Wednesday, April 29, 2026

Jalan Tegak

Jalan Tegak

29 Apr 2026, Wednesday

Anih dirasakan. Bilamana jenuh menunggu seharian akan 'sesuatu' yang pasti tapi sampai kesudah(ke malam ler) tak kunjung tiba. Ironinya, pagi ini masa tengah fokus buat revision on Lesson 6 of Book 1 bagi memastikan 'pelajaran' grammar Arab sink permanently dalam kepala hotak aku ni, tetiba orang rumah menjerit memaklumkan ada parcel tiba. Ianya, tentulah benda yang aku tunggui semalam, as apa yang aku beritahunya.


Potong 'stim' betul lah. Terkocoh kacah lah aku keluar dari bilik gerakan seraya capai smartphone menuju ke pagar rumah. Mamat SPX Shopee dah menebeng kat depan pagar hendak menyerahkan.


Semuanya bermula pada petang Sabtu, 25/4, tatkala aku di'arah'kan untuk tunggui baja kompos yang dibelinya dari Tiktok Shop. Ikut whatapps from JnT dispatcher pada sebelah pagi Sabtu tu, baja guna untuk tanam pokok kunyit serta kari ditanam dalam foam box dijangka sampai pada petang Sabtu tu. Makanya, lepas asar cecepatlah aku duduk di verandah sambung baca buku 'autobiography' yang telah aku mulai beberapa hari terdahulu. 'The size of the World' karya Jeff Greenwald seorang penulis novel cum journalist kat US. Masih berkisar pasal phobia hendak travelling satu dunia dengan macam macam 'what if-nya dan belum keluar dari negaranya. Thrill di negara orang belum aku rasai lagi. Jauh lagilah hendak selesai baca. Memang sengaja buku ini aku letak di meja santai di verandah ni. Bila dah bosan atau terlalu lama statik membaca, aku beralih intai tiktok lak atau view message grup whatapps yang aku turut sertai.

Currently read...


Si Umairah yang 'pegang' lokasi penghantaran kat taman aku ni - tak muncul muncul - sedangkan jam dah hendak ke 7:00pm. Dah mula rimas menunggu. Bagi elakkan kebosanan, aku view-lah fb. Apa kisah yang terkini dan trending diperkata netizen. Entah macammana, artikel pasal Syed Saddiq tidak persoalkan kerja yang dibuat Bella. Bandingkan gajinya dengan bayaran yang diterima bakal isterinya itu berlakon. Kisah mereka berdua ni tentulah happening kerana mereka telah bertunang pada awal April dengan vibes raya.


Seolah disihir terpana, aku terklik artikel yang related. Baca sinopsis dan terus tarik minat aku untuk ketahui lebih mendalam, langsung terniat hendak beli. Dimaklumi yang ianya cuma perlukan 2 days sahaja untuk diterima.  Samada on 27/4 atau 28/4, akan sampai ke pintu rumah. Platform Shopee yang aku being guided masuk tu betul betul menjadi. Tidak lengah lagilah aku klik order & confirm. Cuma tunggui sahajalah ketibaannya. Expected on Monday or paling lewat as per claimed on Tuesday. Aku dah masuk perangkap.


Hilang cerita tunggui baja kompos yang tak sampai sampainya lagi...labu, terjebak terjerat lak aku membeli. Macam dah kena 'badi'. Terjangkit tidak semena mena.


Semalam, Selasa(28/4/2026) ketika aku menemani orang rumah ke Mydin yang pada asalnya keluar hendak cari 'durian' selepas sarapan. Tergerak lak aku hendak pekena bubur kacang 'durian' maybe pada sebelah malamnya iaitu pada Isnin malam Selasa aku nyatakan 'hajat'. Semuanya terkait. Teringatkan adegan Si Setan mengusik Asmidar dalam keretapi pasal kacang. Bilamana tak dilayan bila hulurkan kacang dengan katanya...tak makan kacang, spontan si Ali ni cakap...bubur kacang...makan?, lalu tersenyum sipu si Ogy dan Liza Abdullah menahan gelak.


Masa dia tengah memilih ayam dan minta 'bangla' potong 8, aku intailah phone. Ada message masuk dari SPX Exprees courier. Automated message ni at 10:14am. Tengok kat jumlah yang kena standy adalah RM29.83, aku dah agak dah...ni mesti 'Jalan Tegak' memoirs Si Saddiq, our youngest MP in history menjadi full minister iaitu Menteri Belia dan Sukan. Senang cakap Sports Minister. Spontanlah aku hubungi nombor phone dia at 11:43 thru 'voice call' , depa lak jual mahal, tak mau angkat.


So, aku assume tentulah pada sebelah petangnya nanti akan sampai. Timing dia tidaklah boleh aku jangkakan macam timing kemunculan Umairah tu. Aku agakkan mungkinlah sekitar 3 petang membawa ke maghrib jugalah. Malangnya tidak kunjung tiba.


Selesai 'shopping' kat Mydin, melilaulah mencari mendapatkan durian. Dalam kereta, disyorkanlah ke Cheng depan sekolah. Aku tidak dapat bayangkan lokasinya. Tapi aku terus masuk ke Lebuh SPA, kependekan Lebuh Sungai Udang - Paya Rumput - Ayer Keroh, dan jenuh lak tunggui trafik lights kat simpang masuk ke kawasan industri Tasik Utama. Bagi memastikan aku awal ada kat rumah, aku ubah rancangan. Cari yang paling dekat. Dicadangkan oleh lovely untuk ke gerai berhampiran Perhentian Kuih Tradisional kat Semabok. Tak tunggu hijau, terus belok ke kiri dan lalui susur ke bulatan lapangan terbang kat  Batu Berendam dan meleju ke destinasi tujuan.


Risau gak, takut tak niaga. Rupanya mereka beroperasi. Himpit bahu jalan AMJ di Semabok dan tak lengah bergegas pilih. Hah kau...nak makan sangatkan. Kena 'pow' RM105.00 keseluruhan durian yang dipilih. Black Thorn dan Musang King yang bersaiz kecil masuk dalam Alza. Sampai selesai jamah bubuh kacang durian dalam 9:30pm, Si Saddiq ni tak sampai sampai pun. Matikan 'air' ajelah. What else to do.


Akhirnya, pagi ni, sampai gak kepangkuan aku. RM30 aku qr-kan ke budak penghantar SPX Express. Menonong bawa masuk parcel tu. Ambil gambar dan buktinya aku lampirkan, maksudnya dah terima.

ini bungkusan yang dinanti-nanti

memoirs untuk aku baca nanti...


Perrgghh, hanya mereka yang pernah alaminya akan ketahui...Penantian suatu penyiksaan.

Sunday, April 26, 2026

Penangan tiktok

 26 APRIL 2026, 03:07 PM


Penangan tiktok


Dalam tempoh seminggu ini, disamping jalani kehidupan seharian, ada something 'cool' happen. Mungkin ianya sudah basi buat mereka yang tegar bertiktok dan tidak menjadi kehairanan. Macam trending pula bilamana setiap kali aku view tiktok apps, ianya kerap muncul. Simple aje. Ambil gambar selfie atau gambar kawan kemudian tiktok akan pilih 'audio' atau lagu yang bersesuaian.


Hebohlah perkata perkenalkan akan feature terbaru dari tiktok ini. Maka memasingpun cubalah menggunakan feature yang mudah diguna. Gelak sakanlah mereka tertawakan lagu yang associate dengan gambar. Mungkin 'kena' atau sesuai matching dengan gambar orang. Teknologi AI untuk auto-generate in split second ni begitu mengujakan dan cepat viral. Apatah lagi ianya free dan mudah sekali hendak guna.


'Ambil gambar...biar tiktok pilihkan lagu' ... usher pemilik akaun tiktok mempromosikan feature ini. Inscripted dipermulaan video mereka. Siapa yang tak teruja hendak cuba. Mereka create suasana bila berkumpul dan ketawa terbahak bahak bersama. Momen yang sebegini tentulah menceriakan biarpun nampak simple. Healing cara paling budget. Aku lah yang ter-over excited nampak gayanya. Dari satu video ke satu video dan meleret ke video lainnya seolah berangkai makin melekakan - menonton membuang masa. 


Dalam pada bergelak ketawa, tanpa kita sedari ianya seolah tidak ubah macam 'body shaming'. Dahulu mudah sentap bila ada orang ejek bentuk badan seseorang di medsos. Sampai ke tahap saman menyaman. Kini ada cara lebih 'sopan' gunakan audio yang auto-generate oleh tiktok. Hendak salahkan 'somebody' memang tak boleh. So the only thing yang boleh dibuat oleh seseorang atas gambarnya, hanyalah sekadar bergelak kosong mengeletik hati. Sambil memujuk diri, macam matching sahaja comment yang keluar walaupun ianya randomly selected akan audio yang telah pre-recorded dalam simpanan tik tok.


Akupun cuba try test-lah. Orang rumah jadi model pertama. Hasilnya as per attached below. Wonder-lah, cam mana dia matchkan lagu yang sesuai tu. Rasanya ada programmer yang terlajak 'brilliant' hasilkan. Dengan scan keseluruhan gambar dan jadi input untuk relate dengan koleksi audio yang mostly paling accurate untuk disesuaikan. Tentulah complicated processnya. Peduli apa aku. Yang penting aku 'berjaya' gunakan. Tak tahulah, ini pandangan aku sahaja, mungkin bila sudah advance ianya jadi 'senjata' untuk extorted orang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan diri. Ala...Scam ler, senang cakapnya.



                                Post @ Your Story...selang sehari jer..115 views


Teknologi yang makin canggih dengan 'bantuan' AI memungkinkan sebarang kemungkinan untuk terhasil. Amat sukar mahu mengawalnya. Sesuatu yang tidak pernah terfikirkan sebelum ini. Makin bercelarulah dunia dan bingung jadinya. Berkait dan terkait dengan 'Dosa dihujung jari', tajuk khutbah yang disampaikan oleh Imam Yusof Zakaria yang kembali kekal sebagai imam 2, pada Jumaat minggu ini menjadikan makin sukar hendak mengasingkan antara yang betul dengan yang salah. Siapa yang perlu dituduh, jika ianya telah dipre-set oleh 'AI'. 


Sekejapan viral dengan capaian ribuan malah jutaan kali oleh netizen amat sukar dibendung oleh mereka yang ditugas dipertanggungjawabkan mengawal penyebaran maklumat palsu. Slogan kempen, 'Tak pasti jangan kongsi' begitu mudah di wipe-out dengan gelombang ledakan maklumat dari setiap penjuru.


Garu kepala pakcik...

Friday, April 24, 2026

Membimbangkan

24 April 2026, Friday @ 12:44pm

Membimbangkan

Selesai bersarapan di Puncak Bukit Katil bersama keluarga, aku melelau MBB ke hospital besar dapatkan 'Spiolto Respimat and Berodual N' brand untuk inhaler. Spiolto adalah kandungan Tiotropium/Olodaterol manakala Berodual N pula Ipratropium/Fenoterol. Both kena buat 2 puff. Yang si Spiolto kena tiap hari untuk 2 puff berkapasiti 2.5 microgram sekali sedut. Lain pula inhaler Berodual, juga 2 puff tapi bila 'perlu'. Tanda bila perlu tu, sepertimana makluman keterangan doktor, bilamana bertujai batuk. Maximum tidak boleh lebih dari 2 kali ulangan untuk sehari. Kalau tidak renyah bergerak dan kurang bebatuknya maka tidak perlu guna langsung.

Semasa masuk ke dalam MBB untuk hidup dan biarkan engine panas seketika. Aku menyelinap pandangan ke seluruh dalaman kereta. Android player bersize 10 inci yang casingnya patah, entah macammana Yusree buat, telah terlekap kejap di dashboard. Menurut kata Azrul,  pekerja bengkel yang memasangnya ketika beli, Pakcik tak perlu bayar katanya. Aku ucapkanlah terimakasih kat boss cina dia dan juga dirinya sebelum beredar pergi ke Maybank sederet dengan King Hotel. Dah tutup pun dia, King Tak King, bila business tak perform maka tak gheti gheti nak tutup. 

Terpandangkanlah aku akan keratan kertas serta slip transaksi bank di seat penumpang hadapan. Berdebar melihatnya sambil takut hendak ramalkan untuk masa terdekat ke hadapan. Segalanya berkemungkinan. 


merenung 'kemungkinan' kehadapan

Apapun aku bersikap optimis. Bukan bermaksud aku 'gamble' dengan masa hadapan tapi ketentuan Allah swt mengatasi segalanya. Kita bergerak sedaya kita. Berserah bertawakal lepas ikhtiar yang terbaik ikut pertimbangan kita. Siapapun akan risau bimbang akan perkara yang bukan bukan terjadi. Selalunya yang buruk buruk lebih kedepan berbanding perkara yang baik. Normal dan lumrah kebiasaan kita. 

Ujian yang ditimpakan keatas kita adalah sebagai satu proses menyingkirkan 'dosa' dari diri. Ada yang diuji dengan 'kemewahan' hidup dan pelbagai bentuknya. Begitu jugalah dengan kekurangan dalam bentuk fizikal. Mungkin penyakit kronik membawa kehujung hayat. Lebih tragis lagi melepek dikatil tak berdaya mengurus diri.

Tapi dalam hati...dumdam dundam



Apapun berserah dirilah kepada Yang Mahu Pemurah dan Maha Mengetahui agar dianugerahkan perkara yang baik dan diuji berkadaran dengan kemampuan diri. Tentunya Allah Maha Adil dan perancangan-Nya adalah amat sempurna.

Dosa dihujung jari

Dosa dihujung jari

24 APR 2026, Friday 08:00pm

Macam biasa, menginjaki tangga masjid, Bilal Din dah kumandangkan azan ke-dua. Kerap sangat bila laungan azan berkumandang dari Raudhatu Al-Jannah, barulah terhegeh hegeh hendak start kereta. Minggu lepas aku di Tampoi siap bawa baju 'raya' maroon yang belum dipakai sekadar 'acu' cuma ketika balik dari Masjid berterawikh. Ianya yang sampai lewat lepas maghrib bilamana 'Umairiah' dispatcher parcel JnT menyerahkannya. Pembelian dari tik tok oleh orang rumah buat aku, katanya biar sekeluarga mengenakan baju raya sedondon 'merah menyala'.

Malangnya masa di Tampoi tu, aku dan orang rumah di dalam bangunan Lotus dapatkan tilam single sedangkan waktu 'zohor' sudahpun masuk. Jumaat pagi tu, selesai sarapan, kurang lebih ke pukul 11:00am merayau keluar mencari tilam sekitar area berdekatan. Disebabkan tidak tahu 'port' mana yang hendak dituju, bertanya-lah di google akan lokasi terhampir yang ada berjualan tilam bujang. Cepat beli, cepat balik berjumaat di Masjid Jamek Nur Falah dalam Taman Sri Bahagia. Sekadar telahan sahaja jika tiada aral-lah. Kita rancang tak pasti sempat ataupun tidak.

Pencarian di-google syorkan aku ke Taman Molek. Kedai perabot yang teratas dicadangkan dalam jarak masa 11 minit sahaja. Bagi kita dari luar JB, kebergantungan kepada maklumat sebegini tentulah membantu walaupun tidak pernah jejakkan kaki ke sana. Anggapan aku, banyaklah pilihan yang boleh dibuat. Terus bergerak ikut alamat lokasi dan google maps navigate menuju destinasi. Sekarangkan serba canggih. Semuanya dihujung jari. Mudah membantu atasi permasalahan atau mendapatkan apa sahaja. Kisah mengenai tilam dan rentetan peristiwa yang melingkarinya mungkin akan diceritakan dicoretan lain.

Berbalik pasal Jumaat dikhariah aku ini, lama sudah aku tidak mengulas akan teks khutbah jumaat. Sejak awal tahun 2026, boleh kata dalam Januari lagi. Mungkin sibuk pasal kahwin mahwin anak perempuan tunggal diberi tumpuan penuh. Maka aktiviti menukil kisah melingkari diri agak terhad. Namun tajuk yang satu ini seolah 'memaksa' aku bertelagah perkatakan. Bukanlah bermaksud menafikan kerana tujuan utamanya tentulah mahu memaklum menyedarkan para makmum akan bahayanya hal fitnah memfitnah dalam kehidupan. Tapi sekadar mahu semua pihak akuinya bukan cuma sepihak sahaja. Dalam konteks yang ingin aku perkatakan tidak hanya menjurus kepada kalangan orang awam tapi seharusnya menjadi panduan kepada pihak kerajaan semasa yang berkuasa agar tidak sesuka sahaja salurkan kepada rakyat dan harus bertanggungjawab berita yang dimaklumkan itu sahih dan tepat. Tidak mengeliru mendatangkan keresahan bila ianya hanyalah persepsi dan andaian semata.

24/04/2026 - DOSA TANPA SEDAR DI HUJUNG JARI, telah dibacakan oleh semua masjid di Melaka pada hari ini. Reader boleh akses via portal Maim akan pdf khutbah ini. Bacalah dan telitilah penuh fokus agar menjadi panduan lalui hari hari mendatang kita nanti. Moga dengan pemahaman yang jelas pasti itu menjadi pendinding dari lakukan perbuatan yang cenderung kearah yang minta dijauhkan ini akibat terlepas pandang misalnya. Tapi kalaulah sudah diingatkan dan diketahui tapi masih juga mahu lakukan juga...maka sendirilah mahu ingat. 


Buat masjid raudhatu al-jannah, imam yusof zakaria yang bersuara 'keras' menengking nengking bila ambil peranan jadi khatib begitu 'tegas' menyampaikan. Rasanya tiada siapapun boleh tidak mendengar akan apa yang disampaikan. Cumanya, kitalah yang harus re-act accordingly.

Semua kita kena muhasabah. Saya 'ulang'. Semua sekali bukan sekadar yang disasarkan sahaja.

Wednesday, April 22, 2026

Hendak buang masa atau memanfaatkannya...up to you

Hendak buang masa atau memanfaatkannya...up to you

21 Apr 2026, 11:05am


Pagi Selasa ini, aku ambil ruang masa untuk pleased-kan diri sendiri. Buat sesuatu yang sememangnya aku longing mahu lakukan. Bukanlah untuk sepanjang waktu tapi hanyalah untuk seketika yang aku rasakan harus buat. Semua kita pastinya ada sesuatu yang diminati. Samada ianya memberi manfaat atau tidak. Sendirilah yang kena fikirkan.


Apa yang paling ketara dan tiada sesiapapun mampu menidakkan adalah 'masa' yang tersisa dalam hidup kat atas dunia ini makin berkurangan. Berbanding dengan mereka yang seusia aku(60 keatas ni) ditahun tahun ketikanya aku masih bebudak lagi dan mulai mengerti akan kehidupan ini, rasanya terbatas aktiviti yang boleh mereka lakukan, ikut pemerhatian aku dimasa ini. 


Dikala itu sebagai perbandingan, agak mudah dan santai. Bagi yang tidak bekerja ketikanya di awal 70an itu lebih banyaklah yang lepak di kedai kopi. Berborak berbual sambil menghirup teh tarik ker atau kopi panas lawankan goreng pisang atau kuih juadah minum petang. Rata ratanya, bekerja 'sendiri' yakni kebendang atau menoreh disebelah paginya. Dipetangnya hari, lepas Asar, kedai kopilah golongan 60-yo plus akan bertumpu.


Apa kejadahnya hendak bersukan lak. Tenaga semakin kurang, pergerakan mulai melemah takkanlah hendak ber-takraw pula. Hendak melenting menyepak melibas 'gulong' atas jaring, ianya sesuatu yang sudah berlalu. Sudahlah refleksi makin berkurang, kang ada yang patah terkehel terseliuh kaki. Tiada kojo cari kojo.


Minat aku pada lelagu lama sesuai dengan zaman aku adalah lelagu 60an membawa ke penghujung 80an. Rasanya diketika itu andai ada kesempatan dan sedap dipendengaran, pantas sahaja aku ke kedai rekod(kedai jual piring hitam) mencari membelinya. Akan aku mainkan untuk halwa pendengaran sendiri di bilik guna portable record player. Tapi kini makin mudah. Teringin teringat hendak dengar apa sahaja lagu, cuma search tajuk lagu di youtube dan tersedia deretan lagunya dengan pelbagai versi. Hendak versi asal, hendak versi rakaman baru dan tekini ada lak versi 'AI' yang lagi advance malah 'mantap' music arrangement-nya.


Pilihan ditangan sendiri. Seperkara lagi aku juga minat menulis kisah yang telah aku lalui sebagai dokumen 'sejarah' kehidupan aku. Terpengaruh dengan pembacaan 'autobiography' mereka yang boleh dikatakan telah 'berjaya' dalam hidup ikut penilaian mereka dan masyarakat setempat mereka. Penceritaan dari sejak lahir dan sehinggalah saat menunggu kematian mungkin sebagai satu cara 'healing' melalui fasa terakhir kehidupan. Aku-pun mahu menghasilkan seumpamanya. Tiada yang mustahilkan.


Diketika ini, headphone ditelinga tengah kedengaran lagu S. Jibeng, Setahun Janji...@ Inai Dijari, sedang diwaktu yang sama aku tengah menukilkan coretan yang apa-apa ni di platform 'Notepad Free'. Canggihkan. Boleh lakukan dua 'kerja' dalam satu masa. Buat mereka yang telah meninggalkan kita sebelum kita pula menyusul kemudian, tidak berpeluang rasai akan apa yang kita rasai. Dizaman awal 70an di Malaysia yang baru hendak mengorak langkah dengan segala serbinya kekurangan tentulah tidak terfikirkan.


Ini cara aku manfaatkan masa. Dikala tahap kesihatan yang tidak memungkinkan aktif bergerak terlalu extreme dan perlu kawali diri dari renyah tak tentu arah yang mana akan memudaratkan kesihatan, so option yang aku ada amatlah terhad. Aku harus terima kenyataan ini. Pernah aku buat 'nakal' tidak dengari nasihat doktor. Kesannya macam hendak habis nyawa. Bernafas tersekat sekat. Rasa sakit tidak keruan. Serik alami maka aku kini lebih berhati hati membuat apa sahaja kerja lebih lebih lagilah yang melibatkan banyak pergerakan.


Most of the time, aku confined myself di rumah. Ketikanya hendak solat, memandulah ke masjid. Cari sarapan atau perlu dapatkan keperluan harian on and off sifatnya, menujulah aku with lovely ke destinasi tujuan. So, tiada yang lainnya seharian. Hari balik hari, perkara yang samalah aku buat.


Bagi memenuhi masa, sudah bertahun jugalah aku ikuti 'kelas' pada awalnya berdepan dan sekarang ni secara 'online' akan bahasa Arab Al-Quran. Belajar demi memahami Al-Quran berperingkat peringkat. Capaian internet yang makin cekap lagi pantas menjadi pemangkin kearah percepat usaha untuk fahami dan 'taddabur' setiap ayat yang dibaca.


Harapan dihati moga tercapai hajat ini. Ya Allah, perkenankanlah....Ameen. 

Thursday, April 16, 2026

Selesai sudahkan...

15 APRIL 2026, 12:25

Selesai sudahkan...

Aku tidak akan berhenti memikirkan sekiranya tugasan yang perlu aku sempurnakan lagi tertangguh disebabkan hal yang boleh diatasi. Puncanya 'material' yang perlu tidak aku bawa bersama ke Taman Sri Bahagia. Socket 1/2 inci with inside tread on both side, benda yang penting ini, terlepas pandang.

Aku sampai di rumah sewa Usop ini dalam kurang lebih ke 7:30pm petang Selasa hari Isnin. Keluar dari rumah dan mulai memasuki highway sekitar 4 petang. Trafik Plus Highway arah selatan tidaklah sesak mana. Pandu santai santai sahaja. Bila perlu sahaja, akan aku accelerate 110km/h atau sampai 120 - 130km/h dalam usaha memotong deretan lorry. Pendekkata tidak perlu rushing. Hits the road at 4:00pm and reaching Tampoi at 7:30 tu, bolehlah consider as normal journey. Amat bernasib baik tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan. Syukur alhamdulillah aku panjangkan kepada Allah swt.

Sebaik membuka pintu rumah, tidak lengah lagi aku memantau bilik air yang hendak aku upgrade-kan. Instinct aku mengatakan semacam ada yang 'kurang'. Bila aku perhatikan kedudukan paip yang mahu aku perelokkan dan memeriksa barangan yang aku datangkan khas dari Melaka macam tidak lengkap. Sah socket 1/2 inci tidak kedapatan. Nampak gayanya esok kenalah ke Mr. DIY mendapatkannya.

Punyalah bersemangat tapi ada sahaja halangan yang terlepas pandang. Tertangguh lagi. Selepas bersarapan di kedai makan 'viral' kat Larkin, pekena lontong darat selalunya tapi kali ini diajaki anak, aku pilih roti canai 'kosong' sahaja. Selera hendak makan banyak dah mulai menurun. Pasal takut tak habis kalau aku order lontong darat yang banyak dibubuhnya serunding kelapa, so pilihan tu consider appropriate. Selesai bersarapan, aku ajaklah ke Mr. DIY kat Damansara Aliff. 

Mr. DIY @ Damansara Aliff..nie jerr




Lepas sarapan...menonong ke sini  




Cari punya cari, tak ketemuan pulak. Habis section menempatkan hardware dari shelve paling atas membawa ke paling bawah dan jenuh scan satu per satu, bayangpun tak nampak. So, aku ambil-lah yang related bawa ke counter pembayaran. Usop paid everything yang aku ambil termasuk barang yang dia hendak beli. Malang sekali lagi, size pulak tidak ngam. Sepatutnya size 1/2 inci ke 1/2 inci tapi terambil yang 1/2 inci ke 3/4 inci. Perasan bilamana didalam bilik air hendak mulai operasi.

Masih bersemangat. Kena keluar lagi-lah mencari. Kedengaran borakan anak beranak berdua yang akan ke MyDin pula di Mutiara Rini cari barangan 'basah' lepas Asar nanti. Aku nyatakan eloklah tu kerana aku nak cari 'barang' yang tak berjumpa di Mr. DIY @ Damansara Arif tadi. Sesampai sahaja kat premis myDin tu, menonong sahaja aku ke tingkat atas menempatkan barangan hardware manakala mereka berdua di tingkat satu bahagian supermarket. Sekali lagi aku dikecewakan. Hampa tidak ketemuan.

Usop tidak berapa fit memandu. Pening pening kepala yang masih beluh kebah sejak jatuh motor seminggu sebelum Raya. Jadinya masa pergi dan balik ke Tampoi, akulah yang drive. Tidak berpuashati dengan situasi ini, maka aku 'decide' untuk jengah di Lotus pula dibangunan bersebelahan sahaja. Harap harap, harap harap lah akan dapat apa yang aku cari. Waktu sudah hendak Maghrib. Cecepat aku bergegas menaiki 'walking' escalator yang terasa sangat 'slow' bergerak. Dalam masa hendak melangkah masuk ke entrance Lotus, terpandanglah akan Mr. DIY berhampiran. Kelihatannya lagi besar dan lagi meriah dari kat Damansara Arif tu. Rambang mata dibuatnya. Memandangkan hendak cepat dan pastikan semuanya under control maka aku membuat sedikit perubahan. Susah sangat hendak cari socket with outer tread on both side maka aku akan beli 'T' socket instead. Malah aku beli hose 1/2 inci yang paling panjang yang ada terjual. Hopefully tiada lagi obstacle menyudahkan 'projek' besar aku ni.

Hendak tak hendak kena jugalah aku buat adjustment akan mana yang boleh. Tak mahu bertangguh lagi. The next day lepas bersarapan roti telur sahaja di rumah, aku laksanakan tugasan yang asyik tertangguh.

Hasilnya as shown here. Hendak dikatakan berpuashati juga tidak kerana ada benda lain yang patut ada bagi menampakkan kelainan. Ianyanya adalah bended hose buat ambil wuduk macam dalam tiktok yang suruh viewer beli. 


Next round bila datang lagi ke Tampoi, aku akan bawanya bersama. Mungkin hendak carinya di 'Cowboy' kat Cheng. Baru boleh berpuashati masa tu.



Saturday, April 4, 2026

Mendaftar masuk ke ITM

Mendaftar masuk ke ITM

April 4, 08:59

Dipagi Sabtu ini tetiba ingatan aku menerawang or ‘flashback’ ke tahun 1984. Entah kenapa ianya muncul. Masih segar terbayang saat aku hadir ke pusat pendaftaran asrama. Asrama Perindu adalah rasminya jadi kediaman aku untuk 2 tahun pertama. Bermula dengan Perindu 4 di semester 1 kemudiannya ke Perindu 3 sebilik dengan rakan sekursus, abang Latif(paling senior disegi umur) dan saudara Roslan(sebaya). Abdul Latif bin Abdul Rahman adalah orang Kelang atau lebih tepat lagi orang kampong Delek Kanan. Tidak jauhpun dari kampus Shah Alam. Manakala Roslan ni pula adalah orang Pahang. 2 semester aku bersama mereka berdua. Buat semester ke 4, aku masuk ke Perindu 2. Latif dan Roslan telah memilih untuk mendiami Asrama Delima yang telah siap sepenuhnya pada awal tahun 1986. Mereka berdua ini memang close buddy. Aku pula selang semester mendahului aku, memohon untuk masuk ke Asrama Delima yang serba baru berpenghunikan 2 orang sebilik. Final year aku duduk 2 semester @ setahun untuk semester ke 5 dan semester akhir.

Aku datang ditemani Abang Long sekeluarga berkereta ‘Datsun’ ketempat pendaftaran sepertimana yang tertera didalam surat kemasukan pelajar baru untuk sesi Julai 1984. Masni dan Sofyian turut serta dalam ‘rombongan’ ke ITM, Shah Alam. Kak Long berusia 10 tahun dan Sufian pula berumur 8 tahun ketika itu. Lina dan Azlan masih kecil lagi, dijagai Kak Long @ Kak Adek di Sri Pahang, Bangsar. Mungkin akan datangkan kesulitan bila reramai dan rasanya lebih selesa dirumah, agak akulah pada pemikiran abang Long.
 
Sebijik cam nie...warna kuning telor



Berbeza dengan pertama kalinya aku hadir bersama keluarga berhimpit himpit dalam ‘station wagon’ 2 pintu lagi dari Alai pada tahun sebelumnya ditempat yang sama. Satu event yang besar kerana anak Nyah yang bongsu diterima masuk ke ITM, Shah Alam. Tentulah semuanya gembira. Bro, hang camner. Akupun turut jugalah happy walau terbuku rasa terkilan dihati. Ikutkan, akulah yang sepatut terlebih dahulu melangkah masuk ke institusi pengajian ‘tinggi’. Bapak juga emak tidak pula tunjukkan rasa kecewanya atau tidak ketara sangat keatas aku. Cumanya, jauh disudut hati, sejujurnya tentulah mereka berdua agak terkilan harapan melihat ‘wakil’ yang hujung hujung ni tidak sepertimana yang didambakan. Setidak tidaknya, kejayaan anak bongsunya itu mengubat luka kekecewaan atau mungkin memadam terus akan apa yang telah berlaku.

Aku tanamkan keazaman atas ‘second chance’ yang aku terima dalam membuktikan yang aku juga mahu mengembirakan keluarga dalam kapasiti yang aku miliki ketika itu. Ianya juga sebagai satu manifestasi peribadi agar tidak dianggap keterlaluan as seorang ‘born loser’, so to speak. Aku seolahnya tersedar akan betapa berharapnya mereka terutamanya mak dari gagalnya aku untuk ‘pergi’ lebih jauh lagi berbanding dengan adik aku itu. Memang dapat aku rasakan sedemikian biarpun tidak diungkapkan oleh mereka. Aku mengerti.

Bertitik tolak dari situasi yang sendiri melihatnya membuatkan aku untuk bangkit. Gagal tidak selamanya akan gagal, memujuk diri untuk gandakan usaha. Aku mengorak langkah perbaiki kesilapan memastikan ‘ujian’ peperiksaan ulangan SPM dan STPM serentak pada penghujung tahun 1983 membuahkan sesuatu. Kita merancang dan berusaha tapi perancangan Allah swt mengatasi segalanya. Tentu sahaja perancangan Allah swt lebih unggul dan sempurna. Muslihat-Nya tidak mungkin terdaya untuk diagak diandaikan dengan tepat. Biarpun result aku itu yang begitu aku harapkan agar lebih baik tapi sekadar ‘sedikit’ baik dari yang pertama kali diduduki, memadai buat diri untuk ‘lolos’ masuk ke ITM di sesi julai 1984.

Bersyukur ke-hadrat Illahi yang mendengar kelohan hati hambanya. Cabaran kehidupan kehadapan akan ditempuhi. Tiadanya istilah mengalah biarpun tidak ketahuan ‘what’s it for me’ secara khususnya. Ketika itu siapapun tidak menjangkakan besar mana atau sekejam manakah rintangan yang perlu aku tempuhi. Skrip perjalanan kehidupan aku masih diperingkat permulaan dan sedikit demi sedikit mulai jelas.

Dibatas usia aku kini, barulah mulai mengerti segala dan sesuatu yang terjadi. Biarpun roda kehidupan aku ini masih berputar dan akan terus berputar sehinggalah ‘detik’ akhir, segala kejadian yang dilalui dihadapi samada ianya dirasakan terpaling ‘terbaik’ ikut pertimbangan kita atau sememangnya menuruti ‘acuan’ yang diaturkan oleh-Nya, seharusnyalah aku redha akan ketetapan Dari-Nya.

Lu sapa hendak demand yang bukan bukan dan macam macam. Kenalah terima realiti dalam kehidupan ini. Namun, aku tetap berharap teramat yakin dimana sesuatu penuh misteri menanti.