13 JANUARY 2018, 08:28pm
Seharian semalaman hujan gerimis menyejukkan hariku. Bukan setakat semalam sahaja malahan sejak Rabu lagi gerimis tidak juga reda sehinggalah ke pagi ini. Kesukaran bernafas dengan kerap batuk amat memedihkan tekak adalah kesan langsung dari phenomena yang melanda Melaka malah mungkin seluruh negara kini.
Perasan dan memang aku perasankan akan gerimis yang seperti tiada berhenti berterusan. Namun memandangkan yang aku bertugas didalam bangunan maka ianya tidaklah ketara sangat. Apapun, ketika berhenti mengambil minyak di stesyen petronas bukit katil dalam haluan menjemput Yusree di Terendak, aku tertarik mendengarkan bualan berinformatif dari pump attendant.
Sebaik membuat pembayaran dikaunter, aku bergegas ke pump no. 8 kerana sepatutnya pukul 3pm aku telah sampai ke Terendak tapi masih lagi terhegeh-hegeh di Bukit Katil. Sesampai dibelakang kereta dengan tujuan membuka penutup tangki minyak, kelihatan oleh aku akan brother pump attendant tengah menyucuk nozzle pump ke dalam tank. Segera spontanlah aku ucapkan terima kasih kepadanya sambil aku membuat opening remarks, 'Wah...hujan nie tak berhenti sejak Rabu lalu...' memancingnya untuk berborak. Tidak sangka pula pantas dia membalas dengan mengatakan 'kemurkaan Allah ditunjukkanNya'. Dia associate-kan pula dengan di Afrika yang sudah sedia maklum panas boleh ada salji sambil meminta aku bayangkan bagaimana 'gunung' sahara telah dilitupi salji. Belum sempat apa apa lagi, macam bertih goreng dia memberitahu lagi yang di Singapura suhunya telah turun ke 22 darjah celcius. Cuaca tidak menentu sekarang ini seolah menyimpulkan kenyataan yang dihadirkannya. Dilanjutkan lagi dengan menyatakan kepelikan hatinya yang banjir di negara kita ini sudah beralih bulan. Dulunya bulan sembilan ke hujung tahun sahaja tapi kini tidak kira masa. Aku terpegun mendengar cakapannya sambil merenung ke wajahnya dengan pantas menyampok masa dia tengah tarik nafas sekadar melayan perbualan ketika dia menolong mengisi minyak. Hendak tergelakpun ada bila renungan mata aku ini lebih fokus kearah giginya yang menjarang dengan struktur gigi tidak teratur. Rongak gigi hadapannya amat jelas terlihatkan biarpun seperti disengajakan membiarkan bulu misai panjang menjuntai menutupi bibir atas agar tidak ketara sangat rongak giginya mungkin.
Rujuk gurun-sahara-diliputi-salji dan suhu-jatuh-bawah-22-c-di-s-pura sebagai pembuktian yang cakap-cakapnya itu no 'nonsense' talk.
Dalam pemanduan meneruskan perjalanan ke destinasi, aku cuba scan insan yang aku berbual tadinya. Tidak sangka dan tidak terduga sama sekali bagaimana ledakan maklumat yang mudah dan segera boleh diperolehi dihadamkan olehnya sedemikian rupa. Tapi tergesa-gesa mengaplikasikan dalam penyampaian maklumat, tidak tersengajakan dia sedikit tersalah fakta. Adakah di Afrika, Gunung Sahara. Subjek 'Ilmu Alam' masa disekolah rendah dan kemudiannya bertukar menjadi 'Geography' masa di sekolah menengah tidak pula dimaklumkan akan adanya Gunung Sahara ini. Ini penemuan baru atau mungkin juga dan tentunyalah tersasul menyebut agaknya. Hendak dikatanya Gurun Sahara tapi tidak disengajakan tersebut Gunung Sahara. Bro..., antara gunung di Afrika yang masih aku ingati dalam banyak-banyak gunung adalah Gunung Kilimanjaro. Bagi Aiman..., Aiman tidak kesahlah sangat.
Walau salah faktapun waima betul sekalipun ianya tidak merubah apa yang sebenarnya ujud dan ada. Aku lebih memandang kepada keikhlasan dalam berbual. Saling menghormati serta mesra disapa dan menyapa rasanya lebih menenangkan perasaan. Apa yang pasti, stesyen ini memang kerap aku singgahi jika berpergian jauh. Memang banyak cerita-cerita yang tidak terjangkakan akan segera terpacul darinya bila berkesempatan bertemu dengannya.
Walau salah faktapun waima betul sekalipun ianya tidak merubah apa yang sebenarnya ujud dan ada. Aku lebih memandang kepada keikhlasan dalam berbual. Saling menghormati serta mesra disapa dan menyapa rasanya lebih menenangkan perasaan. Apa yang pasti, stesyen ini memang kerap aku singgahi jika berpergian jauh. Memang banyak cerita-cerita yang tidak terjangkakan akan segera terpacul darinya bila berkesempatan bertemu dengannya.
Selamat bertugas bro...
No comments:
Post a Comment