06 JULY 2016, 00:11
Tepat sekali. Memangpun hari raya adalah hari mulia. Mengikut perkiraan aku, walaupun telah berusia 52 tahun, keberadaan aku di hari lebaran ini telah lebih dari 52 kali jika mengikut kalender Masehi. Menyelusuri ke tarikh awal kelahiran dengan bantuan goggle dan diyakini tepat, sambutan hari raya pertamaku adalah pada 15 February 1964 iaitu kurang lebih ketika aku baru berusia 14 hari. Bermakna sehari sebelum malam permulaan turunnya ayat al-quran atau lebih dikenali sebagai 'nuzul al-quran. 5 ayat pertama dari surah al-alaq @ العلق iaitu ' اقرا ' yang bermaksud 'Bacalah'. Mengikut nahu bahasa arab, ianya adalah امر atau kata perintah. Kata perintah ini ditujukan kepada orang yang menyebutnya iaitu kitalah.
Berkalenderkan hijrah, aku dilahirkan pada 18 Ramadhan 1383H. Kebetulan pada tahun 1964 bagi masyarakat tionghua pula sama sibuk menyambut tahun baru mereka pada 13 February iaitu sehari sebelum umat Islam di Malaysia menyambut Aidil Fitri. Kongsiraya dengan kaum tionghua gamaknya aku ditahun 1964 tu. Tahun ini sudahpun 1437H. Jika dikira jumlah tahunnya, aku telah berada pada hari raya termasuklah hari ini, 06/07/2016 bersamaan 1 Syawal 1437H adalah kali ke 54 mengikut tahun hijrah. Kalau ikutkan tahun Masehi pula aku baru berusia 52 tahun. 52 ke atau 54 ke itu bukan persoalan besar andai kita tahu melihatnya, menilainya serta memperakuinya dari perspektif yang betul.
Pada tahun 2013 penghujung puasa dengan mood raya mula menguasai diri, aku telah menyusun membentuk 'table' akan tarikh permulaan puasa serta raya mengikut tahun masehi berbandingkan dengan tahun hijrah. Usaha pengumpulan data ini sebagai mengingati detik permulaan berpuasa dan tibanya raya yang selama ini aku sambuti sehinggalah kesaat ini. Bermula dari bayi ke kanak-kanak, kemudiannya dizaman persekolahanku ke usia remaja dan terkini sebagai seorang bapa. Mungkin juga kurang dari 5 tahun lagi sebelum menyampaikan tahun 2020 jika diizinNya menyambut puasa dan raya berstatus 'datuk' pula. Penambahbaikkan dilakukan keatas data yang dikumpul dan dikemaskinikan bagi memudahkan pemahaman. Maklumat yang mungkin berguna serta mudah menjawab soalan-soalan trivia yang spontan ditanyai.
Ketika dizaman bebudak dulu bukanlah tidak seronok hendak beraya tapi terpaksa menuruti kehendak emak bila tiba masanya hendak mengacu pakaian baru, takut terbesar atau sempit. Apa yang mengharukan adalah betul-betul didepan kedai make-shift yang berbumbungkan canvas itulah, rela atau tidak, dan didepan pelanggan yang turut sama sibuk membelek membeli dan yang sedang lalulalang, aku disuruh berlenggeng serta lucutkan seluar sebelum mengenakan baju seluar yang dipilih oleh mak. Terpaksa buat selamba je. Tiada membantah apatah lagi ingin memilih sendiri. Ikutkan sahaja apa yang dicakap oleh mak dan bapak masa itu.
Biarpun begitu, suasana raya dizaman kanak-kanak tidak mungkin bersamaan kini. Zaman yang serba serbinya terlalu simple berbanding situasi semasa yang kononnya lebih canggih manggih ini hanya menjadi kenang kenangan sahaja bagi mereka yang pernah alaminya.
Sebelah malamnya selepas habis berbuka untuk hari terakhir berpuasa adalah ketikanya ditunggu-tunggu. Malam sesama bertakbir yang bererti masa bermulanya mengumpul duit raya. Besar jumlahnya yang adakalanya menyampai RM14.00, kira berbaloilah dari selepas isyak membawa ke 2:00 pagi bertakbir bersama-sama dari rumah ke rumah. Pagi raya pula 'standby' menunggu kerabat berkunjung sampailah ketengah hari. Mana yang rapat dan mengenali akan hulur duit raya. Bukanlah macam sekarang ini yang beringgit-ringgit sekali hulur tapi setakat 10 sen ke 20 sen sahaja. Kalau rezeki lebih, masuklah juga 50 sen dan RM1 bagi kerabat yang berkemampuan. Lebih ramai yang datang, peluang mendapat lebih banyak lagi mungkin besar.
Sudahpun namanya bebudak, lepas tengahhari sahaja mulalah gelisah. Semacam rutin pula, perancangan telah dipersetujui untuk beramai ke bandar beraya semasa sessi bertakbir raya. Yang lebih berusia ketika itu menjadi big brother. Memantau pergerakan serta mengawasi keselamatan yang lebih rendah umurnya dan ada yang berdarjah duapun semasa dibandar nanti. Jaminan secara unilateral dan sukarela ini membuatkan semuanya tidak sabar kebandar tanpa ditemani orang tua. Poket tengah lebatlah katakan. Tiada tempat lain yang dituju melainkan ke 'City Park' yang merupakan amusement park yang menempatkan pelbagai mesin permainan. Permainan pinball, tembak-tembak(space invader, poke-mon versi awal), dan lainnya yang perlu dimasukkan syiling sebelum memulakan permainan pastinya melekakan. Game lain yang lebih mahal seperti kereta elektrik bagi budak besar dan juga billiard buat yang dewasa tidak termampu dan tidak sesuai bagi diri aku. Penat bermain dengan mesin beralih pula ke permainan yang memerlukan dua player seperti patung bermain bola yang perlu diputar dan ditarik memang menyeronokkan sehinggakan tidak perasan hari telah menjelang petang dan duitpun hampir kehabisan.
Puluhan tahun telah berlalu. Aku kini pula yang mula menunggu kehadiran anak buah datang kerumah beraya. Begitu cepatnya masa berlalu. Kekadang nama cucu kepunyaan abang-abang aku terlupa kerana jarang bersua. Cucu sendiri belum lagi pasal anak aku belum lagi ada yang berkahwin. Masalah juga nanti jadinya. Dari segi pangkat aku lama sudah bergelar datuk. Anak buah yang paling tua sudahpun berusia 42 tahun dan yang paling muda berumur 4 tahun. Dikelirukan pula dengan cucu yang berbeza umurnya dari awal 20an menurun ke setahun dilahirkan. Memang sukar mengingatkan each and every single name dan menyebutnya dengan tepat. Maafkanlah Pak Uda andai tersilap sebut atau tersilap panggil nama cucu-cucu atok. Di dinihari sebegini, aku mengira pula bilangan anak buah yang telah berkahwin. Disebelah aku, 11 semuanya yang bekeluarga. Di Segamat Johor, di Sepang Selangor, di Shah Alam dan Klang Selangor, di Kota Bahru dan sekitar Melaka pastinya akan menjengah Pak Udanya yang still handsome ini. Begitu jugalah disebelah orang rumah, 3 kak long dari abang dan kakak ipar mula berkeluarga di penghujung tahun 2014 dan berselang seminggu melangsungkan majlis perkahwinan antara mereka mungkin juga akan datang singgah beraya.
Imbauan raya yang masih segar diingatan untuk tahun lalu dan tahun sebelum sebelumnya membuatkan rasa sedih terubatlah juga. Moga dengan kehadiran kerabat dan anak- anak buah yang berkesempatan dan sudi datang berkunjung tahun ini agar lebih bererti.
Bersangka baik dan kekal positif.
Tepat sekali. Memangpun hari raya adalah hari mulia. Mengikut perkiraan aku, walaupun telah berusia 52 tahun, keberadaan aku di hari lebaran ini telah lebih dari 52 kali jika mengikut kalender Masehi. Menyelusuri ke tarikh awal kelahiran dengan bantuan goggle dan diyakini tepat, sambutan hari raya pertamaku adalah pada 15 February 1964 iaitu kurang lebih ketika aku baru berusia 14 hari. Bermakna sehari sebelum malam permulaan turunnya ayat al-quran atau lebih dikenali sebagai 'nuzul al-quran. 5 ayat pertama dari surah al-alaq @ العلق iaitu ' اقرا ' yang bermaksud 'Bacalah'. Mengikut nahu bahasa arab, ianya adalah امر atau kata perintah. Kata perintah ini ditujukan kepada orang yang menyebutnya iaitu kitalah.
Berkalenderkan hijrah, aku dilahirkan pada 18 Ramadhan 1383H. Kebetulan pada tahun 1964 bagi masyarakat tionghua pula sama sibuk menyambut tahun baru mereka pada 13 February iaitu sehari sebelum umat Islam di Malaysia menyambut Aidil Fitri. Kongsiraya dengan kaum tionghua gamaknya aku ditahun 1964 tu. Tahun ini sudahpun 1437H. Jika dikira jumlah tahunnya, aku telah berada pada hari raya termasuklah hari ini, 06/07/2016 bersamaan 1 Syawal 1437H adalah kali ke 54 mengikut tahun hijrah. Kalau ikutkan tahun Masehi pula aku baru berusia 52 tahun. 52 ke atau 54 ke itu bukan persoalan besar andai kita tahu melihatnya, menilainya serta memperakuinya dari perspektif yang betul.
Sudah 54 kali aku beraya, menyampaikan tahun ini |
Cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dan sehingga ke saat ini terlalu banyak berubah. Teringat lagi aku ketika ditahun-tahun 70an bilamana menjelang raya, emak dan bapak akan melelau kami dua beradik iaitu aku dan adik yang berjarak 11 bulan sahaja ke Kampong Jawa. One-stop center bagi golongan marhaen mendapatkan kelengkapan raya. Dari pakaian ke kasut, peralatan dapur ke bahan membuat kuih muih serta cat ke keperluan perhiasan rumah yang semuanya kedapatan within walking distant sahaja. Kesibukan serta kemeriahan suasana dimasa itu jelas terpancar diwajah setiap pengunjung membuat persiapan raya masing-masing. Malah peniaga-peniaga berbangsa tionghua lebih lebar senyuman mereka menjelang setiap kalinya tiba musim raya puasa. Dominasi mereka seakan tidak mungkin dapat dipecahkan ketika itu. Peniaga melayu lebih kepada berjualan songkok dengan ehsan menumpang dikaki lima kedai cina sekitar jalan bunga raya dan dilaluan masuk ke kampong jawa sahaja. Tidak kelihatanpun peniaga melayu yang 'berani' berniaga seperti peniaga cina samada kasut, pakaian, kelengkapan rumah mahupun peralatan elektrik yang siap berkedai kekal disepanjang jalan bunga raya, juga dijalan kee ann yang pendek jaraknya macam jalan chow kit di kl, jalan pasar mahupun dijalan utama merentasi bandar melaka iaitu jalan munshi abdullah.
No comments:
Post a Comment