8/25/2018 8:12 AM
Sengaja aku set tajuk coretan ini sepertimana yang tertera. Sebenarnya ini adalah sambungan dari catatan terdahulu agar tidak terlalu panjang jadinya. Belumpun aku ulas lagi tapi coretan yang terhasil mungkin tersasar sedikit dari matlamat yang aku ingin sampaikan. Maklumlah, bukan penulis pro tapi sama sibuk hendak menukilkan sesuatu , juga ingin merasai bagaimana perasaan bila hasil tulisan dapat diabadikan.
Sepuluh ayat pertama dari surah Al-Baqarah ini sememangnya amat familiar dan kerap dibacakan tapi masih aku tidak mampu apatah lagi yakin untuk melafazkannya ketika bersembahyang. Pernah jugalah attempt tapi agak teragak-agak serta lambat pula melafaznya. Maknanya kena lebih banyakkan drill menghafaz sebelum meyakini memberanikan diri mencubanya lagi. Apapun, inilah realitinya yang terkenangkan bilamana aku sedaya upaya menghafali sehinggalah datangnya keberanian melafazkan ketika bersembahyang. Kata orang, 'Alah bisa tegal biasa'. Mungkin barangkalinya, inilah 'ujian' yang aku perlu tempuhi demi mendapatkan 'ruyung'. Mana pernah terjadi, kejayaan tetiba terjelepok jatuh pada seseorang. Tidak pernah terdengarkan olehku sehinggalah kedetik ini. Apa yang kerap didengari dan biasa pula terjadi adalah kegigihan, kepatuhan melaksanakan serta mengikut urutannya sahajalah yang membawa kepada bibit-bibit kejayaan.
Bagi yang jarang membaca apatah lagi yang tidak pernah membaca pastinya sukar untuk memahamkan akan apa yang dilafazkan. Sebut sekadar sebut sahaja tanpa mengerti akan apa yang disebutnya. Sedih pastinya bilamana kita mengetahui yang ternampak seperti 'alim' yakni berpengetahuan tapi kehidupan harian yang sepatutnya adalah refleksi dari sembahyang yang didirikan amat ketara berbeza. Mana silapnya, dimana pula kekurangan dan apa sepatutnya diperbaiki. Banyak hal yang berligar-ligar sehinggakan kita tidak tahu yang mana harus didahulukan. Kemampuan tentunyalah terbatas tapi keinginan amat melampau besarnya. Kita sememangnya inginkan dengan kadar segera akan segala-galanya. Hendak pandai, kalau boleh esok sudah mahir. Keterujaan untuk berjaya, untuk mengetahui, untuk menyelesaikan dan untuk apa sahaja yang dihajati memang tidak dapat dikawali. Namun segalanya perlulah mengikuti norma-norma yang telah ditetapkan. Tidak boleh main hentam keromo sahaja. Ada adapnya. Ada aturannya.
Dalam konteks kita ini, orang melayu yang ingin mengetahui bahasa Arab yang seharusnya telah 'well verse' sebelum akil baligh sebenarnya bernasib baik. Berapa banyaknya perkataan yang kita tuturkan dan tanpa kita ketahui adalah bersusur galur datangnya dari Bahasa Arab. Hanya perlukan kegigihan yang padu dengan tumpuan yang penuh dan dalam sesingkat masa sahaja kita mampu melakukan. Asas sudah ada cumanya cara macammana hendak kita fahaminya yang perlu dipertingkatkan. Tiada jalan pintas tapi berusaha tanpa jemu pasti akan menghasilkan kejayaan. Yakinilah.
Kita ambil contohlah; " مَجَلَّةٌ ", yang bila disebutkan 'maj'jalatun'(secara transliterasinya) dan bila di-associate-kan dengan Bahasa Melayu ianya dimaksudkan majalah. Straight-forward. Semua orang tahu, budak sekolah rendahpun tahu. Tapi bila kita masuk lebih jauh kedalam lagi, pastinya banyak sebutan yang terasa janggal serta lain pula dipendengaran. Misalnya; "رَاكِبٌ " , sebutannya, 'raakibun'. Adakah 'in split second' kita mengetahui apa itu raakibun yang disebut. Sebabnya kita tidak familiar lagi dengan bahasa Arab. Andai sudah 'hebat' nanti, ianya 'kacang' sahaja. Dua contoh yang diberikan ini hanyalah sebagai 'appetizer' sahaja untuk push ourself dalam misi kita mengetahui sebenar-benarnya akan apa yang kita semua lafazkan dalam sembahyang. Sembahyang tiang agama. Statement ini telah kita dengari lama sudah. Tapi apakah tindakan susulan sejak sekian lama sebagai individu dan dalam kalangan masyarakat Malaysia amnya dan terlebih penting lagilah dalam kalangan Muslim khasnya telah, sedang dan akan kita laksanakan.
Tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Sejauhmanakah kita telah bergerak kedepan.
No comments:
Post a Comment