23 JANUARY 2016, 11:56 AM
Setiap kali hendak mencoretkan sesuatu yang melibatkan bahasa arab, semacam ada perasaan yang menggugat. Berbeza apabila menukilkan tentang hal-hal lain yang melingkungi diri. Tidak perlu berkira, tidak hiraukan susunan ayat demi ayat malah hentam sahaja ikut apa yang terlintas difikiran. Tiada juga dibuatkan draf sebelum menulis. Rasa tidak selesa kerap menusuk diri bila ingin menuliskan sesuatu di-folder 'Aku Dan Bahasa Arab'. Ketidakselesaan inilah yang membuatkan entri dibawah sub-tajuk ini ternyata amat sedikit. Entahlah. Namun dikelapangan masa yang hadir sekarang ini memaksa diri untuk lebih fokus dan bertanggungjawab didalam menukilkan didalam entri kali ini.
Banyak perkara lagi yang harus kita lakukan demi tanggungjawab dan hak keperluan al-quran. Apakah tanggungjawab yang harus disempurnakan dan apakah kita benar-benar tahu dan mengerti sesungguhnya akan hak-hak terhadap al-quran ini. Pernahkah kita terfikirkan yang sembahyang yang kita laksanakan seharian dan sepanjang masa sejak balighnya kita sehinggalah habis hayat nanti dilafaz dan diulang-ulang menggunakan bahasa yang universal. Orang Arab melafazkan bacaan didalam bahasa Arab. Orang Barat samada di Amerika(termasuk Latin) mahupun di Eropah juga harus berbahasa arab. Malah disetiap ceruk dan pelusuk duniapun, bahasa arablah yang harus digunakan didalam solat. Adakah orang Asia pula dibenarkan menggunakan bahasa selain dari bahasa arab, misalnya mandarin ke, tamil ke, tagalog ke atau bahasa ibunda kita iaitu bahasa melayu yang pernah dicuba oleh pemimpin kita yang amat brilliant satu ketika dulu bertukar menjadi bahasa malaysia dengan beralasan sebagai bahasa muhibbah negara kita ini.
Reason kenapa kalimah yang dilafazkan dalam solat perlu didalam bahasa Arab sahaja dan tidak dalam bahasa-bahasa lain yang lebih banyak penuturnya, rasanya tidak perlu dipolemikkan. Komunikasi langsung dengan Junjungan kita, manusia yang dimuliakan dan diangkat sebagai kekasihNya tentulah dengan bahasa yang difahami. Kita pula, umat akhir zaman, apa hak hendak persoal dan pertikaikan. Tiada ruang untuk sangsi malah harus pula patuh sepenuh hati. Sebenarnya Mukjizat yang diterima oleh Muhammad S.A.W. ini amat perlu sebenarnya kita menghayati dan mengaplikasikan didalam kehidupan seharian. Al-Quran yang ada ditangan kita sekarang ini adalah merupakan dailog keatas Nabi besar kita dengan perantaraan Jibrail, tidak sedikitpun berubah dari mula-mula diperturunkan sehinggalah kehari ini. Dari sebanyak 78000 perkataan yang sebahagian besarnya berulang-ulang membentuk 6666 ayat, dihimpunkan pula didalam 114 surah dan diaturkan menjadi 30 juz demi memudahkan orang-orang diakhir zaman mentaati. Rasanya semua orang mampu membacanya andailah itulah yang dimahukan. Amat malanglah buat sesiapa juapun yang waras fikirannya serta selesa kehidupannya tapi masih tidak mampu sekurang-kurangnya memahami apa yang dibacai, jauhlah lagi untuk mendapatkan ikhtibar tentang apa yang disebut berulang dan senantiasa pula. Bagi yang tahu membaca serta lancar sebutan masih juga belum boleh lagilah dikatakan telah lengkap tanggungjawab diri terhadap 'Kitabul-Allah' ini. Betulkah pemahaman akan apa yang dibaca. Sudahkah atau mampukah melaksanakan setiap yang difirmankanNya. Sejauhmana pula keyakinan kita meyampaikan, memaklumkan, menunjukkan dan memperbetuli setiap apa jua yang terpesong dan tersasar jauh dari yang sepatut diperbuat dan diperlakukan oleh masyarakat andai terasa diri sendiri telah melaksanakan serta mengaplikasikan setiap yang diperintahkanNya.
Maka, haruslah seluruhnya kita bergerak cepat lagi pantas membudayakan al-quran pada diri serta mereka yang dilingkungan. Moga usaha yang tidak kenal jemu dan bersungguh sahaja akan menghasilkan sesuatu yang baik dan mungkin juga sesuatu yang tidak terfikirkan akan terhampar didepan kita suatu hari nanti.
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment