06 MARCH 2017, 07:42
Sebaik sampai dirumah, aku maklumkan satu berita dari Sabak Bernam kat orang rumah. 'Aiik, macam pelik ajer...'. Ketahuinya semasa didalam kereta menghantar budak kesekolah masing-masing. Sepahtu yang dapat kontrak 'menghiburkan' program Sinar pagi(7:00pagi hingga 9:00pagi) sedang sibuk berceloteh mengenai topik 'perempuan cantik mudah diurusi/berurusan'. Dalam mereka bergelak-gelak dengan panggilan masuk untuk 'on air' buat pemanggil yang semuanya pompuan tetiba masuk pula slot 'Buletin 'Petronas' Sinar FM'. Segmen berita ringkas tentang perkara yang terjadi terkini dan tentulah mendapat approval penerbitnya bagi memaklumkan pendengar semasa. Kisah yang berlaku dan diberitakan secara ringkas lagi padat dapat merangsangkan pendengar untuk mendapatkan cerita lebih lanjut dari media massa lainnya. Biasanya aku akan rujuk portal berita yang pelbagai tersedia untuk dibacai. Suratkhabar langsung tidak pernah beli. Masa ditempat kerja, menyelaknya pun bila ada masa terluang.
Jadinya, ketika penyampai pompuan membacakan, 'Sabak Bernam... seorang penunggang basikal maut dihempap pokok kelapa tumbang.... bla... bla...'. Aku keseorangan dalam haluan balik kerumah, terkejut dan macam peliklah mendengarkannya. Biasalah berita yang dikategorikan aneh, jarang berlaku dan sensasi sifatnya akan mendapat keutamaan untuk disampaikan. Dulupun telah dilaporkan mengenai berita dari India akan seorang lelaki disana yang tidak pernah mandi selama 35 tahun. Malahan aku pernah buat coretan follow-up bertitik tolak darinya.
Apapun, kejadian dihempap pokok kelapa hingga mengakibatkan kematian amat menarik perhatian. Bagaimana keberadaan si arwah ditempat dan masa ketika tumbangnya pokok kelapa dari sudut pandang kebanyakan kita sekadar menyimpulkan ianya sudah suratan takdir. Kematian adalah sesuatu hal yang 'misteri' dan tiada seorangpun mampu meramalkan bila, mana dan bagaimana berlakunya. Pemberitaan yang kini semakin cepat dan pantas memungkin kejadian yang baru berlaku diketahui pembaca. Terpulanglah media mana yang dipilih. Kekadang terfikir pula, kesah kehidupan yang dilaporkan seolah satu komoditi yang menguntungkan. Berlumba-lumbalah portal berita melaporkan mengikut citarasa dan aspirasi pengendali laman berita itu sendiri. Follower yang ramai adalah petunjuk kredibiliti kewibawaan berbanding laman berita yang lain. Bagaimanapun, buat diri ini, aku akan membaca sebanyak mungkin kisah ini dari perspektif pelapor yang punyai kelainan kerana mood pemberitaan setiap orang adalah berbeza dalam memenangi hati pembaca mereka.
Dari pelbagai sumber portal berita, dirasakanlah mynewshub dengan tagline-nya, 'bukan berita online biasa' lebih menarik perhatian aku. Bukanlah self-proclaimed, tapi penyampaian beritanya ada kelainan bilamana turut mengaitkan akan secebis kisah peribadinya yang tidak kedapatan dalam laporan berita di portal selainnya. Kebanyakkan portal berita dengan chronology cerita hampir sama memaklumkan tempat kejadian, magsa, waktu dan sebab kemungkinan yang semacam copy and paste sahaja. Tiada personal touch dirasakan.
Sabak Bernam mula disebut-sebut sekitar bulan November 2013 dan diberi perhatian bilamana permohonan memasuki Politeknik dimaklumkan berjaya. Mengalakkan tidak melarangpun tidak. Hasrat hati aku, belajarlah ikut kemampuan dan tiada elemen paksa memaksa. Kalau minat lebih kebidang teknikal, so silakan. Banyak sebenarnya kesah yang didengari dan yang aku sendiri berdepan menyebabkan seseorang itu 'memakan diri' akibat menuruti kemahuan. Pernah dahulu aku bertanyakan, seorang promoter part-time, samada masih student lagikah bila melihatkan dirinya yang agak matured. Katanya, dia sedang mengikuti pengajian perniagaan di MMU. Tahun akhir katanya lagi. Dalam sessi bualan ketika memantau kawasan jualan, terpacullah pertanyaan akan lewatnya menyambung belajar. Diberitahunyalah sebelum diMMU, dia mengikuti enginering course di UTM, Skudai. Arahan orang tuanya yang harus dipatuhi yang berhasrat mahukan anak lelakinya bergelar jurutera. Walaupun minatnya lebih kepada business, dia terpaksa akur akan hasrat keluarga. Sebaik mendapatkan ijazah dibidang kejuruteraan yang dimahukan oleh orang tuanya, dia kemudian dengan rasa serba salahnya memberitahu keluarga untuk memburu minatnya sendiri. Maka sebab itulah aku membiarkan dia memilih bidang ilmu yang dimahukannya.
Kebetulan sehari sebelum kejadian yang membawa maut ini yang dimaklumkan kepada massa, anak aku menghadiri konvokesyennya selepas 3 tahun belajar dibidang kejuruteraan elektronik(computer). Malangnya aku tidak berkesempatan untuk turut hadir disebabkan komitmen kerja. Hanya orang rumah sahajalah yang menemani menyaksikan peristiwa bersejarah dalam hidupnya. Setaraf sudah pencapaian diploma dengan yang aku perolehi di tahun 1988. Along dan dirinya telah aku cabar untuk sambung belajar ke peringkat ijazah pula bagi mengatasi rekod pencapaian aku dahulu. Samada bersahut mahupun tidak, aku tidaklah sampai memaksa dan terpulanglah kepada kemampuan sendiri.
Sebelum bergerak menghantar Ucop ke Politeknik Sultan Idris(PIS) yang sama acronymnya dengan Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang setahun awalnya, aku telah mendapatkan info menyampaikan kesana. Maklumlah pertama kali ke Sabak Bernam. Jarak dan masa diperlukan dan laluan mana yang patut dilalui yang semuanya mudah diperolehi dengan merujuk kepada 'Google'. Segala info yang ingin diketahui mudah didapatkan. Bukan itu sahaja, pengalaman parent yang menghantar anak ke PIS boleh didapati sebagai panduan dan kemungkinan yang akan dihadapi bila kesana nanti. Kemudahan internet kalau digunakan untuk kebaikan pastinyalah banyak faedah dan kelebihannya. Pun begitu, on paper dan realiti sebenarnya amat berjarak bezanya. Mengalami sendiri dengan sekadar mengikuti dari pembacaan tentulah tidak bersamaan. Tersesat sebelum memasuki lebuhraya Guthrie untuk kesana sehingga tersalah susur keluar yang melewatkan jadual ketibaan sepertimana dirancangkan. Kisah bermalam di homestay dan berkenalan dengan pemilik homestay, juga keadaan bandar Sabak Bernam waktu malam ketika tiba adalah pengalaman yang bermakna dalam kehidupan.
Suasana disekitar Sabak Bernam ketika tahun 2013, penghujung November, masih terbayangkan. Kawasan inland Melayu dengan keadaan 'country' yang jauh dari pembangunan tidak pernah terlihatkan. Berbeza dengan situasi di Melaka dimana kelibat Cina merancakkan aktiviti pembangunan yang sedikit demi sedikit merugikan kaum asal iaitu orang Melayu sendiri tanpa perasankan. Banyak kebun kelapa kedapatan disepanjang laluan aku dari homestay mengikut laluan kampung sehingga ke Poli berpandukan GPS via smartphone. Sedih melihatkan rumah papan dan uzur disepanjang laluan. Kelihatan daif. Ada juga yang bernasib baik berkat tekun gigih berusaha dan mungkin juga bernasib baik, punyai rumah banglo tersergam dicelah kemiskinan yang hampir menyeluruh disepanjang perjalanan pagi menemankan Ucop mendaftar.
Banyak kenangan walaupun cuma sebulan sahaja dia disana. Konon katanya tidak serasi dan seboleh-boleh hendak berpindah balik ke Melaka. Ikut suka dia sahaja. Hampir setiap minggu harus aku korbankan cuti semata-mata hendak pastikan dirinya selesa di Sabak. Will-nya lebih kuat berpindah. Tidak boleh hendak kata apa lagi.
Apapun kisah Politekniknya telah aku drafkan untuk aku mendokumenkan perjalanan ke Pasir Gudang dan ke Sabak Bernam. Input segalanya telah tersedia, cuma menanti masa yang sesuai untuk aku merakamkannya.
إن شاءَاللهُ
No comments:
Post a Comment