14 JANUARY 2014, 08:27 AM
Hari ini adalah hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw. Kalau tahun masehi mudah sahaja mengetahuinya. Apakala ditanyai hari ini hari apa mengikut kalendar Hijrah, sukar sekali menjawabnya secara spontan. Terkial-kial cuba menjawabnya. Bagi yang tidak ambil kisah pula, lebih teruk lagi jawapannya hanya sekadar 'aku tidak tahu'. Habis cerita. Tidak perlu hendak fikirkannya dan buat apa hendak peningkan kepala yang mungkin berada dan bersarang dibenak. Sikap tidak ambil kisah serta tidak mahu ketahui bukannya mendatangkan kebaikan kepada umat Islam seluruhnya bahkan hanya menyerlahkan diri kita kepada longgarnya pegangan kita kepada agama yang dianuti sekian lamanya. Puncanya adalah kerana kita tidak membudayakan kalendar Hijrah didalam sistem kehidupan. Kita lebih mengagungkan dan mengunapakai kalendar Masehi didalam semua hal. Mengistiharkan negara sebagai negara islam yang progressive sebagai makluman kepada dunia untuk dibanggakan tidak memadai sedangkan banyak hal yang merupakan teras didalam peradaban dan pembinaan negara islam dikesampingkan dan ada yang dipinggirkan terus.
١) في اي ثهر ولد النبي (محمد صلى الله غليه وسلم)؟
٢)في اي عام ولد النبي؟
Saja saja hendak uji dengan pertanyaan dengan penggunaan bahasa arab yang seharusnya malah diwajibkan keatas seluruh umat Islam untuk mengetahuinya. Kalau perkara yang asas tidak dihiraukan manakan boleh untuk kita mampu mengetahui hal-hal yang bersangkut-paut dengan Islam serta jauh sekalilah untuk mengamalkannya memandangkan punyai pengetahuan yang amat cetek sekali. Umumnya Islam yang kita anuti adalah Islam yang diwarisi dari ibubapa yang sudahpun Islam. Namun tahap keislaman antara sesorang itu amat berbeza bergantung pada didikan dan amalan yang diperturunkan kepada zuriat masing-masing didalam mengharungi kehidupan didunia yang sedia maklum fana ini. Ditokok lagi oleh kurangnya pengukuhan dari para pentadbir negara yang kurang amat kesedaran peri penting pemantapan Islam didalam setiap segi kehidupan. Undang-undang Islam sudahlah tidak digunapakai seluruhnya dan cuma melaksanakan mana yang difikirkan serta dirasakan sesuai sahaja malah lebih mendukacitakan adalah longgarnya penguatkuasaan
undang-undang didalam memastikan segalanya diatas landasan yang betul dan benar.
Banyak kepincangan yang samada sengaja dibiarkan ataupun sememangnya tidak mengetahuinya langsung disebabkan dirinya bukan seorang yang alim didalam hal tersebut tapi beria-ia benar ingin memikul tanggungjawab sedangkan diri tidak mampu melaksanakan.
Peliknya tiada pula rasa malu atas ketidakmampuan melaksanakan tugasan malah sanggup bertunggu tangga memegang jawatan sampai ke umur bersaranya nanti. Apalah yang hendak dibanggakan bagi orang yang sedemikian yang lebih menimbulkan kecelaruan didalam masyarakat dan bukannya memakmurkan.
Whateverlah.

No comments:
Post a Comment