Thursday, September 29, 2022

Siapa gerangannya

 28 SEPTEMBER 2022, 11:18


Siapa gerangannya


Bilamana ada sahaja sesuatu yang ingin diketahui tapi masih tidak menemuikan jawapan maka banyak hal yang dirasakan disembunyikan dari pengetahuan. Ini akan membuatkan serba salah dan tertanya tanya. Selagi pertanyaan tidak berjawab mana mungkin dapat merungkai segala pertalian yang terbelit. Akan bertubi tubilah pertanyaan. Akan makin mendesak mahukan jawaban pasti dan segera, kalau boleh. Namun selagi tidak fokus dan menjuruskan kearah 'pencarian' tentulah akan berpanjangan masa yang harus diambil.


                             Putus Terpaksa - seolah merungkai teka teki

Aku sebelum ini ada terbaca tulisan seorang blogger yang hebat yang memberi panduan berguna untuk menjadi penulis. Banyaklah langkah langkah yang dicadangkannya dan diperturunkan didalam blog buat sesiapa yang mahu berkarya secara serius mungkin. Jadinya, mana yang aku mampu lakukan maka aku turutilah. Antaranya banyakkan membaca dan terus membaca pelbagai genre penulisan. Nampak mudah tapi sukar untuk consistent. Pun begitu, amalan culas membaca masih melekat pada diri. Anihnya seleksi buku yang dibaca makin bertambah. Bukannya selesai satu buku beralih kebuku lainnya tetapi terpandangkan koleksi buku yang ada dan ada juga yang terbeli online lagi membuatkan aku rambang untuk membaca. Walaupun meminati genre 'autobiography' dan berpuluh buah buku berada dalam simpanan dari pelbagai 'walk of life', buku keagamaan, motivasi serta kewangan masih juga tetap dibaca.


Terkini, aku rotate pembacaan antara 6 buah buku. Berselang tanpa mengikut mana dahulu tapi ikut keselesaan. Terkadang beberapa muka sahaja dan ada juga sekadar semuka lalu berhenti dan mana bahagian yang dirasakan menarik, pernah ambil masa berjam jugalah. Namun sehingga kini belum ada satupun antara ke-enam enam-nya yang sudah melepasi separuh kecualilah tentang 'Nana' ini yang sedang dibaca.


Bermula dari 'Game Seven' oleh Paul Volponi 20/11/2019, diikuti 'Exposing Myself' oleh Geraldo Rivera pada pertengahan 2020, dan 'Second Best' nukilan anak George Best(keeper England) iaitu Calum Best pada 15/10/2021. Ketiga tiganya adalah kisah kehidupan memasing yang ditempuhi dalam time-line mereka berada. Bacapun sekejap sekejap, bilanya hendak habis. Ditambah lagi dengan peranan 'marketing online', maka beberapa buku yang menarik untuk dibaca telah aku beli. Dalam suasana covid-19 masih berlanjutan, orang politik turut sama sibuk meluahkan kebimbangan dengan mengajak orang awam bersimpati dengan 'survival' politik memasing. Maka apa sahaja yang berligar dengan kisah mereka dalam pengekalan kuasa menjadi sesuatu yang menarik untuk diketahui ramai. Makanya, 'Mengapa Anwar belum jadi PM?' dari penulis politik M.S.O. aku pesan dan mulai membaca sebaik menerimanya pada penghujung Februari 2022.


Kemudian dan masih lagi secara santai membacanya, 'Life goes on' adalah kisah penceritaan Siti Nordiana pula turut aku masukkan dalam slot pembacaan. Bermula dari 11/6/2022 sehinggalah pada hari ini baru sampai ke 'Demi Rayyan'. Sesampai ke halaman ini, timbul pertanyaan demi pertanyaan akan siapa arwah suaminya. Pada awalnya tidak fokuspun sekadar membaca dan aku lebih berminat akan kesungguhan 'survival' dirinya. Mana pergi ahli keluarganya. Begitu jugalah kemana menghilangnya rakan rapat lagi akrab dan takkanlah tiada sesiapapun yang sudi membantunya.


Buku terakhir memasuki koleksi 'mesti baca' adalah 'Nota Pasca Haji'. Dua minggu sebelum Raya Haji 1443H, ianya melintasi pandangan. Kerap ter-view di facebook dan turut di-upload-kan pula dalam grup WhatApps membuatkan aku terpana untuk mengetahuinya. Terjebak dan tersihir, langsung order online dan berselang cuma 2 hari sahaja, ianya sampai kepangkuan betul betul 2 hari sebelum Raya Haji. Buku inipun alami nasib yang hampir sama. Awal teruja hendak membaca dan tidak sabar mahu mengetahui isikandungannya tapi disebabkan keperluan lain yang lebih mendesak.


Bila nak habis...dah


Berbalik kepada Nana, sememangnya tiada sesiapapun yang mampu meneka dengan tepat niat dan impian bersuamikan 'F' yang misteri awalnya pada diri aku. Kita cuma mengagak-agak sahaja tapi hanya dirinya sahajalah yang lebih maklum. Namun dari olahan kata-kata didalam buku 'memoirs'-nya ini, sedikit sebanyak shed light akan keinginan dan impian yang begitu didambakan olehnya. Bak kata 'ohang putih' --- read between the line, dan hanya pembaca yang benar benar kritis sahajalah yang dapat merasai degup jantung hati dan perasaan yang cuba didedahkannya.


Tapi dalam kesibukan yang dihadapi, aku rasa macam tidak sabar pula dan ingin mengetahuinya sesegera yang mungkin. Aku tolak ketepi debaran dalam pencarian berkias yang dibuat Nana dan aku suka 'permainan' begini, terus sahaja aku 'google' keyword....siapa suami siti nordiana. Sesegera pertanyaan, maka sekelipan mata jugalah jawabannya aku ketahui. Oh...dia ni gerangan yang dimaksudkan. Sejujurnya, baru inilah harinya arwah suami Nana aku ketahui. Mati mati aku ingatkan Acik yang meninggal kemalangan di Seremban adalah suaminya. Rupanya aku tersalah orang. 

As to satisfy my inquisitive, aku selak...Siapa 'F' - musykil aku

Patutlah berkias kias. Rupanya, si 'F' tu adalah salah seorang penggiat seni yang boleh dikatakan popular jugalah pada sekitar awal 2000-an di tanahair kita. Mungkin demi untuk menjaga 'reputasi' pihak yang terkait maka tidaklah dimaklumkan secara terus akan identiti arwah lakinya itu. Hasil carian di internet, insan yang menjadi peneman hidupnya bukanlah 'kaleng kaleng' orangnya. Begitupun perancangan yang kita mahukan tidak mungkin akan sesempurna dengan perancangan yang telah diaturkan olehNya. Malah kita, tentunya sebagai hamba, perlu pasrah dan tabah mengharungi ujian rintangan yang tertakdirkan. Ketentuan masing masing yang sememangnya telah dikhususkan haruslah rela dan redha menerimanya.


Apa yang terzahirkan kepada Nana, buat mereka yang mampu menghadamkan setiap hal yang melingkungi Nana, adalah suatu renungan penuh keinsafan akan apa yang patut dan perlu terjadi menurut pemerhatian kita sebagai seorang manusia dengan 'takdir' yang buat semua kita yang tidak tersangkakan boleh berlaku dan tidak terfikirkan untuk ianya berlaku. Even, kematian sekalipun walaupun ianya sesuatu yang paling pasti, kita secara sedar akan seboleh bolehnya tidak mahukan ianya 'hadir' terlalu awal dalam kehidupan. Semua kita menginginkannya datang diusia paling lanjut andai dibenarkan memilih.


Kita 'rancak' ulas dan pertikai hal yang menimpa orang lain seolah kita rasakan yang diri amat beruntung. Belum tentu lagi sedemikian. Masing masing ada skrip tersendiri seiring dengan lingkungan waktu yang diperuntukkan. Bagaimana nantinya andai orang lain pula yang membuat ulasan keatas kita. Apakah kita sanggup terima akan apa yang  diperkatakan tentang kita. Kesedaran milik masing masing untuk berani berbuat sesuatu dan kalau bolehlah harus serapat mungkin mengikut akan apa yang telah dipertunjukkan oleh Junjungan Besar kita akan sunnahnya.


Ringkasnya, biarlah hari ini lebih baik dari semalam dan esok diharapkan akan lebih dipertingkatkan dari hari ini.


Sekadar mengingatkan diri sendiri.


 

Saturday, September 24, 2022

Khalwat masuk khutbah

23 SEPTEMBER 2022, 14:36


Khalwat masuk khutbah


Jumaat hari ini berpeluang berjamaah di Raudhatu Al-Jannah. Dipimpin oleh imam muda. Alhamdu-lillah, skuad pelapis pula menggalas tugas. Memang telah sekian tahun lagi, ramai budak budak tahfiz yang dikelola oleh pihak JAIM di-groom dan dibentuk untuk menjadi pentadbir agama beriltizam, penceramah berilmu dan terpenting sekali mampu memikul tugas sebagai imam bergaji bagi setiap masjid kendalian dan jagaan JAIM diseluruh negeri.


Konotasi hanya mereka yang tertentu dari 'parti' yang memerintah sahaja yang mendapat keutamaan untuk dilantik tidak lagi relevan. Era sedemikian telahpun ditinggal pergi demi kebaikan bersama dan atas kesedaran pihak yang lebih maklum dan punyai kuasa. Adalah diharapkan pihak yang faham akan hal ini dapat mempertahankan 'kesucian' agama Islam dan meletakkan institusi keagamaan dikedudukan yang tinggi. Tidak tergugat dan jauh sekalilah untuk dipertikaikan lebih lebih lagilah dari mereka yang berkepentingan. Malah keceluparan mereka yang sudahlah cetek pengetahuan agamanya tapi acah acah hebat persoalkan setiap dan apa sahaja 'sebaran' yang diwartakan oleh pihak majlis agama negeri mahupun diperingkat persekutuan.


Kali ini tajuk yang diangkat untuk dikhutbahkan adalah pasal hal khalwat. In split second jugalah aku terfikirkan yang isu ini telah menjadi sesuatu yang penting untuk dibanteras sesama. Bagi aku-lah, berseorangan tentu sahaja amat payah untuk atasinya. Bilamana ianya dikhutbahkan serentak ke seluruh negeri maka setidak tidaknya semua yang hadir berjumaat hari ini telah dimaklumkan 'first hand' lagi. Faham atau tidak faham akan perkara yang hendak disampaikan pastinya bukanlah imam yang menyampaikan yang perlu membuat 'survey'. Secara implicitly, hadir berjumaat ini tentulah mereka yang normal, baligh dan tahu akan syarat-syarat sah bersembahyang. Bila kata sudah mengetahui akan hal yang wajib, sunat ,makruh dan yang membatalkan sembahyang, tentu sahajalah seseorang itu waras serta faham akan khutbah yang didengari saban minggu.


Even, untuk hari inipun rasanya tidak sesukar manapun dalam memahami isi kandungan khutbah yang disampaikan. Perkataan 'khalwat' walaupun ianya berasal dari bahasa arab, dengan katakerja(verb - فغل - خلوات) ianya telah lama membudaya dalam masyarakat. Semua kita amat faham benar akan maksudnya, iaitu berdua-duaan ditempat yang mencurigakan, disamping beberapa maksud lain mengikut 'konteks'. 


Enakmen Kesalahan Syariah @ 26/2/2015

Anehnya dan seolah apa yang diingatkan saban minggu dipermulaan dan diakhir khutbah akan perlunya kita semua ber-takwa dengan sebenar benar takwa semacam tidak 'sampai' ke benak para makmum. Apakah ianya sekadar satu rukun dalam khutbah sahaja dan sampai sekelumitpun tidak masuk kedalam kotak pemikiran. Kalau lelaki tidak mengajak, tak kan lah yang perempuannya yang beria-ia menggoda. Setiap lelaki muslim tentu sahaja saban minggu pastinya akan mendengar imam menyuruhi para makmum untuk melakukan perkara yang baik serta menjauhi hal yang buruk. Terlepas dengar awalnya disebabkan lewat sampai tapi bukankah diulang ingatkan pada pengakhiran khutbah. Mustahil boleh terlepas kedua duanya. Apakah kehadiran berjumaat sekadar hendak berjemaah sahaja tanpa mahu mendengar khutbah. Pelik sungguh jika ada yang berpendirian sebegini.


Tapi harus kita maklum yang boleh membuka pintu hati manusia adalah hanyalah Dia sahaja. Kita sesama sekadar memohon izinanNya dan memohon ampunanNya. Tidak mampu mempengaruhi tanpa pertolonganNya jua.

Disertakan ulasan berilmiah dari sudut perundangan Islam...

Khalwat: Keperluan kepada Hukuman Sebat dan Alternatif

(Close Proximity: The Need for Whipping and Alternative Sentencing)

NURUL ‘IZZATI MOHAMAD

Pelatih Dalam Kamar

Zufaidi & Associates Bilik 2,

Tingkat 1 Bangunan KAAK BP Bhd.

Jalan Pegawai,

83000 Batu Pahat, Johor

Emel: nizzatimohamad@yahoo.com

DEFINISI KHALWAT

Khalwat dalam bahasa Arab berasal daripada kata kerja iaitu berseorangan atau sunyi. Menurut hukum Islam pula, melalui ulama terdahulu seperti Imam Syafie, Maliki, Hanbali dan juga Hanafi , khalwat telah dirujuk sebagai perhubungan suami yang bersekedudukan dengan isterinya sama ada hingga berlakunya persetubuhan atau tidak.

 

Definisi khalwat iaitu bersunyi-sunyian pada zaman Rasulullah SAW ternyata berbeza dengan defi nisi yang diguna pakai pada zaman kini. Pada zaman Rasulullah SAW, khalwat bermaksud bersunyi-sunyi seorang diri seperti yang dilakukan Rasulullah SAW di Gua Hira’ sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul. Namun, istilah pada masa kini, khalwat membawa erti yang negatif iaitu berdua-duaan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang tiada ikatan yang sah di tempat sunyi atau tertutup dalam keadaan syak. Definisi khalwat pada masa kini telah dinyatakan dengan jelas di dalam enakmen-enakmen negeri-negeri di Malaysia sebagai perbuatan bersekedudukan dengan mana-mana pasangan yang bukan isteri atau muhrimnya di tempat sunyi dan boleh menimbulkan syak bahawa mereka telah melakukan perbuatan tidak bermoral.

 

HUKUM KHALWAT MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sememangnya dilarang oleh Allah SWT kecuali terdapat keperluan dan apabila berada dalam keadaan darurat. Larangan ini telah dinyatakan oleh Allah SWT sebagaimana fi rman-Nya dalam surah An-Nur ayat 30.

 

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orangorang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.”

 

Allah SWT berfi rman lagi dalam Surah An-Nur ayat 31:

 

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudarasaudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.”

 

 

Berdasarkan potongan ayat Al-Quran di atas, Allah melarang lelaki dan perempuan yang bukan mahram melihat aurat masing-masing dan bergaul bebas di antara satu sama lain. Larangan ini sekaligus menunjukkan Allah melarang perlakuan khalwat kerana ianya melibatkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram bersendirian di tempat yang sunyi dan boleh menimbulkan syak. Walaupun khalwat tidak dinyatakan secara langsung dalam Al-Quran, terdapat dalil Al-Quran yang secara tidak langsung menyentuh mengenai khalwat. Khalwat merupakan mukadimah kepada berlakunya jenayah zina dan persetubuhan luar nikah.7 Surah Al-Isra’ ayat 32 jelas menyatakan bahawa;

 

Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk.

 

Selain itu, sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a:

 

“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Riwayat Bukhari & Muslim)

 

Rasulullah SAW turut bersabda:

 

“Janganlah salah seorang dari kalian berduaan-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.” (Riwayat Ahmad dan Termizi)


Juga ulasan ringkas pertanyaan netizen oleh pendakwah secara capaian online...

Rujuk...keliru istilah khalwat...untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Merenung sejenak aku, di verandah sehabis catatan dibuat, penuh kerimasan dengan kipas dinding swinging in full speed sambil menunggui juadah makan tengahari disiapkan. Sukar untuk dapatkan kepastian tapi segalanya berkemungkinan untuk terjadi atas kemahuanNya jua.

Wednesday, September 21, 2022

Mee Rebus/Kari Bukit China

 22 SEPTEMBER 2022, 12:40


Mee Rebus/Kari Bukit China


Orang berduit, dia punya 'pergi' lain macam saja jika dibandingkan dengan mereka yang kekurangan. Hal ini rasanya semua kita sudah sedia maklum. Pelbagai alasan yang diberi buat mengelak. Berjimat cermat adalah 'hidden' motif dari diketahui orang.


Awalnya hendak buat walk-in sahaja tapi bila dinyatakan oleh staf service counter-nya yang slot minggu ini semuanya sudah penuh dan pantas pula mencadangkan agar booking untuk minggu hadapan pula, maka hajat hendak 'service' Alza hari ini tertangguhkan. Tidak pula aku menjangkakan yang ramainya pula orang melaka hendak buat pemeriksaan di Perodua Malim ini. 


Orang rumah yang melepak depan tv layan u-tube aku arahkan agar segera buat sarapan selepas aku keluar dari bilik mandi. Kemudiannya aku buat 'drop call' ke Perodua untuk pemeriksaan berkala buat si-Alza. Bila diberitakan sudah fully book, aku tukar ke plan B bersarapankan mee rebus di bukit china. Bersiap bergeraklah ke destinasi berdua. Dalam pemanduan terlihatkan banyak warung, kedai makan dipenuhi orang yang 'regular' berkunjungan sedang menikmati juadah sarapan pilihan memasing.

Favourite sejak dulu lagi...


Selalu aku nukilkan yang perjalanan kehidupan seseorang tidak bersamaan walau sedaya upaya cuba mencari. Momen yang dilalui adalah pengalaman yang tidak mungkin dapat diulangi. Faktor usia, masa dan kesempatan yang dihadirkan olehNya pada certain 'point' itu punyai ertinya yang tersendiri. Begitupun, amat jarang dikalangan kita yang benar benar mensyukuri nikmat yang diberi. Malah kerap terjadi kita berlebihan sehingga ketahap melampaui batasan. 


Setiap kita punyai impian dan harapan yang ingin dikecapi. Pun begitu, hanyalah kesungguhan serta kegigihan dan berusaha mencari jalan yang bertepatan sahajalah yang bakal menemui hajat yang dicitakan. Hal dan perlakuan sedemikianlah yang membezakan antara sesama, samaada cepat ataupun lambat memperolehinya atau barangkali gagal terus dari mengapainya. Impian sekadar impian. Salah strategi, silap langkahan atau mungkin juga sambil lewa. Setiap apa yang diinginkan sepatutnya harus menyedari yang amat banyak sekali 'rintangan' yang perlu ditempuhi. Normal juga dalam kehidupan, impian yang mahu dikecapi sememangnya orang lainpun turut sama mengingininya. Sengit berebut, saling cantas mencantas. Namun hanya yang gigih sahajalah yang bakal berjaya. Kemanisan yang hadir bersama capaian impian hanya empunya dirilah yang lebih layak menikmatinya. 


Merenung kedalam diri, rasanya aku tidak cukup gigih, tidak cukup kesungguhan dan masih jauh lagi dalam mengejar keinginan. Memang malu hendak menyatakan tapi harus malu pada diri jika membandingkan dengan mereka yang serba kekurangan boleh berjaya. Banyak contoh untuk dijadikan rujukan. Orang Melaka, orang Masjid Tanah iaitu Mohd Sukur Ibrahim dengan deformed hand and leg amat berjaya dalam karier hidupnya sebagai usahawan berjaya dan lebih pedih pukulan dirasai bila dirinya turut diiktiraf pakar motivasi dan 'terkenal' pula. Kalau hendak dilistkan akan mereka yang berjaya dalam pelbagai bidang samada duniawi mahupun ukhrawi, maka makin terduduklah aku akan jauh berjarak tertinggal dibelakang.

Malu sesangat andai dibandingkan

Untuk lebih jelas memahami situasi, adalah elok untuk ulangbaca...kisah-mohd-sukur-ibrahim-oku-berjaya

Apapun perjuangan perlu diteruskan kepenghujung hayat.


Thursday, September 8, 2022

Nasib orang tak sama dengan nasib kita

Rujuk nie...'Airmata Yang Berhormat , yang diangkat oleh 'Merah Jalanan' untuk diulas dan diuploadkan via ruangan pojoknya di Sinar Harian pada pagi 08/09/2022 @ 7:50am.





Pagi ini bercuti dan about hendak berpergian ke Pengkalan Samak mendapatkan ikan baru lagi segar. Konon dikatakan yang ikan yang diperagakan digerai adalah baru didaratkan oleh nelayan tempatan. Aktiviti mingguan ini telah menjadi kelaziman sejak Covid-19 melanda. Beralih aku ke sinipun  berpunca dari faktor penolakan yang tanpa disedari dihadirkan oleh pihak MBMB dalam membendung penularan wabak covid-19. Kelonggaran bergerak kesana kemari tapi tetap berpelitup muka membuatkan lama sesangat tidak berpergian ke pasar besar Melaka menjadi keutamaan destinasi yang hendak dituju. Bukan sekadar hendak merancakkan lagi ekonomi orang orang kita, juga buat diri mendapatkan ikan mengikut pilihan hati. 

Kecewanya diri bilamana hanya seorang sahaja yang dibenarkan masuk berdasarkan hanya satu pas sahaja diserahkan kepada yang berkunjungan berpasangan mahupun bekerluarga. Sekali tu mungkin okay jugalah. Serah duit pada orang rumah sementara menunggui dibahagian luar bangunan sesambil membelek belek smartphone ditangan. Tapi bila beberapa kali pergi, peraturan masih tidak berubah sedangkan ditempat lain sudah dibolehkan berkunjungan maka lokasi baru yang dicadangkan mendapatkan ikan aku terokai. Sehinggalah kehari ini, acara mingguan mendapatkan stok ikan untuk seminggu telah tetap hanyalah ke Pengkalan Samak di Merlimau Pantai sahaja.

Menunggui orang rumah bersiap, errrmmm, aku update-kan diri intai facebook. Muncullah page informasi yang aku ikuti(Sinar Harian) dengan tajuk 'Air mata Yang Berhormat apabila melihat rakyat hidup susah'. Segera sahaja aku click article lalu membacanya sehingga habis. Aku associate-kan dengan diri. Bukanlah hendak banding bandingkan tapi sekadar berita yang dibacai hari ini menyedarkan diri akan betapa sukarnya menempuhi rintangan kehidupan dan perlu dirempuh oleh setiap insan. Mungkin kita merasakan yang keperitan hidup tidak tertanggungkan sehingga dirasakan adalah teramat berat bebanannya. Segeralah aku downloadkan link-nya itu untuk aku ulas kemudian nanti sekitar 11:20am.

Difikiran seketika selesai membacanya tetiba datang pula kerungsingan. Jadi buntu memikirkan tanpa dipaksa. Semua orang pastinya merasakan permasalahan yang sekian lama terbelenggu adalah teramat perit untuk melaluinya. Namun bilamana kita disuakan dengan berita yang antara benar tidaknya tentu sahaja akan meruntun hati. Maklumlah, hanya mereka yang telah dan sedang merasainya dapat mengerti memahaminya.

Sebolehnya bagi diri ini, amat risau hendak memperkatakan perihal yang menimpa orang lain secara berlebih lebih. Takut nantinya timbul riak penuh berbangga. Setiap apa yang kita zahirkan malah yang tidak kita zahirkan tapi andainya ditafsirkan orang secara bersalahan dengan apa yang ingin kita maklumkan dan kecenderungan kearah itu sememangnya amat berkemungkinan tentulah akan memakan diri. Dizaman yang segalanya 'instant' kini, begitu mudah hendak pertikai, mencela, menfitnah dan mengelirukan dan sesegera itu jugalah ianya akan berbalik kepada diri. Memang mengerunkan. 'Karma' adalah istilah yang digunapakai. Bukan sahaja dinusantara malah ianya bersifat 'universal'.

Allah swt didalam banyak ayat al-quran dipenghujungnya selepas setiap peristiwa yang dimaklumkan kepada Nabi besar kita mengingatkan akan apa yang kita lafazkan dan apa yang terpendam didalam hati adalah didalam pengetahuanNya jua. Untuk senantiasa jujur kepada diri adalah sesuatu yang  'ideal'. Namun dalam kehidupan yang dinamik sifatnya yang saban hari dilalui adalah 'takdir' yang perlu dihadapi penuh ketabahan lebih lebih lagi bila berdepan dengan situasi yang tidak dimahukan. Kekadang dan sejujurnya amat sukar hendak berlapang dada.

Tapi lain pula perspektif dan tafsiran kepada orang lain yang membaca lalu menghadamkan berita ini. Terpulanglah. Interpretasi memasing tentu sahaja bergantung berpandukan pengalaman yang telah dilalui. Betul salahnya menurut pandangan kita sebenarnya mencerminkan 'pendirian' individu. Apa hak kita hendak pertikaikan. Membaca sambil cuba merasai andai diri ini pula yang terpalit, biarpun antara benar dengan tidaknya laporan yang dibuat ini tanpa penokok-tambahan menyedapkan cerita, memang amat sukar hendak 'move on'. Pun begitu bilamana gambar diri dipaparkan buat tatapan umum penuh kesedihan menarik perhatian orang awam untuk sesama menginsafi diri. Tidak diuji bukanlah kita bernasib baik. Ianya perlu dijadikan ikhtibar untuk bersiap siaga dan seharusnya tabah harungi kehidupan dimasa mendatang walau apapun yang mungkin tertakdirkan kepada diri.

Bertabahlah Muadz. Ujian hidup perlu ditempuhi.