Sunday, July 20, 2025

Eddie yang mengembalikan nostagia : Sambungan

 

Eddie yang mengembalikan nostagia : Sambungan

Jul 19, 2025, 12:04 PM

Pada mulanya, aku mati mati, ingatkan lagu ‘Segalanya Sudah Berakhir’ adalah nyanyian Zamree. Terkeliru antara Zamree dengan Eddie ni. Suarapun hampir hampir sama. Malah lelagu yang didendangkan mereka berdua ini juga mirip sama genre, hampir tidak ketara antara kedua penyanyi yang popular pertengahan 80an dahulu.

Begitu yakinnya aku, goggle-lah nama penyanyi Zamree di youtube search. Berderet keluarnya lelagu yang pernah dinyanyi dipopularkan oleh beliau ini. Selain dari lagu yang sinonim dengannya yang top ketika itu adalah ‘Tugu Cinta’. Top the list pencarian lagu dari Zamree. Kemudiannya, ‘Sendiri Kesepian’ dan lain lain lagu nyanyiannya yang tidak berapa biasa mendengarnya. Mana perginya lagu Segalanya Sudah Berakhir. In split second bila video Tugu Cinta atau Sendiri Kesepian dikumandangkan, automatik nama Zamree yang pop-up.


Zamree ... masa muda dulu.



Cuba lagi sekali, goggle, tetap tunjukkan senarai lagu yang hampir sama urutannya. Hampir putus asa aku. Lalu aku key-in ‘Segalanya Telah Berakhir’ pula. Berderet video lagu ini yang muncul. Baru aku tahu, lagu ini adalah nyanyian Eddie Hamid. Boleh tak ingat penyanyi lagu ini. Maklumlah, lelagu di era 80-an hanyalah sekadar untuk pendengaran sahaja. Tidaklah sangat aku bubuh perut. Lagipun sudah puluhan tahun ditinggalkan. 

Sekarang ini dengan bantuan ‘search engine’ yang pelbagai, segala pencarian adalah mudah. Ibarat directory ‘card’ di library. Hendak pastikan dimanakah sesuatu buku yang mahu dicari maka menononglah ke directory membuka mencari setiap pigeon hole akan nama pengarang atau tajuk buku bagi memudahkan pencarian di-shelf menempatkan buku tersebut. Tidak payah pergi jauh jauh dah sekarang ini. Cuma isikan senarai pencarian dan click ‘enter’. Auto pantasnya akan terteralah ‘keputusan’ pencarian. Bukan cuma mengkhusus untuk sesuatu ‘topik’ malah hampir segala perkara boleh dicari di access dengan cepat sekali.

Dalam sibuk mencari lagu yang aku maksudkan, terdapatlah juga ‘video’ yang memaparkan keadaan semasa Zamree Razief. Dari pembacaan artikel yang terkait dengannya, barulah aku tahu yang aku dengan penyanyi ‘popular’ lahir di tahun yang sama iaitu 1964. Sebaya rupanya. Aku tidak berapa pasti penyebabnya sedemikian rupa. Tapi yang jelas bilamana merujuk membandingkan dengan mereka yang sesama terlibat didalam industri hiburan berkongsi ‘pattern’ perjalanan kehidupan yang hampir sama.



                              Perihal Zamree yang baru aku ketahui..



                                            Situasi semasa Abg Zamree kita...

Aku bukanlah seorang pengkritik sosial sehebat ‘Ku Seman Ku Hussin’ atau Faisal Tehrani di era 90-an menyeberang millennium ini atau sebelumnya, Shahnon Ahmad atau A. Samad Said yang lebih awal dari mereka yang sekadar menyebut berapa nama malah ramai lagi. Namun, lagi awal dari mereka semua, di pertengahan membawalah ke penghujung abad ke-18 akan sosok bernama Munsyi Abdullah. Ada yang menyebut Abdullah Munsyi. Apapun ianya merujuk kepada orang yang sama dan tersohor pada zamannya. Sesiapa yang pernah membaca karangan Bro Munsyi ini pastinya akan terpanggil persoalkan apakah benar sepertimana yang diungkapkannya dalam naskah ‘Pelayaran Abdullah’ juga di ‘Hikayat Munsyi Abdullah’ tentang keadaan semasa orang Melayu ketika itu. Begitu juga aku bukanlah orangnya yang mampu mencetus ‘perpaduan ummah’ malah memang tidak layakpun. Aku tiada autoriti hendak kritik apatah lagi mahu mengujudkan masyarakat Melayu yang benar benar menghayati menyebarkan syiar syariat Islam dalam kehidupan.

Aku cuma meluahkan apa yang aku rasa akan individu yang kurang bernasib baik mengikut ‘perkiraan’ aku sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang. Sekadar merenungi ‘ketetapan takdir’ yang tertimpa kepada mereka yang menerima ‘ujian’ kehidupan yang pada pandangan peribadi aku adalah agak extreme. Tak orang tak kita. Cuba selami perasaan mereka sekadar termampu.

Bagi mengabadikan 'sumbangan-nya' yang membuatkan aku meng-idola akan dirinya kerana kedua-dua lagunya ini memang 'masuk' menemani diri.


                                        Sendiri Kesepian ler... pulak


                                                    Tugu Cinta


Tetiba rasa bersalah hadir ‘menegur’. Teringat aku akan khutbah jumaat semalam yang memperkatakan persoalan membuka aib seseorang. Apakah mungkin aku salah seorang pelakunya. Bagi memastikan diri tidak bersalahan, aku ulangi membaca teks yang aku download dari FB JAIM yang memaparkan keseluruhan teks khutbah berbentuk PDF. Rasanya seperti tidak, namun mungkin juga aku terlepas pandang dan tanpa disedari menyamai ciri dan tindakan ‘insan’ yang membuka aib seseorang either directly or indirectly. Aku tidak lakukan purposely mahu mengaibkan. Mintak dijauhkanlah.

Reader boleh menyemaknya akan teks khutbah semalam, di-link : Peliharalah Aib Saudaramu.


Dikatakan membuka aib orang adalah sesuatu perbuatan yang sangat tercela dan tentu sahaja boleh merosakkan reputasi serta maruah individu tersebut. Benar, masing masing antara kita ini punyai ‘keaiban’ dan rahsia ‘peribadi’ yang cenderung merujuk kepada kekurangan dan kelemahan diri. Andai sengaja dibongkar mendedahkan rahsia peribadi dan mengungkit kesilapan masa lalu tentulah akan mengakibatkan memalu dan menjatuhkan maruahnya.




Apapun, aku hanya sekadar merenungi menginsafi diri setelah membaca mengetahui ‘hardship’ akan saudara Zamree di situasi sekarang dimana ‘kami’ telah dipenghujung usia. Mungkin lambat menyedarinya dek leka di-uliti persona dunia yang sementara sifatnya. Semua kita pastinya ada membuat kesilapan. Ini perkara lumrah kerana kita adalah hamba yang lemah mengharapkan ‘ikhsan’ dariNYA.

Seriau juga untuk komen berlebihan takut nanti aku tanpa disedari tergelincir tergolong kalangan orang yang membuat fitnah mengaibkan orang lain.

Al-Quran 24:19

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلْفَٰحِشَةُ فِى ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 


English - Sahih International

Indeed, those who like that immorality should be spread [or publicized] among those who have believed will have a painful punishment in this world and the Hereafter. And Allah knows and you do not know.


Malay - Abdullah Muhammad Basmeih

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

Get Quran App: gtaf.org/apps/quran
#GreentechApps

Saturday, July 12, 2025

Eddie yang mengembalikan nostalgia

 

Eddie yang mengembalikan nostalgia

Jul 8, 2025, 1:27 PM

Hari ini aku memandu ke Econsave Batu Berendam mendapatkan kentang ‘lagi’ untuk pembuatan karipap. Didalam pemanduan ini aku layankan folder 80an 2, lagu lagu mp3 yang aku pilih untuk pendengaran pemanduan. Dari beratus lagu yang aku parked dalam folder ini, aku programkan ‘random from folder’. Maksudnya lagu lagu yang akan berkumandang nanti tidaklah mengikut urutan @ alphabetical order. Randomly akan tetiba terdengarkan dan tertera tajuk lagu di screen.

Eddie Hamid, penyanyi era 80-an
          

                                                        Segalanya Telah Berakhir...


Terkait dengan lagu yang didengari ini, ‘Segalanya Telah Berakhir’, tetiba imbauan kenangan menghampiri. Teringat lagi semasa baru join Jaya Jusco cawangan Melaka dan sesama pula menjadi perintis kepada outlet Jusco yang pertama diluar Lembah Klang, mulalah mencari ‘member’ yang sekepala. Disebalik kesibukan bertungkus lumus melaksanakan tugas memasing dalam mengejar masa pembukaannya pada 18 October, 1991, sempat lagi berkenalan mendapatkan kawan baru. Tidaklah janggal sangat bila datang ke tempat kerja. Dalam tempoh sebulan dari tarikh pembukaan rasmi, semua pekerja ‘baru’ dilonggokkan dalam satu shift sahaja. Normal shift, ketika itu mulai dari 9:00am sampailah ke 5:00pm. Makanya tentulah sering bertemu dan sedikit demi sedikit memasing menyesuaikan diri sesama pekerja dan premis baru serba modenlah juga masa era 90-an.

Setelah berlangsungnya pembukaan rasmi oleh Datuk Seri Abdul Rahim Thamby Chik(1982 - 1994) selaku ketua menteri Melaka, dipecahkan kepada 2 shift. Shift pagi dari 9:30 pagi ke 5:30 petang. Manakala shift petang pula dari 2:30 petang sampailah ke 10:30 malam. Operasi perniagaan open to customer @ business hour adalah dari 10:00 pagi ke 10:00 malam setiap hari. Hebohlah juga dimana warga Melaka mendapat pusat membeli-belah serba moden dan banyak kelainannya dari pasaraya yang sedia ada. Parking luas serta ada parkir di roof-top dan berbangunan sendiri. Kejutan yang orang Melaka lalui serta aku sebagai pekerja tentulah berbangga menjadi sebahagian dari keujudannya adalah pengalaman yang baru bersejarah.

Selang beberapa bulan selepas hari bersejarah ini, suasana tetap meriah dan senantiasa ramai orang kita yang datang merasai sendiri ‘kelainan’ yang terdapat di Jaya Jusco. Ruang yang luas untuk supermarket dengan susun atur yang strategik memukau pengunjung/pelanggan yang datang buat pertama kalinya. Peralatan rumah, sebut sahaja apanya dia, pasti akan ditemui dan koleksi pakaian dari fesyen terkini ketika itu dari hujung kepala sampai ke hujung kaki akan dibantu oleh ‘pembantu jualan’ yang telah dilatih membantu memudahkan pencarian.

Bilamana ‘everything’ sudah settle down, tibalah masanya untuk ambil ‘cuti’ berjadual yang siap telah di-plotkan di monthly roster bagi department memasing. Kata bebudakpun take ‘a long break’. Aku tidak berapa pasti siapa punya cadangan, samada aku atau Dak Halim orang Jasin yang jadi rakan rapatlah andai hendak dikatakan demikian. Apa yang pasti pada pagi hari yang dijanjikan dalam kurang lebih ke 11:00 pagi aku dah parkir RX-Z Fairway Blue kesayangan di kawasan parkir Panggung Cathay. Selang beberapa ketika, muncul-lah Si Halim dengan motor Honda Cup ber-absorber ‘gantung’. Lihat dari appearance motornya itu, rasanya mungkin motor orang tuanya ataupun abangnya. Malaslah hendak tanya bebanyak.

Aku terima plan cuti ‘sehari’ dan temani-nya bersiar-siar sekitar bandar Melaka. Sebenarnya, aku telah dapat rasakan riaknya hendak berhenti kerja dan cuba mencari ‘rezeki’ di tempat lain. Agaknya, dia tidak berapa yakin yang bekerja di bidang peruncitan boleh juga menjamin penghidupan untuk masa ke-depan. Aku berhasrat hendak suntik ‘semangat’ juang kedalam dirinya dan inilah peluang aku melakukan sesuatu. Tiada tujuan tertentu bertemu dibandar ini. Sekadar mahu hiburkan hati, katanya. Lalu aku cadangkan ke bangunan seberang jalan setentang panggung Cathay. Didalamnya ada bowling alley dalam 12 lorong sebaris, kalau hendak main la, atau kita ber-karaoke. Ada beberapa outlet yang menyediakan perkhidmatan ini. Aku lebih cenderung kepada ber-karaoke dari bermain bowling. Dia setuju. Menyeberanglah kami berdua memasuki bangunan yang juga menempatkan hotel diatasnya. 2 floor dari bawah adalah shoplot perniagaan. Hampir tiada yang ‘vacant’ ketika berjalan sambil mengintai-intai menyampaikan ke outlet karaoke.

Aku pula yang set ‘mood’. Aku cadangkan untuk ‘try’ lagu nyanyian Zamree berentak slow kecewa, Sendiri Kesepian. Kemudian beralih ke fast tempo pula, juga lagu dari Zamree lagi, tapi tetap alunkan rasa ‘frust’ kecewa cinta iaitu ‘Tugu Cinta’. Aku boleh layan dan dia juga boleh layan kedua-dua lagu ini yang bernada rendah tak perlu terjerit-jerit. Puas nyanyi beberapa kali, aku ajak dia uji kekuatan vokal nyanyikan lagu Eddie Hamid, ‘Segalanya sudah berakhir’ secara berduet. Nyanyi sorang memang tak mampu nak ikut. Mulanya dia ambil part ‘rendah’, manakala aku try chorus-nya yang bernada tinggi. Kemudian aku suruh dia buat part chorus dan aku ambil intro part yang rendah. Ketawakan sesama sendiri bila tidak berjaya sudahi part bernada tinggi. Sesama back-up bila suara tidak ‘sampai’ hampir mencungap jugalah dibuatnya. Rasanya adalah dalam sejam mengurungkan diri di bilik karaoke itu. Tidak ramai pengunjung kerana hari itu adalah hari bekerja dan bukannya hujung minggu.

Terperanjat aku, dia belanja minum juga selain dari bayar ‘harga’ untuk lagu yang sesama nyanyikan. Air botol dengan gelas berisi ais. Coke antara minuman botol yang top dikalangan remaja. Aku, walaupun remaja ‘lanjut’, boleh layan bebudak yang 4-5 tahun lebih junior dari aku. Sambil berborak kosong lebih kepada soal kerja di Jusco tentang pengalaman hadapi gelagat customer dan perangai sesama staf, aku masuk pasal mahu cari kerja lain. Kata Si Halim ini, seronok bukan tak seronok kerja dengan Jusco, cumanya dia tidak berapa yakin atau lebih kepada suasana kerja yang dirasakan kurang selesa. Maklumlah senantiasa berdepan dengan perangai cerewetnya pelanggan dan sukar hendak berinterasi secara bersopan. Mungkin juga kekangan masa dan rasa terkurung didalam bangunan yang mana aku pernah rasai lebih awal darinya. Ikutkan, aku juga tidaklah suka sangat tapi semasa dan selepas aku ditemuduga, aku bertekad untuk kerja di syarikat Jepun ini selama mungkin. Aku sudah hampir ke angka 30 tapi masih belum ‘settle down’ soal kerjaya. Lainlah dengan Si Halim ni yang baru meninggalkan ‘alam’ persekolahan. Masih fresh tidak tahu kerja apa yang patut dibuatnya. Berbeza dengan aku yang bertahun di Kuala Lumpur mencuba pelbagai kerja tapi kecenderungan lebih kepada ‘customer service’ dalam bidang sales.

Aku cuba naikkan keyakinan dirinya dengan bersetuju akan hasratnya hendak berhenti dengan diri aku, bukti hidup, sebagai contoh. Segala pancaroba yang aku lalui selama ini, aku ikhlas menerangkan kepadanya. Dia tidak berbunyi, cuma mendengar penuh attentive setiap apa yang aku katakan. Ada hal yang aku exaggerate dalam menyedapkan cerita untuk pengetahuan dan contoh yang selayaknya dicontohi. Selesai misi aku membantu memulihkan ‘semangat’-nya, kami menuju mendapatkan ‘kuda’ memasing. 

Aku ucapkan terima kasih atas belanja nyanyi dan minum sebelum memasing menunggang ke destinasi tujuan. Aku rasa puas dapat nasihatkan dirinya agar lebih berkeyakinan dan berjaya dalam lapangan pekerjaan yang dia sendiri pilih nanti. Ingin juga untuk aku mengetahui keberadaan dan situasinya tapi mustahil kerana hilang dari radar aku selang beberapa bulan kemudiannya. Belah macam tu aje.

Harapan aku dan mungkin harapan semua orang juga, semoga dirinya berjaya mengapai akan apa yang selama ini dicari.

Thursday, July 10, 2025

Nukilan di Realme C35

 

Nukilan di Realme C35

Wednesday, 9 July 2025 6:50 pm

Aku cuba menulis di ‘Upnote’ via samrtphone. Pada mulanya terasa kekok. Maklumlah-kan, paparan screen-nya terhad dan ‘virtual’ keyboard-nya bagi aku tidak selesa. Sedayanya aku akan upload aplikasi digital journal yang aku suka disemua platform yang aku ada. Tidak mengalah begitu mudah, aku link-kan dengan bluetooth keyboard yang pelbagai jenis aku miliki. Semuanya saling berhubungan. Memang cool. Lebih lebih lagi, article yang ditulis oleh computer commentator cum influencer yang happen aku baca menyenaraikan ‘5 aplikasi digital journal’ berstatus ‘free’. Antaranya, Upnote yang aku gunakan sekarang, Joplin dan Notesnook yang aku rasa amat menarik dan dengan kadar segera aku upload-kan. Free dan open-source. Mesra pengguna terutamanya buat diri yang obsess dalam menukil pelbagai kisah kehidupan. Tambahan pula setelah bersara makan gaji, hobby yang sejak 1988 lagi aku buat ini semakin ‘canggih’ sifatnya. Seawal bermula minat sebaik tamat belajar malah makin bersemangat pula dengan keujudan ‘Blogger’ dan ‘Wordpress’ yang saling berlawanan diawal millinium menarik writer menggunakan aplikasi yang dibangunkan.

Lengkap sudah. Di desktop dah ada, di tablet Hangzhong pun sudah malah ianya yang pertama aku ‘pasang’, juga di tablet Samsung. Di android laptop Acer dan Samsung turut aku pasang. Kini, yang terakhir adalah di smartphone Realme C35.


di smartphone

di desktop dalam bilik



Bersemangatnya aku lakukan sedemikian untuk kesemua peranti yang aku miliki ini dimana nukilan yang aku hasilkan akan synchronize automatically. Ini bermakna yang aku boleh sambung catatan yang belum selesai siap dengan membuka aplikasi di peranti yang lain pula. Ikut mana yang aku selesa diketika itu.

Nak kata membuang masa, ya terserah pada diri memasing. Bagi aku, apa sahaja aktiviti yang boleh ‘please’-kan diri, lebih lebih lagi sesuatu yang baru dalam teknologi multimedia semahunya akan aku cuba. Kalau bukan kita menguna-pakainya, siapa lagi yang akan mencuba. Takkanlah sesuatu yang bermanfaat dibiar terabai. Hanya mereka yang berkebolehan atau boleh dikatakan pakar dalam sesuatu bidang yang dapat  menghargai, memahami dan mampu menilai dengan baik hasil kerja orang lain dalam bidang kepandaiannya.

Bak kata orang dulu, hanya jauhari(saudagar permata) yang mengenal manikam(permata).