusti lengan' gitu. Berboraklah ditengah panas pasal sudah banyak tahun tidak bertemu. Panas tidak terasapun. Ingatan dan kenangan bertukar dan saling cuba mengingati. Dilanjutkan lagi dengan apa yang dilakukan sekarang serta berapa anak kini antara topik diperkatakan. Banyak info terkini diupdatekan yang mungkin berguna bila bertemu kemudian nanti. Dalam kesibukan masing-masing, petemuan yang tidak dirancang dan berselisih didepan kedai pula pastinya ada hikmah yang tersembunyi. Apapun imbauan kenangan cepat menyelinap masuk. Teringat lagi masa terserempak di Puduraya. Kat kampong masa tu tidaklah berapa panjang rambutnya tapi masa diKL, hah nah kau, rockers tulen. Insan yang berkesempatan untuk aku bertemu hari ini adalah junior beberapa tahun masa sekolah. Seingat akulah, dia merupakan anak bongsu dalam keluarga yang agak respectable-lah juga. Banyak abang dan kakak telah bekeluarga menetap di KL. Sering masa pergi balik aku ke ITM Shah Alam ditahun 1984 - 1988, kerap jugalah terserempak dengannya. Kekadang di KL dan kekadang pula masa dikampong. Kerjanya, boring dikampong, duduk lepak rumah abang atau kakak di KL. Bila kena 'sound' dengan orang tua, larilah dia ke KL. Tak seronok di KL, balik semula ke Melaka. Pernah jugalah cuba nasihat tapi masa itu mana makan nasihat. Lebih-lebih lagilah dari kenalan biasa sahaja. Apapun, buat diri ini, kehadirannya didepan mata seperti merefleksi diri. Betapa susahnya aku menjalani kehidupan aku kini, rupa-rupanya ada insan yang jauh lebih perit hidupnya tapi ceria sahaja kelihatan dipandangan. Punyai anak lima dan masih bersekolah semuanya dan bekerja sebagai 'Mat Despatch' kepada Kedai Spare parts motor setelah berubah corak kehidupannya dipenghujung 90an dimana era Rockersmania berakhir benar-benar menginsafkan. Ingatkan aku susah, rupanya ada lagi insan yang lebih susah.
Walauapapun, maggie secukup rasa berjaya akhirnya aku bawa balik. Tidak kelupaan lagi. Mujurlah pertemuan perbualan dengan 'long lost' friend tidak sampai melekakan aku. Sebagaimana 'secukup rasa' diperlukan untuk menambah perisa masakan tidak kiralah asam pedas, kuah lemak ke atau apa sahaja masakan ianya amat diperlukan. Fungsi 'Aji-no-moto' telah diambil alih oleh'secukup rasa' yang lebih memudahkan disamping harganya yang jauh lebih murah. Begitu jugalah dengan kehidupan. Kawan dipelbagai peringkat sehingga kehujung nyawa nanti merupakan penyeri kehidupan selain pasangan hidup dan anak-anak. Bertuahlah buat mereka yang ramai kenalan. Semakin meriahlah hidup seseorang yang dikelilingi dengan mereka yang sanggup dan rela membantu mana yang perlu dan diperlukan didalam kelangsungan kehidupan.
Sebenarnya bila bersendirian dan merenungi insiden yang dialami banyak menyedarkan diri. Segala yang berlaku bukanlah sekadar disengajakan mengikut sudut pandang kita tapi lebih kepada ianya telah dirancang rapi dan terjadinya pula atas kehendakNya. Kita hanya mengikut sahaja. Mengelak rasanya tidak mampu apatah lagi dikatakan disengajakan.
Bukankah segalanya bersebab.
Masa akan terus bergerak dan sentiasa bergerak. Manakala kita pula harus memastikan yang diri senantiasa seiring dan selari dengannya. Andai kita terleka yang bermakna mensia-siakan masa dimana mengikut sudut pandang orang yang maklum bermaksud 'berharga' itu maka kita-kitalah yang ditinggalkan waktu. Untuk menghambat kembali masa yang tertinggal, ibarat mengejar sesuatu yang tidak ada. Beruntunglah buat mereka yang selama ini memanfaatkan masa yang dia ada. Kenangan yang terhimpun dikala usia tuanya nanti pastinya akan membuatkan diri merasa puas dan lega menurut perspektif masing-masing. Apapun segalanya berkemungkinan dan dimungkinkan oleh faktor-faktor yang kita sendiripun tidak mengetahuinya yang tetiba sahaja terpaksa dihadapi yang kita namainya sebagai 'takdir'. Sampaikan dinyanyikan orang, 'Takdir yang menentukan pertemuan yang tak disangka..., takdir juga yang menentukan perpisahan...'. Apakah kita sekadar mengakuinya sahaja tapi masih gagal untuk lebih proaktif to the fullest meniti hari-hari yang mendatang. KeredhaanNyalah yang perlu dipohonkan moga kita sampai kepenghujung usia mengikut aturan yang standard dan tidak lari dari S.O.P. 1400 tahun diturunkanNya.
Bukan 1Malaysia... 1Dunia tahu... |
Kertas kuning bertampal... '95 HABIS' |
Masa sudah 11:47AM |
Hadi ke 'standby' mode |
Ridwan @ Wan |
No comments:
Post a Comment