01 JULY 2024, 05:25 PM
Boleh sebak...
Sioot-lah, bergenang berkaca mata aku bila 'continued' baca memoir a driver's son di ruang porch seketika. Sebaik selepas Raja Haji, aku perlipat-gandakan usaha aku memantapkan hal yang related dengan Bahasa Arab. Pagi ini aku mulai awal. Sebaik bersarapankan 'kiew tiau goreng', aku sambung pembelajaran kendiri aku. Kali ini aku ulangi pembelajaran untuk reinforced ingatan akan 14 category pronoun in nominal sentence. Telah terlebih maklum tapi aku perlu senantiasa mengulang ulang agar konsep dan struktur penggunaan dalam bahasa arab terutamanya didalam Al-Quran 'familiar' once aku recite.
Adalah dalam sejam lebih menelaah, aku pun take a break. Bergeraklah aku keluar dari bilik 'operasi' ke muka pintu untuk berehat seketika. Memang kedapatan beberapa buku diatas coffee table yang sengaja aku biarkan disitu. Aku akan capai buku yang sedang dalam pembacaan bagi meneruskan sehingga habis. Antara buku motivasi 'Yang Pelik Lagi Hairan', Autobiography Reynold Price berlatarbelakang time-linenya di North Carolina dan Memoirs Of A Driver's Son yang aku pinjam dari Perpustam, aku capai sambung baca kisah Tan Sri Samsudin Kadir.
Leka pula membacanya. Kisah pengasas 'Sapura Holding' from scratch menjadi syarikat komunikasi bumiputera yang besar dan berjaya. Bukan aspeks kegigihan berjaya dalam niaga yang aku 'admire' tapi sisi kehidupan peribadinya lebih menarik perhatian aku. Bagaimana anak seorang derebar yang realitinya serba kekurangan 'berjaya' menambat hati 'sukma rindu'-nya sejak pertama kali terpandang. Perlukiskan kisah dari meminta keluarganya datang meminang setelah meyakinkan kedua orang tuanya akan hajat yang lama terpendam. Serba salah dan demi kemahuan anak 'tunggal'-nya maka terpaksa dituruti jua.
Part yang lain, biasa sahaja aku membacanya. Tapi bila masuk topik ini, tetiba perasaan aku begitu sentimental pula. Mudah tersentuh hati. Mungkin ada persamaan biarpun 'cuma' sikit sahaja. Takut hajat ditolak. Bayangkanlah tak keruan jadinya dan sebolehnya 'situasi' sebegini sememangnya tidak harus terjadi. Kita hanya memikirkan yang ingin kita mahukan sahaja.
Sebenarnya banyak ikhtibar yang boleh sesama 'reader' yang membaca memoirs Tan Sri ni patut pelajari. Mungkin juga boleh diperturunkan kepada anak cucu. Bagaimana cara dan kaedah yang terbaik berkesan, kenalah sendiri sesuaikan dengan konteks kehidupan memasing.
Bagi aku, personally cakap, memang tersentuh. Kisah perjalanan hidupnya, perit getirnya yang kena hadap, dimasa Malaysia belum merdeka dan orang kita masih jauh terkebelakang dari golongan migran yang dijemput dan berkeupayaan dalam segala bidang tapi beliau mampu buktikan kemampuan 'against all odds'.
Aku percaya ramai lagi orang kita yang tidak mudah menyerah kalah. Cumanya mereka ini tidak didendangkan. The 'unsung hero' bergerak kehadapan dalam kapasiti kemampuan memasing. Tidak perlu diheboh-hebohkan. Memajukan diri, menaikan 'martabat' keluarga dinegaranya sendiri adalah pengorbanan yang tidak ternilai.
Kitalah, pewaris negara 'tanah tumpahnya darahku'. Uri temuni kita ditanam disini maka menjadi tanggungjawab kita menjaga memelihara dengan penuh tanggungjawab.
Come on dan bangkit anak bangsaku ... protect our 'motherland'.
No comments:
Post a Comment