Friday, August 28, 2015

Rasa dipinggirkan ...

13 AUGUST 2015, 20:23

الحمد لله،

Selamat sudah segalanya. Petang tadi aku berkunjung ke kedai jahit hussin. Rumah limas milik abangnya yang menurut katanya dijagai dan dijadikan tempat menjahit menjadi saksi kehadiranku. Lama jugalah aku tidak menghubunginya sejak awal ke atau pertengahan ramadhan yang baru berlalu. Malah sejak reunion kedua pada May 23hb, 2015, aku jarang berhubungan dengannya dan juga rakan-rakan sekolah lainnya. Masing-masing menjalani detik kehidupan masing-masing. Menjadi prinsip aku pula, tidak suka dan tidak mahu menganggu rentak kehidupan rakan yang suatu masa dahulu sama-sama bersekolah. Andai terserempak, barulah cuba mengingati susuk tubuh yang memperkenalkan diri.  Perasaan yang tidak sepatutnya ada, kerap dan sering dan senantiasa berligar-ligar dalam diri. Rasa tidak diperlukan, tidak diterima didalam kumpulan dan rasa tersisih dan bukannya disisihkan amat menghantui diri. Apakah ini dinamakan 'inferior complex'. Kekadang perasaan rendah diri, tidak memberi apa-apa impact, ibarat kata, adapun tidak menggenapkan tiadapun tidak mengurangkan, malah datangpun tidak alukan dan pergipun langsung tidak dihiraukan. Orang lain mungkin ada yang perasan akan diri ini. Mungkin mereka tidak mahu melukai hati 'kawan' jika tersilap tegur.

SPMku disini


Kita kerap bersangka yang bukan-bukan padahal orang yang dirasakan akan berkata begini atau bertingkahlaku begitu tidak pula berlaku. Terlebih jangka dan tersilap jangka asyik melingkari diri. Jarang yang positif sifatnya. Kekadang hal ini boleh memakan diri. Lebih amat fikirkan yang kurang elok dari yang elok seolah-olah telah sebati. Harus rasanya melontarnya keluar dari dalam diri yang telah sekian lama bersarang. Tapi perasan ini amat sukar dihapuskan. Ianya berada dibawah arus sedar. Kerapnya ia memunculkan wajah hodoh, pastinya mendatangkan kegusaran. Takut tidak bertempat, risau tidak kena masa, malu tidak berpenghujung malah menyendiri takut dikata orang. Sejak seminggu lalu, aku cuba hubungi hussin. Masih aku ingat lagi, harinya hari khamis. Talipon tidak berjawab. Bukan sekali tapi selang seminit menaliponnya. Cuma yang setia menanti dan sudi menjawab adalah suara wanita berdigital yang tiada berperasaan memaklumkan serta mengarahkan meninggalkan 'pesanan' selepas berakhirnya 'beep' sound. Aku pula membayangkan yang dia pastinya melihat nombor pemanggil atau yang 'advance' lagi telah meng-set-kan nama pemanggil yang secara auto-nya akan tertera di-screen handphone. Aku andaikan yang dia tentunya melihat phone-nya. Punyai pilihan untuk menjawab ataupun membiarkan. Pilihan ditangannya. Ikut kebiasaannya, yang biasa talipon dan kerap talipon maka selesalah menjawab. Bagi yang jarang-jarang talipon, rasa berat pula hendak bercakap. Sangkaanku, mungkin difikirannya ada orang tersalah tekan nombor ataupun buang masa sahaja menjawabnya. Mungkin juga hendak menguji kesabaran. Atau mungkin juga hendak 'mengajar' supaya kerap berhubungan. Kemudian aku abaikan seketika akan hal ini. Orang rumah pula sibuk menanyakan sudah hantar ke belum. Aku jadi serba salahlah pulak. Ku maklumkan, Sabtu nanti, abang akan terus ke tempat operasinya. Lepas pada itu dia tidak bertanya lagi. Sabtu yang dimaksudkan menjelang tiba juga. Malam sebelumnya, orang rumah sekali lagi mengingatkankan aku. Alasannya hendak menyiapkan tempahan. 'Lagi cepat siap,cepatlah dapat upah menjahitnya.' unjurnya masa aku tengah menghirup 'black coffee' ketika berhenti sebentar dari mencoret sesuatu di MSI Tablet. Makanya, Sabtu(08/08), aku lontarkan sejauh mungkin rasa 'dipingirkan' sejauh mungkin dan cubalah hubunginya lagi. Beberapa kali menalipon juga tidak bersambut. Agak-agaknya, bila sering diganggu terpaksalah dia menjawabnya. Mulanya bila dia menjawab salam yang aku lafazkan, terdengar agak mendatar sahaja suaranya. Bunyi macam acuh tak acuh sahaja. Walaupun tidak ketara tapi aku dapat merasakan. Perasaan bersangka buruk aku cepat benar menyelinap dan mengganggu fikiran. Aku berbuallah macam tiada apa yang patut dicurigakan. Aku nyatakan tujuan aku talipon tanpa banyak bercakap hal yang tidak bersangkutan. Lebih formal dan tiada berbual santai. Katanya lagi, hari sabtu yang aku hubungi(08/08/2015) sekitar tengahhari dia menghadiri beberapa jemputan kahwin. Makanya sebelum asar akupun menyinggahi rumah limas abangnya cum kedai jahitnya memohon jasa baiknya memotong baju melayu sebanyak 4 pasang.

Tokey sempat berwhatsapp ...

Sesampai dikedainya, penerimaan kehadiran aku sedikitpun tidak berbeza dengan kunjunganku sebelum ini. Mesranya tetap sama. Bahasa bualannya tetap sama. Malah sampai terlayang kekenyangan ketika menunggu kehadiran aku. Mungkin aku terlebih-lebih 'obsessed' dengan kata-kata, 'Expect the unexpected'. Selalunya, apa yang dijangkakan akan berlaku tidak pula berlaku sedangkan yang kita tidak jangkakan apatah lagi yang tidak diharapkan berlaku, tidak semena-mena pula berlaku. Bila terlalu kerap dihadapkan dengan berita dan cerita yang negatif sifatnya, mungkin menyebabkan kita mudah bersangka yang bukan-bukan. Misalnya, berita 'derma' yang luarbiasa banyaknya kat pm kita dan disaluti dengan cerita-cerita yang tidak pasti betul benarnya pastinya memeningkan , juga kisah putus tunang yang membawa kesan buruk siap bergambar lagi di Duyung yang di-associate-kan dengan kesetiaan, ketaatan Hang Tuah tapi gagal di-asimilasi-kan anak cucunya via whatsapps terasa amat dekat kejadiannya dan banyak lagilah berita-berita yang tidak mem-positif-kan diri bertali-arus dan bertalu-talu menyinggahi diri yang semuanya mudah mempengaruhi fikiran serta menghadirkan tanggapan buruk. Tidak kurang juga media hiburan dengan cerita-cerita yang tidak bertapak dibumi nyata tapi diolah menjadi sesuatu yang seperti  pernah dan mungkin berlaku dipertontonkan lebih memburukkan keadaan. Berhati-hati dalam pekerjaan dan tindakan adalah dituntut agama. Juganya, gelojoh, kelam-kabut dan berbuat ikut suka atau buat mana yang sempat saja tidak digalakkan oleh agama. Hakikatnya, kita  adalah apa yang dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Bila banyak perkara yang baik, yang memotivasi, yang membuka minda serta  mencabar diri diperolehi dilingkungan pastinya menatijahkan sesuatu yang baik juga malah mungkin lagi  bermanfaat. Begitu jugalah sebaliknya. Bila sering dan kerap kali diasak dek fitnah, pembohongan, pembunuhan dan segala bagai hal yang melanggar norma kehidupan yang diredhaiNya, mana mungkin kita kekal optimis menempuhi hari muka.

Mengenangkan kisah ini bila bersendirian dibilik mengadap skrin desktop selepas balik bersembahyang isyak, membuatkan diri ini termanggu sendirian. Mentafsir setiap kejadian malah cuba memaknainya menjadi sukar andai tidak berhati-hati. Terpulanglah pada diri meleraikan mengikut kemampuan. Tiada satu tanggapan atau andaian yang dikira betul. Dirasakan betul pada diri tapi mungkin salah pula dipandangan orang lain. Salah kata kita belum tentu lagi salah juga dari sudut penilaian orang lain. Ketika sedang asyik melayan perasaan yang melankolik ni, handphone disisi kejap-kejap berbunyi 'tut....tut...' memaklumkan whatsapp message bertujai-tujai masuk. Tergerak pula mengintai. Paling aktif dan beratus message yang 'unread' adalah dari grup G64-MHS. Kedua tertinggi adalah G64-SMAL. Grup tempat kerja pula yang split kepada 5 sub-grup yang lebih mengenai info kerja seharian juga menuntut perhatian dan tindakan segera. 'Husin ni tidak tahu penat ke...' komen selari aku ketika member sekelas dahulu berselfie berlatarbelakangkan Si Husin ni yang sedang menyiapkan 'order' diwarungnya pula. Specialty hidangannya ialah Mee Bandung yang mendapat pujian rakan yang pernah merasainya. Indirectly, mengamit rakan lain yang belum berkesempatan untuk datang mencuba. 

Wow!, siang malam kerja ...


Sin, I'm proud of you. Life must go on. Memikirkan sangat apa yang boleh, apa yang patut, takut melangkah, takut tersilap dan berbagai-bagai persoalan yang hampir tidak terjawab lebih menyulitkan kehidupan dari memudahkan setiap tindakan. Masa tidak akan menunggu kita malah kitalah yang harus mengejar supaya tidak tertinggal mahupun ditinggalkan oleh masa yang tetap bergerak sehingga kedetik akhir yang ditetapkan. Buat betul ke, buat salah ke, bumi ini tetap tidak akan berhenti berputar disebabkan kita seorang sahaja.

Entah kenapa entri kali ini berlainan benar rasanya. Ini bukanlah 'tribute' untuknya tapi cuma mengenengahkan kegigihan seorang insan dalam mengharungi kehidupan. Banyak lagi insan yang tidak pernah didendangkan di tengah-tengah masyarakat tapi mampu meruntun  perasaan dan mungkin boleh dijadikan 'idola kegigihan' jika mahu diiktiraf sedemikian. Cabaran kehidupan adalah skrip kehidupan masing-masing. Tetapi masing-masing memerlukan sesama dan bergandingan menghadapi cabaran hidup.

Wallahu A'lam

Friday, August 21, 2015

Aku Dan bahasa Arab

21 AUGUST 2015, 21:48

Sejak semalam after much thought, aku berikrar atau make a 'vow' untuk memulai semula pembelajaran bahasa arab aku secara self-study walaupun aku telah menghampiri bab ke-10 untuk buku ke-3 yang merupakan buku terakhir dari sylabus-nya. Ketidak-serius-an didalam mempelajari tatabahasanya, analisa ayat dan teknik pembacaan yang disampaikan dengan konsep step by step dimana amat menyelesakan diri walaupun adakalanya Bro. Meserali banyak mengulang-ulang konsep yang telah dimaklumkannya. Kekadang berminggu-minggu lamanya aku mengabaikan. Adakalanya pula aku begitu gigih menonton videonya, mengulangbaca 'keybook'nya dan kerap membuat latihtubi yang tersedia didalam textbooknya. Lambat cepatnya untuk aku khatam bukanlah isunya. Apa yang lebih penting adalah amat perlu bagi diri ini memahami akan apa yang dilafazkan. Memahaminya bukan terjemahannya tapi memahami seperti orang arab yang menuturnya. Pemahaman secara semulajadi yang sepatutnya telah lama sebati tapi terlewat menerimanya. Aku amat mensyukuri kelebihan yang dilimpahkan olehNya. Keberkatan dari kesungguhan, kegigihan dan istiqamah memungkinkan aku berada dimana aku berada sekarang. Tanpa aku menyedari, sembahyang yang aku dirikan saban hari dari sebelum mengikuti pembelajaran secara maya ini sejak 2010 bulan October, banyak membantu memahamkan akan apa yang dilafazkan. Sembahyang menjadi lebih khusyuk kerana faham akan apa yang disebut dan bukan sahaja memaknainya didalam sembahyang bahkan cuba mempraktikkan didalam setiap aktiviti seharian bermula dari bangun diawal pagi sehinggalah kembali merehatkan diri dimalam hari dan terkadang kerap  terlajak kedini harinya.

ان شاء الله،
Ikrar yang aku buat ini diketika melewati detik 12:00 malam ini akan aku beri perhatian utama. Ini bukannya perkara main-main. Faktor usia dan masa yang sukar ditentukan malah kita sendiripun tidak punyai kelebihan menentukan akan apa yang bakal terjadi kesokkan harinya. Waima, udara yang disedut dan dihembuskan keluar belum tentu lagi akan diulangi seterusnya andai tidak direstui oleh-Nya. Apapun segala usaha aku kini hanyalah untuk mencari keredhaaNya. Perlu juga diingatkan yang kita hanya mampu merancang tapi hanya Dia-lah Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. Sesungguhnya Dia jugalah Yang Maha Mendengar akan segala rintihan dan harapan yang ada didalam diri setiap makhluk samada diluahkan ataupun dipendamkan. Pemantauan keatas diri olehNya bukan sekadar satu dimensi, dua dimensi mahupun tiga dimensi sahaja bahkan ianya adalah multi-dimensi. Luar dalam atas bawah depan belakang rohaniah jasmaniah malah awal akhir hidup kita telah termaktub diluh mahfuz lagi. Memerhati setiap kejadian Illahi adalah method yang diajariNya bagi membolehkan kita menyedari akan hakikat kehidupan ini. Yang bermula pasti akan berakhir. Yang datang juga pasti akan pulang. Diterangkan juga olehNya akan cara dan kaedah yang harus dituruti tanpa gagal bagi menjamin pengakhiran yang bermakna serta kepulangan yang direstui serta dibalasi dengan syurga. Andai aturan kehidupan ini dibantahi malah diingkari, secara logiknya mampukah kita mengakhiri hidup ini dengan khabar gembira yang dijanjikanNya atau sanggupkah kita mendepangkan tangan serta berlapang dada akan khabar ngeri yang diulang-ulang demi mengingatkan akan azab siksaan yang bakal diterima nanti.

Ok, its time to work now. Diligence and you'll succeed.


zaini642