Thursday, August 16, 2018

Faham, laksanakan...


8/10/2018 2:44 PM

Jumaat kali ini dirasakan lebih bermakna. Bukanlah keajaiban yang telah berlaku tapi kebiasaan yang dilalui berjumaat dengan khutbahnya, dengan bacaan surah dalam sembahyangnya serta bacaan doanya yang dituturkan oleh imam membawa pengertian yang mendalam dalam diri. Sebelum sebelum ini dan setiap kali berjumaat, aku akan mengandaikan yang diri ini adalah orang yang paling terkebelakang atau senang kata, corot, dalam ranking orang yang hadir berjemaah jumaat. Aku merasakan yang  'Pak Imam', tapi rata-ratanya kini lebih muda dan kebanyakkannya dalam lingkungan awal 30an dan sepatutnya aku 'address' mereka ini sebagai 'adik' imam, telah lowered-kan level pembacaan surah dalam sembahyang jumaat kali ini. Mungkinkah hasrat hati yang aku pendamkan didengariNya. Memang menjadi sesuatu yang meresahkan bila apa yang dituturkan tidak difahami. Asas mungkinlah tidak kukuh tapi hal ini tidak pula bermakna yang kita harus membiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Seharus dan sepatutnya punyai keazaman untuk mengetahui setiap apa yang dilafazkan oleh imam apatah lagi yang sendiri lafazkan ketika bersembahyang bersendirian yang asyik sangat mengulang ulang ayat yang kerap dan biasa sahaja. Masih tidak berani untuk membaca didalam sembahyang akan ayat-ayat al-quran lainnya. Khatam membaca belum tentu lagi mampu menutur ketika bersembahyang. Ini aku akuinya walaupun berkali-kali khatam ketika berguru dengan Atok Deraman Kling dizaman sekolah rendah aku dulunya. Masa itu lebih kepada melafazkan bacaan tapi diistilahkan sebagai 'mengaji' dan tidaklah sampai ketahap mengetahui maknanya. Itu dulu. Tapi kini, kenalah proaktif mengetahuinya.  Apapun, istiqamah dengan menghafali berdikit-dikit akan menghadirkan keyakinan pada diri.

Aku tidak dapat membayangkan tapi sekadar mengandaikan yang kalangan makmum yang sesama berjemaah samada Jumaat atau sembahyang fardhu yang didirikan lebih memahami serta mampu untuk khusyuk yang akhirnya amalan sembahyang mereka pastinya akan diterima oleh Allah swt akan. Dari sekecil-kecil anak yang dipimpin dan tidak betah duduk bersebelahan bapa sehinggalah yang sampai ketahap memapah memaut penghadang menaiki tangga masjid pastinya tidak ketahuan amalan siapakah yang tinggi nilainya. Kita sekadar melaksanakan amalan sembahyang yang diperintahkan via Junjungan Besar kita lama sudah. Self-check serta ulangan yang dilakukan saban hari saban waktu seharusnya menjadikan kita makin mengetahui malah makin memahami serta mantap perlaksanaan. Buat mereka yang lebih junior dari diri ini tentulah punyai banyak masa dan kesempatan untuk merebut pelbagai kebaikan pahala berbanding dengan diri yang rasanya laju sesangat akan menghampiri penanda aras usia iaitu 63. 

Andai dicongak congakkan dari tarikh hari ini sehinggalah ke usia 63, Sembahyang Asar di petang Jumaat ini dan kalau dengan izinanNya mungkin maksimum yang mampu digapai adalah sebanyak 83646 jumlahan pahala sembahyang dengan berjemaah. Tapi bagi mereka yang berusia 15 tahun, standard akil baligh, pastinya lebih berganda lagilah dimana kelebihan usia yang kalau dimanfaatkan semaksimumnya oleh mereka, mampu menjana sebanyak 468234 pahala Asarnya. Belum lagi untuk sembahyang waktu lainnya dan kalau dijumlahkan tentulah menggunung banyaknya. Ini belum dicampurkan dengan amalan amalan kebaikan yang lain yang segalanya bertujuan mempertingkatkan lagi ketakwaan kepadaNya. Tidak terbandingkan dengan jumlah hari yang aku ada menyampaikan ke usia 63 nanti dengan budak 15 tahun yang punyai sebanyak 17342 hari dari detik ini. 

Ini tempohmasa aku



Ini pula buat budak 15 tahun

Aku sedayanya cuba se-objektif mungkin wherever it might be possible but then it is actually really hard to determine. Sesuatu dan segalanya adalah beyond kawalan kita. Kita tidak mampu memastikan yang sembahyang yang kita laksanakan saban hari senantiasa pada tahap yang sepatutnya. Mencapai piawaian yang ditetapkan harus menjadi panduan semua kita. Mengetahui rukun sembahyang, perkara yang membatalkan yang perlu dielakkan adalah asas bersembahyang. Semua orang harus tahu dan faham. Ketelitian pemahaman akan segala aspeks bersembahyang tidak boleh dibuat main-main. 

Dicoretan ini aku hanyalah ingin menghuraikan akan pemahaman setiap yang dilafazkan dalam sembahyang kita dan yang didengari akan tutur imam ketika bermakmum. Saban hari dituturkan dan saban hari juga didengari namun andai tidak memahami waima sepatahpun, apalah maknanya setiap perlakuan kita itu. Secara umumnya kita telah dikhabarkan yang sembahyang atau solat, istilah yang berbaur arab, yang solat fardhu lima waktu sehari semalam adalah tiang agama. Buat sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah menegakkan tiang agama. Andai sebaliknya iaitu meninggalkan solat diertikan pula telah meruntuhkannya. Semua kita tentulah sesangat tahu bahwa kerjaan solat ini membabitkan seluruhan anggota badan. Mulut akan menyebut/melafazkan bacaan tertentu. Hati pula akan menghayati segala erti setiap bacaan manakala tangan, kaki dan seluruhan anggota badan lainnya menuruti perlakuan yang teratur dari awal sehinggalah keakhir solat yang didirikan. Malah prosesnya bermula lebih awal lagi iaitu dari  menentukan kesesuaian air untuk berwuduk. Ialah air apakah yang dibolehkan dan macammana ketelitian dan to what extent. Setelah itu harus mengetahui akan syarat berwuduk, tentang perkara fardhu dan perkara sunat ketika mengambil wuduk. Seterusnya, kena ketahui akan syarat wajib sembahyang dan diperhalusi dengan syarat sah sembahyang. Kemudiannya pula mengenai rukun sembahyang yang harus diketahui, perkara sunat dalam sembahyang yang dibolehkan serta hal yang akan membatalkan solat juga ketetapan waktu bersolat harus telah mantap dipelajari. Keseluruhan rangkuman ini menjadi penentu samada solat kita itu diyakini diterima mahupun tidak olehNya.

Dikatakan sembahyang dapat mencegah perkara mungkar, rujuk al-Ankabut:45. Hal ini harus kita yakini. 'Al-Mungkar' adalah mereka yang melakukan perbuatan keji dan mungkar. Menurut syari'at pula, al-mungkar adalah segala hal yang diingkari, dilarang dan dicela oleh syari'at. Bertentangan pula dengan 'At-Taqwa' iaitu mereka yang mengerjakan yang disuruhNya serta meninggalkan yang dilarangNya. Sikap kepatuhan terhadap perintah Allah dan Rasulnya baik yang berupa suruhan atau larangan punyai penilaian yang harus kita ketahui. Tentunyalah yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa. Untuk sampai ke level ini bukan tetiba sahaja. Harus rasanya memenuhi dan melepasi kriteria yang ditetapkan. Andai tidak tahu dan tidak mengerti, mana mungkin mampu setidak-tidaknya mencecah tahap 'lulusnya'. Buat kita orang Melayu, usaha berlipat kali ganda perlu dihadirkan dalam merealisasikan impian tergolong berada dalam blok 'Al-Taqwa'.


Aku teringat lagi akan self-reliance terhadap bahasa inggeris. Aku terpaksa berusaha lebih gigih diketika orang tua yang jarang aku mendengarnya bertutur dalam bahasa inggeris dizaman bersekolah-rendahnya aku di BHES2. Ketiga-tiga abang aku semasa aku memasuki alam persekolahan telahpun menamati zaman persekolahan mereka. Adapun cumalah kakak tunggal aku yang kalau tidak silaplah sudahpun di tingkatan 3 for LCE or SRP. Dia kelahiran 1955. Apapun aku amat berterimakasih kepada kedua orang tua aku yang memberi aku ruang dan peluang walau diri mereka tidak mampu mengapai. Terima kasih jugalah kepada sekumpulan guru yang mengajari aku yang benar benar mendidik samada Cina, India dan Melayunya pula lebih tertumpu mengajar subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Ilmu Alam dan juga Agama. Tips yang diajari oleh guru bahasa inggeris ternyata amat berkesan pada diri dengan drills grammarnya juga cara hendak tackle unfamiliar word yang happen muncul dalam pembelajaran bahasa inggeris. Pada peringkat awal memang terasa peritnya. Tapi lama kelamaan, keyakinan mulai datang serta kekerapan mengulang menjadikan ianya semakin senang atau omputih cakap 'becoming handy' or kebiasaan yang seerti pula dengan 'second nature'.

Method yang hampir sama aku apply dalam memahami konsep asas bahasa Arab ini. Tiada jalan pintas sebenarnya. Belajar dan terus belajar bagi memantapkan penguasaan bahasa demi memahamkan dan tentunya harus mengaplikasikan apa yang difahami kedalam kehidupan. Jadinya, 10 ayat pertama dari surah al-baqarah yang disampaikan pada Jumaat kali ini pada dasarnya boleh aku fahami dek kerapnya mengulang ulang baca. Apa yang lebih penting lagi, setiap perkataan yang disebut diketahui maknanya. Not only terjemahannya tapi in Arabic itself. Flow pemikiran kena selari dengan apa yang diucapkan agar tiada 'distortion'. Tidak faham bahasa Arab, tidak tahu maknanya tapi fasih menyebut juga tidak kemana perginya. Itulah pasal kerapnya kita dihadapkan dengan pelbagai kepincangan saban hari malah setiap detik hasil dari kemajuan teknologi yang sepatutnya dimanfaatkan semaksimum mungkin. Tuduhan rasuah, rogol, pecah amanah, kes penderaan, hisap jual dadah dan kalau dilistkan mungkin panjanglah coretan ini. Kita semua tentunya akui akan kemungkaran merugikan diri sendiri dan juga orang lain. Barangkali dan agak pasti juga yang pelaku kemungkaran tidak akan merasa ketenteraman dan ketenangan. Maka macammana pula hal mungkar boleh berlaku dan diwar-warkan pula di media sedangkan kita ini muslim. Tidak terfikirkah kita, pelaku kemungkaran yang disebut dinamai adalah orang melayu yang pastinya tidak 'miss' solat. 

Bukankah apa yang terjadi dan insiden yang sepatutnya dihindari merupakan 'isyarat' bahwa mutu solat belum mencapai standard yang diinginkan Allah swt. Kemungkaran yang dilakukan oleh diri sendiri, insya-Allah, boleh dihentikan dengan kekuatan individu itu sendiri. Panduan yang diberikan oleh Rasulullah saw adalah hadits-nya:, 

        ' Barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran, ubahlah dengan tanganmu,

         Jika tidak mampu, ubahlah dengan lisanmu,

         Dan jika tidak mampu, ubahlah dengan hatimu;

         Yang sedemikian itu adalah selemah-lemahnya iman.' 

Namun, hal yang berkait dan terkait dengan orang lain dan menjalar pantas dalam masyarakat tidak mampu rasanya untuk mencegahinya berseorangan. Ianya hanya berkesan dihentikan dengan kebijakan penguasa yakni pemerintah. Bagaimana caranya, bentuk tindakan dan bila harus dilaksanakan, maka kitalah sesama harus menyumbang memikirkan yang sebaiknya. Malah betullah statement yang dibaca dimana mencegah kemungkaran merupakan kewajiban bagi setiap muslim.

Wa-Allahu-aklam



















No comments: