Eddie yang mengembalikan nostagia : Sambungan
Jul 19, 2025, 12:04 PM
Pada mulanya, aku mati mati, ingatkan lagu ‘Segalanya Sudah Berakhir’ adalah nyanyian Zamree. Terkeliru antara Zamree dengan Eddie ni. Suarapun hampir hampir sama. Malah lelagu yang didendangkan mereka berdua ini juga mirip sama genre, hampir tidak ketara antara kedua penyanyi yang popular pertengahan 80an dahulu.
Begitu yakinnya aku, goggle-lah nama penyanyi Zamree di youtube search. Berderet keluarnya lelagu yang pernah dinyanyi dipopularkan oleh beliau ini. Selain dari lagu yang sinonim dengannya yang top ketika itu adalah ‘Tugu Cinta’. Top the list pencarian lagu dari Zamree. Kemudiannya, ‘Sendiri Kesepian’ dan lain lain lagu nyanyiannya yang tidak berapa biasa mendengarnya. Mana perginya lagu Segalanya Sudah Berakhir. In split second bila video Tugu Cinta atau Sendiri Kesepian dikumandangkan, automatik nama Zamree yang pop-up.
Cuba lagi sekali, goggle, tetap tunjukkan senarai lagu yang hampir sama urutannya. Hampir putus asa aku. Lalu aku key-in ‘Segalanya Telah Berakhir’ pula. Berderet video lagu ini yang muncul. Baru aku tahu, lagu ini adalah nyanyian Eddie Hamid. Boleh tak ingat penyanyi lagu ini. Maklumlah, lelagu di era 80-an hanyalah sekadar untuk pendengaran sahaja. Tidaklah sangat aku bubuh perut. Lagipun sudah puluhan tahun ditinggalkan.
Sekarang ini dengan bantuan ‘search engine’ yang pelbagai, segala pencarian adalah mudah. Ibarat directory ‘card’ di library. Hendak pastikan dimanakah sesuatu buku yang mahu dicari maka menononglah ke directory membuka mencari setiap pigeon hole akan nama pengarang atau tajuk buku bagi memudahkan pencarian di-shelf menempatkan buku tersebut. Tidak payah pergi jauh jauh dah sekarang ini. Cuma isikan senarai pencarian dan click ‘enter’. Auto pantasnya akan terteralah ‘keputusan’ pencarian. Bukan cuma mengkhusus untuk sesuatu ‘topik’ malah hampir segala perkara boleh dicari di access dengan cepat sekali.
Dalam sibuk mencari lagu yang aku maksudkan, terdapatlah juga ‘video’ yang memaparkan keadaan semasa Zamree Razief. Dari pembacaan artikel yang terkait dengannya, barulah aku tahu yang aku dengan penyanyi ‘popular’ lahir di tahun yang sama iaitu 1964. Sebaya rupanya. Aku tidak berapa pasti penyebabnya sedemikian rupa. Tapi yang jelas bilamana merujuk membandingkan dengan mereka yang sesama terlibat didalam industri hiburan berkongsi ‘pattern’ perjalanan kehidupan yang hampir sama.
Perihal Zamree yang baru aku ketahui..
Situasi semasa Abg Zamree kita...
Aku bukanlah seorang pengkritik sosial sehebat ‘Ku Seman Ku Hussin’ atau Faisal Tehrani di era 90-an menyeberang millennium ini atau sebelumnya, Shahnon Ahmad atau A. Samad Said yang lebih awal dari mereka yang sekadar menyebut berapa nama malah ramai lagi. Namun, lagi awal dari mereka semua, di pertengahan membawalah ke penghujung abad ke-18 akan sosok bernama Munsyi Abdullah. Ada yang menyebut Abdullah Munsyi. Apapun ianya merujuk kepada orang yang sama dan tersohor pada zamannya. Sesiapa yang pernah membaca karangan Bro Munsyi ini pastinya akan terpanggil persoalkan apakah benar sepertimana yang diungkapkannya dalam naskah ‘Pelayaran Abdullah’ juga di ‘Hikayat Munsyi Abdullah’ tentang keadaan semasa orang Melayu ketika itu. Begitu juga aku bukanlah orangnya yang mampu mencetus ‘perpaduan ummah’ malah memang tidak layakpun. Aku tiada autoriti hendak kritik apatah lagi mahu mengujudkan masyarakat Melayu yang benar benar menghayati menyebarkan syiar syariat Islam dalam kehidupan.
Aku cuma meluahkan apa yang aku rasa akan individu yang kurang bernasib baik mengikut ‘perkiraan’ aku sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang. Sekadar merenungi ‘ketetapan takdir’ yang tertimpa kepada mereka yang menerima ‘ujian’ kehidupan yang pada pandangan peribadi aku adalah agak extreme. Tak orang tak kita. Cuba selami perasaan mereka sekadar termampu.
Bagi mengabadikan 'sumbangan-nya' yang membuatkan aku meng-idola akan dirinya kerana kedua-dua lagunya ini memang 'masuk' menemani diri.
Sendiri Kesepian ler... pulak
Tugu Cinta
Tetiba rasa bersalah hadir ‘menegur’. Teringat aku akan khutbah jumaat semalam yang memperkatakan persoalan membuka aib seseorang. Apakah mungkin aku salah seorang pelakunya. Bagi memastikan diri tidak bersalahan, aku ulangi membaca teks yang aku download dari FB JAIM yang memaparkan keseluruhan teks khutbah berbentuk PDF. Rasanya seperti tidak, namun mungkin juga aku terlepas pandang dan tanpa disedari menyamai ciri dan tindakan ‘insan’ yang membuka aib seseorang either directly or indirectly. Aku tidak lakukan purposely mahu mengaibkan. Mintak dijauhkanlah.
Reader boleh menyemaknya akan teks khutbah semalam, di-link : Peliharalah Aib Saudaramu.
Dikatakan membuka aib orang adalah sesuatu perbuatan yang sangat tercela dan tentu sahaja boleh merosakkan reputasi serta maruah individu tersebut. Benar, masing masing antara kita ini punyai ‘keaiban’ dan rahsia ‘peribadi’ yang cenderung merujuk kepada kekurangan dan kelemahan diri. Andai sengaja dibongkar mendedahkan rahsia peribadi dan mengungkit kesilapan masa lalu tentulah akan mengakibatkan memalu dan menjatuhkan maruahnya.
Apapun, aku hanya sekadar merenungi menginsafi diri setelah membaca mengetahui ‘hardship’ akan saudara Zamree di situasi sekarang dimana ‘kami’ telah dipenghujung usia. Mungkin lambat menyedarinya dek leka di-uliti persona dunia yang sementara sifatnya. Semua kita pastinya ada membuat kesilapan. Ini perkara lumrah kerana kita adalah hamba yang lemah mengharapkan ‘ikhsan’ dariNYA.
Seriau juga untuk komen berlebihan takut nanti aku tanpa disedari tergelincir tergolong kalangan orang yang membuat fitnah mengaibkan orang lain.
Al-Quran 24:19
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلْفَٰحِشَةُ فِى ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
English - Sahih International
Indeed, those who like that immorality should be spread [or publicized] among those who have believed will have a painful punishment in this world and the Hereafter. And Allah knows and you do not know.
Malay - Abdullah Muhammad Basmeih
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
Get Quran App: gtaf.org/apps/quran
#GreentechApps
No comments:
Post a Comment