14 JUNE 2014, 07:23
Kejadian pertama kalinya menimpa diri
Semalam kurang lebih pukul 5:30pm aku menyinggahi Stesen Caltex di Bukit Duyung semasa didalam perjalanan ke Pekan Kandang untuk perguntingan rambut Yusree dan Yaseer. Pada awalnya mendatangi stesen minyak tentulah untuk top-up tangki minyak yang sentiasa meminta ditambah tanpa disuruh. Tugasan routine yang semakin cekap dilakukan sejak dikuatkuasakan konsep layandiri beberapa tahun dahulu. Bantahan diperingkat awal oleh para pengguna seakan tidak dihiraukan oleh pihak pengusaha stesen minyak lebih lebih lagi pihak kerajaan termakan dengan alasan yang dikemukan dan seolah-olah menyebelahi mereka pula. Kementerian kepenggunaan pula makin galak menyampaikan maklumat yang menjurus kepada pihak pengusaha stesen minyak khasnya dan langsung tidak memihak kepada para pengguna umumnya.
Apapun, seketika menggangkat nozzle dari Pam no.6, tetiba sahaja minyak menyembur keluar dan tidak sempat sampai ke mulut tangki minyak kereta Porsche aku itu. Minyak habis meleleh didinding sebelah bawah tangki sampailah penutup roda serta rodanya sekali turut terkena lelehan minyak. Masih tidak merasakan apa-apa lagi serta bersangka baik, mungkin aku tertekan picu nozzle minyak sehinggakan menyebabkan minyak terpancut awal. Namun selepas anggaran seminit berlaku secara tiba-tiba pula hose yang bersambung ke pam tertanggal dan hampir mengenai kepala. Kalau tidak mungkin boleh jadi biol pula. Paparan di skrin menunjukkan RM16.79 ketika ianya terhenti.
Tidak kalut dengan kejadian ini, terus sahajalah aku berjalan menuju ke kaunter pembayaran. Maklumkan yang aku sekadar sempat menuang sebanyak RM16.79 sambil penugas dikaunter melihat diskrin desktopnya. Tanpa disuruh, dia menyerahkan lebihan baki yang sepatutnya aku mengisi RM20.00. Ingatkan agar kejadian ini tidak akan berlaku lagi. Memang tidak aku sangkakan yang aku akan menghadapi kesulitan sebegini. Terperanjat, tentu sahajalah aku terperanjat. Tidak semena mena dan entah macammana hose-nya boleh terpisah. Pelik andai difikirkan. Adalah besar kemungkinannya yang 'technician' yang mengendalikan kerja kerja maintenance tidak memastikan yang sambungan itu benar benar ketat bersambung.
Inilah akibatnya jika kerja dibuat tidak diberi tumpuan sepenuhnya. Asal siap sahaja. Mana boleh sebegitu. Sudahlah dan tentunyalah dibayar setimpal dengan kerja yang dibuat tapi malangnya mutu kerja pula tidak mencapai standard piawaian yang ditetapkan. Hendak dikatakan tidak berpengalaman pastinya tidak patut kerana mereka yang terbabit dengan kerja kerja 'oil and gas' ini adalah mereka yang berkelayakan dan telah mencapai tauliah lantikan. Bahaya meletup terbakar selalunya dikaitkan dengan 'industri' ini. Tapi macammana hal sedemikian boleh terlepas terjadi.
Apapun yang kita lalukan, seeloknya jangan gopoh hendak cepat siap. Lakukan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin agar 'rezeki' yang dikurniakan itu barakah.
No comments:
Post a Comment