06/02/23 17:18
Tidak diketahui bila kejapnya pada diri. Ianya mulai ketara diketikanya aku makin menghampiri detik akhir persaraan menjelang Februari 2024. Ada umur ataupun tidak, dirasakan tabiat yang aku miliki ini amat tidak menyenangkan diri. Dahulunya tidaklah berapa aku hiraukan namun kini terkurang sahaja mudah sensitif. Bagi memungkinkan 'perasaan' tidak selesa ini kembali normal makanya perkara yang perlu aku lakukan terpaksalah aku lakukan sepatutnya. Back-up untuk lindungi dari berperasaan yang bukan bukan maka terpaksalah aku keluarkan dari buffer simpanan buat tengok tengok dan cium cium. Hasrat hendak bersara dengan tenang yang rasanya impian yang serupa juga bagi mereka yang bergajian. Pesara kerajaan rasanya lebih beruntung. Ditanggung kehidupan sampai ke penghujung usia. Pesara swasta pula ibarat 'kucing liar' tidak bertuan. Sendirilah kena pandai pandai urus kewangan dan diri. Terlebih penting adalah kesihatan fizikal dan dalaman.
Bukan menunjuk membangga diri tapi sekadar luahan rasa yang mengikut pengalaman diri dan yang dialami oleh orang lain samada mata ini yang melihat mahupun menerusi pembacaan akan kisah kisah kehidupan orang sekeliling dan seantero dunia. Hal sedemikian berpotensi menghadirkan masalah. Sekadar membuatkan diri sendiri terkesan tertanggungkan dan hanyalah terarah kepada diri sahaja dan mungkin juga melibatkan kerabat terdekat anggaplah suatu kesilapan yang perlu ditebus kembali. Andai hal negatif meletop melibatkan orang yang tiada pertalian saudara, pastinya akan menjadi barah kepada masyarakat pula. Harap sesangat agar perkara buruk yang tidak diingini dijauhkan dari berlaku yang mana berpunca dari takbir urus kewangan yang tidak berhemah.
Aku senantiasa memastikan dan telah lama jugalah malah bertahun sudah, setelah 'ekonomi' dikatakan stabil, wang 'tunai' ditangan didompet tidak kurang dari RM500. Ini adalah standard yang aku tetapkan. Tiada kompromi mengenainya. Memang betul, debit card dan credit card juga dilelau bersama namun 'perasaan' memegang tunai ini 'semacam' dia punya 'aura'. Rasa berkeyakinan bila ada dan seperti diri kekurangan sesuatu bila tiada. Secara peribadinya, memungkinkan 'aman' bila berada diluar dari kediaman. Dekat jauh pun dari rumah, aku treated situasinya adalah sama. Be prepared. Expect the unexpected.
Begitupun ketentuan Illahi tiada sesiapapun mampu menyanggahi. Mungkinkah kerana terlalu kerapnya aku alami di usia muda dan lebih lebih lagilah informasi yang makin mudah serta pantas untuk diketahui kini, makin membuatkan diri 'goyah' menempuhi kehidupan mendatang. Hendak dikatakan aku terlalu obsess dengan berita negatif yang ada pertalian langsung ataupun tidak dengan 'wang dan matawang' tidak juga. Tapi bila ianya kerap singgah kepengetahuan tentulah lemas juga memikirkan. Kesannya dari sekecil kecilnya seperti lupa hendak bayar lepas makan, elak bayar tol hinggakan ketahap rasuah merasuah, pecah amanah, berbunuhan, dengki mendengki termasuklah niaya meniayai dan banyak lagilah gejala buruk yang mampu dizahirkan olehnya.
Mood hari ini agak 'down'. Tidak selesa. Tidak banyak bercakap. Malah didalam Alza menuju ke Pengkalan Samak menjelang ke tengahharipun bagi mendapatkan stok ikan seminggu tidak rancak berbual. Tidak seperti selalu selalunya. Berbual bergelak dan terkadang bertukar pendapat dan pandangan akan hal semasa baik melibatkan keluarga waima pasal politik juga. Pertanyaan dan bualan yang mulai dibuat orang rumah tidak berapa aku layan. Bertubi pertanyaan, sepatah aku jawab. Sepatah ditanya, sepatah jugalah yang aku jawab.
Hebat bahana yang menerjah diri. Bila wang laju menyusut memasuki 'zone' merah yakni kurang dari RM100, lagilah kegelisahan makin ketara. Singgahlah dalam haluan berpergian ke destinasi di Stesen Petronas Tun Kudu. Saban minggu jugalah stesen ini dan menjadi semacam routine pula menyinggahinya untuk top-up tunai ditanggan dalam destinasi ke Pengkalan Samak.
Rasanyalah, andai 'lagi' dibiarkan perasaan sedemikian bersarang dalam diri, takut mendatangkan musibah. Belum terjadi, apa hendak bimbangkan. Ini statement memujuk diri. Bila sudah berlakunya perkara yang 'tragis', mana hendak sorokkan muka. Tidak tertanggung malunya. Bukan sehari dua sahaja malah ada kemungkinannya sehingga ke penghujung hayat.
اعوذ بالله من ذلك
No comments:
Post a Comment