Tuesday, February 14, 2023

Mungkir dalam bercinta

Kisah kehidupan masyarakat buat masa sekarang ini memang mudah sekali untuk diketahui. Apa yang berlaku kini sekarang dan saat ini begitu amat mudah dipaparkan kepada khalayak umum. Begitupun terpulanglah kepada tujuan empunya diri mewar-warkan kisah dirinya.

Apa yang terlebih jelas adalah begitu mudahnya merebak kisah yang menimpa diri. Tersebar luas sekelipan masa sahaja. Beribu orang pula yang respond memperkata, mempertikai, mengejek malah mempersenda akan apa sahaja yang telah dimuatnaik ke platform socmed. Lain orang lain tanggapannya. Namun bilamana netizen pepandai membuat 'projection' sendiri mengikut kehendak hati maka pelbagai kemungkinan yang timbul. Mengusul mencadangkan dan tidak kurang juga yang memperlekehkan keadaan dan nasib yang dihadapi amat aku khuatiri akan lebih memburukkan keadaan. Kemurungan pantas sahaja melintasi fikiran. Kesan buruk gejala kemurungan ini memang tidak mudah dijangkakan. Bila bila masa sahaja boleh meletop.

Aku sedayanya cuba menyelam kedalam dirinya. Tak orang tak kita. Apa rasanya bila diri dipersenda. Kalau sesama kenalan mungkin dapat dibendung lagilah, itupun kalau cekal dan kuat 'semangat' diri. tapi bilamana dalam era yang konon katanya serba maju ini, ribuan orang yang mengetahui kisahnya dan secepat itu jugalah membuat ulasan dari pelbagai sudut yang kekadang tidak terfikirkan. 'Kejutan' sedemikian yang tidak pernahpun ada sebelum pasca millinium dan seolah sesuatu yang biasa pula kini tentulah terduduk dibuatnya.


                                    Kalau Ku Bayangkan - J. Mizan

Semasa aku menyelayari fb, aku cecepat 'save' link ini setelah membacai untuk aku ulas kemudian. 
Ini linknya...Kena sidai , 

https://www.facebook.com/640313212654127/posts/pfbid0sjYjQEEsrJZ3ZC6LphrNWHQkp16s8K7Ss35jmLgBRAjwUyUZ9sWc6fxxRBKZmRGJl/?app=fbl

Juga kesahnya yang diangkat oleh mStar Online makin membuatkan berita ini jadi 'rasmi'. sila rujuk ibu tunggal dikhianati cintanya  , bagi mendapatkan gambaran lagi jelas.

Bersetia bercinta menjadi harapan. Namun kisah yang dipaparkan ini bakal menjadi 'epik' dan suatu kisah 'kitar semula' kepada banyaknya kisah cinta yang gagal mencapai matlamat akhirnya. Hanya mereka berdua sahajalah yang mampu merealisasikan impian hidup bersama. Andai sekadar bercinta cinta sahaja tentulah tidak kemana perginya. Buang masa, buang duit 'memikat' dan bila dapat dilepaskan kembali.

Ujian dan dugaan hidup senantiasa mendatangi diri. Kan kah sudah lama diperumpamakan orang, "kalau takut dengan ombak, tak usahlah beranikan diri berumah ditepian pantai". Rasanya, si perempuan berstatus janda anak satu ini begitu mengharapkan 'percintaan' keduanya berakhir dengan pekahwinan. Hendak dikatakan 'desperate', mungkin jugalah. Bayangkan bila usia makin meningkat dan ditambahi pula dengan anak yang makin membesar dan perlu ditanggungi sendirian, tentulah makin berserabut fikiran.

Membuat 'U-turn' bagi sang lelakinya yang bagi akulah tidak berapa 'gentle' pada saat pertemuan pertama kalinya ini amat tidak tersangkakan. Mungkin ada pertimbangan lain yang telah dia tetapkan. Agaknya dia mngikut plot cerita 'Ibu Mertuaku' dimana first date Sabariah dengan peniup saxsaphone Orkes Melayu Singapura si Kassim Selamat yang kemudiannya bertukar ke Osman Jailani bagi memastikan segalanya mengikut yang dirancang.

Hadap ajelah...




No comments: