15 JANUARY 2017, 07:50
Kekadang apa yang ingin diluahkan tidak kesampaian. Bukanlah kita tidak berusaha tapi situasi seolah-olah tidak mengizinkan. Pastinya punyai maksud yang tidak ketahuan oleh kita biar betapa banyakpun andaian yang mampu dihadirkan. Segala sesuatu yang berlaku memang tidak terjangkakan. Disaat kita inginkan ianya menuruti kehendak diri tapi dengan tidak semena-mena hal lain pula yang terjadi. Menerusi pembacaan al quran, kita kerap diingatkan akan phrase or frasa atau شِبْهُ الجُمْلةِ yang hadir dipenghujung ayat serta dalam maksudnya. Pertama kalinya kita menemui frasa ini andai memulai membaca surah AlBaqarah adalah dihujung ayat ke 20,
إنَّ اللَّهَ على كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ .
Terjemahannya adalah, 'Certainly, Allah has power over all things'. Kalau melayunya, 'Sesungguhnya hanya Allah jualah yang berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu dan segalanya'.
Terdetiknya hati hendak mencoretkan kisah ini adalah dicetuskan oleh CT Hajar ketika berbual santai menunggui customer datang ke counter redemption. Persoalan yang ditimbulkan untuk dibahas bersama sekadar 'passing time', meluahkan rasa kehairanannya akan staf yang bertugas di Foodline. Dia melihat dari perspektif keseimbangan gender. Katanya penuh kehairanan, 'Pelikkan... kat foodline leader lelaki cuma dua orang sahaja. Selebihnya semua pompuan'. Aku didalam hati berbisik pula, 'La... Hajar ni, perkara ini telah lama aku meyedarinya.' Tak sempat hendak menyatakan bilamana customer datang dari kiri dari kaunter pembayaran di Electrical menyerahkan sales receipt. Tertahan tahan hendak berkata ketika menjumlahkan pembelian customer yang menyerahkan 2 resit pembelian berwarna 'pink'. Selepas ketiadaan customer seketika selepas itu, aku tetiba lupa pula sekadar berdiam menanti customer seterusnya. Lat seketika kemudian dia provoke aku lagi, 'Perasan tak, sebenarnya kita takut bertukar kerja dan kerjaya.'
Aku memandangnya penuh makna dan dia merenung aku kembali mengharapkan jawaban balas. Aku cuma tersenyum sinis sambil cuba menyusun kata-kata agar tiada yang tersinggung dan mungkin tersentap. Ketiadaan pelanggan diketika itu perlu dipergunakan masa terluang berharga itu sebaik mungkin. Lambat aku membalas cakapnya, laju pula dia maklumkan perihal anak Pn. Latifah yang jadi promoter kasut di Ayer keroh ke company/supplier lain di Bandaraya Melaka(BM). Jelasnya lagi, gaji siap dengan komisen yang diperolehi lebih RM3000.00 sebulan. Kerja senang. Tidak perlu buat report, tidak kesahpun tentang hal yang tidak bersangkut-paut dengan pelanggan dan juga pasal karenah staff/promoter jagaan yang semuanya berpotensi memeningkan kepala.
Aku mengiakan segala statement yang diberitahunya. Memang jelas terbukti didepan mata akan hal yang diperkatakannya. Bukanlah isu beralih kerja atau kekal dengan kerja yang sama bertahun-tahun yang dirungsingkan tapi aku melihatnya dari sudut pandang yang lain. Kita sebenarnya tidak berupaya menjangkakan apa yang akan dihadapi. Bersikap optimist adalah satu sikap yang positif dan perlu ada dalam menjalani liku-liku kehidupan.
Pun begitu, setiap yang dihadapi perlu didepani, ditangani dan dilalui dengan berani. Semacam photo yang aku rakamkan ketika menghantar anak aku memasuki MRSM. Ada nilainya membuatkan aku mengambil untuk dikongsikan. Keberanian adalah salah satu faktor yang menyumbangkan kearah tercapainya impian. Namun banyak lagi faktor lain yang sama pentingnya didalam penentuan kejayaan. Kekadang keberanian cuma 10% saja, tapi faktor alam yang sukar dimengertikan menjadi penyumbang terbesar pula. Misalnya, aku teringatkan lagi kesah aku diajakki oleh abang-abang ipar ke sungai menangkap ikan talapia dalam usaha beramah dengan adik ipar mereka yang terkini ketika itu. Mudahnya menangkap. Cuma merentangkan jala diair sungai yang berarus ke muara sudah memadai. Ikan talapia merah ini, bolehlah aku andaikan 'malas' berikhtiar melepasi jaring. Muncungnya yang tersangkut dijaring dan dibantu oleh tolakkan arus yang tidak berapa deraspun akan menyebabkan ianya terkaku diam. Ikan keli yang lebih lincah akan meronta-ronta walaupun telah didaratkan. Kesungguhan antara talapia dan keli amat ketara berbezanya. Cuma sedikit keberanian perlu ada dengan terjun kedalam sungai merentangkan jaring sahaja yang perlu dilakukan. Hasilnya berpuluh ekor dapat ditangkap dalam setengah jam. Lumayan hasilnya. Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan boleh kita perolehi sagunya. Sebab itulah dirangkumkan oleh pengalaman dan diolah sebaiknya akan kata-kata yang dipujanggakan, 'Usaha tangga kejayaan'. Bila sering melakukan dan tanpa mengenal putus asa dan biarpun berkali-kali gagal dan ada ketikanya beratus kali tapi ilham akan didatangkan untuk perbaiki setiap tindakan sehinggalah menepati dan mencapai kesempurnaan akhirnya.
Bukanlah kita yang menentukan tapi hanyalah Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.
والله اعلم بالصواب
Kekadang apa yang ingin diluahkan tidak kesampaian. Bukanlah kita tidak berusaha tapi situasi seolah-olah tidak mengizinkan. Pastinya punyai maksud yang tidak ketahuan oleh kita biar betapa banyakpun andaian yang mampu dihadirkan. Segala sesuatu yang berlaku memang tidak terjangkakan. Disaat kita inginkan ianya menuruti kehendak diri tapi dengan tidak semena-mena hal lain pula yang terjadi. Menerusi pembacaan al quran, kita kerap diingatkan akan phrase or frasa atau شِبْهُ الجُمْلةِ yang hadir dipenghujung ayat serta dalam maksudnya. Pertama kalinya kita menemui frasa ini andai memulai membaca surah AlBaqarah adalah dihujung ayat ke 20,
Merenung masa depan ditengahhari... habis usia mudaku gadaikan entah kemana |
Jika aku berkesempatan perjelaskan dan perbentangkan secara panjang lebar kepada CT Hajar ketika masa senggang seketika itu mungkin mampu membuatkannya mengerti. Apapun aku sedikit terkilanlah kerana tidak dapat memuaskan dan mewajarkan her wandering thought yang tetiba terpacul disebutkan. Hakikat yang kita samada menyedarinya ataupun tidak adalah tahap kebolehan masing-masing adalah berbeza. Aku pernah maklumkan walaupun kita sesama semasa memasuki darjah 1 telah diajari oleh guru akan mengenal huruf 'A hingga Z' dan disuruh 'bermain' dengan nombor '1 hingga 10' sehinggalah sampai ke SPM, tapi hasilnya tidak semua yang berjaya menjadi doktor, jurutera atau apa sahaja kerjaya yang diimpikan. Takdirlah yang menentukan. Pernahkah kita mendengar, budak yang tidak diberi harapan untuk berjaya dalam SPMnya oleh guru-gurunya dan memangpun betul telahan mereka tapi akhirnya kini punyai perniagaan sendiri dan selesa hidupnya sampai akhir hayatnya. Banyaklah contoh diperlihatkan disekeliling kita.
No comments:
Post a Comment