Sunday, June 28, 2015

Bahananya bermain mercun

Hari ini adalah hari ke-enam(6) berpuasa. Aku bertugas shif pagi. Dibenarkan masuk awal setengah jam sepanjang bulan puasa ini. Maknanya balikpun setengah jam awal juga. Namun aku memilih pulang seperti biasa. Sejak berbuka semalam terasa amat berdenyut-denyut gusi gigi. Tidak banyak makan tapi tidaklah sampai tidak menyelesakan. Mampu berjamaah isyak dan tarawikh. Sesampai ke rumahpun banyak minum air tanpa menjamah juadah lain selain dari mangga yang telah tersedia ber-slice didalam piring sepertimana yang diminta sebelum ke masjid.

Ketika sampai dirumah petang tadi, kepala terasa berat. Memandu pulangpun macam tidak bermaya. Menonong sahaja kebilik, tanggalkan uniform dan berkain gombang dengan singlet gantung. Melabuhkan bontot dikerusi malas serta melunjurkan kaki merehatkan diri. Badan terasa panas macam hendak demam. Tidak selesa dan sekejap sahaja, aku turun menghadap tv pula. Lat beberapa minit kemudiannya, slot selingan akan intisari berita disampaikan. Memeranjatkan. Di-highlight-kan akan seorang budak diusia 4 tahun hancur kesemua jari tangan kiri akibat bermain mercun. Gambarnya dengan tangan berbalut menjadi tontonan umum. Selepas berbuka, minum air teh dan menjamah mee hailam yang disediakan oleh orang rumah, berehat lagi depan tv. Siaran berita Astro Awani 7:45 malam disiar. Kejadian bermain mercun mencederakan seorang budak di Kampong Tanjung Sepat menjadi berita utama. Ditemuramah akan datuk mangsa bagi mengujudkan simpati pada penonton demi memberi nilaitambah kepada kejadian yang berlaku ini. Diperincikan yang kejadian hari ini adalah kes pertama yang dilaporkan setelah memasuki hari ke-enam berpuasa. Berita sebegini cepat benar menjadi sensasi pada mereka yang mungkin pernah alami atau pernah melihat, mahupun sekadar mendengar akan seseorang yang menjadi mangsa. Diusia sebegini muda dan alami kecacatan anggota yang tidak mungkin difikirkan ketika bermain menyebabkan aku mengelengkan kepala kehairanan. Terjaminkah hidupnya yang kini berstatus 'OKU' berbanding orang yang sempurna sifatnya didalam menempuh liku-liku kehidupannya yang baru hendak bermula. Berjaya gagalnya dimasa mendatang bukanlah aku yang tentukan. Terpulanglah pada empunya diri bersikap optimist dan seboleh mungkin dan amat perlu elakkan dari berkeadaan pessimist demi kelangsungan hidup. Berserah semata-mata bukanlah satu option yang salah cumanya perlukan satu plan rancangan yang mantap serta berharap belas dari Rabbu Izzati bagi menyempurna dan moga diperkenankan olehNya.

Rujuk sini untuk maklumat lengkap.

Tetiba, ingatan aku menerawang jauh dan kembali menyusuri ke tahun hujung 80an ketika diperantauan. Bukan jauhpun, Kuala Lumpur sahaja. Bukan glamour-pun tempatnya. Apapun, Jalan Raja Laut , Chow Kit Road dan sekitar Kampung Baru menjadi saksi keberadaan aku. Selepas beberapa kali ditemuduga berbekalkan Dip. in Marketing(CIM), aku fed-up akan semua sandiwara didepan mata. Hidup-hidup kena tipu. Banyak agency pekerjaan cari makan bersepah. Buka sahaja Malay Mail ketika itu, banyak iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh agency tidak berhati perut ini. Aku memberanikan diri mendaftar di agency di dalam Kompleks Wilayah. Rm20.00 terkena bila seorang staff dia menyediakan surat tawaran temuduga. Cuma taipkan nama didalam surat yang tersedia bercetak. Berdasar position yang dipohon, diapun menalipon rakan konspirasinya di Mayban Finance, Jalan Tuanku. Jaraknya hanya 5 minit sahaja berjalan dari pejabat agencynya. Sesampai sahaja, bukan aku seorang sahaja tapi ramai lagi sudah lagi awal tiba. Salah seorang kakitangan dibangunan itu, mungkin kerani atau menyamar sebagai pegawai yang mengurusi sesi temuduga mempelawa ramai lagi bebudak berdiri tercegat di kaunter perkhidmatan ketingkat 3 bangunan. Kemudiannya, kesemua yang hadir untuk temuduga kononnya diarahkan duduk dibilik yang disediakan. Macam bilik training sahaja. Brother ini yang siap ber-kot mengumpul kesemua surat tawaran yang masing-masing bawa dan dikepilkan pada clipboard yang dibawanya. Tengok pada bebudak lain, macam sama sahaja. Sebabnya sebelum aku sampai ke agency pekerjaan 'cari makan' ini, bebudak yang berselisih ketika dipejabat olok-olok itu, juga berada di Mayban Finance. Lama jugalah menunggu pegawai yang mengurusi ini yang sudah macam cecorot lagaknya. Sekejap-sekejap muncul. Lat beberapa minit kemudiannya hilang. Lama selepas itu menghampiri ke satu jam, pecah berita pula dengan kemunculan semulanya mengarahkan kesemua calon berpindah kebilik sebelah yang lebih besar, mungkin bilangan sudah semakin ramai. Sejak hadir dalam kurang lebih 9:30 pagi lagi dan kini telah menjangkau ketengahhari dengan tiada apa-apa yang berlaku, tanya namapun tidak, beri arahanpun tiada malah mangsa-mangsa ini terkurung dan memandang sesama sendiri. Kelihatan beberapa orang mula melangkah pergi selepas berborak-borak dengan kenalan mereka atau yang baru dikenali ketika itu. Akupun ambil kesempatan berbual-bual dengan salah seorang yang duduk berdekatan. Melihat dari file yang dibawanya, mungkin lebih tinggi kelulusannya. Dia memaklumkan dengan penuh bangga yang dia berkelulusan 'degree in accounting' dari New York, USA. Dalam pada berborak-borak kemudian dari opening remarks tu, jam telah melepasi 12 tengahhari. Tidak semena-mena pegawai yang tidak semengah tadi datang memaklumkan yang sesi temuduga yang sepatut diadakan ditunda ke lain hari. Beliau, seperti membaca skrip dailognya, meminta maaf pada yang hadir dan minta bersurai. Senarai nama, sambil menjulang clipboard ditangannya akan dihubungi kemudian nanti untuk ditetapkan hari lainnya dengan memberi alasan akan pegawai penemuduga terpaksa hadir mesyuarat tergempar pula. Memandangkan sudah dimaklumkan begitu, angkat kaki belahlah. Budak-budak baru habis belajar dan masih hijau lagi ini senang benar kena tipu. Tidak seorangpun yang meluahkan rasa ketidakpuasan hati masing-masing. Mungkin semuanya, sama seperti yang aku alami ini, merasakan kali pertama peristiwa temuduga tetiba dibatalkan. Kemas bertali leher termasuk aku, berpakaian formal iaitu long sleeve, business slack dan mengenakan black shoe dengan lemah dan longlainya bangkit meninggalkan bangunan. Agak-agaknya, mereka yang bersubahat itu berdekah-dekah ketawa menuju ke restoran menikmati hidangan tengahhari dengan menyonglap duit bebudak yang kepingin sekali mendapatkan kerja di bank. Penipuan yang berterusan dari sehari kesehari ini menyebabkan serta memungkinkan begitu banyaknya agency 'bogus' sepertinya diujudkan. Tahun penghujung 80an dahulu ketika lepas grad, berlakunya kemelesetan ekonomi. Peluang kerja terhad tapi macammana dengan bijaknya dan begitu licik sekali, mereka mampu mengaut untung atas angin. Kepelikan yang tidak terfikirkan masa itu bilamana sibuk mencari kerja dan amat berterimakasih pula akan keujudan mereka yang dengan muka manisnya dan tiada sedikitpun punyai rasa bersalah cuba membantu kepada lepasan kolej dan universiti yang tidak mengenali sesiapapun di industri perbankan ini. Pertolongan berbayar ini yang tidak sedikitpun dipertikaikan oleh golongan pencari kerja, benar-benar merupakan lobok 'emas' buat mereka yang tidak bertanggungjawab ini dan ditambahi pula punyai connection dengan mereka yang berada didalam industri perbankan. Peluang buat duit mudah, siapa yang tidak hendak. Mengelapu sahaja tanpa memikirkan buruk baiknya tindakan. Apapun, tidak aku halalkan duit yang diserahkan kat agency yang tidak melaksanakan amanah ini buat selamanya.

Ibarat orang memasang perangkap, bukan satu cara sahaja yang aku lakukan. Dari makluman dan pembacaan, aku ke Jalan Duta yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan mendaftarkan diri dibawah 'skim siswazah menganggur'. Konsepnya hampir sama dengan peranan Jabatan Tenaga Rakyat yang mana menemukan pihak syarikat yang memohon pekerja berkelayakan dengan senarai nama dan kemahiran yang pemohon daftarkan. Cara ini lebih terjamin kerana diurusi oleh pihak kerajaan sendiri. Initiatif sedemikian amat efficient ketika itu didalam matching-kan pemohon berkelayakan dengan bidang kerja yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Memandangkan Kuala Lumpur adalah pusat segala pusat, maka peluang tentunya lebih banyak dan terbuka. Namun suasananya tidaklah seperti sekarang ini. Online sahaja, kita boleh mengetahui segala sesuatu dihujung jari sahaja. Ketika era 80an dulunya, banyaklah surat yang dikirimkan ke alamat rumah Abang Long aku di Shah Alam. Berpandukan bidang kerja yang dipohon, bidang kerja di bank menjadi pioriti aku. Tidak tahu mengapa, mungkin gah dengan kerja dibank dan menjadi kebanggan pada keluarga buat anak mereka yang bekerja dibank walaupun sebagai bank teller sahaja apatah lagi sebagai kerani aje. Ini aku saksikan sendiri akan anak jiran sekampung yang bertugas sebagai teller sahaja. Senantiasa berpakaian kemas, bertali leher dan tentunya berwang, maklumlah kerja bank. Mungkin inilah sebabnya aku beria-ia mencuba. Antara yang menarik minat untuk menghadiri temuduga setelah menerima berbagai surat tawaran yang diurusi oleh pihak kerajaan adalah dari UMBC. Jawatan management trainee yang ditawarkan dan mungkin menarik. Aku hubungi untuk confirmkan kehadiran. Interview kali pertama tiada masalah menjawabnya walaupun menggunakan bahasa inggeris. Seterusnya aku layak pula untuk kali keduanya pula. Semasa menunggu giliran, terpandangkan rakan sama course masa belajar dahulu baru keluar dari bilik interview. Aku meneguri dia dan bertanya khabar. Katanya, diapun dipanggil buat kali kedua dan cuba dapatkan tips dari dia. Tidak sempat berbual panjang, nama aku pula dipanggil masuk oleh staff yang mengurusi sesi temuduga itu. Khabarnya, ketika ditanya, dia terpilih dan berkhidmat di Langkawi,Kedah masa itu. Selepas beberapa tahun diapun meninggalkan bidang ini. Manakala aku ketika melangkah masuk dan menjawab beberapa soalan yang diaju oleh penemuduga, rasanya tiada masalahpun. Cuma diakhir sesi itu, salah seorang dari penemuduga memberi komen yang sampai kini menjadi azimat, kalau boleh dikatakan begitu, atau satu pukulan maut buat aku mengatakan, "Zaini, I think that our retail industry is getting more prominent in the very near future. Your expertise and knowledge can put into practice there." Aku ketika itu sedikit terkejut dengan komen ketua penemuduga mungkin. Namun aku cuba tidak menampilkan kegabrahan. Aku cuba reply sehabis baik dengan mengatakan, "I'm appreciate your concern of it but please consider my interest in the banking business. After all, marketing is applicable in wider scope." Masih cuba menafikan kenyataan yang diterima beberapa ketika selepas dari temuduga itu. Tempelak yang diterima menjadi igauan dari satu sisi dan mungkin juga menjadi kata perangsang di sisi yang lainnya pula. Lama jugalah untuk melupakan peristiwa itu. Apapun setelah memikirkan kewangan yang dimiliki mula berkurangan dan tambahan pula tiada berpekerjaan, aku pohonlah kerja di Hankyu Jaya sebagai sales assistant. Bermulalah aku mengabdikan diri dibidang yang yang dipelajari ketika di ITM dulu. Ingat berkerjaya bila ada kelayakan tapi hakikatnya harus kerja sehingga jaya pula yang terjadi. Memulakan bidang yang dikatakan cuba dimodenkan oleh pm ketika itu, Dr. Mahathir dengan polisi "Pandang ke Timur"nya, aku harungi jugalah apa yang dihadapan dan selagi mampu.

Makin jauh pula imbauan yang datang, nampak gayanya. Tapi inilah perjalanan yang tertakdirkan untuk aku. Orang lain mungkin boleh menafikan keinginan tapi tidak seorangpun yang mampu dan berjaya memadamkan kenangan yang aku lalui.

Berbalik pada kisah main mercun ini, semasa bekerja di Hankyu Jaya, aku terperasan seorang budak yang memiliki jari ibu dan jari anak sahaja untuk kedua-dua belah tangannya, bertugas sebagai store boy. Kerja budak-budak store boy ini selain receiving barangan dari supplier, juga bertindak sebagai feeder kepada kawasan jualan. Staf dibahagian jualan akan mengisi borang khas untuk dapatkan stok bagi tujuan replenishment dibahagian jagaan masing-masing. Setiap pagi dan bila-bila masa sahaja selepas itu, staf dibahagian jualan akan memeriksa kawasan jagaan masing-masing dengan merekodkan kuantiti barangan, size packingnya dan diisikan juga lokasi untuk dihantarkan. Store boy ini kemudiannya akan menyerahkan request stok kepada nama sales assistant yang tertera diborang.  Dari hari ke sehari, hubungan menjadi semakin rapatlah. Hendak menanya takut ada yang tersinggung nanti. Perkara ini aku pendamkan sahaja. Perkara yang remeh cuma namun tentunya ada peristiwa hitam yang menimpa diri. Akhirnya kesempatan muncul juga. Ketika rehat makan tengahhari disekitar chow kit dibawah pokok besar membentuk open air food court, aku terpandangkan mamat ini seorang dimeja makan. Selepas tanyakan membernya yang lain, akupun duduklah menemankan makan bersama. Katanya, member store boy yang lain sudah keluar makan awal tanpa menunggu dia. Masa inilah aku mula masuk jarum tapi tunggu habis makan dulu. Takut nanti ada yang tersentap dan habislah peluang untuk korek rahsia disebalik keadaan dirinya. Aku cuba memancing dengan mengatakan akhir-akhir ini banyak kes yang dilaporkan melibatkan permainan mercun. Kalau tidak silaplah masanya beberapa minggu lepas raya. Aku maklumkan bukan bebudak sahaja yang putus tangan, buta mata serta alami cacat kekal malah yang dewasapun turut terkena. Apa, dia orang tidak pernah baca suratkhabar ke, tengok tv ke. Soalan yang memungkin dia bercakap apa yang aku hendak dengar. Slowly dan dengan rasa terkilan dia memberikan komen. Bila dia mula rancak berbual memberi komen yang yang bersesuaian dan positif bunyinya serta ikhlas bualannya, tanpa lengah lagilah aku bertanyakan kenapa dengan jarinya yang makin cekap dan lincah mengunakan sudu garfu untuk makan. Mungkin sudah terperangkap, meluncur sajalah dia mengaku yang masa bebudaknya dulu nakal dan tidak mendengar kata. Cacat yang dilihat adalah akibat bermain mercun. Mercun yang dipegangnya tidak sempat dilepaskan malah meletup pula dipergelangan tangan. Dia mengingatkan lagi, masanya bersekolah rendah dan kisahnya dapat liputan akhbar lagi. Keratan akhbar juga ada disimpannya sebagai kenangan. Bila aku menanyanya lagi, dia kesal akibat tidak berhati-hati bermain dan abaikan nasihat emaknya dulu. Apa hendak buat, benda sudah berlaku, hidup harus diteruskan. Aku pula memandai-mandai jadi motivator tidak bergaji. Maklumat yang berjaya aku cungkil darinya, dia merantau jauh dari Kedah ke Kuala Lumpur berbekalkan SPM cukup makan dengan keadaan fizikalnya yang kekurangan 6 jari. Mungkin dia tidak kisahkan sangat pasal kekurangan jari yang dia ada kini, tapi orang yang melihatnya mungkin beranggapan yang bukan-bukan. Rasa kesian pun ada, simpati tentunya turut berbaur sama dan mungkin juga bersedih akan kemampuannya untuk bersaing dengan mereka yang turut mendatangi Kolompo mencari kehidupan yang lebih baik. Masa mengintai-intai dia bekerja mengangkat kotak selaku store boy, banyak jugalah kawan sejawat memberi kerjasama padanya, mungkin sekampung sesama merantau. Bersandarkan simpati rakan setugas amat sukar rasanya untuk bertahan lama. Namun melihat pada kesungguhan dia bekerja dengan kekurangan diri yang ditakdirkan buatnya serta kecekalan hati ditempat orang, rasanya berbaloikah apa yang diusahakan. Aku tidak dapat jawapannya. Hanya Allah s.w.t. sahajalah yang Maha Mengetahui akan apa yang direncanakan untuk beliau.

Diusia aku kini, aku sekadar merefleksi diri akan apa yang berlaku ditahun 80an itu dengan masa kini, 2015M bersamaan Ramadhan 1436H. Ketentuan Illahi penuh hikmah yang tidak terjangkau untuk difikirkan dan direnungi. Perbandingan jarak waktu dan kesempatan yang tersisa ini harus dimanfaatkan semaksimum mungkin. Perjalanan hidup secara puratanya hanyalah  60 ke 70 tahun. Itupun dikira bernasib baik kalau tergolong didalam jarak usia tersebut. Kerap jugalah yang kembali secara mengejut dan ada yang dijemput secara hormat diusia yang lebih muda dari itu. Semuanya ketentuanNya. Kita tidak harus memikirkan sangat akan masa lalu malah harus terus perbaiki kehidupan yang semakin berkurang harinya agar diredhai olehNya. Segala rahsia dan kemusykilan akan tersingkap didepan kita bila tiba titik akhir kita. Masa matinya kita, tempat matinya kita malah bagaimana cara kita dimatikan tiada seorangpun yang tahu. Tidak semestinya orang yang banyak ilmunya, ahli ibadah dari pandangan umum, mulia pekertinya mengikut standard manusia akan terjamin syurga tempat tujunya. Tidak mustahil jugalah orang yang teruk akhlaknya, jahil akan agamanya yang sepatutnya ke neraka boleh bertukar ke syurga pula. Tiada seorangpun yang boleh menjamin yang sipolan ini dan sipolan itu akan kemana akhir hidupnya nanti.

Hakikatnya kita bukan sekadar arrogant malah makin ignorant pula akan apa yang telah diingatkan kepada seluruh umat manusia lebih dari 1400 tahun yang lalu. Bukalah kembali al-quran. Tatapilah ia. Bacalah(talaffudz), Fahamilah(tafahhum), Renungilah(Tadabbur), Maknailah(talammuq) dan Amalkanlah(takhasu), moga-moga kita semua dipermudahkan untuk memahami akan segala rahsia kehidupan, mendapat petunjuk dan diberi kerahmatan akhirnya. Namun apa yang pasti dan jelas sekali adalah adanya manusia dan bahkan kebanyakan diantara kita memiliki sifat suka bantah akan kebenaran.

Permulaan Ramadhan 1436H


Sempurnalah sudah mengerjakan sunat tarawikh berjamaah buat malam kedua. 10:50 malam sampai kerumah. Selepas berbuka bersama keluarga dirumah sahaja, bersiap sedialah untuk ke masjid berjemaah isyak dan seterusnya bertarawikh. Seperti biasa, masjid raudhatu al-jannah, officially, membuat 20 rakaat mungkin sebelum aku mula menghuni taman yang aku diami sejak awal 2001 lagi. Atau mungkin sememangnya sejak dulu lagi membuat 20 rakaat. Sama jugalah dimasjid kampung dimana aku dibesarkan hanya 20 rakaat yang dilaksanakan. Persamaan yang sama tapi kini lebih ketara bilangannya yang membuat 8 rakaat. Masa mula bertarawikh ketika berdarjah lima atau enam ketika itu telahpun ada mereka yang mengerjakan 8 atau 12 rakaat sahaja dan mula melepak dishaf belakang dan ada juga yang terus balik. Masa itu jumlahnya tidaklah ketara sangat.

Setibanya aku dimasjid, azan sedang berkumandang. Menyampai ditingkat satu selepas mendaki tangga yang sedikit basah serta licin dek ramainya para jemaah, kelihatan oleh aku akan beberapa makmum ber-vest hitam. Terpampang dibelakang vest mereka, 'AMAN PALESTIN'. Aku tidak mensyaki apa-apa ketika itu. Selepas sembahyang sunat bakda(بعد) isyak, aku berserta makmum yang lainnya menunggu bilal menyeru untuk berjemaah tarawikh pula. Suara imam yang memimpin sembahyang isyak kali ini berlainan benar sebutannya dengan imam 1 iaitu imam Hj. Manaf atau lebih mesra dipanggil imam baba. Selalunya, isyak akan di-imami oleh tok baba ikut kata anak-anak aku, kemudian untuk tarawikh pula oleh bebudak tahfiz yang dipilih oleh pihak jawatankuasa masjid. Seperti analoginya orang india malaysia dengan india dari india bila bertutur didalam bahasa inggeris, maka amat jelas berbeza sebutan serta lenggok suara mereka. Begitulah juga bila mendengarkan bunyi sebutan insan yang mengimami sembahyang isyak buat malam kedua Ramadhan. Selesai bersembahyang bersama penduduk taman dan penduduk kampung, aku terus menuju ke anjung menghirup angin malam. Ramai yang hadir berjemaah. Suatu keadaan yang harus dikekalkan dan moga berterusan selepas Ramadhan kalau bolehlah.

Aku bersolat isyak dishaf ke-6, dan ruang ke shaf lebih depan lagi telah cepat merapat. Ramainya makmum berjamaah. Sempat memerhatikan kedepan, kekiri, kekanan dan menoleh kebelakang sebaik salam diucapkan diakhir solat. Sempat juga mengira jumlah shaf yang dibentuk yang kesemuanya 15 shaf penuh dari 16 yang ada didalam ruang sembahyang utama. Anggaran setiap shaf berkapasiti 30 orang. 15 shaf dianggarkan dalam lingkungan 450 jemaah. Ramai tu untuk sessi sembahyang fardhu. Alangkah baiknya sekiranya sepanjang tahun adalah 'Ramadhan'. Kita mampu menghadirkan suasana sebegini andai adanya kesatuan dan kesepakatan didalam masyarakat.

Bagi mendapat gambaran lebih happening, aku terus keruang paling belakang dan memerhati jemaah sekariah. Gelagat sesama lebih-lebih lagi bebudak yang ceria berbual dianjung masjid mengundang nostalgia pula masa zaman bebudak aku dahulu sekitar pertengahan 70an. Ada juga remaja belasan usia dan diawal 20an yang bersidai di rel besi bahagian paling belakang, rela disapa dinginnya bayu malam. Kembang hati ini melihatkan ramainya barisan pelapis berkunjungan kemasjid. Bila sahaja abang bilal kita menyeru pula untuk tarawikh berjamaah, sekejap sahaja shaf dibentuk. Kita yang terhegeh-hegeh hendak bangun berdiri hanya berjaya menempatkan diri dishaf ke-7. Budak-budak bujang telah cepat memenuhi shaf didepan. Permulaan tarawikh berjalan lancar dengan di-imami oleh imam yang sama untuk isyak sebentar tadi. Masih tidak mensyaki apa-apa.Sehabis sahaja rakaat ke-4, tetiba seorang yang berjubah kuning cair dari shaf kedua menuju ke rostum yang berada bersebelahan tempat imam. Beliau terus duduk dikerusi yang disediakan dan disebelahnya berdiri seorang budak lingkungan usia pertengahan 20an, berjubah hitam  berdiri dan memegang mike. Terus sahaja dia mengumumkan akan kehadiran seorang 'sheikh' dari Palestin untuk berkongsi pengalaman secara live yang dialaminya dinegaranya yang tidak pernah tenteram dan aman. Berinteraksi menggunakan bahasa arab seolah-olah mengejek aku yang masih lagi jauh dari menguasai pemahaman bahasa arab aku yang sudahpun melepasi 4 tahun lamanya. Pembelajaran secara self-study yang kekadang bersemangat dan kerap juga culas mengulangi membuatkan keupayaan berbahasa arab masih jauh tersasar. Mengikut kata Bro. Mesarali, instructor yang dipertanggungjawabkan, menyakinkan sesiapa yang ingin menguasai kursus yang diajarnya bahawa hanya memerlukan 7 bulan sahaja untuk mahir jika dituruti dan bersungguh mengikutinya. Banyak verb dan noun serta preposition dan juga conjunction yang terlalu familiar mudah sangat untuk aku fahami. Tapi bila beliau bertutur agak pantas serta bercampur dengan noun atau istilah yang jarang didengari membuatkan tumpuan aku sedikit terganggu. Hujung-hujung beralih kepada terjemahan yang dibuat oleh budak pengiringnya dari ngo 'Aman Palestin'. Apa yang masih diingati ketika sedang menaip ini hanyalah  المستشفى dan مهندس, iaitu hospital dan jurutera. Lain daripada itu, hampas. Sedikit sebanyak dengan dibantu oleh budak penterjemah tu, bolehlah juga fahami akan penderitaan seorang yang berpengaruh dan ternama disana yang diseksa didalam penjara pihak yahudi zionis itu. Dalam masa dia memberi ceramah ringkas itu, tabung kutipan derma telah bergerak disetiap shaf bagi membantu rakan-rakan seagama yang ditindas disana. Sebaik selesai, penceramah ini yang juga seorang imam di Ramallah, Syeikh Mahmoud Mhanna mengimami pula tarawikh hingga akhir dan menutupnya dengan witir. Doanya yang diucapkan selepas selesai bersembahyang dengan lenggoknya yang berlainan sekali dengan lidah melayu imam-imam tempatan menunjukkan penguasaan dan pemahaman bahasa arabnya ikut firasat aku, lebih mantap. Apapun pemakbulan doa seseorang bukan sekadar pada lancarnya sebutan atau jelas pemahaman maknanya sahaja tapi amat juga bergantung pada keikhlasan berdoa itu sendiri. Andai tiadanya hal ini sebagai elemen penting ketika berdoa, maka sia-sia sahajalah semua ini.

Imam yang memimpin solat isyak terdahulu dari tarawikh, Syeikh Mahmoud Qasim, yang juga seorang pelajar kejuruteraan di Palestin, sanggup meninggalkan negara demi mendapat simpati serta sumbangan dana yang sangat-sangat diperlukan bagi membangunkan semula segala kemudahan asas yang rosak teruk. Kehadiran mereka berdua ke Malaysia bersempena Ramadhan dengan harapan dapat mengumpulkan sumbangan dan sedekah rakyat Malaysia yang mudah tersentuh hati lebih-lebih lagilah diketika sedang mula berpuasa kini. Banyak manapun jumlah kutipan bukanlah menjadi isunya, tapi kesedaran dan keperihatinan serta doa yang dilafazkan mungkin boleh membantu mengurangkan kesengsaraan yang menimpa saudara seislam di Palestin sana tu. Walauapapun, niat untuk berderma serta kemampuan menderma rakyat malaysia umumnya serta penduduk kariah bukit katil khasnya tentu sekali amat dialu-alukan. Maka,sesiapa yang ada banyak hulurlah lebih. Manakala yang kurang pula, ikutlah sekadar yang mampu.
Apapun seperti tahun lalu dan juga ditahun-tahun sebelumnya, selesai sahaja 8 rakaat tarawikh, wakil-wakil yang sama juga seperti sebelumnya meneruskan ke rakaat ke-20. Golongan muda dan separa tua turut sama meninggalkan shaf. Tetiba juga aku kini dishaf yang kedua dan sangat hampir dengan imam mahmoud dari Ramallah ini. Fizikal orang arab, besar tinggi serta sasa orangnya mungkin terasa jumlah makmum dibelakangnya mendadak kurang bila 'aamin',yang dilontar makmum tidak sekuat dan bergema masa 4 rakaat sebelumnya. Lontaran suara imam ini menyebut ayat-ayat al-quran terasa amat jelas. Cuma mampu setakat fahami 'damir' dan beberapa harfu at'fin dan zhaf yang begitu familiar dengan pembacaan dan pendengaran dari video bro meserali yang diulang-ulang sekian lama.




                                          Penjelasan isu bilangan rakaat solat tarawikh(8 - 20)

ان شاءالله،
I'm almost there to understand of what's going on to every ayah that being recited. Terasa benar sudah terlalu dekat tapi kadang kala terasa sangat jauh dan perjalanan semakin sukar dirasakan. Cabaran inilah yang harus aku rempuhi dan tidak harus aku berundur lagi. Langkahan tetap terus kehadapan. Kata pepatah yang merangsangkan, Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Juganya, berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian. Ramadhan akan tetap datang dan akan berlalu bila sampai waktunya. Hanyalah kita yang harus berusaha merebut segala kebaikan yang dihadirkan bersamanya. Amalan baik perlu diperbanyakkan, hal keburukan sebolehnya dihindari dan dilupai terus dari kamus kehidupan seseorang. Banyak orang yang tidak mampu memanfaatkan kelebihan yang ada pada diri atau dianya sendiri yang tidak tahu akan kelebihan yang sediaada dimiliki. Usia yang muda, sihat cergas serta banyak masa tapi sekadar menunaikan 8 rakaat sahaja berjemaah rasanya banyak rugi dari baiknya. Sekiranya mereka ini fokus sebulan ramadhan penuh, serta dikalikan dengan usia sehingga akhir hayat yang tidak diketahui panjang pendeknya, tentulah lebih banyak bekalan untuk dibawa pulang suatu ketikanya nanti. Diusia aku yang dah sepertengahan abad ini, terasa amat rugi bilamana banyak tahun selepas usia baligh dipersia-siakan. Kalau ditimbang dan ditolak amal dengan keburukan, masih tidak sanggup melihat hasilnya. Positif tidak pasti, tapi negatif tentulah berbaki hujungnya. Namun, Neraca timbangan akan berubah sehinggalah kepenghujung usia.

والله علم،