Friday, June 12, 2026

Kematian menghampiri

 

2026-06-11 12:17:00

Umum tentunya menyedari yang kematian akan tiba at any time. Sesaatpun tidak dicepatkan mahupun juga sesaat untuk dilengahkan. Semuanya mengikut aturan yang dalam pengetahun Yang Maha Berkuasa. Tarikh kematian seseorang telah ditetapkan tersimpan di Luhz Mahfuz semasa kita dilahirkan.


Tentunya masa lahir lagi sehinggalah ke dewasanya dan sekarang makin melanjut, aku amat yakin, tidaklah kita runsingkan sangat pasal kematian. Sebabnya mungkin disibukkan dengan pelbagai aktiviti kehidupan. Memang sejujurnya tidak hiraukan langsung persoalan ini. Tak adanya nak lorat lorat berfikir apatah lagi berharap macam mengimpikan 'kekayaan' akan bila masanya 'aku' akan dimatikan.

Tapi bila sudah berusia, barulah tersedar dan rungsingkan pula saat kematian. Lebih lebih lagi bilamana kudrat makin melemah tidak sekuat dimasa muda. Kengkawan yang sesama membesar, seorang demi seorang telah dijemput 'pulang'. Pastinya debaran makin kencang menunggu nunggu hari. Normal buat semua kita. Takkanlah bila di level usia melanjut ini, tidak rungsingkan pasal mati. Mustahil.

Pun begitu, kehidupan didunia ini perlu diteruskan dan ianya senantiasa bergerak seperti biasa. Cumanya, perhatian makin cenderung memikirkan akan ke alam kehidupan yang lain pula. Alam yang belum pernah dilalui lagi tapi telah kerap didengari dengan pelbagai cerita dan akan dirasai sendiri. Teruja tidaknya, persoalannya kita akan tetap kesana. Hukum alam. Nobody will stay forever in this world. Segalanya akan berakhir berlalu pergi.


Kitaran hidup manusia dari lahir disambut dengan tangisan 'kegembiraan' pasangan suami isteri sehinggalah kematian yang juga akan ditangisi pemergian kita oleh isteri(kalau kita-lah yang pergi dulu) juga oleh anak anak adalah sesuatu yang biasa. So normal keadaannya. Tiada yang luarbiasanya melainkan kalau 'mengejut' kematian kita diusia yang terlalu muda dalam perkiraan kita sebagai makhluk.

Merasa lonely dalam kebersamaan keluarga, keriuhan anak dan keakraban kerabat hanyalah diri sendirilah yang lebih mengetahuinya. Ianya sesuatu yang sukar diungkap dan dimengertikan. Penilaian tafsiran bergantung kepada apa yang diberi perhatian. Kalau mengharapkan sesuatu dan tidak pula 'materialize' maka punahlah pengharapan. 

Tiada sebarang kepastian. Namun begitu segalanya berkemungkinan. Tragis pilunya adalah yang didambakan tidak berlaku malah yang tidak pernah terfikirkan dan mustahil pula akan berlaku ternyata benar benar menimpa diri.

Apakah mampu menepis mengelak. Hard to tell. Tapi sebagai satu berita gembira, segala dugaan hidup yang ditimpakan keatas kita itu adalah berkadaran dengan kemampuan. Siapa yang kata demikian. Tentulah Dia, yakni Allah swt.

Musibah penghapus dosa


Bagi yang maklum, semua ni adalah 'medium' pembersihan dosa yang 'melekat' 
pada diri. Kesabaran hadapi petaka ini pula, ganjarannya adalah peningkatan
'derajat' seseorang diSisiNya.

No comments: