Hari ini adalah hari ke-enam(6) berpuasa. Aku bertugas shif pagi. Dibenarkan masuk awal setengah jam sepanjang bulan puasa ini. Maknanya balikpun setengah jam awal juga. Namun aku memilih pulang seperti biasa. Sejak berbuka semalam terasa amat berdenyut-denyut gusi gigi. Tidak banyak makan tapi tidaklah sampai tidak menyelesakan. Mampu berjamaah isyak dan tarawikh. Sesampai ke rumahpun banyak minum air tanpa menjamah juadah lain selain dari mangga yang telah tersedia ber-slice didalam piring sepertimana yang diminta sebelum ke masjid.
Ketika sampai dirumah petang tadi, kepala terasa berat. Memandu pulangpun macam tidak bermaya. Menonong sahaja kebilik, tanggalkan uniform dan berkain gombang dengan singlet gantung. Melabuhkan bontot dikerusi malas serta melunjurkan kaki merehatkan diri. Badan terasa panas macam hendak demam. Tidak selesa dan sekejap sahaja, aku turun menghadap tv pula. Lat beberapa minit kemudiannya, slot selingan akan intisari berita disampaikan. Memeranjatkan. Di-highlight-kan akan seorang budak diusia 4 tahun hancur kesemua jari tangan kiri akibat bermain mercun. Gambarnya dengan tangan berbalut menjadi tontonan umum. Selepas berbuka, minum air teh dan menjamah mee hailam yang disediakan oleh orang rumah, berehat lagi depan tv. Siaran berita Astro Awani 7:45 malam disiar. Kejadian bermain mercun mencederakan seorang budak di Kampong Tanjung Sepat menjadi berita utama. Ditemuramah akan datuk mangsa bagi mengujudkan simpati pada penonton demi memberi nilaitambah kepada kejadian yang berlaku ini. Diperincikan yang kejadian hari ini adalah kes pertama yang dilaporkan setelah memasuki hari ke-enam berpuasa. Berita sebegini cepat benar menjadi sensasi pada mereka yang mungkin pernah alami atau pernah melihat, mahupun sekadar mendengar akan seseorang yang menjadi mangsa. Diusia sebegini muda dan alami kecacatan anggota yang tidak mungkin difikirkan ketika bermain menyebabkan aku mengelengkan kepala kehairanan. Terjaminkah hidupnya yang kini berstatus 'OKU' berbanding orang yang sempurna sifatnya didalam menempuh liku-liku kehidupannya yang baru hendak bermula. Berjaya gagalnya dimasa mendatang bukanlah aku yang tentukan. Terpulanglah pada empunya diri bersikap optimist dan seboleh mungkin dan amat perlu elakkan dari berkeadaan pessimist demi kelangsungan hidup. Berserah semata-mata bukanlah satu option yang salah cumanya perlukan satu plan rancangan yang mantap serta berharap belas dari Rabbu Izzati bagi menyempurna dan moga diperkenankan olehNya.
Tetiba, ingatan aku menerawang jauh dan kembali menyusuri ke tahun hujung 80an ketika diperantauan. Bukan jauhpun, Kuala Lumpur sahaja. Bukan glamour-pun tempatnya. Apapun, Jalan Raja Laut , Chow Kit Road dan sekitar Kampung Baru menjadi saksi keberadaan aku. Selepas beberapa kali ditemuduga berbekalkan Dip. in Marketing(CIM), aku fed-up akan semua sandiwara didepan mata. Hidup-hidup kena tipu. Banyak agency pekerjaan cari makan bersepah. Buka sahaja Malay Mail ketika itu, banyak iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh agency tidak berhati perut ini. Aku memberanikan diri mendaftar di agency di dalam Kompleks Wilayah. Rm20.00 terkena bila seorang staff dia menyediakan surat tawaran temuduga. Cuma taipkan nama didalam surat yang tersedia bercetak. Berdasar position yang dipohon, diapun menalipon rakan konspirasinya di Mayban Finance, Jalan Tuanku. Jaraknya hanya 5 minit sahaja berjalan dari pejabat agencynya. Sesampai sahaja, bukan aku seorang sahaja tapi ramai lagi sudah lagi awal tiba. Salah seorang kakitangan dibangunan itu, mungkin kerani atau menyamar sebagai pegawai yang mengurusi sesi temuduga mempelawa ramai lagi bebudak berdiri tercegat di kaunter perkhidmatan ketingkat 3 bangunan. Kemudiannya, kesemua yang hadir untuk temuduga kononnya diarahkan duduk dibilik yang disediakan. Macam bilik training sahaja. Brother ini yang siap ber-kot mengumpul kesemua surat tawaran yang masing-masing bawa dan dikepilkan pada clipboard yang dibawanya. Tengok pada bebudak lain, macam sama sahaja. Sebabnya sebelum aku sampai ke agency pekerjaan 'cari makan' ini, bebudak yang berselisih ketika dipejabat olok-olok itu, juga berada di Mayban Finance. Lama jugalah menunggu pegawai yang mengurusi ini yang sudah macam cecorot lagaknya. Sekejap-sekejap muncul. Lat beberapa minit kemudiannya hilang. Lama selepas itu menghampiri ke satu jam, pecah berita pula dengan kemunculan semulanya mengarahkan kesemua calon berpindah kebilik sebelah yang lebih besar, mungkin bilangan sudah semakin ramai. Sejak hadir dalam kurang lebih 9:30 pagi lagi dan kini telah menjangkau ketengahhari dengan tiada apa-apa yang berlaku, tanya namapun tidak, beri arahanpun tiada malah mangsa-mangsa ini terkurung dan memandang sesama sendiri. Kelihatan beberapa orang mula melangkah pergi selepas berborak-borak dengan kenalan mereka atau yang baru dikenali ketika itu. Akupun ambil kesempatan berbual-bual dengan salah seorang yang duduk berdekatan. Melihat dari file yang dibawanya, mungkin lebih tinggi kelulusannya. Dia memaklumkan dengan penuh bangga yang dia berkelulusan 'degree in accounting' dari New York, USA. Dalam pada berborak-borak kemudian dari opening remarks tu, jam telah melepasi 12 tengahhari. Tidak semena-mena pegawai yang tidak semengah tadi datang memaklumkan yang sesi temuduga yang sepatut diadakan ditunda ke lain hari. Beliau, seperti membaca skrip dailognya, meminta maaf pada yang hadir dan minta bersurai. Senarai nama, sambil menjulang clipboard ditangannya akan dihubungi kemudian nanti untuk ditetapkan hari lainnya dengan memberi alasan akan pegawai penemuduga terpaksa hadir mesyuarat tergempar pula. Memandangkan sudah dimaklumkan begitu, angkat kaki belahlah. Budak-budak baru habis belajar dan masih hijau lagi ini senang benar kena tipu. Tidak seorangpun yang meluahkan rasa ketidakpuasan hati masing-masing. Mungkin semuanya, sama seperti yang aku alami ini, merasakan kali pertama peristiwa temuduga tetiba dibatalkan. Kemas bertali leher termasuk aku, berpakaian formal iaitu long sleeve, business slack dan mengenakan black shoe dengan lemah dan longlainya bangkit meninggalkan bangunan. Agak-agaknya, mereka yang bersubahat itu berdekah-dekah ketawa menuju ke restoran menikmati hidangan tengahhari dengan menyonglap duit bebudak yang kepingin sekali mendapatkan kerja di bank. Penipuan yang berterusan dari sehari kesehari ini menyebabkan serta memungkinkan begitu banyaknya agency 'bogus' sepertinya diujudkan. Tahun penghujung 80an dahulu ketika lepas grad, berlakunya kemelesetan ekonomi. Peluang kerja terhad tapi macammana dengan bijaknya dan begitu licik sekali, mereka mampu mengaut untung atas angin. Kepelikan yang tidak terfikirkan masa itu bilamana sibuk mencari kerja dan amat berterimakasih pula akan keujudan mereka yang dengan muka manisnya dan tiada sedikitpun punyai rasa bersalah cuba membantu kepada lepasan kolej dan universiti yang tidak mengenali sesiapapun di industri perbankan ini. Pertolongan berbayar ini yang tidak sedikitpun dipertikaikan oleh golongan pencari kerja, benar-benar merupakan lobok 'emas' buat mereka yang tidak bertanggungjawab ini dan ditambahi pula punyai connection dengan mereka yang berada didalam industri perbankan. Peluang buat duit mudah, siapa yang tidak hendak. Mengelapu sahaja tanpa memikirkan buruk baiknya tindakan. Apapun, tidak aku halalkan duit yang diserahkan kat agency yang tidak melaksanakan amanah ini buat selamanya.
Ibarat orang memasang perangkap, bukan satu cara sahaja yang aku lakukan. Dari makluman dan pembacaan, aku ke Jalan Duta yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan mendaftarkan diri dibawah 'skim siswazah menganggur'. Konsepnya hampir sama dengan peranan Jabatan Tenaga Rakyat yang mana menemukan pihak syarikat yang memohon pekerja berkelayakan dengan senarai nama dan kemahiran yang pemohon daftarkan. Cara ini lebih terjamin kerana diurusi oleh pihak kerajaan sendiri. Initiatif sedemikian amat efficient ketika itu didalam matching-kan pemohon berkelayakan dengan bidang kerja yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Memandangkan Kuala Lumpur adalah pusat segala pusat, maka peluang tentunya lebih banyak dan terbuka. Namun suasananya tidaklah seperti sekarang ini. Online sahaja, kita boleh mengetahui segala sesuatu dihujung jari sahaja. Ketika era 80an dulunya, banyaklah surat yang dikirimkan ke alamat rumah Abang Long aku di Shah Alam. Berpandukan bidang kerja yang dipohon, bidang kerja di bank menjadi pioriti aku. Tidak tahu mengapa, mungkin gah dengan kerja dibank dan menjadi kebanggan pada keluarga buat anak mereka yang bekerja dibank walaupun sebagai bank teller sahaja apatah lagi sebagai kerani aje. Ini aku saksikan sendiri akan anak jiran sekampung yang bertugas sebagai teller sahaja. Senantiasa berpakaian kemas, bertali leher dan tentunya berwang, maklumlah kerja bank. Mungkin inilah sebabnya aku beria-ia mencuba. Antara yang menarik minat untuk menghadiri temuduga setelah menerima berbagai surat tawaran yang diurusi oleh pihak kerajaan adalah dari UMBC. Jawatan management trainee yang ditawarkan dan mungkin menarik. Aku hubungi untuk confirmkan kehadiran. Interview kali pertama tiada masalah menjawabnya walaupun menggunakan bahasa inggeris. Seterusnya aku layak pula untuk kali keduanya pula. Semasa menunggu giliran, terpandangkan rakan sama course masa belajar dahulu baru keluar dari bilik interview. Aku meneguri dia dan bertanya khabar. Katanya, diapun dipanggil buat kali kedua dan cuba dapatkan tips dari dia. Tidak sempat berbual panjang, nama aku pula dipanggil masuk oleh staff yang mengurusi sesi temuduga itu. Khabarnya, ketika ditanya, dia terpilih dan berkhidmat di Langkawi,Kedah masa itu. Selepas beberapa tahun diapun meninggalkan bidang ini. Manakala aku ketika melangkah masuk dan menjawab beberapa soalan yang diaju oleh penemuduga, rasanya tiada masalahpun. Cuma diakhir sesi itu, salah seorang dari penemuduga memberi komen yang sampai kini menjadi azimat, kalau boleh dikatakan begitu, atau satu pukulan maut buat aku mengatakan, "Zaini, I think that our retail industry is getting more prominent in the very near future. Your expertise and knowledge can put into practice there." Aku ketika itu sedikit terkejut dengan komen ketua penemuduga mungkin. Namun aku cuba tidak menampilkan kegabrahan. Aku cuba reply sehabis baik dengan mengatakan, "I'm appreciate your concern of it but please consider my interest in the banking business. After all, marketing is applicable in wider scope." Masih cuba menafikan kenyataan yang diterima beberapa ketika selepas dari temuduga itu. Tempelak yang diterima menjadi igauan dari satu sisi dan mungkin juga menjadi kata perangsang di sisi yang lainnya pula. Lama jugalah untuk melupakan peristiwa itu. Apapun setelah memikirkan kewangan yang dimiliki mula berkurangan dan tambahan pula tiada berpekerjaan, aku pohonlah kerja di Hankyu Jaya sebagai sales assistant. Bermulalah aku mengabdikan diri dibidang yang yang dipelajari ketika di ITM dulu. Ingat berkerjaya bila ada kelayakan tapi hakikatnya harus kerja sehingga jaya pula yang terjadi. Memulakan bidang yang dikatakan cuba dimodenkan oleh pm ketika itu, Dr. Mahathir dengan polisi "Pandang ke Timur"nya, aku harungi jugalah apa yang dihadapan dan selagi mampu.
Makin jauh pula imbauan yang datang, nampak gayanya. Tapi inilah perjalanan yang tertakdirkan untuk aku. Orang lain mungkin boleh menafikan keinginan tapi tidak seorangpun yang mampu dan berjaya memadamkan kenangan yang aku lalui.
Berbalik pada kisah main mercun ini, semasa bekerja di Hankyu Jaya, aku terperasan seorang budak yang memiliki jari ibu dan jari anak sahaja untuk kedua-dua belah tangannya, bertugas sebagai store boy. Kerja budak-budak store boy ini selain receiving barangan dari supplier, juga bertindak sebagai feeder kepada kawasan jualan. Staf dibahagian jualan akan mengisi borang khas untuk dapatkan stok bagi tujuan replenishment dibahagian jagaan masing-masing. Setiap pagi dan bila-bila masa sahaja selepas itu, staf dibahagian jualan akan memeriksa kawasan jagaan masing-masing dengan merekodkan kuantiti barangan, size packingnya dan diisikan juga lokasi untuk dihantarkan. Store boy ini kemudiannya akan menyerahkan request stok kepada nama sales assistant yang tertera diborang. Dari hari ke sehari, hubungan menjadi semakin rapatlah. Hendak menanya takut ada yang tersinggung nanti. Perkara ini aku pendamkan sahaja. Perkara yang remeh cuma namun tentunya ada peristiwa hitam yang menimpa diri. Akhirnya kesempatan muncul juga. Ketika rehat makan tengahhari disekitar chow kit dibawah pokok besar membentuk open air food court, aku terpandangkan mamat ini seorang dimeja makan. Selepas tanyakan membernya yang lain, akupun duduklah menemankan makan bersama. Katanya, member store boy yang lain sudah keluar makan awal tanpa menunggu dia. Masa inilah aku mula masuk jarum tapi tunggu habis makan dulu. Takut nanti ada yang tersentap dan habislah peluang untuk korek rahsia disebalik keadaan dirinya. Aku cuba memancing dengan mengatakan akhir-akhir ini banyak kes yang dilaporkan melibatkan permainan mercun. Kalau tidak silaplah masanya beberapa minggu lepas raya. Aku maklumkan bukan bebudak sahaja yang putus tangan, buta mata serta alami cacat kekal malah yang dewasapun turut terkena. Apa, dia orang tidak pernah baca suratkhabar ke, tengok tv ke. Soalan yang memungkin dia bercakap apa yang aku hendak dengar. Slowly dan dengan rasa terkilan dia memberikan komen. Bila dia mula rancak berbual memberi komen yang yang bersesuaian dan positif bunyinya serta ikhlas bualannya, tanpa lengah lagilah aku bertanyakan kenapa dengan jarinya yang makin cekap dan lincah mengunakan sudu garfu untuk makan. Mungkin sudah terperangkap, meluncur sajalah dia mengaku yang masa bebudaknya dulu nakal dan tidak mendengar kata. Cacat yang dilihat adalah akibat bermain mercun. Mercun yang dipegangnya tidak sempat dilepaskan malah meletup pula dipergelangan tangan. Dia mengingatkan lagi, masanya bersekolah rendah dan kisahnya dapat liputan akhbar lagi. Keratan akhbar juga ada disimpannya sebagai kenangan. Bila aku menanyanya lagi, dia kesal akibat tidak berhati-hati bermain dan abaikan nasihat emaknya dulu. Apa hendak buat, benda sudah berlaku, hidup harus diteruskan. Aku pula memandai-mandai jadi motivator tidak bergaji. Maklumat yang berjaya aku cungkil darinya, dia merantau jauh dari Kedah ke Kuala Lumpur berbekalkan SPM cukup makan dengan keadaan fizikalnya yang kekurangan 6 jari. Mungkin dia tidak kisahkan sangat pasal kekurangan jari yang dia ada kini, tapi orang yang melihatnya mungkin beranggapan yang bukan-bukan. Rasa kesian pun ada, simpati tentunya turut berbaur sama dan mungkin juga bersedih akan kemampuannya untuk bersaing dengan mereka yang turut mendatangi Kolompo mencari kehidupan yang lebih baik. Masa mengintai-intai dia bekerja mengangkat kotak selaku store boy, banyak jugalah kawan sejawat memberi kerjasama padanya, mungkin sekampung sesama merantau. Bersandarkan simpati rakan setugas amat sukar rasanya untuk bertahan lama. Namun melihat pada kesungguhan dia bekerja dengan kekurangan diri yang ditakdirkan buatnya serta kecekalan hati ditempat orang, rasanya berbaloikah apa yang diusahakan. Aku tidak dapat jawapannya. Hanya Allah s.w.t. sahajalah yang Maha Mengetahui akan apa yang direncanakan untuk beliau.
Diusia aku kini, aku sekadar merefleksi diri akan apa yang berlaku ditahun 80an itu dengan masa kini, 2015M bersamaan Ramadhan 1436H. Ketentuan Illahi penuh hikmah yang tidak terjangkau untuk difikirkan dan direnungi. Perbandingan jarak waktu dan kesempatan yang tersisa ini harus dimanfaatkan semaksimum mungkin. Perjalanan hidup secara puratanya hanyalah 60 ke 70 tahun. Itupun dikira bernasib baik kalau tergolong didalam jarak usia tersebut. Kerap jugalah yang kembali secara mengejut dan ada yang dijemput secara hormat diusia yang lebih muda dari itu. Semuanya ketentuanNya. Kita tidak harus memikirkan sangat akan masa lalu malah harus terus perbaiki kehidupan yang semakin berkurang harinya agar diredhai olehNya. Segala rahsia dan kemusykilan akan tersingkap didepan kita bila tiba titik akhir kita. Masa matinya kita, tempat matinya kita malah bagaimana cara kita dimatikan tiada seorangpun yang tahu. Tidak semestinya orang yang banyak ilmunya, ahli ibadah dari pandangan umum, mulia pekertinya mengikut standard manusia akan terjamin syurga tempat tujunya. Tidak mustahil jugalah orang yang teruk akhlaknya, jahil akan agamanya yang sepatutnya ke neraka boleh bertukar ke syurga pula. Tiada seorangpun yang boleh menjamin yang sipolan ini dan sipolan itu akan kemana akhir hidupnya nanti.
Hakikatnya kita bukan sekadar arrogant malah makin ignorant pula akan apa yang telah diingatkan kepada seluruh umat manusia lebih dari 1400 tahun yang lalu. Bukalah kembali al-quran. Tatapilah ia. Bacalah(talaffudz), Fahamilah(tafahhum), Renungilah(Tadabbur), Maknailah(talammuq) dan Amalkanlah(takhasu), moga-moga kita semua dipermudahkan untuk memahami akan segala rahsia kehidupan, mendapat petunjuk dan diberi kerahmatan akhirnya. Namun apa yang pasti dan jelas sekali adalah adanya manusia dan bahkan kebanyakan diantara kita memiliki sifat suka bantah akan kebenaran.
Rujuk sini untuk maklumat lengkap.
No comments:
Post a Comment