02 OCTOBER 2014, 23:21
Hari ini angin tidak, ribut tidak, tapi tidak semena mena hujan pula turun. Kalau gerimis tak apa le juga, ini tetiba hujan lebat yang datang. Inilah analogi yang boleh aku rangkumkan mengenai hal kenaikan harga minyak ini. Tiadanya tanda-tanda akan kedatangannya merujuk kepada kekuasaan tuhan rabb al-jalil. Sering kita mengganggapnya sebagai phenomena alam bila kita tidak mampu menghuraikannya secara tuntas. Ini menunjukkan samada kita malas untuk memikirkan atau sememangnya tahap kemampuan untuk menghuraikan permasalahan ini tidak terjangkau dan sebanding dengan Allah swt yang maha mengetahui segala-galanya.
Apapun tidak mungkin aku terlepas pandang dari mendapat perkhabaran akan perkara sebesar dan terpenting ini didalam kehidupan seharian setiap orang. Akhbar utusan malaysia dan the star aku bacai keduanya saban hari ditempat kerja serta melalui online bila dirumah. Akbar yang yang dikatakan akhbar arus perdana ini amat mustahil-lah tidak melaporkan berita kenaikan harga minyak. Hampir seharian jugalah aku meninjau-ninjau kembali akan kedua-dua akhbar untuk seminggu sebelumnya mengenai perkara kenaikan harga petrol ini. Para bloggers samada yang pro kerajaan ataupun yang menentang serta tidak bersependapat turut tiada memberikan apa-apa riak mengenai kenaikan harga bahan bakar ini. Amat berahsia sekali para pembuat dasar sampaikan utusan dan the star yang merupakan 'lidah' kerajaan sedikitpun tidak menyentuh akan perkara ini. Nampak gayanya, orang kebanyakanlah yang terkena lagi. Kenaikan sebanyak 20 sen untuk setiap liter bagi RON95 dan juga diesel pada 12:01 pagi ini, 02/10/2014 menjadikannya masing-masing RM2.30 dan RM2.20. Bagi para peniaga, apa ada hal. Didalam hukum perniagaan, kos yang dikeluarkan bagi menghasilkan end-product akan diserap kedalam harga jualan. Kos yang tidak perlu seperti pengiklanan dan promosi, bagi para peniaga terutamanya yang bertaraf multinasional akan dikira juga didalam kos pengeluaran. Orang meniaga tidak terkesan sangat dengan kenaikan harga bahan bakar. Orang yang makan gajilah yang akan merasa kesan secara langsung. Kakitangan kerajaan yang merupakan 'anak manja','anak emas' dan kekadang tu sebagai 'anak belaan' juga tidak terkesan sangat akan hal kenaikan harga. Tidak kiralah harga apapun. Harga rumah naik, kadar pinjamannya berbeza dengan orang kebanyakkan. Harga barangan keperluan naik, diujudkan berbagai elaun yang berkaitan demi mengatasi kenaikannya. Begitu jugalah bila menyampainya musim perayaan dan ketikanya bila menyampaikan hujung tahun, disediakan pula bonus dengan alasan mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah. Manakala mereka yang makan gaji dengan pihak swasta bagi pengubal dasar dan pemimpin yang melaung-laungkan keprihatinan terhadap nasib golongan marhain terutamanya ketika berkempen didalam musim pilihanraya sekadar buat-buat tidak perasan sahaja. Orang kerja swasta ini, hendak hidup pandai-pandai engkaulah. Ada aku kisah. Mereka yang dikira bernasib baik yang menumpang hidup dengan pihak kerajaan jarang benar yang mahu serta menyusahkan diri memikirkan permasalahan golongan yang tertekan dan terhimpit. Kesombongan dan kesenangan yang dinikmati oleh 'orang' kerajaan hampir-hampir membutakan mata dan memekakkan telinga dari memerhatikan keadaan serta mendengari rintihan golongan yang kurang bernasib baik ini.
Pembelaan yang cuba ditunjukkan dengan memastikan gaji pekerja swasta ditetapkan sebanyak RM900.00 sebulan berkuatkuasa pada 01/01/2014 sehingga kinipun tidak terlaksana sepenuhnya. Diberikan pula akan para majikan kelonggaran memulakan arahan mandatory ini pada pertengahan tahun juga tidak tertunai. Alasan demi alasan diberikan oleh pihak majikan yang kurang rasa tanggungjawabnya pada pekerja mereka seakan mempermainkan arahan pihak kerajaan. Apa kuasa kerajaan sebenarnya dalam hal urusan perniagaan mereka. Sekadar berkokok bolehlah. Tidak nampakpun sesuatu arahan dituruti dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan yang tegas. Mana mungkin golongan pekerja bawahan sanggup menongkah arus menuntut majikannya menuruti arahan kerajaan. Yang pastinya, gaji pekerja mengikut ehsan majikan. Kalau tidak berpuashati dengan upah yang diberi, pekerja bebas untuk meletak jawatan. Bagi yang cuba menunjukkan keberanian, kata dua dari pihak majikan adalah 'Gua punya sukakah atau Lu punya sukakah?'. Persoalan yang kian mendesak buat golongan bawahan dan semakin dihimpit amat memerlukan perhatian serta pembelaan. Anggapan sesetengah orang politik yang beranggapan orang melayu majoritinya malas dan tidak mahu berusaha adalah satu statement yang jauh tersasar. Apakah orang berpengaruh ini benar-benar merasai degup kehidupan golongan marhain dan sentiasakah bergelumang dengan mereka ini dari semasa kesemasa. Mengeluh serta merintih tidak membawa diri kemanapun. Malah dapat diselami tiadanya kelohan dan rintihan dalam kamus kehidupan mereka sekarang ini. Pemimpin yang cuma bermodalkan air liur wewenang benar mengungkap dan melemparkan 'malas', 'tidak berusaha', 'gagal rebut peluang', 'tidak mahu berubah' dan banyak lagilah kata-kata yang seerti maksudnya. Namun sekadar mengungkap tentunya tidak sama kepada mereka yang pernah merasai serta yang sedang menghadapi dan melaluinya kini. Bersimpati semata tidak membawa sebarang erti buat mereka. Huluran bantuan dan peluang sahajalah boleh mengeluarkan golongan ini dari lingkaran ganas yang makin mengalak ganasnya. Sebab itulah, golongan ini lebih rela mengambil 'approach' berikhtiar sendirian di dalam melawan permasalahan demi kelangsungan hidup. Meminta bagi mereka yang punyai maruah adalah hal yang tidak pernah terlintas di fikiran. Lebih lebih lagilah yang tinggi agamanya akan lebih gigih berusaha menambah rezeki dari hanya sekadar mengharapkan bantuan dan ehsan yang bermuslihat.
Kenaikan harga bahan bakar ini pastinya akan meningkatkan juga harga seribu macam barangan. Belum sempat isu kenaikan harga minyak ini genap seminggu usianya, pihak akbar belaan kerajaan telah menyampaikan berita yang pihak kerajaan tidak akan mencampuri harga tambang bas sekolah. Maksudnya, pandai-pandailah pihak ibubapa merundingkannya dengan pengusaha bas sekolah itu sendiri. Kalau setuju dengan harga yang ditetapkan maka ikutkan sahajalah dengan permintaan dan kemahuan mereka. Bila harga ditentukan oleh pasaran serta kerajaan tidak hiraukan langsung maka penindasan akan menjadi-jadi dan membudaya pula nantinya. Mereka yang kaya pastinya bertambah kaya dan yang miskin makin terhimpit nampaknya. Belum lagi kedatangan 1 April, 2015 dengan package GSTnya, keresahan golongan bawahan makin tidak terbela.
Siapakah lagi yang boleh digantungkan harapan di dalam mengemudi dan menangani pesta kenaikan harga barangan yang telah menunjukkan riaknya dipenghujung tahun 2013 lagi. Hendak harapkan kerajaan, sedikit demi sedikit kepercayaan yang diberikan semakin dikhianati. Harapkan 'regu' yang mula digantungkan segala harapan juga mula menunjukkan onarnya. Beginilah jadinya bila orang yang bukan ahlinya mendabik dirinyalah yang terbaik sekali dalam hal urus mengurusi ini. Nantikanlah azab menganiaya dan menzalimi orang yang dipimpin bila mereka menadah tangan mengadu pada Yang ESA. Terkenang pula akan adegan di dalam 'action movie' koleksi peribadi yang aku tontoni suatu pagi lepas bersarapan lebih tepat lagi pada 25/09/2014. Filem berjudul 'Street Fighter - The Legend of Chun-Li' yang mengisahkan seorang anak, bukannya lelaki tapi perempuan yang bertindak sendirian di dalam mengharungi dugaan bertemu ayahandanya yang dipaksa menuruti mereka yang tamak dan berkuasa.
Hari ini angin tidak, ribut tidak, tapi tidak semena mena hujan pula turun. Kalau gerimis tak apa le juga, ini tetiba hujan lebat yang datang. Inilah analogi yang boleh aku rangkumkan mengenai hal kenaikan harga minyak ini. Tiadanya tanda-tanda akan kedatangannya merujuk kepada kekuasaan tuhan rabb al-jalil. Sering kita mengganggapnya sebagai phenomena alam bila kita tidak mampu menghuraikannya secara tuntas. Ini menunjukkan samada kita malas untuk memikirkan atau sememangnya tahap kemampuan untuk menghuraikan permasalahan ini tidak terjangkau dan sebanding dengan Allah swt yang maha mengetahui segala-galanya.
Kebiasaan menuang RM30.00 kini berkadaran dengan 13.043ltr. Half tank aje beb. |
Antara dailognya yang amat related adalah bila mereka dipertemukan untuk dipisahkan. Ayahnya kagum dengan kegigihannya seraya menginginkan jawapan pasti dari anak tunggalnya itu.
Chun-Li's father bertanya penuh kehairanan,'Chung-Li .... Why?Chun-Li sekadar mengungkapkan,'Papa, I have to ... !Chun-Li's father cuba memujuk,'You know, I try so hard for so many years, just to keep you safe.... to protect, to make sure you have a good life.'Tapi cepat pula dipangkah oleh Chung-Li dalam usaha bapanya untuk psycho dia.Chung-Li kemudian dengan tegasnya berkata, 'I would rather have you... !'Malangnya, bapanya react begitu pessimist pula,'Getting 'Byson' away is a losing battle. Why you doing this to yourself.'Tapi dengan penuh yakin dia mengungkapkan kata-kata 'sakti' yang pernah ayahnya pesan kepadanya semasa kecilnya dahulu,'Sometimes you have to stand up when standing is not easy. You tell me that.Ayahnya sekadar mengangguk-angguk sahaja tanda pasrah sambil mengucapkan,' I love you so much'.
No comments:
Post a Comment