22 FEBRUARY 2014, 06:09 PM
Sekejap sahaja seminggu sudah berlalu. Terasa masa bergerak terlalu pantas. Tahu tahu sahaja dahpun berjumaat lagi. Namun insan selalu terlupa akan hakikat masa. Ingatan serta kekangan masa yang samada sengaja diadakan mahupun gagal memanfaatkan masa yang dihadirkan amat mengusarkan setiap yang bernyawa. Memang Allah swt bersikap Maha Adil keatas umat manusia, baik yang mengaku dirinya seorang Islam mahupun buat golongan kuffar. Setiap orang diuntuk jumlah masa yang sama dan setara banyaknya iaitu 24 jam sehari. Penggunaan masa dipulangkanlah kepada individu itu sendiri untuk merencanakan penghidupan seharian masing-masing. Namun ingatan yang diberikan menerusi surah al-asr dimana dipermulaan ayat telah ditegaskan yang mana manusia macammana carapun dan bagaimanapun masa yang diberikan itu digunakan akan mengakibatkan kerugian pada diri sendiri melainkan mereka yang telah melaksanakan apa yang harus dilaksanakan serta yang dianjurkan. Maka beruntunglah mereka yang patuh dan sebaliknya pula yang akan didapati buat mereka yang ingkar.
Untuk Jumaat 21/02/2014, setelah tekan file pdf didalam folder 'Khutbah Jumaat' di Portable Drive Acer yang berkapasiti 500GB, aku bacailah teks khutbah dengan tajuk 'Adab Bersahabat'.
الحمدالله!
Berkat dari latihan serta latih tubi yang berterusan, pembacaan tulisan jawiku tiada masalah besar yang aku hadapi memandangkan telah mula bertatih-tatih le ketika itu sekitar October 2010 lagi didalam pembacaan bahasa Arab yang mula meyakinkan namun perlukan sekerap mungkin membaca serta memahamkan ertinya. Sekejap sahaja aku menghabiskan teks bacaan yang dimestikan para khatib/imam untuk dibacakan ketika berjumaat nantinya. Habis membacanya, aku cuba recall point-point penting yang cuba disampaikan oleh penulis teks khutbah. Selepas recap , barulah turun kebawah untuk makan tengahari, mandi sunat Jumaat serta bersiap dengan uniform kerja lalu bergegas kekereta. Sebabnya ketika hendak keluar rumah, azan telah berkumandang dari Masjid Raudah Al-Jannah. Namun aku tidak berjumaat di Raudah al-Jannah tapi menonong aje ke Masjid Saidina Ali. Park-kan kereta dibahu jalan, betul betul berdepan dengan 'Wan Saripah Seafood' dan melangkah laju ke arah masjid. Sekelompok budak-budak taman/kampung membentuk separuh bulatan di tepi longkang konkrit terlihat olehku. Lagaknya hendak berjumaat tapi masih duduk mencangkung sambil menghisap rokok dan ada juga yang tengah mengunyah keropok lekor agak-agaknya yang dibeli dari brother bersama isteri gamaknya yang berjualan mengunakan lori yang telah diubahsuai tidak jauh dari tempat mamat-mamat ni berlonggok. Kemudian terdengarlah biji butir khutbah yang dibacakan oleh imam dan sambil melangkah menghampiri perkarangan masjid, maka lebih jelas lagi isi bacaan khutbah.
'..... maka bilal-lah yang patut dipatuhi, dan imam salat yang mesti diikuti .....'.
Masjid Raudahtul Jannah
Terdetik difikiran sambil kehairanan. Aiik, tadi aku baca pasal bab adab bersahabat. Ini apsal pulak bilal, imam pun tersebut. Rasa-rasa akulah, tidak pulak terlintas didalam pembacaan semasa belum ke masjid. Cuba ingatkan kembali akan tajuk-tajuk untuk bulan Feb mengikut minggu. 1st pasal perbelanjaan keluarga, keduanya bab aqidah kalau tak silaplah, ketiga pasal solat berjamaah dan untuk minggu ke empat dan akhir minggu bulan Feb adalah pasal adab bersahabat. Betullah tu, cuba meyakinkan diri. Aku tadinya juga membaca teks untuk minggu terakhir. Apsal pulak imam kat masjid saidina ali berkhutbah dengan tajuk solat berjamaah pulak ..... nak kena denda ke pasal tidak ikut arahan. Entah macammana tetiba aje aku tersedar yang jumaat ini bukanlah yang terakhir untuk Feb tetapi minggu depan 28/02/2014.
Its okay. Apapun khutbah yang disampaikan dan sebagai makmum harus mendengarinya segala peringatan serta panduan didalam kehidupan dihari muka. Ikut atau tidak ikut bergantung pada individu yang hadir mendengar atau hadir sekadar sesama berjumaat. Terpulanglah ..... . Imam yang menyampaikan khutbah cuba sehabis baiknya sepertimana yang dihajati oleh penulis khutbah dengan lenggok bahasa serta intonasi yang sesuai dan sepadan didalam meluahkan kekesalan. Bilamana segala kebaikan solat berjemaah yang dinyatakan dan dilapikkan pula dengan hadis Rasullullah saw, namun kebanyakkan umat Islam memandang remeh. Ditokoknya pula dengan rasa kehairanan yang mana kalau yang muda muda mungkin pasal kurangnya pendedahan, tapi bagi yang tua tuapun liat hendak berjemaah, apa hal pula. Berikutnya dinyatakan perkara yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak yang prihatin bagi tujuan menarik khalayak ke masjid seperti katanya,
' ... Biar sekuat mana pembesar suara sampai ke telinga, biar masjid berkarpet tebal dan berhawa dingin, .........'
Masjid Saidina Ali dari 'Wan Saripah Seafood'
Signboard kedai makan 'Wan Saripah Seafood'
Namun kesalnya adalah jumlah kehadiran kurang dari 50 orang dari penduduk khariah yang ribuan orang ramainya. Diperjelaskan lagi even yang dudukpun berhampiran masjid malah cuma dipisahkan oleh pagarpun terasa masih 'jauh' dari masjid. Dinyatakan juga akan senario yang biasa terlihat dan mungkinlah juga penulis khutbah ini menyaksikan sendiri demi menghadirkan feel dalam penyediaan teks dan disampaikan pula dengan penuh emosi dan lenggok bahasa yang catchy dengan katanya, masih seronok berlonggok disimpang-simpang jalan(mungkin refer pada budak bujang), masih selesa di padang-padang permainan(anak sekolah mungkinnya), masih enak menghirup kopi di kedai-kedai berhampiran(dituju tepat kepada golongan pesara agaknya), masih leka berurus niaga dipasar-pasar malam(ini tentunya dimaksudkan peniagalah tu), masih leka dengan mengilap kereta atau masih leka dengan gurauan anak dan cucu-cucu yang tercinta(orang dewasa), dan masih ternganga dengan siaran television biarpun masjid cuma dipisahkan dengan pagarnya sahaja.
Anihnya, didalam khutbah kali ini banyak merujukkan kepada golongan biasa biasa sahaja, tapi tiada pulak dicontohkan kepada golongan yang 'ada ada'. Kenapa tidaknya penulis khutbah ini merujuk juga kepada orang politik dan pak menteri yang sibuk merancang serta melancarkan program untuk rakyat katanya, merasmikan pelbagai event ataupun sekadar leka bermesyuarat, dan juga para sultan dan raja yang tertonggok di istana dalam serba kemewahan,juganya para ahli perniagaan yang umumnya sedikitpun tidak membuang masa dari mencari keuntungan dan semua mereka ini tidak juga muncul-muncul untuk setiap waktu solat berjemaah secara tetap dan consistent. Apa penulis ini hanya mengkhutbahkan kat orang biasa biasa sahajakah. Ataupun orang yang 'ada ada' ni sudah cukup bagus dan tidak perlu ditarbiahkan lagi. Atau mungkin takut diapa-apakan. Kata orang, ikan membusuk bermula dari kepala. Mulanya aku tidak berapa berkenan dengan analogi ini tetapi hakikatnya begitulah. Kalaulah yang berkuasa serta berpengaruh tidak memberi tindakbalas yang sepatutnya untuk mengimarahkan lagi masjid, apakah yang bawah bawah pula yang perlu mendahului sedangkan saranan ditujukan kepada seluruh kaum Adam.
Disimpulkan dengan mengharapkan semua makmum yang hadir untuk sama sama memakmurkan masjid. Semua orang berperanan 'mengajak' kearah kebaikan. Diingatkan juga akan perlunya mengadakan solat berjemaah bagi setiap waktu kerana kalau tiada didirikan oleh kariah tertentu maka semua ahli khariah akan dipertanggungjawabkan. Ini adalah Fardhu Kifayah namun sebahagian dari kita mengambil sikap bila orang lain sudah buat, aku tak payah..... . Khutbah yang disampaikan serentak pada seluruh masjid di negeri Melaka pada tarikh yang dinyatakan dan besarlah harapan yang sembahyang Asar, Magrib dan Isyaknya nanti akan bertambahlah bilangan makmum dan bukan lagi hanya ada satu ataupun cuma dua shaf sembahyang sahaja lagi. Namun hakikatnya yang terlihat selepas khutbah dan sehingga seminggu yang berlalu, masjid terasa suram dan sepi setiap kali azan dilaungkan. Lebih ketara lagilah diwaktu Subuh. Hendak dikatakan khutbah itu sukar difahami atau terlalu tinggi penggunaan kata-kata atau istilah yang tidak pernah didengari sampaikan tidak dimengertikan juga sesuatu yang mustahil. Ini memuskhilkan dan menjadi tanda tanya bagi mereka yang cuba memikirkannya. Kehadiran tetap macam yang sebelumnya. Orang yang datang tetap mereka yang sama juga. Tiada penambahan bilangan walaupun berapi-api dan bersungguh-sungguh menyampaikan khutbah. Mana silapnya.
Ternyata ketentuan Allah mengatasi perancangan manusia. Mungkin pada pandangan kita yang inilah adalah yang terbaik pernah dibuat. Sebenarnya banyak lagi aspek yang terabai, sengaja dilupakan ataupun tidak mengetahui akan adanya elemen lain yang core yang mesti ada dan menjadi syarat terpenting tetapi tidak dikukuhkan. Bilamana aspeks fardhu Ain yang menjadi teras dikesampingkan lalu mana mungkin hendak mengharapkan keberhasilan sesuatu perancangan. Ibarat pepatah lama kita, Yang bulat tidak akan datang bergolek, dan yang pipih pula tidak mungkin akan datang melayang kalau tidak kena dengan caranya. Bayangkanlah dan fikirkanlah, kehadiran yang berbagai orang bersembahyang jumaat samada yang muda mahupun yang tua, bijak berilmu ataupun yang bodoh bodoh alang, bekerjaya atau cuma seorang penganggur, yang sudah berpergian menunaikan haji mahupun yang sekadar berkira-kira hendak kesana dan juga yang amat mengetahui kepentingan berjemaah atau sekadar ikut ikut sahaja namun kesemuanya masih gagal menghadirkan diri ke masjid.
Apapun, tetamu ke 'Rumah Allah' bukanlah kita yang menentukan. Malahan kita dipilih untuk menjadi tetamuNya. Maka beruntunglah bagi mereka yang sentiasa didalam lindunganNya.

No comments:
Post a Comment