27 February 2023, 08:06
Hari ini dan lebih tepat lagi, pada pagi ini, aku telahpun menghabiskan bacaan ayat ke-60 surah al-baqarah serta memahami akan segala perkataan yang dibacai itu. Mengingati serta memahami adalah 2 perkara yang berbeza. Dikala kita menyelongkar akan maksud erti sesuatu perkataan yang disebut dilafazkan dengan bantuan gadget sedia ada yang mana sememangnya banyak membantu aku dalam pembelajaran kendiri akan bahasa arab ini, pengekalan didalam minda pastinya menjadi hal yang terlebih penting. Sebolehnya aku mahukan 'method' yang sesuai dan mudah buat diri yang semakin menua kini. Its better late than never. Menyedari hakikat inilah maka pada tanggal 02/02/2023 yang lalu, bersempena dengan ulangtahun ke-59, aku membuat 'big' leap dengan hadir ke kelas bahasa arab pengenalan.
Kita bukanlah orang arab yang all the time bertutur bercakap berkomunikasi sesama. Matlamat terlebih utama aku didalam mempelajari akan bahasa arab ini adalah untuk mengetahui serta memahami akan isikandung al-quran yang dibaca kesekian lamanya. Istiqamah dan mengekalkan kekerapan dan berkeupayaan masa dan ruang yang ada dan dimiliki, harus aku pertingkatkan lagi. Seusia aku kini yang telahpun makin laju menghampiri ke lapisan ke-60 menjelang Februari 2024 harus aku manfaatkan semaksimum yang mungkin kearah 'perbaiki' diri. Kita sedar penghujung usia pasti akan sampai. Andai kita menoleh kebelakang dan merenung sedalam dalamnya akan peristiwa yang menimpa diri dan keatas orang sekeliling yang telahpun dijemput secara beradab yakni berperingkat peringkat dan juga yang secara mengejut dan tiba tiba tanpa sedar, seharusnya menginsafkan. Namun tahap pemahaman dan penerimaan seseorang akan setiap yang berlaku yang diperlihatkan olehNya berbeza.
Setelah 'mampu' memahami seadanya sehinggalah ayat ke-60 ini, dirasakan makin banyak perkara yang 'diperkatakan' menerusi lafaz bacaan serta pemahaman akan 'dailog' Allah swt terhadap junjungan besar kita membuatkan aku makin sedar diri. Dahulunya, baca sekadar melafazkan sebutan serta pemahaman keatas setiap apa yang dibaca itu amat terbatas sekali. Mungkin atas limpah kurniaanNya, sedikit sedikit aku mulai mengerti. Amatlah diharapkan yang aku dipermudahkan didalam mencungkil mengali akan maksud yang tersurat dan juga yang tersirat. Kemampuan seseorang memang dibatasi oleh tahap keupayaan memasing. Begitupun, perlulah juga bagi setiap kita untuk punyai keazaman serta kesungguhan.
Insya-Allah. Moga aku diberi kekuatan ketabahan mengharungi segalanya menuju penghujung hayat.