Merenung memikirkan pepagi akan segala persoalan samada dihadapi sendiri, juga yang terjadi dilingkungan serta yang dilaporkan oleh media akan pelbagai hal ditempat lain yang tidak terjangkaukan dan tidak pernah kesampaian oleh diri makin memeningkan kepala dan merisaukan fikiran malah kekadang sampai ketahap melesukan badan juga. Berkecamuknya persoalan hingga tidak mampu menghuraikan setiap satunya dengan tepat lagi sempurna. Selalunya terbabas jauh. Pemahaman kita terbatas. Kemampuan kita untuk bertindakbalas amat bergantung pula pada suasana sekeliling pada dan ketika itu. Keupayaan mental dan fizikal yang setiap kita miliki ketara sangatlah berbeza turut mempengaruhi bentuk tindakan, ransangan dan matlamat yang ingin dicapai. Pendekkata segala bagai faktor berkemungkinan mempengaruhi tindakbalas dan penghasilan dapatan. Disaat kita meyakini yang perkara 'A' -lah penyebabnya, mungkin bertahun kemudian barulah kita menyedari bahawa 'B' -lah pula punca segalanya. Menghukum tanpa maklumat yang tepat lebih membelitkan yang tersimpul dan bukannya meleraikan persoalan.
Terfikirlah diri akan para pengamal undang-undang tentang sejauhmanakah keadilan kesaksamaan dilaksanakan dan ditegakkan. Mengadili setiap perkara yang dihadapkan oleh orang yang memohon serta mengharapkan pembelaan dan lebih lebih lagi kepada mereka yang merasakan dirinya teraniaya memungkinkan orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengadili berada dalam keadaan yang merumitkan. Ibarat mencantumkan 'jigjaw puzzle' sedangkan gambaran sepenuhnya tidak diketahui olehnya. Mengharapkan semata-mata maklumat yang disampaikan oleh orang yang meminta pembelaan tidak memadai malah dia(pengamal undang-undang) harus pula melihatnya dari sudut yang berlainan. Pelbagai dimensi serta agakkan kemungkinan yang sepatut dan seharusnya berlaku perlu dianalisa demi memastikan penghujahan serta kebenaran yang harus diketahui akhirnya terserlah lagi sahih.
Berat, memang berat buat mereka yang diamanahkan untuk mengadili. Namun andai mengikut lunas-lunas dan ianya benar-benar jujur melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan pasti segalanya akan menjadi mudah. Sekiranya terdapat elemen elemen 'berat sebelah' dan punyai kepentingan diri maka hancurlah harapan orang yang mengharapkan pembelaan. Jujur cakaplah, tidak ada sesiapapun jua ingin berada dalam kondisi sedemikian. Tapi keadaanlah yang merubah segala-galanya.
Seminggu yang lalu, aku ada terbacalah keratan akhbar yang aku simpan. Antara habit aku semasa bersekolah rendah lagi dan makin terbiasa sejak mulai bekerja adalah mengunting keratan akhbar akan artikel yang menarik minat aku. Apa-apa sahaja berita yang 'luar biasa' atau 'rare' sifatnya maka lajulah aku mencapai gunting dan menyimpannya didalam clear folder. Catatan dan coretan yang berkaitan akan dilampirkan bersama keratan akhbar untuk tatapan kemudiannya hari. Keadaan turut berubah. Bertahun menyimpan akan mengakibatkan kertas akhbar kekuningan. Ada juga usaha untuk aku scan dan simpan dalam bentuk digital. Makannya selain dalam bentuk clear folder, setengahnya mengikut kelapangan masa dan rajin yang luarbiasa, aku akan burn-kan kedalam bentuk CD sebagai back-up. Folder akan kisah-kisah yang menarik perhatian aku ini akan aku rujuki bila berkesempatan dan buatlah coretan darinya mengikut kesesuaian.
Terbacalah aku akan kisah orang kampong sebelah yang berjawatan ditangkap SPRM sekitar 2014. Pengarah Kastam KL yang ketika tangkapan dibuat sudahpun berusia 55 tahun. Sepatutnya menuju era persaraan perlulah lebih memikirkan kehidupan selepas bersara. Tapi keadaan dan suasana sekitaran gagal dimanipulasi sebaiknya malah diri pula yang dimanupulasikan oleh mereka yang berkepentingan. Aku tidaklah mengenali diri Dato' Mohd Isa Endot secara dekat. Tapi aku amat rapat dengan adiknya yang sebaya aku. Pernah aku menziarahi kerumahnya ketika raya dan masa sesama berdiskusi untuk STPM 1983. Rumah kampung yang tipikal. Rumah Melaka yang tersergam dengan laman yang agak luas. Bagaimana suasana yang ideal untuk pembesaran dan siasah diri boleh berubah angkara dugaan dan kelekaan dunia. Ikutkan cara upbringing anak-anak kampong sekitar 70an dahulu, selain dari dimestikan hadir kesekolah kebangsaan, mereka dikehendaki juga ke sekolah agama disebelah petangnya. Tidak cukup dengan pendidikan formal, keperluan untuk khatam mengaji sekurang kurangnya sekali adalah disyaratkan. Pun begitu pengakhiran kisah kehidupan tidak siapa juapun yang mampu mengetahuinya dengan jelas sejelas jelasnya.
Rujuklah rasuah-libatkan-pegawai-kastam ditahun 2014.
Aku teringatkan suasana kampong yang segar dikenangkan. Ketika mengekori emak ke kedai 'Dak Poh' dikampong Kandang yang biasanya akan dituruti berborak dikalangan mereka sambil bershopping, aku akan pasang telinga mendengar gossip yang antara faham dengan tidaknya. Menyibuknya aku mengikuti kekedai adalah untuk 'cukai' gula-gula sebagai upah meneman membawa pulang barangan dapur yang dibeli. Terdengarlah akan gaji anak sipolan 'tengah RM2000', anak sipolan lagi lebih, 'tengah RM3000'. Aku pula tidak kuasalah hendak bertanya lebih lanjut. Tapi bila dewasa, term yang dimaksudkan itu adalah mengenai gaji yang diterima adalah sebanyak RM1500( tapi disebutkan sebagai tengah RM2000 yang aku fahamkan sebagai RM2500). Berbangga nada yang diucapkan akan gaji anak-anak mereka sebagai memaklumkan akan berjayanya mereka membesarkan anak-anak sehingga bergajian yang besar pada masa itu. Namun masa itu jarang pula terdengarkan akan mereka yang makan rasuah. Tidak pernah terdengarkan dan kalaupun ada mungkin tidak diwar-warkan secepat dan sepantas sekarang ini.
Kini setiap apa yang berlaku, lebih lebih lagi yang buruk dan sensasi sifatnya akan cepat diketahui dan disebarluaskan. Jangan buat tidak tentu. Mudah benar ianya akan diketahui ramai. Memakan rasuah tentulah tidak akan ada dalam kamus kehidupan orang yang berakhlak. Kemuliaan akhlak yang tinggi mana mungkin gejala ini akan datang mengunjungi diri. Ini apa yang kita rasakan. Namun ujian yang didatangkan olehNya amat tidak disangka-sangkakan. Nikmat dan kemewahan dunia merupakan perhiasan kehidupan yang jauh melekakan dari menumpukan keutamaan mengingatiNya.
Apa agaknya perasaan mereka yang menerima dan yang memberi rasuah. Mutual agreement merupakan asas permulaan. Kalau tiada tentulah tidak berlaku. Tidakkah mereka yang terlibat ini memikirkan kesan dan akibat perbuatan mereka yang buruk laku ini. Okaylah, mereka ini sudah nekad melakukan mungkin sirna terkena pancaran 'syaitan'. Kesan buruk tidak mahu sekelumitpun dijangkakan. Tidakkah akan menimbulkan keresahan kepada pihak yang berkaitan. Pelaku tentulah ada isteri, ada keluarga. Bagaimanakah dia hendak berhadapan dengan isterinya, anak-anaknya, bapa dan ibunya( kalaulah masih ada lagi), mertua, ipar-duai, biras, bapa dan emak saudara dan sepupu yang dilingkungan dan rakan sekolah yang sesama membesar. Belum lagi dengan jiran tetangga yang pastinya lebih dekat dan arif akan sesama tetangga. Apa pula pandangan jemaah yang saban waktu berjemaah di Masjid. Mana hendak dibawa diri yang terpalit tohmahan rasuah yang mungkin tidak pernah dilakukannya. Jika tidak bersalah, sesungguhnya ianya adalah peluang kedua untuknya memperbaiki diri. Andai betul diri telah melakukan perbuatan tidak bermoral ini, apa pula rasa hatinya. Kemanakah orang yang berkait rapat dengannya hendak menghadapi dugaan kehidupan hari hari mendatang mereka.
Tak tertanggong rasanya.
Na-uzu billah min zalik

No comments:
Post a Comment