17 DECEMBER 2016, 08:40
'Bukanlah namanya lelaki kalau tak nampak perempuan cantik.' opening remarks oleh ketua chef yang baru sampai bersama daging untuk kenduri rumah jiran mengamatkan lagi suasana. Kaum ibu yang hadir sejak 6:30 pagi memegang kerja ketawa berderai semuanya. Menurut orang rumah, Kak Marliah berpesan agar awal datangnya untuk membantu menyediakan special dish orang jawa. Ini adalah dish yang tidak dapat tidak, kemestian dalam majlis kahwin masyarakat jawa. Pasangan jiran belakang rumah aku ini adalah orang jawa. Fanatik sungguh dan amat berbangga akan asal keturunannya. Ini majlis kali keduanya. Setahun dahulu, menu sajian adalah serupa seperti yang disediakan pagi ini.
Pandai sungguh abang chef ni memanipulasi situasi. Keresahan menunggui hilang dan persoalan pertanyaan lewat hadirnya turut hilang diserap bahangan panas periuk yang mula diletakkan ditungku memasak. Gelak mengusik sambil bertanya khabar berbual mesra saling bertingkah dan selari pantas memotong menghiris mengisar menumis lauk untuk kenduri dihari yang ceria terang benderang ini. Falsafah, siap awal cepatlah pasang badan menunggu kehadiran kunjungan rakan taulan dalam 11:00 pagi nantinya.
'Hoit, ... konek keling jatuh.' tetiba terpacul kuat suara wanita senior kalangan kerabat Abang Markam bin Parto dan Kak Marliah binti Majid sambil kepala paip yang boleh ditanggal pasang terdenting jatuh ke dalam longkang. Hendak marahpun tidak boleh, terkejut adalah. Almaklumlah sudah veteran. Mana yang jenis tak kisah, terbahak ketawanya pada yang mengenalinya. Manakala yang tidak biasa tersenyum senyum memikir membayangkan bagaimanakah keadaan 'budak' tu jatuh. Melatah ini adalah fenomena yang kedapatan dalam masyarakat. Dahulunya masa aku bebudak dalam tahun 70an, ramailah yang punyai kecenderungan melatah.Pantang dicucuk, pantang disergah meleret leretlah latahnya. Berbagai aksi dan sebutan dibawah arus sedar, akan mereka laku serta lafazkan. Rata- ratanya ketika itu golongan orang lama yang berkelakuan sedemikian adalah makcik-makcik kelahiran 20an dan 30an. Tapi kini, yang peliknya anak-anak darapun turut tidak terlepas terjangkitkan. Buruk sungguh perangai yang macam dibuat-buat. Nampak clumsy pun ada. Ditempat kerja akupun ada. Anak dara bertubuh gempal. Nur'aein namanya. Pantang terdengarkan bunyi kuat sikit atau sesuatu yang tetiba memecah kesunyian. Macam macam disebutnya, ikut mana yang 'dan'. Yang suka menyakatnya, bila dia melangkah masuk ke admin office, sekadar menepuk meja sahaja maka spontanlah dia menyebutkan, 'Assalamualaikum, apa khabarmu disana...' terpaku tercegat sambil mengangguk-anggukkan kepala. Kalau terover sangat tu, kekadang berulang-ulanglah menyebut sambil mengangguk dan akan berhenti bila seseorang menepuk bahunya. Rakan sekerja yang turut berada memerhatikan gelagatnya couldn't help much but turut sama tergelak. Terhibur cara begini tidak berapa elok sebenarnya. Ketawakan orang sesaja sebegini mungkin akan mengaibkannya. Dia yang tertakdirkan berkelakuan demikianpun bukanlah diminta tapi seperti telah tersedia ada built-in. Apa yang aku musykilkan, lebih ramai kini pula anak-anak dara yang melatah. Youtube video banyak menyiarkan kalangan remaja perempuan melatah. Ada yang dipenglihatan nampak meyakinkan tapi banyak juga seperti dibuat-buat. Entahlah mana yang betul, mana yang tidak.
Sekitar 11:00 pagi, sepertimana majlis kahwin yang awal aku hadiri akan dibacakanlah doa oleh imam dan diaminkan pula oleh mereka yang hadir. Andai imam tidak berkesempatan, uztazlah yang akan ambilalih untuk lead bacaan doa. Selesai berdoa, mana yang hendak makan dahulu atau mungkin ada jemputan lain yang bertembung terus mengambil makanan yang telah tersediakan. Aku pula membiarkan sesama jiran yang hendak makan dahulu can do so. Aku sekadar melihat sahaja dahulu. Kiosk 'kambing golek' yang ditaja oleh adik pengantin dengan kos RM3000, baru hendak set-up sebaik 'doa selamat' dibacakan. Berhajat juga hendak merasainya sebab itulah suruh si Yasser makan dahulu. Pilihannya tentulah ayam sambal, sampai dua ketol dia rembatnya. Anak abang Markam, si Muhaimin dan alongnya si Mazlan menegur menyuruh makan, 'Pakcik... jemput makan chik.' Aku pantas meningkahnya menyatakan, 'Tak pa... orang dekat, biar orang jauh makan dulu. Tunggu kambing golek', sambil telunjuk menghalakan kearah kiosk yang sedang dipasang. Bukannya jauhpun. Sekadar 5 meter berjarak dari meja dikhemah yang aku sedang duduk dan memerhatikan bebudak menyiapkan kambing golek. Surprise melihatkan bilamana siap sedia untuk dihidangkan, sudah berbaris jemputan beratur. Perrgh... hebat sambutan. Kelihatan memang pro pembuatannya. Special tray kertas didatangkan siap ada topping lagi. 'Payah bertunggu, baik makan nasi sahajalah.' Terus menonong menceduk nasi putih berkuahkan kari daging. Tambah lagi dengan kuah lemak nenas dan ambil 2 kerat kecil ikan kering gelama beserta sesudu sambal belacan. Nah kau, laju sahaja aku menyodok. Selera begitu. Sedang enak makan dengan anak nombor 4, si Yusree, ada pula jemputan yang hadir keseorangan joint makan dimeja. Untuk hendak nampakkan mesra, aku cadangkanlah dia mengambil mencuba rasai kambing golek. Dia sekadar berkata cukuplah pasal banyak rumah lagi hendak diperginya.
Selesai makan, yang sebelumnya sendiri ceduk nasi sendiri pilih lauk maka bangunlah aku mengangkat sendiri bekas pinggan dan gelas plastik ke tempat bebudak mencuci pinggan. Ramai kaum bapak sebaya sejiran sedang bersidai ditepi khemah berbual santai. Sekadar meramaikan majlis dengan menebengkan muka melihat memantau. Anak-anak jiran yang remaja sudah cukup ramai mengangkat membantu apa yang patut. Kaum bapa bolehlah relaxs bersillaturrahim sesama. Bukan senang hendak berkumpul bertanya khabar kalau tiada event seperti ini. Untuk tidak nampak ketara sangat, aku cecepatlah ke kiosk 10 Briged, kenalan sejawat Abang Markam masa dalam askarnya dahulu, yang diwar-warkan oleh deejay aku cuba rasa semangkuk cendolnya. Menatanglah aku ketempat jejiran berbual untuk bersalaman. Syukur namanya, jiran belakang rumah bangun sambil menyuruh aku, 'Abang duduk sini...'. Ucapkan terimakasih padanya sambil meneruskan bualan. Beliau ini pegawai BIMB, usia pertengahan 30an berasal dari Muar. Mungkin rapat sangat dengan aku serta orang rumahnya berkawan rapat juga dengan orang rumah, rancaklah bertanya. Kekadang aku sesaja create isu untuk perdebatkan bersama. Berkisar dari peluang kerja dan dilanjutkan lagi dengan pemilikan rumah yang tidak terjangkaukan oleh bebudak yang baru habis belajar. Dia cekap juga membaca situasi semasa sambil berbual-bual ni. Dia segera bangun mendapatkan bekas cawan dan pinggan yang telah dilonggokkan kendarat ditepi khemas didalam tray khas lalu dibawanya ketempat basuh pinggan. Aku sekadar memerhatinya sahaja memandangkan 2 wakil aku, Yusree dan Yaseer, tergantung melingkari leher masing-masing akan 'good morning' towel sedang beraksi bertugas.
Tetiba ada pula seorang insan yang tidak pernah terlihatkan sebelum ini duduk bersebelahan yang mana kerusi dikosongkan oleh jiran aku yang bangun menolong tadi. Kerusi itu adalah huluran si Muhaimin yang terpandangkan Pakcik Syukur berdiri berbual dengan aku yang sebelumnya duduk sebaris dengan jenjiran lainnya. Selepas bersalaman berjabat tangan, macam-macam ceritalah aku borak dengannya. Dia banyak mencungkil dari berbual santai. Aku maklumkan yang kami ramai-ramai ini adalah jiran berdekatan memeriahkan majlis perkahwinan anaknya buat kali kedua setahun berselang. Terlanjur dia telah 'menjual', akupun bertanyalah kembali. Dia maklumkan yang dirinya adalah abang ipar bapa pengantin. Asalnya orang Bukit Jinjing dan menetap kini di Paya Redan. Aku iakanlah statementnya itu sambil mengagakkan yang Paya Redan tu tanah bini dia. Berbual-bual kosonglah menemankannya. Mungkin juga bininya ada didalam rumah menolong membantu mana yang perlu. Dalam pada berborak tu, terkena juga aku peluru sesat bilamana dia bertanyakan samada aku sudahkah bermenantu. Tentulah jawabku 'belum' sambil memaklumkan yang tua, lelaki 21 tahun yang mana baru habis belajar dan baru Februari lalu mula bekerja cari duit. Jawapan balasnyalah yang amat memedihkan hati. Katanya memaklumkan dan tidak terniatkan berbangga dan mungkin cuma diri ini sahaja yang bersangka begitu, cucunya sudah 20. Anak 9 orang, semuanya sudah berkahwin. Umurnya baru 66 tahun setelah aku tanyainya selepas aku maklumkannya yang abang long aku kelahiran 1946, bererti sudahpun 70 tahun usianya.
Sedang rancak berbual dengannya bercerita pasal sambutan majlis kahwin tahun 70an yang dirasakan lebih mewah dan meriah dengan semangat gotong royong yang terpamirkan, kami dikejutkan dengan kehadiran Pak Ali, mantan Ketua Menteri Melaka yang kini dijawat oleh si 'mata kero' bak kata kakak tunggal aku, Idris Harun, Adun Tangga Batu. Tetiba dia telah berdiri didepan kami. Sanggup dia melangkahi longkang semata-mata hendak berjabat tangan. Spontan jugalah aku bangun menghulurkan tangan mendahului ipar abang markam walhal Pak Ali terlebih dahulu mengarahkan pandangan dan huluran tangannya kepadanya dahulu. Eeeh eeh, bukankah aku lebih muda darinya dan pantas sikitlah refleksi aku darinya. Tak berkesempatanlah hendak bergambar bersamanya bagi mengabadikan moment tersebut. Terlepaslah peluang untuk bergandingan bergambar bersama dengannya. Komen selari aku kemudiannya bersama ipar Markam ni, mungkin dia hendak 'repeat' bertanding di DUN Bukit Baru, sambil kami tergelak kecil sesama. Agaknya terpandangkan orang rumahnya atau ingin berbual bermesra dengan ipar duainya yang lain, diapun bertanyalah nama aku seraya memaklumkan akan namanya sendiri. Bersalamanlah kami sekali lagi sambil dia bangun dan melangkah pergi diketika hampir ke 1:00 petang.
Kerusi yang dikosongkan oleh Mohd. Ali, ipar abang Markam, telah diduduki semula oleh encik jiran, Syukur. Sambung bercerita lagi setelah dilihatnya keadaan sedikit reda diketika menghampiri waktu Zohor. Deejay telah berhenti seketika menunggui azan dari Raudahtu Jannah. Sebaik selesai sahaja azan, aku maklumkan terpaksa hadiri majlis lain di Bachang lepas sembahyang nanti. Bergegaslah aku mendapatkan abang Markam menghulur sumbangan termampu aku meninggalkan majlisnya. Sempat lagi si Syukur menegur, orang rumah ikut ke. Aku balasinya dengan berkata, 'tidaklah... biar dia menolong kat sini.'. 'Member sekolah dan kalau sudah berjumpa long lost friend nanti nak sembang ke nak mengeteh ke boleh le lama sikit' aku perjelaskan padanya. Namun apa yang diucapkan dan dirancangkan dan lebih lebih lagi telah diwar-warkan, adakalanya tidak terlaksanakan. Sebaik bersembahyang, lepak sebentar di kerusi malas dibilik. Tup-tup tersedar sudah pukul 3:30 petang. Terkebil-kebil mata menatap jam loceng dimeja. Nampak gayanya batal sahajalah niat hendak ke Bachang. Sekadar ikutinya di whatsapp grup akan kemeriahan dan posting gambar rakan sekolah yang menghadirinya. Mamai bangun dan terus sambung berbaring dikatil pula.
Menyampaikan waktu asar, aku dikejutkan dan terkejut dengan suasana bising serta riuh dibelakang rumah. Lorong sebaris yang riuh sejak jumaat dengan aktiviti masak memasak berubah kepada keriuhan orang terjerit-jerit sambil bekejaran dengan terdengarkan bunyi simbahan air. Terpisat-pisatlah aku bangkit menjengah dari tingkap bilik. Rupa-rupanya mereka tengah main simbah simbah air sambil berkemas. Tradisi ini janggal terlihatkan kini. Tapi bagi keluarga Abang Markam dengan Kakak Marliah secara tidak langsung cuba mempertahankannya. Masa setahun yang lalu juga ketika majlis si Azie, aktiviti main air dilakukan dikalangan sanak saudara mereka juga. Jiran-jiran mereka tidak kacau. Siap arang disapukan ke muka. Dan yang muka berarang berkejarlah membawa air untuk menyimbah orang yang buat angkara dikalangan kerabat. Maka berbalas-balaslah. Seronok memang seronok melihatnya. Mungkin inilah masa dan caranya mengekspresi tamatnya gotong royong kenduri kahwin. Nampak macam janggal dipenglihatan tapi ianya sesuatu yang normal terlihatkan ketika aku masih bebudak lagi. Moment sedemikian telah aku rasai dan tergambar jelas suasana dimasa itu. Seronok masa zaman 70an aku itu.
Dahulupun sekitar 70an, lebih hebat lagi. Bukan sekadar dikalangan kerabat malah jiran sekampung juga turut terlibat sama. Siapa siapa yang ada menolong bekemas semuanya tidak terkecuali. Target utama adalah pengantin. Target seterusnya pastilah bapak dan emak pengantin. Biasanya yang memulakan adalah bapa saudara yakni pak busunya ke, pak langnya ke, mungkin juga pak ngah mereka atau hendak main gila mungkin juga pak long mereka. Bila seseorang yang direspek telah memulakan maka inilah peluang terbaik untuk mengenakan balik. Mesti sporting dan tidak mungkin akan dimarahi. Maka bermulalah dan hampir serentak mulainya dan pantang tidak berbalas. Tentulah habis dilumurkan arang dimuka. In fact, tidak seorangpun yang terlepas. Semua mesti basah.
Begitupun, masa yang berlalu hanyalah kenangan. Tapi perbualan singkat bersama pegawai bank, En. Syukur, jiran belakang rumah amat merisaukan kami akan kemampuan anak-anak. Kehidupan sebenar mereka akan hanya baru bermula dengan termaktubnya akad nikah perkahwinan. Segala bagai cabaran kehidupan harus ditempuhi bersama. Ibu dan bapa sekadar membantu mana yang termampu. Semua orang ada masalahnya yang tersendiri. Perbelanjaan yang senantiasa naik dan adakalanya mendadak perlu ditangani sebaik mungkin. Gagal mengemudi layar akan mengakibatkan haluan bertukar arah, terbalik dan mungkin juga karam terus bahtera yang dilayari bersama.
Selamat Pengantin Baru 'Hafiz & Manisah'. Jangan pula gelojoh menikmati kemanisan berumahtangga. Pelan pelan ok.
Harapan kami agar semoga segalanya dipermudahkanNya.
انء شاء الله
'Bukanlah namanya lelaki kalau tak nampak perempuan cantik.' opening remarks oleh ketua chef yang baru sampai bersama daging untuk kenduri rumah jiran mengamatkan lagi suasana. Kaum ibu yang hadir sejak 6:30 pagi memegang kerja ketawa berderai semuanya. Menurut orang rumah, Kak Marliah berpesan agar awal datangnya untuk membantu menyediakan special dish orang jawa. Ini adalah dish yang tidak dapat tidak, kemestian dalam majlis kahwin masyarakat jawa. Pasangan jiran belakang rumah aku ini adalah orang jawa. Fanatik sungguh dan amat berbangga akan asal keturunannya. Ini majlis kali keduanya. Setahun dahulu, menu sajian adalah serupa seperti yang disediakan pagi ini.
Sekitar 11:00 pagi, sepertimana majlis kahwin yang awal aku hadiri akan dibacakanlah doa oleh imam dan diaminkan pula oleh mereka yang hadir. Andai imam tidak berkesempatan, uztazlah yang akan ambilalih untuk lead bacaan doa. Selesai berdoa, mana yang hendak makan dahulu atau mungkin ada jemputan lain yang bertembung terus mengambil makanan yang telah tersediakan. Aku pula membiarkan sesama jiran yang hendak makan dahulu can do so. Aku sekadar melihat sahaja dahulu. Kiosk 'kambing golek' yang ditaja oleh adik pengantin dengan kos RM3000, baru hendak set-up sebaik 'doa selamat' dibacakan. Berhajat juga hendak merasainya sebab itulah suruh si Yasser makan dahulu. Pilihannya tentulah ayam sambal, sampai dua ketol dia rembatnya. Anak abang Markam, si Muhaimin dan alongnya si Mazlan menegur menyuruh makan, 'Pakcik... jemput makan chik.' Aku pantas meningkahnya menyatakan, 'Tak pa... orang dekat, biar orang jauh makan dulu. Tunggu kambing golek', sambil telunjuk menghalakan kearah kiosk yang sedang dipasang. Bukannya jauhpun. Sekadar 5 meter berjarak dari meja dikhemah yang aku sedang duduk dan memerhatikan bebudak menyiapkan kambing golek. Surprise melihatkan bilamana siap sedia untuk dihidangkan, sudah berbaris jemputan beratur. Perrgh... hebat sambutan. Kelihatan memang pro pembuatannya. Special tray kertas didatangkan siap ada topping lagi. 'Payah bertunggu, baik makan nasi sahajalah.' Terus menonong menceduk nasi putih berkuahkan kari daging. Tambah lagi dengan kuah lemak nenas dan ambil 2 kerat kecil ikan kering gelama beserta sesudu sambal belacan. Nah kau, laju sahaja aku menyodok. Selera begitu. Sedang enak makan dengan anak nombor 4, si Yusree, ada pula jemputan yang hadir keseorangan joint makan dimeja. Untuk hendak nampakkan mesra, aku cadangkanlah dia mengambil mencuba rasai kambing golek. Dia sekadar berkata cukuplah pasal banyak rumah lagi hendak diperginya.
Selesai makan, yang sebelumnya sendiri ceduk nasi sendiri pilih lauk maka bangunlah aku mengangkat sendiri bekas pinggan dan gelas plastik ke tempat bebudak mencuci pinggan. Ramai kaum bapak sebaya sejiran sedang bersidai ditepi khemah berbual santai. Sekadar meramaikan majlis dengan menebengkan muka melihat memantau. Anak-anak jiran yang remaja sudah cukup ramai mengangkat membantu apa yang patut. Kaum bapa bolehlah relaxs bersillaturrahim sesama. Bukan senang hendak berkumpul bertanya khabar kalau tiada event seperti ini. Untuk tidak nampak ketara sangat, aku cecepatlah ke kiosk 10 Briged, kenalan sejawat Abang Markam masa dalam askarnya dahulu, yang diwar-warkan oleh deejay aku cuba rasa semangkuk cendolnya. Menatanglah aku ketempat jejiran berbual untuk bersalaman. Syukur namanya, jiran belakang rumah bangun sambil menyuruh aku, 'Abang duduk sini...'. Ucapkan terimakasih padanya sambil meneruskan bualan. Beliau ini pegawai BIMB, usia pertengahan 30an berasal dari Muar. Mungkin rapat sangat dengan aku serta orang rumahnya berkawan rapat juga dengan orang rumah, rancaklah bertanya. Kekadang aku sesaja create isu untuk perdebatkan bersama. Berkisar dari peluang kerja dan dilanjutkan lagi dengan pemilikan rumah yang tidak terjangkaukan oleh bebudak yang baru habis belajar. Dia cekap juga membaca situasi semasa sambil berbual-bual ni. Dia segera bangun mendapatkan bekas cawan dan pinggan yang telah dilonggokkan kendarat ditepi khemas didalam tray khas lalu dibawanya ketempat basuh pinggan. Aku sekadar memerhatinya sahaja memandangkan 2 wakil aku, Yusree dan Yaseer, tergantung melingkari leher masing-masing akan 'good morning' towel sedang beraksi bertugas.
No comments:
Post a Comment