Friday, July 24, 2015

My Wandering Thoughts

15 JULY 2015, 23:12
Sejak membaca satu rencana yang amat menganggu fikiran dan lebih menusuk kalbu dari kejadian kekecohan di Low Yat yang berbagai versi dilapor dan di-viral-kan sekelip mata, perasaan makin berkecamuk takut-takut menimpa diri. Tidak tahulah apa reaksi orang yang membacanya sebelum aku. Mungkin lebih terhiris perasaan atau mungkin juga menganggapnya hanya sekadar cerita yang tidak perlu dibubuh perut. "Sesuatu yang belum berlaku seharusnya tidak perlu dikhuatiri sangat.... apalah lu ni ,zaini. Relaxs arhh!", mungkin bagi mereka yang merasakan hal ini terlalu asing atau masih jauh lagi untuk difikirkan. Namun kebimbangan pula yang laju sahaja menerobos kedalam diri. Hakikatnya, kegagalan bukanlah satu pilihan malah terpaksa menerimanya andai tidak mampu menanganinya secara yang seharusnya. Apapun, biar sebagus manapun perancangan, walau serapi manapun persediaan dan mungkin seelok manapun tindakan masih juga tidak mampu dan tidak terbayangkan akan apa yang akhirnya berlaku. Bak kata yang terpaksa diucapkan oleh Awie wings menerusi lirik lagu 'Biarlah Berlalu ', "Woooo ... oooh. Kita mampu merancang, hanya tuhan menentukan. Tak perlu dikesahkan..... ooo.... oooh".
Rujukan peribadi...

Hari Ahad terakhir dibulan ramadhan, ketika hendak menuju ke bilik rehat, tanyakan pada Wani yang dari kejauhan melintasi bilik tersebut ketika berselisih dengannya. Bila dimaklumkan yang ramai tengah lepak dan rasa-rasanya tiada seat kosong, akupun bergerak pula kebilik locker. Keadaan yang sedikit panas dan tiadanya kerusi yang sempurna tidak mengganggu mood untuk berehat. Ditambah pula dengan beberapa rakan sekerja dari department lain yang turut berada di locker room, dapatlah juga mententeramkan diri dengan berbual sesama. Sedang rancak berbual-bual tentang berbagai topik, aku terpandangkan helaian suratkhabar yang lusuh digunakan sebagai alas berbuka agaknya. Bau sambal kuat melekat dengan sisa sambal bertepek memerahi sebahagian kertas akhbar. Maklumlah puasa berbaki kurang dari seminggu cuma. Memandangkan masa rehat panjang lagi, dari berbual kosong yang bukan-bukan, baiklah aku baca apa yang menarik dihelaian akhbar yang lusuh ini. Rencana bertajuk, 'Lara sebatang kara' membuatkan aku fokus terus pada pembacaan serta meninggalkan rakan sekerja lainnya yang berborak. Cari sudut yang sedikit cerah serta bertenggek cuma di banquet table yang digunakan sebagai tempat berbuka. Kekadang maklumat yang diperolehi dengan tidak sengaja lebih memberikan kesan, lebih-lebih lagi yang menyentuhi keadaan semasa yang mana kita sendiri turut terlibat sama.

Memandangkan laporan ini didalam bahasa melayu, maka mudahlah menghabiskan pembacaan dan tentunya memahami akan apa yang dilaporkan. Perasaan amat tersentap mengenangkan apa yang terjadi jika benarlah sepertimana yang dituliskan. Aku cuba dapatkan komen dari rakan-rakan setugas lainnya yang sempat aku ajukan permasalahan warga emas dipusat jagaan orang tua. Jawapan yang diberi amat tidak memuaskan hati aku. Aku tanyai juga pada rakan setugas yang setahun lebih berusia dari aku. Jawapan yang diberinya jauh sangat merebannya. Adakah patut diandaikannya yang masa mudanya dulu tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada anak pinaknya. Keberadaan dipusat jagaan merupakan pembalasan. Aku cuba menafikan walaupun mungkin juga antara faktor penyebabnya. Banyak perkara yang boleh menjadi puncanya sekiranya mahu dikaji. Tapi kesemua andaian dan kemungkinan yang diberikan amat payah untuk aku menerimanya.

Seawal pagi Rabu ini sekitar 07:32AM lagi(15 July 2015) sebelum bergerak ketempat kerja, aku cuba mencari erti kepada persoalan-persoalan yang didedahkan dan mungkin boleh merungkaikan permasalahan ini. Untuk itu, rencana yang dirakamkan di smartphone yang tersiar di Kosmo bertarikh 30 Jun 2015, ku ulangi membacanya. Apa sebenanya yang berlaku didalam masyarakat kita mutakhir ini. Mungkinkah kelonggaran ikatan kekeluargaan merupakan puncanya. Pengabaian akan agama yang dianuti tidakkah juga antara puncanya. Apakah semata-mata faktor kebendaan yang menjadi penyebab utamanya maka hal seperti ini berlaku. Segalanya berkemungkinan. Longgar ikatan kekeluargaan mungkin. Lemah agamanya pun ada benarnya. Ekonomi, lagilah iya juga. Kita sering melihat sesuatu hal cuma dari sudut yang nyata. Jarang benar kita memasukkan element takdir. Tak orang tak kita. Tidak mustahil juga yang hal sedemikian mungkin menimpa diri. Minta dijauhkan. Andai terjadi juga, pasrah sahajalah. Bukan semua yang dipohon, didoakan dan dirayukan akan dimakbuli olehNya. Ketentuan Illahi mengatasi segalanya. Hanyalah DIA yang Maha Mengetahui, Maha Mengasihani dan Maha Menguasai yang senantiasa mengurusi setiap perjalanan kehidupan anak Adam diatas dunia yang sedia-maklum fana ini.



Apa seharusnya kita perlu buat...

Apapun, Pak Ayob, orang Melaka lagi, seperti mana yang dicatatkan dan berusia 76 tahun terpaksalah mengharungi sisa-sisa hidupnya di Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang. Imbauan ketika raya yang ditanyai dan dijawab sejujurnya amat menyebakkan dada bila dibaca bersendirian ketika menunggu sembahyang malam aku. Siapa menyangka, diusianya kini, dia terperangkap di Pusat Jagaan. Menurut katanya lagi, dia akan memastikan persiapan raya buat anak-anak mengatasi keperluannya sendiri. Hasratnya, tentu sekali, agar anak-anaknya bergembira di hari raya. Ini yang aku fahami dari apa yang tersurat yang mungkin tersirat dihatinya. Demi kebahagiaan anak-anaknya, dia merelakan diri ke pusat jagaan memandangkan dirinya dirasakan ibarat barang tidak berharga lagi. Kehadiran yang membebankan disebabkan tidak berharta ditengah-tengah keluarga anaknya yang mungkin juga kesempitan membuatnya sedar diri. Kekesalan yang diluahkan untuk tatapan umum amat menguris perasaan, terkilan benar Pak Ayob akan tiada seorangpun dari anak-anak yang dijagai sejak mula mengenal dunia sehingga telah berumahtangga membantah hasratnya. Senyap dan berdiam diri masing-masing memberi isyarat bersetuju secara collective. Memang benarlah akan apa yang dicakapkan oleh seorang kenalan yang senior beberapa tahun dari diri ini, yang anak-anak bukanlah satu jaminan 'pelaburan' yang menguntungkan. Tidaklah macam generasi kita yang sanggup menjaga orang tua masing-masing sehingga kehujung hayat. Bualan orang yang punyai pengalaman tentunya mampu menggarap kesimpulan yang mungkin boleh diterima-pakai. Bagaimanpun, zaman selepas milinium ini totally berubah. Banyaknya keujudan pusat jagaan swasta menunjukkan gejala 'membuang orang tua' semakin menjadi-jadi. Dipertengahan puasa ini aku ada menegur orang kampung yang berkunjung ke tempat aku bekerja ini. Selepas bertanya khabar, kutanyai jugalah keadaan isterinya yang khabarnya tidak sihat. Dia sedikit kehairanan. Maklumat kini pantas beredar. Tapi bila aku maklumkan Cikgu Wahab yang info dari Whatsapp oleh anaknya yang merupakan rakan sekelas aku, terus menghilangkan kegusarannya. Dinyatakan yang isterinya yang sesama cikgu telah dijagai 24H oleh jururawat swasta dirumah. Banyak perlu dibelanjakan untuk menjagainya. Anak-anaknya yang bekerjaya membiayai kos rawatan. Lumayan gajinya dan katanya lagi, teruk juga jururawat bekerja dimalam hari semata-mata mencari pendapatan dengan meninggalkan keluarga. "Apa boleh buat cikgu, ..." kata aku berseloroh dan aku sambungi, "Ini lobang rezeki...". Tengokkan penampilan dan kekal cergas dia menyuruh aku mengagakkan usianya kini, bila aku bertanya directly akan umur beliau. Bila tekaan aku salah dia memaklumkan yang dia kini berusia 80 tahun. Cikgu pencen dan tiada tanda luaran menunjukkan berpenyakit. Ternyata dia menikmati hidup yang ceria dan tentunya memanfaatkan setiap detik yang dilaluinya dan mungkin juga penuh keberkatan.

Saat kehadiran hari tua terutamanya yang telahpun melepasi usia 50 lebih dirasai dekatnya berbanding dengan para remaja yang langsung tidak mahu memikirinya, mungkin masih muda dan jauh lagilah untuk menghiraukannya. Namun saat itu pasti akan menghampiri setiap insan. Dan didalam suasana menjelang Aidilfitri ini pula, persoalan tua dan ketuaan ini dilemparkan jauh-jauh, kononnya hendak bergembira. Diketika seluruh umat Islam kini menantikan kehadiran 1 Syawal 1436H, boleh diagakkan akan betapa pedihnya perasaan mereka yang berada di Pusat Jagaan, yang seperti diabaikan, yang tidak dikesahkan, yang mungkin dilupai terus dan moment ini seolah-olah menambahkan lagi kedukaan dihati mereka.

Apapun takdir yang menimpa diri haruslah dilalui dengan penuh kesabaran dan keinsafan. Pastinya ada hikmah akan setiap kejadian yang perlu ditempuh. Berkeluh kesah, mempertikaikan setiap apa yang dihadapi menunjukkan tidak redhanya kita. Ujian kehidupan akan tetap silih berganti. Ujian terakhir setiap manusia adalah saat kita dimatikan. Implikasinya banyak. Pandai-pandailah mencari maksud yang tersirat dari episod kehidupan ini. Didalam konteks memasuki fasa terakhir kehidupan, diperjelaskan olehNya didalam Surah Al-Isra' ayat ke 23 bagi menguji kesabaran manusia. Andai berjaya mengharunginya maka mungkin dipermudahkan perjalanan ke syurga. Andaikata sebaliknya, yakni diabaikan maka jawabnya berlikulah perjalanan menuju syurga. Persimpangan yang semahunya tidak diingini dan sememangnya cuba dielakkan yang mungkin mengecewakan andai tersilap pilih. Pilihan ditangan kita sebagai anak.

"وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا"
[Al-Israa:23]

Shared via Bayan Quran

Tuesday, July 21, 2015

Raya disambut meriah, Ramadhan dibiar ...

18 JULY 2015, 07:04
Sekejap sahaja telahpun berada dihari kedua Syawal. Bagi yang tidak biasa dengan kalendar Islam, kini kita berada pada bulan 10, 1436H. Sambutan yang semacam telah menjadi tradisi dinegara kita dan lebih-lebih lagilah dinegeri tanah tumpahnya darah ku ini. Apa yang dilihat dan dihidu benar-benar meriah suasananya. Manakala dari liputan video yang dipaparkan oleh Nightline TV3 pula, dilaporkan hampir kesemua negeri diperlihatkan acara rasmi negeri dengan pemimpin utama setiap negeri menyambut kedatangan Syawal secara grand dengan menyerlahkan keunikan masing-masing. Memperlihatkan kegembiraan sememangnya dianjurkan dan amat-amat digalakkan. Namun apakah kegembiraan sebenarnya yang dimaksudkan dan tepatkah kegembiraan yang dimengertikan dan dizahirkan oleh kita selama ini.

Selama hidupku sehingga kini dan menjadi suatu kebiasaan umumnya, akan mengikut apa yang dibuat oleh orang terdahulu, patuh mengamalkan serta kejap membudayakan didalam kehidupan bermasyarakat. Kebiasaannya orang yang alim akan ilmu agamanya, kalau ada yang perasan disaat membuak-buaknya menyambut raya, diberi ruang dan kesempatan oleh alat sebaran am untuk mengingatkan dan menasihatkan akan hal yang menyangkuti sambutan Syawal. Adab dan peribadahan yang dianjurkan dibulan syawal oleh Nabi Junjungan kita, bagi sesetengah kita, berada dibawah arus sedar. Apatah lagi unjuran dan ingatan oleh mereka yang pandai agama yang cuba menongkah arus didalam hal menyambut raya, lagilah dianggap sepi dan tidak diendahkan berpadanan dengan tahap pemahaman masing-masing. Mudahnya golongan ini dan sering membandingkan dengan orang yang sama dengan mereka dan yang dihormati didalam masyarakat. Apa yang dibuat dan diperlihatkan oleh mereka yang berpengaruh, maka itulah yang betul dan harus pula diturutinya. Generalization amat mengelirukan terutamanya kepada mereka yang kurang arif dan mudah sangat untuk menyimpang jauh dari yang sepatut dan seharusnya. Contoh yang paling mudah adalah lagu raya dendangan Azlina Aziz. Bagi pengemar lagu dan telah mensepakati serta mengiktirafnya pula sebagai 'evergreen' akan lagu yang bertajuk 'Indahnya Beraya Di Desa', yang entah macammana liriknya memaklumkan pada pendengar dan sekaligus menganjurkan pula yang '... Kita beraya selama sebulan ...'. Bilamana ianya sering diperdengarkan dan lebih kerap lagi didendangkan di 'musim' raya, maka info ini akan di-registered-kan dikotak pemikiran mereka selama mungkin. Buat tahun ini pula, rangkap terakhir lagu raya dendangan Kak Azlina Aziz ini menjadi tagline promo program raya untuk stesen tv. Bukannya penyiar swasta tapi stesen kerajaaan yang tentunya ada jawatankuasa penyelaras program yang beria-ia sungguh demi 'rating' buat penyiaran iklan yang tentunya mampu menjana pendapatan. Apakah tiada yang boleh menyanggah. Mungkinkah juga terlepas pandang. Atau yang memaklumkan ditolak pandangannya kerana melawan arus dan tidak mampu mempengaruhi ahli jawatankuasa. Bahananya bila statement ini memberi kesan bukan pada seorang yang mendengar sahaja tapi mungkin pada kesemuanya. Apakala majoriti telah menerima, walaupun yang minoritilah yang betul tanggapan maka ianya tidak bermakna lagi. Menongkah arus dan sukar memperbetuli yang silap serta memerlukan gagasan yang menyeluruh buat pihak yang prihatin dan mungkin mengambil masa yang tidak diketahui panjang pendeknya dan bergantung pula pada keberkesanan perancangan dan ketentuanNya jua.


Rujuk videonya, tekanlah button start, dengarilah lagu evergreen ini dan hayatilah liriknya... .

Lirik Indahnya Beraya Di Desa - Azlina Aziz

Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia

Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usah hampakan hati orang tua

( korus 1 )
Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri
Bergembira

( korus 2 )
Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya

Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan                     statement ini relevant ke .... ?

Ingatan dari Grup Whatsapp
Cubaan Abon, pelawak asal Melaka, menjentik lamunan penonton dalam berlawaknya akan hal bersalaman dengan bukan mukhrim dikira terbaik. Video yang diupload-kan oleh 'shuk5urvivor' pada 23/09/2009, at least mengingatkan tapi pandainya Si Abon ni pula memusingnya jadi bahan lawak. Ibarat mencelup jari kedalam air, sedikitpun tidak mengurangkan namun usaha tidak seberapanya ini mungkin dapat memberi sinar kebaikan buat semua. 
Tontonilah video lawak rayanya

Sesungguhnya, hal yang melibatkan keagamaan tidaklah boleh buat ikut suka suka sahaja. Perlu adanya panduan. Harus dapatkan nasihat dan rujukan. Apapun, gejala salahlaku telah sekian lama berada ditengah-tengah masyarakat tanpa adanya usaha dari pihak pentadbir negara untuk serius menanganinya. Mujurlah kini kedapatan media sosial yang mungkin boleh membantu dalam menyampaikan maklumat dengan pantas. Blog, Whatsapp, Tweeter, Facebook, Instagram dan medium multimedia lainnya boleh maklumkan, kempenkan dan sebarkan 'adab dan sunnah nabi ketika menyambut raya'. Ingat mengingati antara sesama rakan walaupun tidak menyeluruh, setidak-tidaknya mampu menyedarkan sebahagian dari masyarakat. Amatlah diharapkan agar media arus perdana dapat memainkan peranan yang seharusnya demi kesejahteraan bersama. Bergandinganlah kearah satu tujuan dan semoga dengan kekerapan maklumat dan pendedahan yang meluas akan membawa masyarakat kearah penyambutan raya yang diberkati.

ان شاء الله، 

Mungkin bukan tahun ini, mungkin juga bukan tahun depan tapi dalam tempoh masa tidak berapa lama lagi akan berhasil juga.

Wednesday, July 8, 2015

Nak puasa ke, nak makan...!!!

 JULY 2015, 20:34
Sejak mula ramadhan lagi, niat untuk snap gambar ketikanya waktu berbuka makin membuak. Sering aku terlihat dihadapan Hotel King's ketika pulang kerja akan hebatnya sessi ketika hendak berbuka puasa. Jika hari biasa, keadaannya tidaklah sebegini. Namun memasuki sahaja bulan ramadhan suasana dan senario berubah. Agak-agaknya mungkin lepas Asar, ketua F&B mereka mengarahkan dan bergegaslah petugas mengatur meja sepertimana yang dimahukan olehnya. Sekitar 6:40 petang hari ini aku seperti dipanggil-panggil pula. Sejak bekerja pagi, jarang benar aku berhenti di persimpangan istana. Kerapnya laju sahaja membelok ke rumah pasal lampu trafik bertukar hijau atau sentiasa hijau ketika menyampai didepan hotel ini. Namun pada ketika ini, dari kejauhan, lampu trafik bertukar merah. Kedudukan aku berhenti betul-betul jelas dipandangan akan suasana didepan hotel yang diatur begitu rupa. Tatkala digital trafic light yang menunjukkan angka 98 dan mula menurun angkanya setiap detik serta mendapat pula angle terbaik, laju sahaja aku capai phone di dashboard. Ambil beberapa gambar dari tingkap kereta sebagai bukti untuk didokumentasikan. Suasana berbuka yang santai serta diperdengarkan dengan alunan rentak lagu instrumental berlatarkan lagu arab memecah ketenangan menjelang Magribh. Kalau weekend pula, persembahan live kumpulan ghazal pasti ditampilkan. Petugas makin sibuk menyiapkan makanan terbaik dan terenak yang mampu disajikan kepada para pengunjung yang bakal memenuhi kawasan luar hotel dalam tempoh masa menjelang waktu berbuka. Kalau dah makan bersaji siap dengan pelayan mana mungkin harga yang harus dibayar dibawah RM5.00. Mustahil dan tak mungkin ada punya. Siapa berani guarantee yang pengunjung akan ambil masa sekitar 15 minit sahaja untuk selesai berbuka. Tambahan pula dengan harga yang sekian-sekian mengikut package dihajati dan dengan aroma kambing golek yang tentunya mengoda perut yang kosong masakan boleh cukup 15 minit tu. Sebagai perbandingan, kita merujuk apa sahaja yang dihadirkan dan memandang tinggi sesuatu dari dunia arab. Lebih-lebih lagi mengenai amalan beragama. Laporan yang dibaca semalam tentang suasana bèrbuka di Masjid Nabawi dan dimaklumkan terbesar didunia yang menghampiri 300000 ribu orang setiap hari cuma mengambil masa 15 minit sahaja untuk selesai. Dimaklumkan juga dengan begitu sistematik dan pantas, semua pengunjung telah segera bersedia berjamaah magribh. Itu didalam compound masjid dan telah lama dipraktikkan. Manakala dinegara tanah tumpahnya darahku ini, lain pulak yang terjadi. 

Beria-ia aku mendapatkan angle terbaik,
Perkarangan King's Hotel @ 18:38:02(07/07/2015)
Ini pula gambar dari Whatapps group aku, siap dengan caption-nya.
TYT pun makan di Hatten laa... macam dah janji je @ 7:24pm(07/07/2015)

Berbuka menjadi sumber rezeki yang lumayan. Flyers dan majalah 'peniaga', City Explorer dan Nafaz yang percuma lagi sampai ke rumah, sarat dengan promosi berbuka yang mengoda. Hotel dan restoran terkenal berlumba-lumba mengiklankan menu berbuka mereka dalam usaha menarik minat pembaca muslim meninggalkan rumah. Selesakah ke surau atau sempatkah bergegas balik ke rumah untuk solat magribh.


Memasuki hari ke-21 berpuasa, mengikut orang yang alim(yakni berilmu), sedapat mungkin dan sedaya kudrat yang ada akan mengandakan amalan di 10 malam terakhir yang penuh rahsia bagi mendapatkan keampunanNya. Besar fadhilatnya dipanjangkan usia untuk berada pada 10 malam terakhir Ramadhan ini. Itupun bagi mereka yang maklum dan sememangnya telah tertunggu-tunggu dan amat menanti kehadiran berikutnya akan bulan penuh kemuliaan ini sebaik sahaja habis Ramadhan 1435H. Manakala dipihak yang lainnya pula lebih-lebih lagi yang kurang mengerti jauh lagilah untuk arif akan Ramadhan itu sendiri membiarkan ianya berlalu didepan mata tanpa punyai perasaan sedikitpun. Sepertimana yang diingatkan oleh Nabi junjungan kita, diriwayatkan oleh At-Thabarani,"Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali lapar dan dahaga". Rasa-rasanya semua orang tidak pernah tidak mendengar akan hadis ini. Selalunya sebelum memasuki bulan ramadhan,khutbah jumaat lazimnya akan membicarakan persiapan berpuasa dan diselitkan juga hadis ini untuk peringatan agar kita semua benar-benar memahami maksud puasa itu sendiri. Umumnya telah cukup jelas akan definasi puasa. Puasa menurut bahasa adalah menahan. Manakala menurut syariat pula, puasa adalah menahan diri dari makan dan minum, berhubungan suami isteri, dan menjauhi dari semua perkara yang membatalkan puasa mulai terbitnya fajar hinggalah terbenamnya matahari dengan niat beribadah kepada Allah swt. 

Rujuk disini, biar terang hendaknya


Kelihatannya seperti tanpa disedari, kita seolah-olah membesarkan makan dari puasa itu sendiri. Apa tidaknya, tatkala digalakkan untuk mengandakan peribadatan, kita sebaliknya lebih mengutamakan makan walhal telah diterangkan akan adab-adab yang harus diamalkan ketika berbuka. Tidak tahu, kenalah belajar. Sudah tahu harus pula mengamalkannya. Lebih afdal lagi dan jika berkesanggupan ajarilah. Antara perkara sunat yang digalakkan buat orang yang berpuasa adalah menyegerakan berbuka. Kemudiannya dianjurkan berbuka dengan kurma basah. Kalau tiada diperolehi, cukuplah dengan kurma kering dan jika tidak dapat juga memadailah dengan air sahaja. Sebelum berbuka, harus pula lafazkan doa berbuka puasa. Paling popularnya ditempat kita adalah ucapan,


'اللهم لك طمت و على رزقك افطرت'
Ertinya, Ya Allah, untukMu-lah aku berpuasa, dan atas rezkiMu-lah aku berbuka.

Banyak lagi versi yang lebih afdal dibaca dan mungkin lebih panjang lagi dan dianjurkan pula oleh Nabi, tapi kita opted kepada yang ringkas. Tapi bila bab makan, selagi ada makanan dan boleh dimuatkan kat atas meja selagi itulah dibuatnya. Didalam memperbanyakkan amalan sunat ketika berpuasa juga adalah digalakkan menganjurkan/menjemput orang berpuasa berbuka bersama. Mahu ke jemput orang tidak dikenali berbuka bersama atau selesakah diri berbuka semeja dengan orang tidak setaraf. Banyak hikmahnya kalau mahu diperincikan. 

Apa yang pastinya dan telah dirungkaikan oleh para anbia, puasa kita ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertamanya, puasa umum iaitu sekadar memelihara perut dan kemaluan diri dari segala kehendak dan keinginan. Keduanya, puasa khusus iaitu bukan sekadar memelihara perut dan kemaluan diri, tapi juga mata dan telinga, kaki dan juga tangan. Ringkasnya, memelihara segenap anggota dari melakukan segala perkara haram yang dilarang memperbuatnya yang jika termampu, insya-Allah, mungkin menyamai puasa para solihin.


Apapun, bermuhasabahlah kita.

Thursday, July 2, 2015

Bayar Fitrah cara 'pandu lalu'

Sekejap sahaja kita telah berada dihari ke-limabelas(15) berpuasa. Pejam celik, pejam celik sahaja mood hendak beraya pula pantas menyelinap. Inilah yang dapat disaksikan dimana-mana sahaja aku berada. Kuih raya sejak sebelum puasa lagi telah berada dipasaran. Malahan, Mydin yang berbangga sebagai pasaraya besar bumiputera sejak April telah bersusun pelbagai kuih raya dipamirkan. Begitu juga dengan Bazaar Ramadhan, seminggu sebelum seluruh umat Muhammad berpuasa, kontraktor yang dilantik atau mungkin yang terpilih telahpun sibuk memasang Arabian Tent disepanjang Jalan Hang Tuah yang membentuk kawasan Hang Tuah Mall. Mood raya benar-benar telah ditasakkan kepada orang melaka. Secara sedar mahupun tidak, kita telah dipengaruhi malah diajak untuk memeriahkan Raya melebihi dari memuliakan puasa yang belumpun bermula dan perlu dijalani selama 29 hari saja dan jarang benarnya mengenapi 30 hari. Ibarat aliran arus deras dari hilir, mahu tidak mahu, suka tidak suka andai tidak kuat pertahanan, maka segalanya akan hanyut kehilirlah kita. Bergerak secara berseorangan tentulah tidak sama dengan berjamaah.

Kuih Raya Di Mydin

Bazaar Ramadhan bakal bermula
Kaunter Zakat, terlindung dek pembayar adalah imam 2


Sekadar renungan pula dipertengahan Ramadhan kali ini, aku merasakan banyaknya kepelikan yang berlaku samada kearah kebaikan mahupun sebaliknya. Terpulanglah pada seseorang untuk merenungi baik buruknya setiap sesuatu yang berlaku didepan mata. Sejak beberapa hari terperasan olehku akan imam 2 khariah bukit beruang diitempat aku berkhidmat. Kerap mendapati dia melintasi jalan memasuki premis niaga tapi tidak sempat menegurnya kerana jauh jaraknya dan berada didalam kereta pula. Kurang manis pula dan tidak beradap pula bila terlaung-laung menegur. Selepas sempurna isyak, turun ke ground floor bagi melihat ramai tidaknya shopper setakat memasuki malam ke 15 ini. Ramainya yang berkunjungan terdiri dari golongan muda. Sedikit benar dari mereka yang berusia mungkin sedang berjamaah dimasjid merebut,'magfirah' untuk 10 malam kedua ini dan bakal melipatgandakan ibadat buat 10 malam terakhir nanti. Imam dua ini sebenarnya telah beberapa kali ramadhan terdahulu statik sepanjang bulan puasa dikaunter khas yang disediakan. Tugasnya selain imam merangkap juga sebagai amil. Kurang lebih pukul 9:00 malam cuba melihat sejauhmanakah orangramai memanfaatkan kemudahan kaunter khas pembayaran zakat fitrah dipremis perniagaan. Malah dirasakan malam ini pengunjung semakin ramai berbanding dari permulaan puasa. Kehadiran yang ramai dan dimeriahkan lagi dengan alunan lagu raya yang diperdengarkan sejak 10 puasa lagi, melonjakkan lagi semangat raya pengunjung.

Peliknya, orang kita ini sudah senang, hendak senang lagi. Kebiasaan sejak dulu lagi dan sudah lama membudaya dimana kita telah dibiasakan membayar fitrah dimasjid. Semasa kecil dahulu, aku melihat bapak membayar fitrah selepas solat asar. Amil yang juga orang sekampong, boleh berbual-bual dengan orang sekhariah selepas selesai menunaikan tanggungjawab. Rasa lebih mesra dan rapat ukhwah. Kini, kononnya zaman sudah berubah, maka cara mengutip fitrahpun terpaksa disesuaikan. Masa mula-mula diujudkan kaunter pembayaran fitrah ditempat tumpuan ramai, terasa sangat janggal. Selepas beberapa ketika, pemandangan kaunter zakat fitrah ditempat tumpuan ramai tidaklah menjadi kepelikan lagi dan diterima dengan baiknya oleh masyarakat kini. Namun tiadanya bantahan bukan bermakna semua orang bersetuju. Kenapa perlunya ada initiatif sebegini yang tidak terfikirkan dahulu dan apakah tiada jalan lain atau telah terdesak sangatkah sehingga soal-soal yang melibatkan hal-hal keagamaan dibawa keluar dari lingkungan. Orang yang berpuasa dan tentulah maklum akan hal yang menyangkutpaut dengan puasa tidak akan terlupa akan tanggungjawabnya. Apa yang pasti, pak imam dan para amil yang terlibat bertugas sehingga 10:00 malam tidak berjamaahlah dikhariah masing-masing demi mengutip duit fitrah dari muslim dan muslimat. Memudahkan pembayar tapi para amil dan petugas perlu bersiap siaga hingga ke malam.

Pada pandangan peribadi, seharusnya institusi masjid diperluaskan peranannya. Fizikal masjid yang makin besar tersergam indah dan kemudahan infra yang makin canggih, siap ber-wifi lagi tapi bilangan makmum yang sedia ada sedikit dan makin mengurang setiap masa. Mesti ada sesuatu yang tidak kena dimana-mana. Bila makin banyak taman-taman baru diujudkan didalam khariah, tentunya bilangan makmum akan meningkat untuk setiap masjid. Namun hal ini tidak pula berlaku. Kemana perginya orang yang mengaku dirinya islam. Apa yang sangat-sangat dirisaukan dan amat-amat ditakuti apakah akan terjadinya suatu hari nanti masjid akan terbiar kosong. Aktiviti pembayaran fitrah yang diwajibkan setahun sekali ini amat perlulah dilaksanakan dimasjid dengan approach yang lebih menarik serta perbanyakkan aktiviti yang berkaitan. Terasa amat kasar pula bila pembayaran fitrah ini menjadi tontonan ramai. Bercampur dengan non-muslim yang berpakaian ikut cara mereka dan ada kalangan pembayar fitrah pula berpakaian yang tidak islamik lebih memburukkan keadaan dari mendatangkan kebaikan. Takkanlah para amil hendak memberi tazkirah ringkas pula buat mereka yang berpakaian tidak senonoh yang mungkin membuatkan mereka rasa tidak selesa walaupun menyatakan perkara yang baik.

Terkini dengan keujudan kaunter fitrah 'drive thru', yang bangga diujudkan atas initiatif imam masjid putrajaya ditahun 2011 dulu dan cara sedemikian mampu mengutip dua kali ganda banyaknya. Dipermulaan keujudannya, masa operasi adalah dari 9:00 pagi sehingga 5:30 petang setiap hari kecuali hari jumaat. Manakala untuk tahun 2015 ini, dimaklumkan yang operasi kutipan diawalkan bermula dari 8:00 pagi dan tempoh operasi dipanjangkan lagi sehingga 7:00 malam. Laporan dari mynewshub, 02 Julai, 2015 @ 15/9/1436H, yang dipetik dari sumbernya 'Myputrajaya news' menunjukan bahawa method ini juga diterima oleh masyarakat. Pemberita yang melaporkan turut mengesa, diakhir laporannya, supaya pembaca jangan melepaskan peluang untuk turut rasai sendiri akan pengalaman membayar zakat fitrah ini secara 'drive thru' tanpa perlu beratur panjang. Nampak gayanya usaha mengimarahkan masjid disabotage oleh orang dalam sendiri demi meningkatkan jumlah kutipan semaksimum mungkin. Apakah ini sahaja yang perlu dititikberatkan. Melihatkan gambar yang dilampirkan, berat rasa hati menerima hakikat yang berlaku ini.

Rujuk sini untuk butiran lanjut dan juga sini untuk luahan ditahun 2012 lagi.

Banyak komen-komen yang agak keterlaluan dilemparkan oleh orangramai yang meluahkan rasa hati masing-masing dimedia sosial. Komen yang mungkin bagi setengah orang yang dipertanggungjawabkan menganggapnya picisan dan tidak perlu dihiraukan. Harus juga rasanya mempertimbangkan persoalan yang diutarakan agar mendapat penjelasan dan perbaiki apa yang pincang. Dalam setiap ceramah dan perjumpaan, seringkali diakhir ucapan akan menyatakan, 'Segala kebaikan datangnya dari Allah swt dan keburukan serta kesilapan adalah dari kekurangan dirinya sendiri. Merendah diri bukankah satu sifat yang mulia sebab kitapun tidak tahu sebenarnya apa yang benar-benar diterima olehNya. Mungkin baik pada pandangan kita, tapi tidak bagiNYa. Begitu jugalah sebaliknya, buruk pada pandangan tapi mungkin itulah yang terbaik untuk kita.

Wallahua'lam.