04 JULY 2016, 23:29
Hari ini aku mula bercuti raya. 5 days straight. Option 'A' bersempena raya diarahkan bercuti dahulu. Tahun lalu aku bertugas. Biasalah selang setahun sehinggalah tidak berdaya untuk bekerja. Sejak awal permulaan puasa lagi telah dapat aku rasakan keperitan meniti dari sehari ke sehari. Malah awal June lagi bahangnya telah semakin dirasai. Apapun sejak April lagi kesukaran mengharungi kehidupan telah mula terasa walaupun tidak begitu ketara. Petanda awalnya ialah segala hutang bagai yang terpaksa dibuat harus dilunasi bila tiba masanya. Pola kewangan aku setiap gaji keluar, tidak lengah lagi aku membahagikan kepada 'peminjam' yang sudi menghulurkan bantuan. Biarpun begitu, tidak mudah sebenarnya memastikan tiadanya tertunggak lebih-lebih lagi bila menghadapi situasi yang tidak terjangkakan. Membayar hutang dengan terus terusan meminjam bukanlah suatu pendekatan yang baik tapi itu sahajalah yang mampu aku fikirkan seketika itu. Berjimat berbelanja serta mengelak dari membeli sesuatu yang tidak diperlukan amat aku beri perhatian lebih. Maklumlah, tunai ditangan sebelum memasuki bulan berikutnya cepat menyusut dan memang tidak dapat menampung keperluan harian untuk tempoh sebulan. Segala tabung yang aku ada telah aku korek bagi mencukupkan belanja harian. Aku menjangkakan yang mungkin penghujung Disember nanti kalau tiada aral yang melintang dapatlah meredakan sedikit bahang panasnya berhutang ini. RM387.00 personal loan Al-Rajhi dapat disalurkan ke tempat lain pula. Harap dapat mencapainya.
Pagi ini selepas mandi pagi dan mula bercuti, hati ini tidak pula seceria orang lain yang hendak menyambut raya. Aku menghadapi krisis kewangan yang parah. Bagi menjaga 'credit rating' aku, segala hutang piutang terutamanya yang melibatkan kad kredit telah dan harus dijelaskan on-time. Tertunggak bermaksud rela membayar penalty. Tunai boleh belanja yang aku ada hanya RM150.00. Baju raya budak dan persediaan raya lainnya belum dibeli. Jika sanggup berhutang, bermakna hutang kad kredit akan terus meningkat. Ini aku cuba mengelak. Dilemma yang aku hadapi ini mungkin mengambil masa yang agak panjang untuk memulihkan keadaan. Samada aku mampu bertahan atau tidak, terpaksa jua aku redah. Apa nak jadi, jadilah. Tak orang tak kita. Masing-masing ada sesuatu yang pasti merunsingkan fikiran. Bukannya hendak mengata tapi hakikatnya tidak seorangpun yang sunyi dari masalah. Cumanya berat ringan, lama singkat atau serius tidaknya persoalan yang masing-masing hadapi amat bergantung pula kepada rentetan tindakan yang diperbuat sebelumnya. Cepat sedar cepat faham serta pantas dan tangkas mengemudi perjalanan kehidupan mungkin akan memudahkan kehidupan diakhirnya.
Selepas mandi dan berpakaian seolah-olah hendak keluar rumah tapi lama jugalah duduk termenong di kerusi 'malas' dibilik. Kemudian on-kan desktop tapi tiada tujuan khusus. Hendak menulis sesuatu di-blog tidak pula, membaca blog terkini yang di-post-kan dari bloggerpun tidak juga. Klik pula pada akhbar utusan tapi sekadar membukanya dan terus off-kan. Fikiran tengah kerungsingan tidak memungkinkan aku fokus. Hujung-hujung aku berbaringan. Bila mula terasa bahang panasnya mentari pagi walaupun kipas berdiri berkelajuan sederhana terpasang sejak paginya dan tidak berdaya mengatasi, aku bingkas bangun. Meleju sahaja menuruni tangga, capai kunci kereta dan terus membuka pagar. Orang rumah menegur hendak kemana. Aku cuma ringkas sahaja jawab, 'hendak keluar sekejap...'. Mungkin dia sedar yang aku ada masalah dan cuma membiarkan aku masuk kekereta tanpa bertanya lanjut.
Sesampai diiring padang, siaran radio SinarFM memaklumkan yang Dahlan Zainuddin telah dimasukkan ke Hospital. Kapsul berita pagi menyatakan beliau diserang 'angin ahmar'. Tetiba juga aku terbayangkan wajah Dell ditahun 80an dahulu dan bagaimana kisah cintanya dengan lovely-nya si Effa Rizan. URTV yang top ketika itu memaparkan serta ada dilampirkan pin-up poster gambar mereka berposing hangat bercinta. Hendak recall lebih-lebih ketika sedang memandu takut kelain jadinya. Tidak mengapa, aku akan meng-goggle-nya bila balik kerumah nanti. Arah yang hendak dituju tidak lainlah kalau bukan ke Alai. Kerap sepanjang Ramadhan ini bila berziarah, kakak tunggal aku ini tiada dirumah. Sering sangat ketiadaan dirumah. Kali ini aku bernasib baik. Pintu dapur ternganga luas. Kedengaran bunyi mesin rumput melaung-laung dari arah belakang rumah. Menurut kakak, perantau Pakistan yang menyewa di rumah sewa kepunyaan Kasim Kastam diserah tugas memotong rumput. Sebaik duduk, melurut sahaja dia maklumkan hal yang menimpa abang Razak pada 20/6 dan sehinggalah ditahan wad selama 3 hari.
Rujuk - dahlan-angin-ahmar tentang kisahnya bergelut dengan penyakit yang tiada sesiapapun menginginkan. Penjagaan kesihatan walau sebaik mana sekalipun pastinya tidak mampu mengatasi ketentuan dariNya. Lain orang, lain permasalahannya. Ada yang diuji dengan kekayaan. Ada juga dengan kesempitan kewangan dan yang lebih mengejutkan adalah yang melibatkan kesihatan yang kesannya lebih cepat merubah pola kehidupan. Kebergantungan kepada orang lain lebih mendesak. Kalaulah tiada ahli keluarga yang membantu dan hidup pula sebatang kara mungkin lebih pilu lagi.
Ingatkan aku sahaja menghadapi kesulitan tapi ada insan lain yang lebih derita dan bergelut dengan kehidupan. Mendengari sendiri permasalahan dari orang yang menghadapinya yang melibatkan kesihatan yang mungkin boleh membawa maut amat mengharukan. Bernasib baik adalah penyimpul kesahnya. Menurut kata abang Razak @ the only abang ipar aku, mungkin Dia sayangkan aku lagi. Pertama kali insiden berlaku pada dirinya dan pastinya suatu amaran untuknya agar lebih teliti dalam bab penjagaan kesihatan. Tatkala usia sudahpun melepasi 60 tahun(kelahiran 1954 dan cuma setahun sahaja lebih tua dari kakak aku) dan ditambahi pula dengan mengidap kencing manis walaupun belum sampai keperingkat serius tapi harus terus bekerja selagi terdaya. Ubat tak tinggal dan ada ketikanya dulu terpaksa disuntik 'insulin' bagi mengawal kandungan 'gula' dalam badan. Bekerja pula sebagai pemandu lori disyarikat pengedar barangan keperluan menuntut banyak masa diatas jalan. Menurunkan barangan bersama kelindan dari atas lori kekedai-kedai yang membuat pesanan adalah sebahagian lagi tugasnya disamping menyerahkan DO or delivery order kepada tuanpunya kedai yang disinggahi. Kedai-kedai runcit sekitar Muar, Segamat dan kekadang sehingga ke Batu Pahat harus digagahi jua. Walaupun sudah bertahun melakukan pekerjaan ini, faktor usia dan kudrat yang tersisa amat membatasi keupayaan. Mencari rezeki adalah tanggungjawab ketua keluarga. Perit jerih yang ditanggung sukar dimengertikan oleh orang lain. Sebagai adik ipar, hanya simpati dan mana yang mampu ditolongi akan aku cuba menolong meringankan beban.
Dalam sesi perbualan dengannya, sejak dari Muar lagi keadaan dirinya tidak stabil. Perjalanan balik ke Melaka petang Isnin 20 June adalah episode ngeri baginya. Kelindannya yang berwargakan Indon terjerit-jerit menyuruhnya berhenti setelah dia memandu lori 5 tonne yang kosong ketengah ketepi. Kekadang memasuki laluan bertentangan dan kekadang mereban dibahu jalan. Dia seolah-olah lupa, mind kosong, mata tidak berapa hendak nampak serta kaki pula kebas-kebas sampaikan pijak brekpun tidak terasa. Ketika dia berhenti bercakap seketika, aku cepat-cepat mencelah. Nasib baik tidak terlanggar orang ke, kereta ke... maklumlah time orang hendak berbuka... kereta kurang atas jalan masa tu. Respond dia selepas aku habis mencelah, 'Itulah... Uda, Dia masih sayangkan aku lagi.
Diketika abang Razak bergelut dijalanan, kakak aku pula diwaktu yang sama berada didapur menunggu kepulangannya. Juadah berbuka telah tersedia dimeja. Risaunya tidak tertahan lagi. Disuruhnya Tiqah menalipon ayahnya. Panggilan berjawab tapi cara jawabnya berlainan dari biasa. Melewe dan merapu cakapnya. Dibesarkan volume speaker smartphone untuk ibunya mendengarinya. Segeralah mereka berdua bermotor ke jalan memerhatikan kelibat lori yang dipandu ayahnya. Tidak dimaklumkan dimana dia berada kini. Lokasi dia memberhentikan lori ditepi jalan tidak diketahui. Kampung yang kerap dilalui tidak tahu namanya. Macam total loss. Instinct seorang isteri mengarahkan Tiqah bergerak kekiri bila terpandangkan sebuah lori terdampar berdekatan kedai makan dikejauhan. Tajam lagi penglihatan kakak aku ini. Sebaik mendekati, terlihatlah abang Razak ini tengah mamai. Tidak sedarkan diri, badan terasa sejuk dan tidak bermaya hendak bergerak malah terpaku di bangku pemanduan. Kelindan lori tiada ditempatnya. Seketika kemudian dia membawa sebungkus air sirap buat abang Razak meminumnya dari kedai makan Miqdam(specialised in seafood dan masakan thainya). Kakak aku pula terpaksa bertindak pantas dengan menyuruh Tiqah bawakan kereta untuk segera mendapatkan rawatan. Beberapa orang yang sedang berbuka diminta bantuan menurunkan abang Razak yang tidak berdaya dari lori ke kereta. Bergegaslah ke klinik di Semabok mendapatkan rawatan. Doktor diklinik swasta tu pula setelah memeriksa mengarahkan agar segera ke hospital. Maklumat awal, kandungan gula dalam badannya telah melorot turun tinggal '2' point saja. Amat kritikal dan jangan dilengahkan lagi untuk ke hospital.
'Apa sakitnya', eagerku bertanyakan kakak bila aku mencelah. 'Dik... ayah kena apa dik... ibu tak paham.' Tiqah yang diam disebelah memberitahu yang ayahnya mengalami hypo atau kandungan gula dalam badan sangat rendah. Komen kakak aku lagi, bulan bulan puasa ni dia banyak minum air masak sahaja. Air manis-manis dikuranginya meminum. Kerja berat dan banyak guna tenaga tapi air manis kurang, itulah puncanya kena hipo-hipo ni. Payah juga macam ini. Lebih sangat gulapun sudah tentu tidak boleh, kurang terlampau pula lagi mudarat. Tindakbalasnya lagi cepat. Kelam kabut dibuatnya. Peristiwa yang pertama kali terjadinya haruslah diberi perhatian agar tidak berulang lagi. Kesan mudaratnya lebih cepat terjadi berbanding bila kandungan gula berlebihan dibadan.
Rujuklah mengenai - Hypoglycemia - dan fahamilah caranya boleh terjadi dan bagaimana pula untuk mencegahnya.
Kita senantiasa merasakan kesulitan yang dialami adalah berat dan tidak tertanggungkan. Tiada masalah yang lebih hebat dari yang dialami diri sendiri berbanding orang lain sehinggalah kita tersedar akan adanya insan lain yang lebih derita dari kita. Siapa yang tidak mahu hidupnya senang, ceria sentiasa, bergelak ketawa, punyai banyak wang dan masa serta bebas kemana sahaja. Semua orang menginginkan tapi hanya segelintir sahajalah yang merasainya. Hukum alam dan ketentuanNya tidak siapa mampu menduga. Terima seadanya dan teruskan perjalanan menuju akhir. Menyesali serta merintih sedih bukanlah tidak boleh kerana sememangnya sifat semulajadi manusia yang normal punyai perasaan sedemikian. Normal jugalah untuk kita memperlihatkan potensi diri yang selama ini terpendam dan tidak digunapakai semaksimum mungkin. Sifat positif yang jarang ditunjukkan misalnya berusaha gigih, istiqamah, kreatif dan banyak lagi pastinya mampu melonjakkan diri menjadi lebih baik dari semalam dan sebelum sebelumnya.
Apapun, hidup ini adalah ujian. Bersediakah kita menghadapinya. Kalau tidak sekarang mungkin esok malah bila - bila sahaja ianya berkemungkinan. Redha dan bertawakkal sajalah padaNya.
Hari ini aku mula bercuti raya. 5 days straight. Option 'A' bersempena raya diarahkan bercuti dahulu. Tahun lalu aku bertugas. Biasalah selang setahun sehinggalah tidak berdaya untuk bekerja. Sejak awal permulaan puasa lagi telah dapat aku rasakan keperitan meniti dari sehari ke sehari. Malah awal June lagi bahangnya telah semakin dirasai. Apapun sejak April lagi kesukaran mengharungi kehidupan telah mula terasa walaupun tidak begitu ketara. Petanda awalnya ialah segala hutang bagai yang terpaksa dibuat harus dilunasi bila tiba masanya. Pola kewangan aku setiap gaji keluar, tidak lengah lagi aku membahagikan kepada 'peminjam' yang sudi menghulurkan bantuan. Biarpun begitu, tidak mudah sebenarnya memastikan tiadanya tertunggak lebih-lebih lagi bila menghadapi situasi yang tidak terjangkakan. Membayar hutang dengan terus terusan meminjam bukanlah suatu pendekatan yang baik tapi itu sahajalah yang mampu aku fikirkan seketika itu. Berjimat berbelanja serta mengelak dari membeli sesuatu yang tidak diperlukan amat aku beri perhatian lebih. Maklumlah, tunai ditangan sebelum memasuki bulan berikutnya cepat menyusut dan memang tidak dapat menampung keperluan harian untuk tempoh sebulan. Segala tabung yang aku ada telah aku korek bagi mencukupkan belanja harian. Aku menjangkakan yang mungkin penghujung Disember nanti kalau tiada aral yang melintang dapatlah meredakan sedikit bahang panasnya berhutang ini. RM387.00 personal loan Al-Rajhi dapat disalurkan ke tempat lain pula. Harap dapat mencapainya.
Rujuk - dahlan-angin-ahmar tentang kisahnya bergelut dengan penyakit yang tiada sesiapapun menginginkan. Penjagaan kesihatan walau sebaik mana sekalipun pastinya tidak mampu mengatasi ketentuan dariNya. Lain orang, lain permasalahannya. Ada yang diuji dengan kekayaan. Ada juga dengan kesempitan kewangan dan yang lebih mengejutkan adalah yang melibatkan kesihatan yang kesannya lebih cepat merubah pola kehidupan. Kebergantungan kepada orang lain lebih mendesak. Kalaulah tiada ahli keluarga yang membantu dan hidup pula sebatang kara mungkin lebih pilu lagi.
Dalam sesi perbualan dengannya, sejak dari Muar lagi keadaan dirinya tidak stabil. Perjalanan balik ke Melaka petang Isnin 20 June adalah episode ngeri baginya. Kelindannya yang berwargakan Indon terjerit-jerit menyuruhnya berhenti setelah dia memandu lori 5 tonne yang kosong ketengah ketepi. Kekadang memasuki laluan bertentangan dan kekadang mereban dibahu jalan. Dia seolah-olah lupa, mind kosong, mata tidak berapa hendak nampak serta kaki pula kebas-kebas sampaikan pijak brekpun tidak terasa. Ketika dia berhenti bercakap seketika, aku cepat-cepat mencelah. Nasib baik tidak terlanggar orang ke, kereta ke... maklumlah time orang hendak berbuka... kereta kurang atas jalan masa tu. Respond dia selepas aku habis mencelah, 'Itulah... Uda, Dia masih sayangkan aku lagi.
Rujuklah mengenai - Hypoglycemia - dan fahamilah caranya boleh terjadi dan bagaimana pula untuk mencegahnya.
No comments:
Post a Comment