Thursday, August 2, 2018

Masing masing


Pagi ini semasa memasuki ke taman selepas selesai menghantar anak ke sekolah masing masing aku terperasankan seorang wanita dalam lingkungan umur 30-an sedang menyapu dibahu jalan. Wanita ini yang beruniform 'Southern Waste', bertudung sedang tekun dan tangkas menyapu sampah yang berada dipersekitaran kawasan jagaannya. Selama ini, aku tidaklah terperasankan gerangannya tapi pagi ini aku berkesempatan terserempak pula dengannya.

Semasa mendaki cerunan bukit, beliau betul betul disebelah kiri diselekoh bahu jalan, sedang bertugas. Nampak jelas wajahnya. Orang Melayu orang kita. Spontan itu jugalah terdetik untuk aku menukilkan sesuatu bertitik tolak dari apa yang aku perhatikan dan menarik pula sebagai input catatan. Dalam pada bermonologue aku telah hampir sampai ke pangkal padang sebelum tiba di kediaman rasmi aku buat masa sekarang dan entah bilalah pula perlu melaporkan diri ke kediaman 'rasmi' yang kekal. Sanggup pula dan tidak pernah pernah aku buat 'u turn' hanya kerana hendak ambil gambarnya untuk diabadikan dalam catatan ini. Sementelahan pula aku bercuti hari ini maka ruang kesempatan yang hadir ini tidak aku sia-siakan begitu sahaja. Berpatah baliklah aku ke depan taman mencari dirinya. Tidak pula kelihatan. Terdetik dihati, pantasnya dia bekerja....sekejapan tidak terlihat lagi. Aku menyusuri deretan kedai sehingga ke pinggiran kawasan Masjid Raudhatu Al-Jannah. Kelihatan cuma beberapa gerai sementera sedang berjualan sarapan pagi. Pelbagai menu ada untuk dipilih mengikut selera memasing. Melilau mencari, akupun berpatah balik kelaluan masuk ketaman sambil berharap terserempak sekali lagi dengannya. Menghampiri laluan masuk utama dan diseberang jalan berdepan blok kedai ketika aku berhentikan kereta seketika memantau lokasinya, tetiba dia muncul dengan penyapu berpemegang kayu dari celahan kereta yang diparkir. Tidak lengah lagilah aku 'zoom in' kearahnya merakamkan aksi dia sedang bertugas.

Hah...itupun dia

Zoom-in



Kebiasaan yang dialami selama ini dan juga yang diandaikan, wanita pertengahan umur selalunya di waktu yang terlihatkan pagi ini sekitar 7:25 pagi sepatutnya sedang sibuk didapor. Menyediakan kelengkapan serta sarapan pagi buat anak dan suami sebelum kesekolah dan ketempat kerja masing masing. Tetapi pagi ini aku dihadapkan dengan kelainan yang luar dari kebiasaan yang difikirkan selama ini. Semua kita melalui fasa kehidupan yang berbeza. Maka haruslah juga kita menerima rencam kehidupan yang berwarna warni ini seada dan sepatutnya. Mempertikaikan serta mempersoalkan apatah lagi menghukum dan lebih teruk lagi mencela akan apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang dilihat adalah amat tidak adil. Siapalah kita yang macam bagus sahaja mahu memberi komen melulu tanpa usul periksa akan duduk perkara sebenar. 

In split second pula aku terkenangkan si Nazrudin Bin Rahman, pengacara JJCM @ jalan jalan cari makan, yang pertikaikan isu 'mati syahid' tanpa meneliti dulu hal yang sebenarnya berlaku dan akhirnya sendiri juga yang malu hingga terpaksa membuat pengakuan permohonan maaf secara terbuka.

Rujuk 'terlajak-cakap-yang-berpadah' sebagai renungan bersama.

I rest my case...

No comments: