22 MARCH 2016, 11:37 AM
Selepas bersarapankan lontong di Rashid Corner @ AMJ, setelah selesai berurusan dipasar, mamat-mamat dengan ibu berlari menyerbu ke pintu rumah melihatkan tuan mereka pulang dari pasar. Pemandangan biasa terlihat ketika setiap kali sampai kerumah berulang lagi. Seolah-olah mereka terbau 'fresh' sardine yang dibawa balik. Kita pula seboleh mungkin tidak mahu menghampakan harapan mereka. Bila terlihatkan bakul yang dulunya digunakan memasukkan keperluan bersalin kehospital setiap kali orang rumah hendak bersalin, dibawa masuk ke kereta pastinyalah ada habuan ikan baru buat mereka. Tidak miss pula bagi kami walau budget laripun, peruntukan untuk mereka tidak akan digugurkan. Alasan semacam simpati sahaja dari orang rumah, 'manalah dia tahu cari makan sendiri. Kesian dia... bang?' Terlentuk dengan alasan yang sebegini, makanya ikan untuk kucing sentiasa tersenarai dalam list pembelian.
|
Putih datang meluru... |
|
Kita dapat ikan segar... yeah! |
|
Semua dapat habuan... jangan risau |
|
Mickay yang dimanjai |
Naluri kasih mengasihani sesama kita seharusnya kekal dan berkembang. Seharusnyalah juga meliputi ke setiap mahkluk yang kita sesama mendiami alam nyata dan bakal fana bila tiba waktunya. Peluk manja keatas kucing belaan dan berjaga makan minum serta kebersihan dak putih, dak abu, dak kuning dan waris mereka, dak mickay amat meruntun perasaan. Sepetang sahaja tidak kelihatan dak putih dan dak kuning yang dah dewasa skip masuk makan, kecohnya serumah. Tanya yang bongsu, tanya sikakak dan terpandangkan abang handsomenya ini lagilah bertalu-talu pertanyaan. Mengadulah pasal jantan 'besar' tak muncul-muncul masuk makan. 'Ayah agaklah dak putih ngan dak kuning pi makan kenduri tak...' nyataku berseloroh. Mungkin dah jumpa aweks ... sampai balik rumahpun tak ingat dah' lanjutku lagi. Ikan yang banyak direbusnya terpaksalah dak abu(sikelabu ibu) dan mickay(anaknya) yang tekun menghabiskan.
Bila masa sessi bual santai ketika bersarapan, asyik terkenangkan mana perginya dak putih dengan dak kuning. Macam-macamlah sangkaan diluahkan buat meredakan perasaan. Diakan jinak, mungkin ada orang sudah ambil. 'Kenapa edah bersangka macam itu.' terpacul soalan. Katanya, ada suatu petang tu, ada budak baya-baya Yaseer tengah mengepit dak putih berbasikal bergerak didepan rumah. Diam sahaja bila dipeluk budak tu. Bila ditegur, 'Nak bawa kemana kucing makcik tu...', cepat-cepatlah dia lepaskan dan pura-pura bertanya... 'Ooooh, kucing makcik eeh!'. Tiada rasa bersalahpun. 'Ohh ye ke... kucingpun ada orang nak rembat.' respond spontan dari aku. Satu kemungkinan lagi, kedua-duanya telah dibuang. Jiran setaman memang ada yang tidak berkenankan kucing. Syaknya beralaskan kisah kucing yang tengah sarat mengandung tetiba hilang begitu sahaja. Persiapan bersalinnya sudah lama ready. Menunggu dari sehari ke sehari sampai beberapa hari hingga timbul resah dan risau pula menyelubungi. Kehilangan masih menjadi misteri sehingga kini. Menuduh ada orang membuangnya amat bersalahan bila ada element bersangka buruk. Mungkin juga dia ambil keputusan membawa diri jauh dari rumah. Agaknya kecewa terdengar ura-ura orang rumah yang mana lepas beranaknya nanti akan dibuang 'daerah'.
Masuk sahaja hari kedua kehilangan dan bila semua tempat sekitar taman terutama 'meeting point' kebanyakan kucing di hujung padang diperiksa oleh Yaseer untuk dua petang berturut-turut, kami sepakat mengesahkan mereka berdua telah jauh belayar. Namun tak sampaipun sejam statement ini disepakati, tetiba muncul mereka berdua ketika aku tengah makan tengahhari yang hampir ke 3:00 petang. Mula-mula masuk kerumah adalah siputih. Selang beberapa minit kemudian dak kuning pula muncul. Terperasan dan terkejut dengan kemunculan kedua-duanya, spontan saja aku laungkan kat orang rumah yang ketika itu masih didapur, 'Wah... hero-hero Edah dah balik arrghh! Kau orang dah puas berparti baru ingat rumah eehh...' seraya menjeling kat kedua abang- abang sado. Appearance kedua-duanya tak terurus. Kepala dak putih hitam jadinya.Kakinya pula, keempat- empat legam sampai ke lutut. Ada kesan calar dibadan dan dibahagian muka. Manakala dak kuning, bahagian dadanya ada kesan calar yang dalam dibahagian dada. Kaki semuanya berhitam. 'Teruk kerjaannya' komen ringkasnya setelah memeriksa dan melaporkan keadaan mereka berdua tatkala aku sedang menjamu selera.
Aku pula cuba menghubungkaitkan situasi semasa dengan ketiadaan mereka buat beberapa hari ini sambil menikmati makan tengahhari. Aku nyatakan kat orang rumah mungkin mereka terperangkap. Seminggu dua ini sekitar lereng bukit ditaman kerap berlaku kebakaran kecil. Pihak bomba dihubungi bagi memantau keadaan. Hampir saban harilah bomba berkejar kesini memadam. Melaka dilanda cuaca panas yang melampau dan lebih ketara lepas gerhana pagi isnin 09/03 yang lalu. Kesan hitam dikaki dan dibadan mereka pastinya ketika melintasi kawasan yang dijilat api agaknya.
Apapun gembira sesangatlah orang rumah dengan kemunculan 'tersayang'nya. Terus direbusnya sardine untuk menjamu mereka. Maklumlah sudah berapa hari tak makan. Memanjang risaunya. Perhatian dan tumpuan keatas mereka berdua ni lebih dari sebelum-sebelumnya.
Itulah, kita sebenarnya tidak boleh mengagak dan lebih-lebih lagi meramalkan apa yang akan dan pasti berlaku. Semua adalah ketentuanNya. Banyak contoh kalaulah ingin sangat hendak mengetahui. Malah kita tidak mampu dan berdaya mengubah andai bukan ketentuan dari Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Kuasa.
Ucapannya hampir setahun yang lalu, 30/04/2015 @ Astro Awani
Bolehkah macam bagus aje merasa yang diri kita lebih bijak, lebih kuat dan lebih mengerti akan sesuatu hal berbanding orang lain. Kalau asyik berbangga dan sombong pula meyakini keupayaan diri, bukankah kita telah ditempelak lama sebelum ini akan ada insan lain yang sepuluh kali lebih bijak, lebih kuat dan lebih segala-galanya. Memanglah nasib diri hanya kitalah yang merencanakan. Tapi kita sendiripun tidak pasti apa yang akan kita lalui dimasa akan datang nanti benar-benar ikut perancangan kita atau perancanganNya.
Ingkari dan membantahi ketetapan serta putaran semulajadi alam amat dikesali. Anihnya kita, yang ditegah walau seringkali diingatkan, tetap sahaja dibuatnya dan yang diperintah pula yang kerap dan kerasnya dipersoal serta pertikaikan kewajarannya.
Boleh begitu... ?
No comments:
Post a Comment