Suatu hari dalam minggu lalu ketika hendak berpergian ke tempat kerja, aku mendengari lagu yang boleh juga dikatakan popularlah masa diawal 80an. Tidak pasti pula samada mendengarnya menerusi siaran Sinar FM yang terkenal dengan tagline 'Muzik Retro Terbaik'nya atau dari CD yang dimainkan di Deck player. Biasanya aku akan alternate pendengaran antara keduanya. Bila program atau lagu yang diputarkan oleh stesen radio Astro tak 'mengancam', aku akan tekan button CD dan berkumandanglah lagu yang suited dengan pendengaran aku yang telah tersedia diletakkan didalam slot CD.
Quinary M - Cinta Palsu
Apapun yang pastinya bila lagu 'Cinta Palsu' berkumandang dengan intro bunyi-bunyian picitan keyboard oleh abang Mazuin iaitu Mazlan ketika di persimpangan Bukit Katil bersebelahan dengan Hotel Kings, aku cuba recall kembali akan lagu hits dari Mazuin. Lampu trafik mengarahkan berhenti dan dengan air-cond. yang dibesarkan agar lebih terasa kedinginan ditengahari tu serta diiringi pula dengan mendayu-dayunya lagu nyanyian Mazuin ni, aku entah macam mana terimbau kisahnya di tahun 80an dan terkenangkan apa yang Mazuin alami kini.
Itulah, apa yang tidak ingin terjadi dan tidak pernah terfikir akan berlaku telahpun terjadi dan tersebar luas. Tidak perlu bersusah susah untuk dapatkan maklumat, goggle sahaja maka apa apa tentang Mazuin dari a hingga z tersedia untuk dibaca. Nasib orang kita sudah tahu tapi nasib diri sendiri bagaimana pula. Mahu gila dibuatnya bila sesuatu yang tidak diingini benar benar terjadi pada diri sendiri pula tatkala kita tidak bersedia menghadapinya. Apapun ikhtibar dari peristiwa yang menimpa orang yang kita kenali perlu dijadikan panduan didalam mengharungi kehidupan. Inilah yang sepatutnya. Mengesali dan lebih teruk lagi mengutuk perbuatan yang telahpun terjadi oleh mereka yang berperanan sebagai consultant tidak dilantik, penceramah tidak bertauliah mahupun motivator tak bergaji amat mengecewakan. Kejadian yang berlaku ini adalah versi terkini yang Allah swt hadirkan buat umatnya memikirkan peripentingnya institusi kekeluargaan. Terutamanya pihak pihak yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan untuk mengendalikan bab cerai-berai ni. Bagi pihak individu pula perlukan satu kaedah berkesan untuk mengetahui hak-hak yang perlu dibuat dan yang harus dituntut lepas bercerai. Semuanya ini seolah-olah untuk kita memeriksa kembali adab adab yang kena kita fahami dan cuba perkemaskan lagi agar tiada siapa juapun yang teraniaya. Al-maklumlah bukan semua orang terpilih untuk mendapat privilege ini. Hanya mereka yang dikasihiNya dan sememangnya yang boleh absorb 'ujian' dari Allah swt sahajalah yang diuji olehNya.
Apapun, hanyalah لاحول ولاقوه الا بالله

No comments:
Post a Comment