Thursday, November 15, 2018

Kejam tindakannya

14 NOVEMBER 2018, 08:25
Longkah sahaja untuk aku mencatatkan sesuatu pagi ini bertitik tolak dari berita ringkas yang dilaporkan oleh Buletin Sinar. Ianya mengenai seorang suami yang menikam bertubi-tubi akan isterinya diPasir Gudang. Berita didengari dalam haluan balik dari menghantar Meera kesekolahnya untuk hari kedua peperiksaan SPM 2018. Sesampai dirumah meluru laju sahaja untuk aku mendapatkan berita penuh kejadian yang berlaku ini. Online news adalah sumber paling cepat. Aku taipkan dikeyboard 'suami tikam isteri + pasir gudang' dan bila button enter ditekan, maka berderetlah laporan yang keluar. Teratas sekali Sinar Harian diikuti pula oleh Sarawakvoice.com dan ketiga barulah Utusan Online.

Maklumat yang lebih berupa copy & paste dikalangan media online membuatkan aku memilih laporan dari Utusan Online untuk dibacai. Bukan kerana established medianya tapi cara pemberitaan wartawannya, Mohamad Faizal Hashim, lebih straight-forward dalam pemberitaan jenayah. Pun begitu, mungkin stigma yang melekat kejap pada Utusan oleh pembaca berpunca dari campurtangan kalangan politician kita sebelum ini, Sinar Online lebih dibacai hanya dengan headline 'Polis sahkan kejadian suami tikam isteri' yang bagi akulah beritanya tidak panas lagi. Pembaca bebas untuk memilih dari sumber mana yang dimahukan. Selesa dengan Sinar, teruskan. Masih meyakini Utusan, teruskanlah. Apapun, berita yang rasanya terlewat 2 hari bagi diri ini amat memeranjatkan. Itupun asbab mendengari berita ringkas Buletin Sinar.

Rujuk, suami tikam isteri...apsal bro?, untuk butiran lanjut.

Fakta yang diberikan tentulah sahih rasanya. Tiada element exaggeration sepertimana dalam pelaporan mengenai aktiviti politik yang lebih kepada persepsi dengan andaian kemungkinan jadi berlaku atau sekadar telahan masa depan dirinya sendiri. Isteri dan suami yang masing masing berusia 21 tahun dan 24 tahun tetiba sahaja menjadi perhatian awam. Netizen, istilahnya yang merujuk kepada pembaca diinternet, pantas sahaja akan memberi komentar berpandukan berita yang dicatitkan dan ikut pandangan sendiri ketika menghamburkan pandangan pendapat dan buah fikiran masing-masing.

Drama tikam perut dan kelar leher ini adalah sesuatu yang kalau bolehlah tidak mahu berlaku walau apapun permasalahan yang mereka berdua lalui. Menghukum melulu akan tindakan yang dilakukan oleh sang suami ini amat tidak adil selagi keterangan darinya belum direkodkan. Amat diharapkan semoga si suami yang sampai hatinya bertindak nekad sedemikian ditempat awam pula memberi penjelasan sejujur-jujurnya demi mempertahankan tindakan yang telah diperbuatnya. Hendak kesalpun sudah tidak berguna. Satu Malaya, orang sudah tahu. Cumanya bagi pembaca dan pemerhati tidak bergaji pula yang tiada kaitan pertalian kekeluargaan amat berharap sangatlah agar kebenaran ditegakkan serta pihak yang ternyata bersalah perlu redha menerima hukuman.

Tindakan seseorang amat tidak terjangkakan. Segala yang diperlakukan tentulah telah diambilkira buruk baiknya terlebih dahulu. Namun tindakan mencederakan isteri sampai ketahap cubaan 'membunuh' bukanlah suatu tindakan yang betul apatah lagi untuk dianggap paling tepat. Pasti bagi dirinya, inilah yang terbaik dan harus dilakukan. Tanpa berfikir panjang dan melulu sahaja tindakan adalah sikap yang tidak harus ada pada diri dalam mengharungi rencam kehidupan. Orang muda begitulah, mungkin inilah statement yang terlintas difikiran, dan berbuat sesuatu tanpa berfikir panjang. Ujian yang dari sudut pandangan kita yang sekadar memantau dari jauh ini dan ada kemungkinan benarnya ialah teramat 'unbearable' ujian yang terpaksa beliau hadapi.

Tak orang tak kita. Kitapun kalau diuji mahu terlingkup jadinya. Aku amat bersimpati kepada kedua mereka suami isteri ini. Walaupun dikhabarkan dalam proses perceraian yang semestinya ada 'isu' yang sesama tidak mampu selesaikan, apa yang telah berlaku tidak mungkin dapat diundur kembali. Permasalahan demi permasalahan akan terkait, berkait dan akan mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan. Bertimpa timpanya permasalahan tentunya lagi mengusutkan fikiran. Semoga mereka berdua tenang menghadapinya. 

Dalam pada termanggu memikirkan, aku teringat lagi masa sessi anak buah yang ter'latest' bernikah di Duyong pada malam Tun M hadir singgah ke Melaka untuk mengegarkan bumi Melaka berkempen untuk PH. Hari Jumaat, 4 May 2018, malam Sabtu lepas Isyak aku hadir menyaksikan majlis akad nikahnya. Sepertimana yang telah aku lalui, Amin juga perlu membaca takliq nikahnya bermicrophone lagi untuk didengari oleh semua yang hadir pada malam itu. Lafaz penerimaan tanggungjawab pengantin lelaki terhadap isterinya yang antara isi kandungannya adalah pemberian nafkah zahir dan batin, penjagaan perlindungan sesempurna mungkin serta jaminan keselamatan dan harus juga memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah swt. Rasanya mana mana negeripun ada lafaz ikrar ini, cuma mungkin ada slight differences antara negeri. Apapun, pokok isunya adalah janji yang diperakui dan dibaca pula dalam keadaan sedar lagi waras tapi applikasinya didalam kehidupan mendatang semacam terabai pula. Sepatutnya dan seharusnya pasangan yang dinikahkan mengamalkan segala lafaz ucapan yang dibaca dan didengari oleh sang isteri serta kerabat yang mengerumuni majlis mereka dalam mengujudkan kebahagiaan, keharmonian dan kerukunan berumahtangga.
Bergambar kenangan dengan anak buah selepas akad nikahnya


Dimalam yang sama, berjarak 2km sahaja...Drone merakamkannya.
Sebenarnya, apakah yang menghalang?. Pihak yang menghadirkan teks ikrar ini tentunyalah telah penuh upaya untuk merumuskan akan hal hal yang perlu dipentingkan oleh pasangan pengantin. Tapi dari aspeks pemantauan perlaksanaan tidak pula ditekankan. Membaca sekadar membaca dan tidak dituruti memahami melaksanakan. Sebab itulah dalam konteks kejadian yang terjadi pada Ahad, 9:30pm 11/11, sepertimana yang dilaporkan, aku amat meragui akan sejauhmanakah pemahaman sang suami yang bertindak diluar norma masyarakat melayu yang konon biasanya, penyantun penyayang dan tiba tiba pula boleh mengamok tidak tentu pasal. Mesti ada sesuatu yang 'menghantui' fikirannya bertindak diluar batas kewarasan. Mungkin benar jugalah akan kata-kata pakar dibidang perunding rumahtangga yang mengandaikan pengantin yang membaca 'lafaz takliq' seringkali gagal untuk memahami kerana mungkin itulah pertama kali dalam sejarah hidupnya untuk dibacai dan juga pada masa tersebut dirinya telah diseliputi oleh perasaan gembira kerana baru berkahwin dan menjadi tumpuan lagi bergelar raja sehari. Selepas selesai akad nikahnya dan dengan perasaan 'nervous' masih membahang dalam diri lantas disuruh pula membaca akan takliq tanpa memikirkan akan apa yang dibaca. Jurang masa yang singkat antara akad nikah dengan pembacaan 'takliq' dan bagi diri pengantin pula kalau boleh mahu segera dihabiskan upacara penuh formality ini, so dirinya hanya sekadar menurutinya sahaja tanpa memahami kesan implikasi dimasa mendatang.

Di Johor, khabarnya  majlis akad nikah disana mengambil masa yang agak panjang untuk disudahi. Bermacam-macam aturcara dirangkumkan. Bukanlah hendak mengatakan kepincangan yang timbul ini akibat dari panjang sesangat akan event akad nikahnya, tapi ingin melontarkan persoalan akan apakah kekurangan yang harus ditambahbaiki. Kes yang bolehlah dianggap terpencil ini sudah tentu akan menjadi 'eye-opener' untuk pihak yang berkepentingan dan berkaitan untuk sesama merungkaikan demi kemaslahatan masyarakat.

Dibawah ini adalah teks yang dimestikan dibaca dan tidak terkecuali buat sisuami yang bertindak agresif ini.

Bagi Pengantin Lelaki yang mengahwini Pengantin Perempuan di Negeri Johor, Taklik dilafazkan adalah :

“مانكالا ساي تيڠڬلكن استري ساي.....﴿نام استري﴾.....سلاما 4 بولن هجرة برتوروت-توروت اتاو لبيه دڠن سڠاج اتاو ڤقسا دان ساي اتاو واكيل ساي تياد ممبري نفقه كڤداڽ سلاما ماس يڠ ترسبوت ڤدحال اي طاعةكن ساي اتاو ساي لاكوكن سبارڠ مضرة كڤد توبوه بادنڽ اتاو كهورمتنڽ اتاو هرتا بنداڽ، كمودين اي مڠادو اتاو واكيلڽ مڠادو كڤد كادي دان مانكالا سابيت ادونڽ د سيسي كادي اتاو محكمه شرعية دان اي اتاو واكيلڽ ممبري كڤد كادي باڬي ڤيهق ساي $1.00 مك كتيك ايت ترطلاقله اي دڠن ساتو ‘طلاق خلو'، اتاو ساي غائب درڤد استري ساي يڠ ترسبوت سلاما ساتو تاهون اتاو لبيه، جك اي اتاو واكيلڽ مڠادو كڤد كادي دڠن بركات اياڽ تيدق ترتوڠڬو لاڬي اكن ساي مانكالا برسابيت ادونڽ، نسچاي ترطلاقله اي ساتو طلاق، دمكين لفظ تعليق ساي.“

“Manakala saya tinggalkan isteri saya.....(nama isteri).....selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu ‘talak khulu’, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik saya.”

Dari sisi lainnya pula, aku tidak dapat mengambarkan akan bagaimanakah penerimaan kedua ibu dan bapa serta mertua akan tindakan nekad anaknya/anak menantunya ini. Terkejut adalah sesuatu yang pasti. Tapi terkejut sahaja tidak memadai tanpa tindakan susulan yang seharusnya diambil. Apakah kerabat siisterinya, samada abang atau adik juga sepupu lelakinya akan hanya sekadar redha sepertimana mungkin ibu dan bapa sang isteri mengambil pendekatan 'terpaksa' menerima hakikat yang telah terjadi ini. Apa pula yang akan terjadi sekiranya pihak perempuan bertindak balas. Alamatnya tidak berkesudahanlah.

Bagi  yang mahir akan hukum jenayah islam akan membacanya dari sudut perundangan islam pula. Dalam Islam, jenayah diertikan melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah swt atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya. Sebagai pencerahan, hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada : 1. Hukum Hudud. 2. Hukum Qisas. 3. Hukum Ta'zir. Kat Malaysia ini, cukup popular  dengan hukum hududnya walaupun orang kebanyakan tidak mengetahui butir lengkapnya kerana tiada pendidikan formal tentangnya. Kita menyerahkan tanggungjawab ini kepada pakar perundangan islam untuk mengawal selianya. Orang awam mengikut sahaja. Apapun, hudud bermaksud menahan atau mencegah. Namun dari segi istilahnya ianya ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan asSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah swt. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

Dalam kes di Pasir Gudang ini, Hukum Qisas adalah digunapakai. Qisas disegi bahasa bermaksud 'memotong' dan dari segi syarak pula bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas al-Quran dan hadis-hadis Nabi saw kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu. Antara jenayah qisas ini pula yang wajib menerima hukuman qisas seperti membunuh dengan sengaja, mencederakan anggota tubuh badan. Manakala pelakunya akan dihukum dengan hukuman yang sama sepertimana yang telah dia lakukan keatas mangsanya. Jadinya kalau dia membunuh, maka diapun mesti dihukum bunuh.

    “Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya”
    (Surah al-Maidah ayat 45)

Matlamat  Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir

  1. untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
  2. untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
  3. untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.

Tak pasal pasal, mungkin akibat dari panas baran yang tidak terkawal dan gagal mententeramkan perasaan yang akhirnya mengakibatkan tindakan melulunya ini menjadi makin rumit. Omputihnya, complicated. Rasanya, mahukah sisuami ini ditikam dan dikelar sedangkan sebaik melakukan telah menghilangkan diri sampai ketahap diburu polis pula. Undang undang tetap undang undanglah. Kalau dia tidak sanggup menerima kesan akibat perlakuannya itu, mengapakah sewenang-wenang dan sesuka hatinya mencederakan orang lain. Entahlah samada dia tahu hukum ataupun tidak, tindakan mencederakan orang perlu menerima balasan. Sekiranya didakwa di mahkamah sivil, penjara atau hukuman denda atau kedua-duanya sekali tentulah sudah pasti. Andai dihadapkan ke mahkamah syariah pula maka lain pula jadinya. Apa sanggupkah dia menerima hukuman setimpal dengan perbuatan yang dilakukan, reciprocal. Kalaulah ada rasa simpati dari mangsa,yakni isterinya, mampukah dia membayar 'Diat' yang ditetapkan syarak sebagai ganti 'qisas'. Mahal harga yang perlu dilunaskan. Rujuk kadar Diat dibawah ini. Spontan menepuk dahi kita. Tapi inilah jalan keluar yang ada buat pelaku demi untuk membersihkan dosa dan penyelamatnya dari siksaan azab akhiratnya.
Kadar Diat
Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan  unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
  1. wang emas  =  1000 dinar
  2. wang perak  =   10,000 -12,000 dirham
  3. lembu            =   200 ekor
  4. kambing        =   2000ekor
  5. Persalinan    =   200 persalinan lengkap

Diat jenayah membunuh.

  1. 1.  Pembunuhan sengaja -  100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp ;
    1. 30  ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
    2. 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
    3. 40 ekor Hulqah 
    Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas @ diatDiat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh dikenakan. 
  2. 2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun.
  3. 3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;
  1.  20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
  2. 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
  3. 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
  4. 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
  5. 20 ekorBintuMukhad(unta betina berumur 2 tahun)
 Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahajaQishas tidak dikenakan.
  1. Diat perempuan 1/2 drp diat lelaki
  2.  Diat hamba 1/2 drp diat merdeka
  1. Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.
  2. Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)
  3. Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.
  4. Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.
b. Diat jenayah mencederakan anggota
  1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
  2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan  telinga.
  3. ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)
  4. ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)
  5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4  bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.
  6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)
  7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
  8. 10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.
  9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)

Itulah, bertindak tanpa berfikir panjang dan bak kata perpatah, 'Sudah terantok baru nak terngadah'. Pak Hamid Ghurka pula kata dalam filem 'Zombie Kampong Pisang' - 'Dah terlambat dah...'  

                                            Layan jerr... suratan takdir. 

والله أعلم بالصواب
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments: