Sempurnalah sudah mengerjakan sunat tarawikh berjamaah buat malam kedua. 10:50 malam sampai kerumah. Selepas berbuka bersama keluarga dirumah sahaja, bersiap sedialah untuk ke masjid berjemaah isyak dan seterusnya bertarawikh. Seperti biasa, masjid raudhatu al-jannah, officially, membuat 20 rakaat mungkin sebelum aku mula menghuni taman yang aku diami sejak awal 2001 lagi. Atau mungkin sememangnya sejak dulu lagi membuat 20 rakaat. Sama jugalah dimasjid kampung dimana aku dibesarkan hanya 20 rakaat yang dilaksanakan. Persamaan yang sama tapi kini lebih ketara bilangannya yang membuat 8 rakaat. Masa mula bertarawikh ketika berdarjah lima atau enam ketika itu telahpun ada mereka yang mengerjakan 8 atau 12 rakaat sahaja dan mula melepak dishaf belakang dan ada juga yang terus balik. Masa itu jumlahnya tidaklah ketara sangat.
Apapun seperti tahun lalu dan juga ditahun-tahun sebelumnya, selesai sahaja 8 rakaat tarawikh, wakil-wakil yang sama juga seperti sebelumnya meneruskan ke rakaat ke-20. Golongan muda dan separa tua turut sama meninggalkan shaf. Tetiba juga aku kini dishaf yang kedua dan sangat hampir dengan imam mahmoud dari Ramallah ini. Fizikal orang arab, besar tinggi serta sasa orangnya mungkin terasa jumlah makmum dibelakangnya mendadak kurang bila 'aamin',yang dilontar makmum tidak sekuat dan bergema masa 4 rakaat sebelumnya. Lontaran suara imam ini menyebut ayat-ayat al-quran terasa amat jelas. Cuma mampu setakat fahami 'damir' dan beberapa harfu at'fin dan zhaf yang begitu familiar dengan pembacaan dan pendengaran dari video bro meserali yang diulang-ulang sekian lama.
Penjelasan isu bilangan rakaat solat tarawikh(8 - 20)
I'm almost there to understand of what's going on to every ayah that being recited. Terasa benar sudah terlalu dekat tapi kadang kala terasa sangat jauh dan perjalanan semakin sukar dirasakan. Cabaran inilah yang harus aku rempuhi dan tidak harus aku berundur lagi. Langkahan tetap terus kehadapan. Kata pepatah yang merangsangkan, Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Juganya, berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian. Ramadhan akan tetap datang dan akan berlalu bila sampai waktunya. Hanyalah kita yang harus berusaha merebut segala kebaikan yang dihadirkan bersamanya. Amalan baik perlu diperbanyakkan, hal keburukan sebolehnya dihindari dan dilupai terus dari kamus kehidupan seseorang. Banyak orang yang tidak mampu memanfaatkan kelebihan yang ada pada diri atau dianya sendiri yang tidak tahu akan kelebihan yang sediaada dimiliki. Usia yang muda, sihat cergas serta banyak masa tapi sekadar menunaikan 8 rakaat sahaja berjemaah rasanya banyak rugi dari baiknya. Sekiranya mereka ini fokus sebulan ramadhan penuh, serta dikalikan dengan usia sehingga akhir hayat yang tidak diketahui panjang pendeknya, tentulah lebih banyak bekalan untuk dibawa pulang suatu ketikanya nanti. Diusia aku yang dah sepertengahan abad ini, terasa amat rugi bilamana banyak tahun selepas usia baligh dipersia-siakan. Kalau ditimbang dan ditolak amal dengan keburukan, masih tidak sanggup melihat hasilnya. Positif tidak pasti, tapi negatif tentulah berbaki hujungnya. Namun, Neraca timbangan akan berubah sehinggalah kepenghujung usia.
No comments:
Post a Comment