02 JANUARY 2017, 07:39
Semalam, hari permulaan tahun 2017 dan sejak Khamis lagi pelbagai hal melingkungi diri. Persoalan dan perlakuan seolah tidak terjawabkan kenapa dan mengapa senantiasa berligar difikiran. Sememangnya kita tidak mampu melihat sedalamnya serta sejauhnya akan setiap perkara yang dihadapi. Secara semulajadinya ianya melorot sahaja diperbuatkan tanpa ragu dan bimbang yang kekadang dirasakan yang kita being remotely controlled. Ini yang dirasakan berdasarkan perspektif diri sendiri yang mengalaminya.
Ketika pulang dari kerja dihari pertama 2017 yang mana kebanyakkan orang ber-holiday sempena permulaan tahun Serani ini, aku bershif petang. Memangpun minggu terakhir 2016, shif kerja aku adalah petang. Terdetik juga dihati akan betapa bertuahnya rakan rakan yang sesama bersekolah dahulu selesa kehidupan mutakhir mereka. Dan dengan berkat kemajuan teknologi mampu pula kita kini mengetahui hal yang melingkungi diri sesama walaupun berjarak berjauhan. Sekelipan mata sahaja, kita boleh mengetahui kisah semasa yang rakan sekolah hadapi, lalui atau alami. WhatApps, Facebook, Tweeter atau lebih awal dari itu adalah SMS(Short Messages Service) yang tidak menyeluruh sifatnya. Teknologi whatapps lebih kedepan, selain pantas dan murah, ianya mampu menyalurkan segala bentuk maklumat - video, suara, gambar dan text - yang mampu membuatkan pihak yang menerima informasi teruja atau setidak-tidaknya bermaklumat. Betul benar mahupun salah silap informasi yang disalurkan, hanya sender sahajalah yang harus maklum dan semestinya bertanggungjawab akan kesan akibat tindakan penyebarannya.
Apapun, receiver atau penerima pula perlu berhati-hati dan cekap menapis. Biar banyak manapun informasi yang diterima andai tidak mampu mengertikan apa yang tersurat dan tersirat maka rugilah diri dan tidak kemana perginya. Bagi diri aku sendirilah, sememangnya media sosial sedikit sebanyak mengesankan hari dan kehidupan yang dilalui. Kena ada keberanian or guts untuk mengharunginya. Kalau sengaja membiarkan diri dibuai perasaan sedih, terharu, kecewa dan perasaan perasaan yang mungkin cenderung kearah yang negatif sifatnya haruslah dibatasi. Andai tidak dikawal hal-hal yang tidak menguntungkan dan membazir masa menjalani kehidupan yang sememangnya berharga dan bernilai buat mereka yang mengetahui. Tapi normallah bagi setiap insan yang waras dan kitapun mana mungkin tidak pernah melakukan kesilapan. Silap yang bukan disengajakan tapi timbul dan datangnya disebabkan kita yang pertama kali menghadapinya serta tidak dipandu mahupun dinasihatkan oleh mereka yang lebih maklum dan pernah merasa dan melaluinya. Kekadang tindakan segera yang perlu diambil sampai ketahap in split-second sifatnya tentulah tidak sempat mendapatkan panduan serta bimbingan. Pun begitu sepertimana entri sebelum ini, katakuncinya 'ketentuan' yang bukan exklusifnya milik kita. Malah diri kitapun menjadi milikNya. Mengikut dan menuruti setiap perlakuan yang seharusnya dan sesempurna mungkin, mungkinlah kita akan beroleh kejayaan dan barokah didunia dan diakhirat nanti.
Balik dari kerja yang membawa aku sampai kerumah kurang lebih ke pukul 1:00 pagi, 02/01/2017, aku telah dimaklumkan oleh orang rumah yang Yusree telah hilangkan matric cardnya. Pengaduan orang rumah membuatkan aku sedikit kecewa dengan perangai bebudak yang masih gagal serta lambat mendewasakan diri sendiri untuk bersikap bertanggungjawab. Bila disoal kembali akan serata tempat telahkah dicari, lalu dengan yakinnya dia menyebut, 'Ia... dah cari. kat bawah tak ada, kat bilik ataspun tak ada...'. Aku pula lagi mengerohkan,'Kalau tak dapat nie... dalam RM50.00 kena bayar untuk buat yang baru. Macammana nie... benda pentingpun boleh hilang. Ayah dulu masa student, kad pelajar senantiasa tergantung dileher. Tak pulak hilang.' Hairan dan tidak mengerti, bagaimana boleh kehilangan. Akupun mintalah my lovely supaya bertenang, sambil menyuruhnya siapkan 'hot' coffee sementara aku tunaikan sembahyang. Sesuatu keajaiban dapat aku rasakan. Selesai berdoa setelah mengambil air sembahyang, aku seperti 'dipandu dan diarahkan' kebilik bebudak. Menonong sahaja aku masuk dengan lampu tidak dipadamkan dan dengan semuanya tengah tidur terkapar sambil dihati berkata sendirian, 'Cabaran kehidupan sebenar kau orang semua belum bermula dan akan dirasai... moga tabah menghadapi.'
|
Dalam timbunan baranganlah ianya dijumpai. |
|
Terjumpa berkeadaan begini... tertingkup |
|
Penting dan bernilai |
Menonong sahaja macam disuruh suruh selepas melihat mengimbas sekeliling bilik yang tidak berkemas ke hujung katil dimana terletaknya 2 sofa kecil rapat bergandingan. Terus sahaja aki mengalihkan keduanya kedepan. Gelap samar kelihatan. Menunduklah aku untuk melihat.Namun tiada apa yang terlihatkan. Tidak semena-mena aku meraba raba, selepas tidak berpuashati tidak berjumpaan. Terasa tersentuh sesuatu berdekatan kaki katil. Jarakkan kedepan lagi akan sofa kecil yang sarat dengan macam macam barang. Ruang terlindung tadi sudah semakin cerah dipandangan. Apa yang dirasakan tadi sememangnya yang diharapkan untuk dijumpai. Berbelit rapi akan name tag dengan lanyard berwarna birunya.
Terpancar kegembiraan dan kelegaan hati pada ketika menjumpainya. Terlerai permasalahan yang dibangkitkan penuh cemas oleh orang rumah yang menunggu nunggu kepulangan abang handsomenya ini. Kemudiannya aku panjatkan kesyukuran kepadaNya selepas aku tunaikan solatku. Selesai sesudah itu, orang rumah pula memanggil mengajak turun minum. Sampai dimeja makan aku khabarkan berita kejumpaan nametag si yusree. Gembira dia mendengarkan sambil memaklumkan yang dia telah berkali kali mengingatkan yusree untuk lebih kesahkan barangan sekolahnya tapi dia tetap buat tidak kesah. Cuma pesanku, lain kali cubalah ubah teknik menasihat. Cara autokratik kekadang tidak sesuai untuk semua keadaan. Adakalanya perlu sekali sekala gunakan teknik mengingatkan ke, menyedarkan ke atau gunakan approach analogy dalam menyampaikan maksud. Tidak pastilah samada dia boleh laksanakan atau setidak tidaknya faham apa yang aku katakan. Pagi makin ke dini hari dan akupun tidak mahu memanjangkan bualan. Letih bekerja mula mengigit. Rasa hendak masuk tidur perlu dilunaskan. Berwuduklah aku untuk tidur.
Disaat bermenungan menyiapkan coretan ini, terfikir pula aku dalam kehairanan akan bagaimana termulanya mencari sehingga terjumpanya matrik kad si yusree ini. Apapun ketentuanNyalah yang menjadi realiti. Siapa sangka dicelah sofa kecil duduknya. Juga bukanlah dibuat buat pula akan diri ini meraba mencari. Segala perbuatan tindakan adalah telah tersuratkan. Tidak pernah memalam aku mengeledah. Ikut logik kitalah, biar hari siang lagi senang untuk mencari. Tiada pula berbantah atau berbolak balik akan hati ini untuk samaada hendak atau tidak hendak mencarinya memalam begini. Pastinya ada maksud tersirat yang tidak mampu dan berdaya untuk aku tafsirkan sekarang, esok atau masa masa mendatang.
Termanggu tidak berjawablah aku.