01 APRIL 2016, 12:06 PM
Hari ini aku buat rekod. Selalunya pukul 12:00 tengahari baru memulai pembacaan teks khutbah yang bakal dibacakan untuk jumaat ini. Kurang lebih sejam setengah sahaja lagi. Hal mengenai rasuah, punca dan alasannya, tempatnya, akibat serta pembalasan dari perspektif agama diperjelaskan dan diperingatkan kepada makmum yang bakal hadir mendengarinya. Teks yang disediakan oleh pihak SPRM dan tentunya disaluti sekemasnya dengan aspeks kerohanian demi menyesuaikan audience yang off-course-lah religiously inclined. Mereka yang berat menunaikan tanggungjawab hakiki terhadap sang penciptanya mana mungkin hadir. Ibarat menarik rambut dalam tepunglah katakan, tepung tak mau selerak dan rambutpun kalau boleh tak mau putus. Berhati-hati sungguh pihak panel memilih perkataan dan tertib pula menyusun teks dan memastikan maksud difahami oleh semua makmum agar tidak secara directly menghubung-kaitkan dengan isu semasa yang diperkata massa.
Sebaik sahaja pembacaan khutbah dimulakan, terus sahaja imam menyebutkan 'Rasuah adalah perbuatan jenayah... ' dan dilanjutkan lagi dengan memaklumkan ianya telah mendarah-daging dalam kehidupan masyarakat manusia. Sebagai kesinambungan serta mungkin tidak berani membuat satu tuduhan mahupun memaklumkan sesuatu yang pasti lagi tepat maka jalan 'selamat' yang diambil oleh pihak penulis khutbah SPRM ini adalah dengan merujuk kepada laporan media cetak/elektronik dimana sekadar membuat kenyataan umum sahaja akan perlakuan rasuah ada berlaku didalam politik, sektor perkhidmatan awam/swasta serta orang awam sepertimana yang dilaporkan. Hasil siasatan yang dibuat selama ini, suapan yang berpunca dari meminta, menawar dan menerima antara duabelah pihak serta secara impliedly menegaskan adanya petugas yang dipertanggungjawabkan telah menyalahguna jawatan untuk kepentingan diri. Sebagai rujukan terpaksalah imam menyebutkan statistik tangkapan oleh pihak SPRM, yang entah makmum dengar ataupun bubuh perut ke atau ada juga yang entah-entah langsung tidak mendengar dengan cuaca panas membahang sekarang ini, berhubung dengan rasuah yang telah meningkat jumlahnya dari tahun sebelumnya(2014 vs 2015) melibatkan penjawat awam. In split second juga aku memikirkan yang majoriti penjawat awam yang jutaan sudah jumlahnya adalah sebangsa dengan aku. Agak sukar hendak aku menafikan kenyataan. Melayu seharusnya Islam dan Islam diwarisi oleh Melayu.
Kemudian secara umumnya juga dinyatakan pengamalan rasuah adalah perbuatan haram. Bila sudah haram maka dinyata dan diingatkanlah yang segala ibadatnya tertolak. Solat dan doa pengamal rasuah adalah jauh dari mendapat rahmat Allah. Seterusnya merayu agar semua yang mendengari untuk turut terlibat secara kolektif membanteras kerana ditakuti kemurkaaan Allah dalam bentuk malapetaka atau bencana akan didatangkan. Dinyatakan juga usaha-usaha yang bersifat fizikal yang telah dijalankan seperti penambahbaikan pembaharui passport, lesen memandu dan pembayaran cukai tanah. Dibanggakan pula dengan pelaksanaan pembayaran secara online maka gejala ini dapat dikurangkan andaikata tidak dapat dibanteras sepenuhnya. Sebagai 'reward' kepada mereka yang menolak rasuah, ditakrifkan pula sebagai manusia hebat dan cemerlang. Senangnya panel penulis khutbah bersepakat mengiktiraf. Begitu mudah ke hendak menjadi hebat. Dimana kewajarannya. Pengiktirafan yang simply-simply sahaja semacam ketandusan idea amat mengecewakan.
Aku bukanlah hendak pertikaikan teks khutbah ini dimana matlamat akhirnya ianya untuk kebaikan bersama. Cumanya aku rasa terkesan bilamana cara pengolahan lebih menumpukan kepada orang yang biasa-biasa sahaja. Kecelaruan dalam bab rasuah ini lebih menekan pada golongan yang berkuasa dan berilmu tapi bijak dan pintar memanipulasikan kedudukan dan pangkat yang disandang. Tidak berani menegur oleh pihak yang dipertanggungjawabkan keatas perkara mungkar menjadi tanda tanya pada orang kebanyakan. Cakap-cakap orang bawahan, 'Cakap tak serupa bikin', dan juga 'Ikan bilis ditangkap, jerung terlepas' sekadar menjadi ejekan semata. Keberanian dan kebertanggungjawaban terhadap tugas amat dituntut. Melawan arus merupakan cabaran. Siapakah yang sanggup menggalas tugas mulia ini. Apa pula takrifan bagi mereka yang didalam SPRM ini yang digajikan tapi gagal berfungsi. Bolehkah berterusan mencari rezeki untuk anak dan bini. Boleh nyenyakkah tidur andai diketahui dan berjaya pula membuktikan kesalahan rasuah seseorang tapi dibiarkan sahaja.
Semoga kita semua beringat...
Hari ini aku buat rekod. Selalunya pukul 12:00 tengahari baru memulai pembacaan teks khutbah yang bakal dibacakan untuk jumaat ini. Kurang lebih sejam setengah sahaja lagi. Hal mengenai rasuah, punca dan alasannya, tempatnya, akibat serta pembalasan dari perspektif agama diperjelaskan dan diperingatkan kepada makmum yang bakal hadir mendengarinya. Teks yang disediakan oleh pihak SPRM dan tentunya disaluti sekemasnya dengan aspeks kerohanian demi menyesuaikan audience yang off-course-lah religiously inclined. Mereka yang berat menunaikan tanggungjawab hakiki terhadap sang penciptanya mana mungkin hadir. Ibarat menarik rambut dalam tepunglah katakan, tepung tak mau selerak dan rambutpun kalau boleh tak mau putus. Berhati-hati sungguh pihak panel memilih perkataan dan tertib pula menyusun teks dan memastikan maksud difahami oleh semua makmum agar tidak secara directly menghubung-kaitkan dengan isu semasa yang diperkata massa.
"وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ"
[Al-Baqarah:188]
Shared via Bayan Quran
[Al-Baqarah:188]
Seperkara lagi yang menghairankan pihak SPRM, 'dapatan' hasil kajian kes-kes yang disiasat terdapatnya hubungan yang sangat rapat antara pengamal rasuah dengan jawatan. Mereka menegaskan bahawa, 'Semakin besar pangkat maka semakin besarlah peluang 'merompak harta rakyat' dan semakin pintarlah melepaskan diri dari sabitan jenayah rasuah'. Risaunya mereka sehinggakan via khutbah , amat membimbangi kalau-kalau jenayah rasuah berkembang biak dan menjangkakan boleh mengganggu kestabilan politik, ekonomi dan juga keselamatan negara. Jangkaan dan andaian dari badan yang berpengalaman dalam bab rasuah merasuah ini tidaklah boleh dipandang sepi sahaja. Seharusnyalah kita orang perseorangan, pihak NGO dan petugas yang terlibat secara langsung membanteras salahlaku individu dalam sesuatu organisasi yang disiasat harus lebih fokus dan komited. Namun kita terkilan benarlah bila perkara yang telah lama membarah dan berleluasa, barulah terhegeh-hegeh mencari punca. Paling awal disebut adalah ikutkan hawa nafsu yang mahu bermewah walau apa cara sekalipun dan ditokok pula dengan sifat tamak haloba yang mengila memburu kekayaan segera. Kesan yang terhasil dari pemerhati-pemerhati bergaji SPRM, sekadar untuk didokumenkan adalah, pertamanya berlaku kekayaan berpusat kepada orang-orang tertentu, kedua pula adanya peningkatan inflasi iaitu kenaikan harga barangan amnya dan lebih-lebih lagilah barangan keperluan asas khususnya. Pergeseran dari kedua-dua keadaan ini dimana sebelah pihak punyai banyak hartanya dan sebelah pihak yang lainnya serba kekurangan akan mengakibatkan pula kezaliman dalam masyarakat. Ini yang aku dapat fahami setelah cuma menghadamkan teks khutbah minggu ini. Yang tidak sedapnya bila cuba menarik simpati makmum dengan mencontohkan golongan marhaen lagi dhaif seperti petani, nelayan, penoreh getah serta penarik becapun disebut sama bagi menunjukkan penggunaan khudrat tulang empat kerat mereka mencari rezeki halal. Apakah profesion lain terhindar dari gejala rasuah. Amat musykil difikiran. Bukankah sebarang pekerjaanpun ada ruang dan peluang untuk melakukan rasuah. Terpulanglah pada pelaku yang kreatif mengolahnya. Kenapa tidak dicontohkan juga kepada sektor pekerjaan lain yang mudah terjangkit seperti warga kerja polis, kastam dan kalau lebih 'daring' lagi sebutkan jugalah petugas-petugas dikementerian kewangan dari sekecil-kecil pangkat sehinggalah kepada menteri kewangannya. Jika berani menyebutnya maka tidak hambarlah dan ianya mampu menyentuh perhatian dan tumpuan makmum kerana menghubungkaitkan dengan isu- isu semasa yang ligat berputar. Tindakbalas dari makmum mungkin akan menghasilkan sesuatu yang positif jika khutbah yang dibacakan mengambilkira hal setempat dan semasa pula sifatnya.
No comments:
Post a Comment